[COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia

by Admin [ Master G ] on November 5, 2009

in Berita Ekonomi

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan ‘made in China’? Daripada yang fake/immitation sampaila ke barang-barang original. Walaupun negara China merupakan  sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah berubah. Sejak kejatuhan komunis Rusia di era kegemilangan Mikhail Gorbachev yang juga merupakan presiden kesatuan Republik Soviet Union, maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman.

Tiada lagi propaganda filem hollywood tentang ‘kejahatan’ komunis sebaliknya tumpuan beralih kepada ‘keganasan Islam’ pula.  Ini ia menjadi tumpuan syarikat-syarikat gergasi dunia menjalinkan kerjasama memandangkan kos buruhnya yang murah dan sumber manusia tidak perlu dipertikaikan. Sehinggakan ada yang tiada kerja, buatlah kerja yang terkutuk seperti ini.

Hampir separuh ekonomi dunia berasal dari Asia. Keadaan ini akan terjadi pada tahun 2030, di mana sumbangan Asia terhadap ekonomi dunia mencapai 34%. Menurut risikan dan analisa pakar-pakar ekonomi dunia, China bakal mengusai ekonomi Dunia pada tahun 2024 manakala India akan menyusul untuk menjadi jadi kuasa besar ekonomi dunia 4 tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2028.

Dan sekarang ini negara China bakal melangkah selangkah ke hadapan lagi dengan buat pertama kalinya ketua komander tentera China telah menyatakan secara terbuka mengenai rancangan China untuk meletakkan senjata di ruangan angkasa dan lebih menekankan pada angkatan udara serta kemampuan ofensifnya.

“China akan menjadi kuasa dunia pada pertengahan abad ke-21 dan angkatan udara harus mampu untuk melawan pelbagai bentuk ancaman keselamatan,” katanya.

Hebat angkatan udara perlu tumbuh daripada melindungi keselamatan kebangsaan untuk menjaga keamanan di kawasan dan antarabangsa, bersama-sama dengan pertumbuhan ekonomi dan pengaruh politik China yang sedang bergerak cepat ketika ini.

China pun sekarang ini, dilihat bergerak cepat untuk maju dalam 10 terakhir ini. Dalam-dalam diam-diam China, mereka sudah pun mempunyai  5 satelit risikan di angkasa. China pun sudah ada keupayaan memusnahkan satelit di angkasa lepas dengan menggunakan missile. Program angkasa lepas mereka agak canggih dan terkedapan ketika ini.

Bagi saya kemunculan China ini ada bagusnya, supaya dilihat nanti ada keseimbangan kuasa di dunia. Tidaklah negara Amerika Syarikat sewenangnya-wenangnya mengatakan yang mereka adalah ketua polis dunia. Tiada siapa melantiknya pun, tapi syok sendiri saja Amerika Syarikat. Tapi apa boleh buat, memang kuasa dan cengkamannya masih lagi kuat, buat masa ini. Baik daripada segi ketenteraan mahupun ekonomi.

Ada negara Islam pun tidak mahu bersatu. Ada negara Islam yang kaya pun, asyik mahu memikirkan pembangunan semata. Negara-negara Islam yang ditindas dan melarat tidak dipedulikan. Harap-harap situasi seperti itu tidak akan berkekalan selamanya.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Pemanasan Global, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!
  2. [PENIPU] Telur Ayam Palsu China.
  3. [INGAT] Jangan Pertikai Kuasa Perdana Menteri Pilih Ahli Kabinet!!
  4. Beza Hukuman Rasuah di China vs Malaysia
  5. Kerosakan Amerika Syarikat Punca Utama Krisis Kegawatan Ekonomi Dunia?
  6. Rizab Emas Negara Malaysia Telah Susut?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 5 comments… read them below or add one }

1 safar November 5, 2009 at 12:37 pm

Selamat tinggal kuasa besar Amerika-Israel.tidak lama lagi Amerika akan berpecah menjadi enam.tiada lagi negara besar Amerika.semua berpecah dan menjadi negeri menjadi negara.

2 Fatin Pauzi November 6, 2009 at 12:23 am

Erm, pemikiran dan semangat orang Cina yang boleh dicontohi, tak luput dek zaman.

3 safar November 6, 2009 at 7:33 am

Benci betul dengan orang barat.boleh pula buat filem islam sebagai penganas.diri sendiri tu tak penganas ke.

4 roletcha December 30, 2009 at 11:51 am

china kuasa besar…..sy rasa ia jd lg terul dri amerika..china sebuah negaa komunis….semangat asabiah diorang tinggi giler…neh mati kita kena pijak ngan dorang…

5 mesticun January 15, 2010 at 3:17 pm

Jangkaan saya tepat.China akan kuasa besar dunia.negara barat kena minta maaf cepat-cepat.kalau tidak Malaysia akan ambil kesempatan. :ketawa :ketawa :ketawa

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: