(Child Prodigy) Kanak-Kanak Paling Pintar di Dunia Belajar di Malaysia

by Admin [ Master G ] on February 9, 2010

in Berita Pendidikan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Jikalau Malaysia terkenal kerana berjaya memiliki kanak-kanak pintar atau child prodigy seperti Adi Putra Abdul Ghani (11 tahun) yang berkemahiran bidang matematik, bagi kanak-kanak paling pintar di dunia bernama Ainan Celeste Cawley ini pula berkemahiran dalam bidang Kimia.  Gelaran kanak-kanak paling pintar di dunia telah diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me“, dalam Channel 4 sebelum ini. 

Apa yang menarik keistimewaan tentang kanak-kanak paling pintar di dunia ini?

1) Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley. Berumur 10 tahun ketika artikel ini ditulis dan merupakan anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley
2) Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan
3) Pada umur enam tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia

Bagimana tanda-tanda awal ibu bapa Ainan Celeste Cawley mengesan potensi yang ada pada anak mereka? (kata mereka)

1)  Apabila ibunya bercakap, dia memalingkan kepala kepada ibunya dan terus berhenti menangis
2) Ketika ibunya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh dan kelihatan gerhana matahari tersebut bersama-samanya

Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan Celeste Cawley setakat ini 2010 ini?

1) Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan lulus ujian tersebut dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian dan rekod itu
2) Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records
3) Pelajar politeknik termuda di dunia
4) Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti
5) Universiti di Malaysia iaitu Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika
6) Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.
7) Ainan akan juga mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri.

Boleh lihat dokumentari tentang kanak-kanak pintar di dunia di sini, telatah dan kebolehan mereka termasuk juga kanak-kanak bernama ainan ini :

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Adik Adi Putra, Kanak-Kanak Genius Atau Child Prodigy?
  2. Masalah Kes Dera Kanak-kanak di Malaysia. Cegah!!!
  3. Senarai Manusia Paling Kaya di Dunia Tahun 2010
  4. (Gambar) Lokasi Panjat Gunung Paling “Ganas” dan Lasak Di Dunia


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 2 comments… read them below or add one }

1 nur ash February 10, 2010 at 11:48 am

~kurniaan Allah kecerdikan adik ainan dan adik adi putra..semoga kepandaian digunakan sebaik-baiknya..:)

2 ummi March 3, 2010 at 11:25 pm

kalaulah ummi memiliki anak-anak seperti itu..betapa bersyukurnya ummi..

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: