BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Cerita Seks dan Lucah, “Modal” Berita Harian Metro?

by Staff Berita Semasa on December 14, 2009

in Keruntuhan Akhlak

Siapa yang pernah membeli Berita Harian Metro pasti dapat merasakan “kehangatan” dan penangan akhbar tersebut. Manakan tidak,  Harian Metro (yang merupakan terbitan kumpulan NSTP dan Utusan) dilihat sekarang ini semakin “galak” menyiarkan cerita-cerita seks dan berbaur lucah semata-mata mengejar keuntungan melalui jualan akhbar mereka. Setiap hari akan terpampang muka depan tu dengan tajuk-tajuk yang amat menyeksakan(tajuk panas-panas).

Sekarang ini pun, kalau selak-selak halaman belakang akhbar ini, bukan main besar lagi untuk kaki-kaki judi meramal…..Kalau tajuk muka depan mesti samada kes rogol atau pun kes tangkap basah ataupun apa sahaja yang berunsurkan seks. Kalau itulah “niche” yang digunapakai dalam melariskan penjualan, tak perlu rasanya sehingga menyiarkan kes rogol mahupun kes sumbang mahram tersebut dengan lebih detail lagi. Untuk apa dedahkan dan cerita semua itu “selengkapnya”? Contohnya? Boleh klik gambar di bawah:

Anda pahamkan apa yang saya maksudkan? Begitulah trend akhbar tersebut  hari ini.  Sehinggakan yang menggelarkan akhbar Harian Metro ini ala-ala majalah Mangga, Melodi di TV3 atau Galaksi di TV9. Yang pentingnya, apabila keluar cerita mesti berita sensasi atau yang suam-suam suku mesti dihangatkan lagi. Kalangan peminat akhbar ini akan ada yang bertanya dan hairan jika satu hari akhbar Harian Metro dilihat berlainan daripada hari-hari biasa, yang mana tidak menyiarkan cerita lucah mahupun seks.

Kalau nak dibandingkan dengan akhbar-akhbar di Malaysia yang lain, Berita Harian Metro lebih banyak cerita seks dan lucahnya berbanding perkembangan isu semasa. Kalau ada informasi yang ada, pastinya yang popular berkenaan ruangan pakar sakit puan iaitu Dr Tambi tu laaaa.  Kan banyak informasi yang mengurangkan egois lelaki contohnya. Jadi sekurang-kurangnya kolum tersebut dapat membantu. Harap, you’ll know what I’m trying to elaborate. Tapi dalam pada itu pun, akhbar Berita Harian Metro masih merupakan akhbar yang paling laris bak pisang goreng dan antara  yang mendapat jualan tertinggi.

Mungkin Berita Harian Metro memilih sasaran pasaran yang berlainan, kalau tidak sudah lama “bungkus” berbanding akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia yang memang ada peminatnya tersendiri. Cuma sensasikan sesebuah berita itu menjadi lebih power sikit. Siapa yang tidak suka cerita sensasi.  Walaubagaimanapun, terpulang juga kepada penilaian dan keputusan kita sendiri. Masing-masing bijak menilai yang terbaik untuk diri sendiri.

Tetapi bab berita sukan terutama liputan liga-liga bola sepak terkenal dunia contohnya La Liga Sepanyol atau pun Liga Perdana Inggeris, Harian Metro rajin menyiarkan beritanya selengkap mungkin. Yang ini saya akui sendiri antara tarikan lain bagi Harian Metro untuk melariskan jualan selain cerita seks dan lucahnya itu.

P/S : Ini hanya teguran ikhlas supaya akhbar Harian Metro antara yang paling popular ketika ini dapat memberikan wadah yang terbaik kepada masyarakat.


{ 147 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mahmud shah December 14, 2009 at 2:47 pm

itu satu stratige perniagaan…siapa yang meniaga x nak untung..?lagi pu….kalau cerita politik ja…boring nak baca….balik-balik politik….ceritanya…kutuk-mengutuk…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 majidi December 15, 2009 at 4:50 am

banyak cara boleh untung, kalau akhbar tak putar belit
rakyat yakin nak beli. Bukan cara macam ini
aku sendiri malu bila budak-budak muda baca akhbar macam ini
lebih-lebih cerita-cerita panas

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pak Awang December 31, 2009 at 6:58 am

dahla cerita lucah, letak muka depan laktu
takde cerita yang lebih penting daripada ini ker? :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Zulkeplee December 14, 2011 at 10:38 am

Akhbar juga Harus ada Keseimbangan atau BALANCE. Kalau Utusan dengan Politiknya, The Star dengan iklan iklan nya, Berita Harian dengan berita hariannya dan apalah salahnya kalau Metro dengan berita panasnya. Apa pun, pembeli yang memilih sendiri akhbar mana yang disukai. Kalau sekadar nak baca berita berbaur sek, dalam internet penuh sarat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 tokan October 30, 2012 at 11:18 am

Barulah pembaca tahu identitii masyarakat MELAYU kita, syabas kepada METRO ….. selongkar lagi …. banyak lagi yang masyarakat dan pihak yang berwajib perlu tahu….jangan asyik nak berpolitik saja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 ad June 21, 2012 at 12:52 pm

cerita benar dan sahih.
tak macam cerita akhbar yg menyebelahi pembangkang yg sentiasa bawa cerita palsu dan fitnah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Rolet onyx December 14, 2009 at 3:05 pm

mmg dasar tabloid….tp pe yg aku blajar sbg budak media…paper yg berlandaskan tabloid mmg lebih kepada entertainment n panas2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Pak Awang December 15, 2009 at 4:13 am

Dah kalau cerita yang panas yang banyak
memang ramai yang berkenan
campak dekat budak2, berebut baca :ketawamanja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Syah December 14, 2009 at 9:13 pm

sememangnye PANAS berita metro ini sejak azali lagi =P

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 DaHLia December 15, 2009 at 11:23 am

yaaa daku sangat setuju!!!!

memang suka melariskan akhbar dia dgn citer2 panas gini…
mcm mn lah budak2 skrg xterlebih pandai bab2 ni.. :marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 rozaidi December 17, 2009 at 3:56 pm

:senyumkambing ada baiknya diterbitkan begitu.. baru lah tau berita yang mengaibkan masyarakat melayu kita ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 JohnJimat January 3, 2010 at 8:00 am

bgs la harian metro buat cmtu sekurang2nyer mak bapak yg hantar anak die blaja dpt jage2. ni x, da hantar blaja biar cmtu je, bajet boleh jage diri sendiri.. xtau lak anak die tu da jd GRO :serabut

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 nur ash January 7, 2010 at 3:46 am

~mungkin strategy orng berniaga..tp kalu blh fikirla isu yg lbh pnting untuk perkongsian masyarakat semasa..untuk pendidikan raktyat..kuragknla isu2 panas yg xberkesudahan n memalukan ni.. :curiga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 nur ash January 7, 2010 at 3:54 am

~org yg bekerja slalunya ada 2 kategori..pertama yg mengejar kekayaan untuk kesenangan diri dan keluarga ..yang kedua bekerja untuk kepuasan dan seronok dapat memberikan susuatu kepada keluarga dan negara..anda boleh pilih anda kategori yang mana??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 mesticun January 11, 2010 at 8:02 am

Hari ahad tu biasalah.cuti hujung minggu.tak kan nak tidur kot.baca menambah ilmu.hari ahad kutip untung banyak.baru cepat kaya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 facebook.com/damunhari January 21, 2010 at 6:20 pm
17 adiadah January 23, 2010 at 8:23 am

Nafsu manusia mengatasi segala2nya..!! Bukan setakat cerita lucah..amat memalukan!!! ?, tapi KDN tak kisah dan buat terlupa bila berlaku gejala maksiat berleluasa…ini adalah tanggungjawab mrk.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Unikversiti January 23, 2010 at 11:34 am

Salaam. Kalau cerita panas utk pengajaran tu bagus jugak, kurang2 nya bagi masyarakat sedar apa yang berlaku. Cuma gambar2 tu seeloknya disensorkan lagi, agar tidak menjolok mata dan merangsangkan sangat :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 mesticun January 23, 2010 at 9:32 pm

@adiadah :ejek :ejek :ejek KDN macam buat2 lupa bila ada gejala maksiat.bila dah berleluasa mulalah nak buat itu ini.sekarang ni surat main cerita ni banyak2.mereka macam buat tak reti je. :marah :marah :marah :marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 mesticun January 23, 2010 at 9:36 pm

@Unikversiti cerita sensasi sentiasa mendapat perhatian.elok sangat mereka ( surat khabar ) letak muka depan.gambar tak senonoh tu tak perlu menonjol sangat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 mesticun January 23, 2010 at 9:39 pm

@nur ash pilih kebaikan di dunia dan di akhirat.sebenar itu perlu kita kerja.bukan keseronokkan duniawi begitu sekejap ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 mesticun January 23, 2010 at 9:42 pm

@rozaidi memalukan terbitan ni.kaum lain mereka nak tutup kesalahan bangsa mereka lagi banyak.kita ni tak sepatutnya nak buat besar-besar.memalukan bangsa sendiri. :serabut :serabut :serabut

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Pak Awang January 29, 2010 at 6:14 pm

Sekarang ini kalau satu hari takde cerita panas-panas daripada harian metro
mesti orang kampung mengamuk punya :ejek
lebih-lebih pembaca setia
tak heranlah, sekarang harian metro akhbar paling top di malaysia :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 mesticun January 30, 2010 at 9:39 am

:ketawa :ketawa :ketawa peminat semakin hari semakin bertambah.baca bab hiburan senang gembira.melekan pembaca je ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 tokwan gigi kuning February 25, 2010 at 1:29 am

naik menyampahla metro ni hari2 isu cover dpn berunsur lucah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 si comel March 10, 2010 at 1:12 pm

bdak2 mcm 2 ptot dtmbak jewp.. idop pown xgune!!! mnyushkn mak bpk dowang jewp.. mnambhkn dose mk bpk.. shoot jewp pale dowg ukh.. :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 ajis March 16, 2010 at 1:49 pm

Inilah dunia wartawan. Hidup dengan berita rencam. Oleh itu para wartawan perlu berilmu untuk memilih dan menilai berita yang sewajarnya diketengahkan untuk tatapan umum. Para editor juga perlu faham situasi ini. Bacaan umum oleh semua golongan peringkat masyarakat akan membentuk modal insan secara tidak langsung dalam penerbitan akhbar pada setiap masa. Pembaca juga perlu memilih bahan yang boleh disesuaikan sebagai bahan pengetahuan umum atau bahan untuk panduan amalan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 mee bandong March 25, 2010 at 1:21 pm

Tapi rezeki yg korang dapat(staf2 harian metro) gaji bulanan korang ler…sudah tentu HASIL dari penjualan akhbar tersebut yg paling LARIS sekali mengalahkan Goreng Pisang panas…disebabkan orang ramai nak baca cerita sensasi tu..tp hakikatnye wartawan yg melaporkan tu aku rasa SYOK sendiri..banyak tokok tambah bagi menYEDAPkan berita tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 LINDA_FAIRUL April 7, 2010 at 11:35 am

nemang dasyat manusia zaman skunk nie……..!!!apevw lah nk jd nemg x ade mase depan……..BERFIKIR LAH SEBELOM MELAKUKAN SESUATU ……………….BERTAUBAT LAH MANUSIA3………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 pEdAng tiMuR April 7, 2010 at 12:49 pm

Betul gak..H.Metro byk sgt paparkan isu camtu. Lagi satu terlalu byk iklan dalam akhbar tersebut. Tapi harap2 motif mereka hanya untuk memberi kesedaran, bukan keuntungan semata-mata. Semoga kita semua yang ada anak2 ni, didiklah mereka dengan betul mengikut nas-nas Agama Islam. :doa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 tokan October 30, 2012 at 11:29 am

Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan…pembaca sudah matang untuk menilai…Kerana itu ALLAH SWT ujudkan SYURGA dan NERAKA dan manusia dianugerahkan AKAL untuk menilai, sama-sama kita berdoa mereka-mereka yang terlanjur itu mendapat HIDAYAHNYA….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 jeROng tiMur April 9, 2010 at 10:46 am

memang elok pun muka org yg ditangkap khalwat tu letak kt muka depan..kalau dah sampai kena tangkap tu ada lagi ke M/E/R/U/A/H??? sama gak ngan yg terlibat kes rogol..biar jadi pengajaran..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 ADIL April 11, 2010 at 10:11 am

ELOK SGT LA METRO KERAP DEDAHKAN “MAKSIAT DAH BYK ”
PAKAT -PAKAT LA CELIK MATA ANAK SAPA,ADIK SAPA BINI SAPA…ADIK BERADIK SAPA…….BANGSA APA…..YG MAKSIAT TU LETAK JER MUKA DEPAN BIAR GAH…DAH MALU…WATPA NAK WAT…TAK MALU TU YG WAT..BLA KNA TANGKAP BUH MUKA DEPAN BRU NAK KIRA MARUAH…BYK LAWA…..GAH…BG SMUE ORG TAU…BIAG SERIK…PADA YG DOK TRINGIN NK WAT…KLU DOK SOROK SMUE ORG TAK KISAH…GAH METRO GAH……GERAM TGK BANGSA SENDIRI LALAI BAGAI LUPA AGAMA…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 mirna April 12, 2010 at 4:09 pm

mmg btul..dulu aku takleh miss baca metro..tp skrg tak beli lg dah. biar aku meminjam dri umah mak aku pon tk pe. tak de benda yg bleh mempertingkatkan minda. asik2 crita seks. smpi anak aku yg umo 8 tahun tunjuk perkataan SEKS tu, muka depan, tanya apa dia. kadang2 aku trpaksa buang muka depan lepas baca. skrg tk lg. aku cuma pinjam, tu pun selak2 tengok gamba atau baca heading jer..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 green 84 April 26, 2010 at 9:22 pm

jual -jual jugak…laku-laku jgk tapi jangan sampai maruah org melayu jatuh sampai orang lain ketawa…x malu ker…
Macam maner budak-budak zaman sekarang lebih tahu yang “hot” dari ilmu agama. kalau berita hal politik..masing-masing seperti manusia yang bertopengkan haiwan. bangsa lain ketawakan org melayu…. berita seharusnya benar bukan ditokok tambah dan mereka cerita. hentikanlah berita yang menlucah dan memalukan itu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 ana May 6, 2010 at 11:28 am
37 black comedy dvd May 16, 2010 at 3:49 am

Hey, appreciation for taking the effort to do this. I like your online, whilst it took a slow reader like me some time to as a result of through the entire page and many of the comments.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 jis May 21, 2010 at 9:48 am

saya dah bosan dengan cerita seks…saya tak mahu ada maklum balas tentang cerita tersebut…terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 azli May 28, 2010 at 2:02 am

kalau aku ada akhbar sendiri…aku pun akan arahkan pekerja aku utamakan berita2 hangat untuk muka depan akhbar….ini strategi perniagaan……tak kan nak letak cerita tebang pokok pisang sebagai tajuk utama?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 shams May 30, 2010 at 2:56 pm
41 im bola May 31, 2010 at 11:33 pm

mukin tu lah punca utama masalah sosial sekarang
Mereka baca dn cuba
jdi metro lah tok gurunya
FIKIR2KANLAH,,,,,,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 fakri June 8, 2010 at 11:39 pm

biasalah niaga.. lau xkeluar cita mcm ni manalah bast orang nak beli…. :gelak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 apachai March 15, 2012 at 6:10 pm

Bile heboh kes buang bayi, rogol, sumbang mahram masing2 salahkan pihak lain. Padahal golongan2 ni la yg menjadi penyebab gejala sosial. Ape KDN bute ke? Ape2 yg mengisi rohani x diwar-warkan. Yg ajak kepada lucah, seks bebas, zina tu yg dibiarkan. Sape2 yg ade kuase cegah bende mungkar tp x nak, tunggu la nanti ko tanggung kat akhirat. Suruh buat hukum hudud kerajaan takut. X sesuai la untuk rakyat majmuk. Ape mase Nabi buat kerajaan Madinah dulu x ade org kafir? Habis semue ke org Islam kat Madinah mase tu? Tu la silap pilih pemimpin ni la jadinye.. Sedar la ORANG ISLAM MELAYU!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 jat-jat June 9, 2010 at 6:13 pm

susah beno aq nk nengok mke dpn metro slain cte seks… mmg la jd no1… msrkt kat m’sia ni bnyak sngt gile crite2 cmni pon… dlu aku mnat la jgak bce metro… tu sume DULU yea… skrang aq bace kat tnet je lah!! hahahaa :senyumkambing :setan :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 tussock June 9, 2010 at 9:26 pm

Etika penulisan itu penting dan saya nampak kebanyakan wartawan METRO kurang menitik beratkan etika penulisan.
terlalu banyak cerita sensasi yang diada-adakan,more fictions than fact ini amat mengelirukan.Saya dengar artikal Restoran Berahi tu adalah cerita yang diada-adakan dan gambar yang dipaparkan adalah gambar yang diamabil dari negara jiran..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 mia June 9, 2010 at 11:12 pm

ermm.. sebagai akhbar yang memberikan cerita sensasi yang rakyat malaysia suka nak baca bolehlah menggalakkan penjualan mereka. Pendedahan tu bagus, cuma bila pendedahan yang berikan secara besaran seperti itu menjadi kan remaja ramai yang tak tahu dah jadi tahu plak isu tu.. then cuba tiru. budaya membaca sekarang dah kearah membaca gosip, tabloid dan majalah yang tidak membangunkan minda

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 rajapahit June 11, 2010 at 9:48 pm

kebanyakan yang cerita jahat tu bangsa melayu saja bodoh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Anti tipu May 24, 2012 at 12:51 pm

Harian Metro= Harian Sex
Utusan Melayu = Utusan Sex
UMNO=UMPORNO
Penyokong UMNO=Penyokong Sex
Jangan mare

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 rajapahit June 11, 2010 at 9:54 pm

aku kekadang merasa malu dgn berita yg dipaparkan apabila anak kecil membaca seolah menggalak melakukannya dan pulak apa yg tak elok semua BANGSA MELAYU menonjolkan kebodohan MELAYU yg hanya pandai menyelak kain sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 rahsia hebat June 12, 2010 at 6:15 pm

biasalah tue..dh modal diaorang nk lariskan news paper… :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 anak ku anak mu jua June 13, 2010 at 2:16 am

Keuntungan hasil daripada cerita-cerita begini tak berapa berkat.Wallahualam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 lolipop June 19, 2010 at 11:25 pm

Lebih prefer News Straits Times berbanding2 akhbar2 lain kat Malaysia ni.. Utusan/BH xabeh2 politik, The Star pon lebih kurang sama, Metro pulak cam yang admin cakap la…banyak sangat isu2 tak berfaedah, cam baca majalah picisan (Mastika, etc) pon ada….lolz

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 lan June 22, 2010 at 3:11 am

lg 1 yg x bestnya metro skrg ni tlalu banyak iklan dari berita.. patunnya x blh nama kan akhabar berita metro tetapi lebih padah kalau namanya di tukar kepada metro buku iklan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Linda June 22, 2010 at 9:12 am

Linda ok aje. Hari-hari baca Harian Metro ni, tak membosankan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 NEOKS May 16, 2012 at 10:46 am
56 nana July 6, 2010 at 6:26 pm

Syah: sememangnye PANAS berita metro ini sejak azali lagi =P  (Balas Komen Ini)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 nana July 6, 2010 at 6:45 pm

ehmmm…zaman skg da brubah..da lebih upgrade dr zaman mak bapa kita.hiburan da brtmbah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 ana July 8, 2010 at 12:50 am

saya setuju sangat memang pun..sy sebagai perempuan malu jugak citer2 camtu detail sangat,,,,,mesti tajuk besar…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 akubebas July 9, 2010 at 10:38 am

Jangan asyik pandang negatif sahaja berita-berita maksiat yang disiarkan. Ambil iktibar dan sebarkan kepada sahabat handai sebagai satu pengajaran. Buat apa malu untuk menegakkan keadilan..Bukan kita yang melakukan. Ingat-mengingati amalan yang mulia..Fikir-fikirkan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 kaw lu July 14, 2010 at 10:42 pm

…kalau nak jaga maruah, jangan buat maksiat..
memang betul ! inilah pengajaran kapada si pemaksiat..
kalau tak fikir pasal lain pun, sekurang2nya sipemaksiat bolih fikir pasal malu…
dalam hal ini tak perlulah kita nak “cover” mereka..
harian metro sila teruskan cara ini…
kalau bolih lagi “clear”
pasal untung usah cerite lah…itu usaha dan inisiatif mereka

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 kaw lu July 14, 2010 at 10:52 pm

..satu jer aku nak cakap pada harian metro ni…
kalau nak buat cerita macam ni, jangan pilih bulu…..
kalau kena kat kroni2 ko, kerabat2 ko dan tauke2 ko…sebaris dua jer ko lapurkan..tu pun nasib kalau ada keluar….jangan jadi “double standard”….gentlemen sikit….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 mesda ocakzima February 10, 2011 at 9:40 am

yea la tu.. kalau kena kaum keluarga n kaum kerabat dia orang bagus juga .. air yg tenang jgn di sangka tidak ada buaya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 rozarusli May 5, 2011 at 7:15 am

memang dia ore pilih bulu .satu pihak aje yg kena.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 LoOqman July 16, 2010 at 5:05 pm

kaw lu: …kalau nak jaga maruah, jangan buat maksiat..
memang betul ! inilah pengajaran kapada si pemaksiat..
kalau tak fikir pasal lain pun, sekurang2nya sipemaksiat bolih fikir pasal malu…
dalam hal ini tak perlulah kita nak “cover” mereka..
harian metro sila teruskan cara ini…
kalau bolih lagi “clear”
pasal untung usah cerite lah…itu usaha dan inisiatif mereka  

Btul, baru lar skrang biler nak wat jahat pon, tiba-tiba malu ngan metro, tapi hukum syarak tak dapat ditepati lagilah sebab hasilnya takut dkat metro bkan takut dkat Allah, walau apa pun cadangan saya untuk metro, cerita lah lebi detail lagii… haha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 apachai March 15, 2012 at 6:17 pm

kalau dedah bende cmtu dlm keadaan yg teruk sampai menjadi trend dlm masyarakat mesti ade lucah kalau bukak surat khabar. x ke sebnarnye surat khabar pon menyumbang kpd gejala zina. Ye la kalau dah tiap2 hari tengok bende naikkan nafsu, tu pasal budak2 sekarang jd mangse. Yg kakak2 tu pandai skit pertahankan diri. yg budak2 ni ape dorang tahu. Cube bawak bende yg meningkatkan intelektual bru masyarakat jd bertamadun. Surat khabar membentuk public opinion. Kalau surat khabar bentuk masyarakat yg suke lucah, alamat ea rosakla Malaysia x lame lagi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 comat July 30, 2010 at 7:53 am

Bagus tu, tingkatkan lg usaha utk war-war kan pemaksiat, biar lebih terang & jelas, supaya menjadi iktibar kepada manusia-manusia yg lain, yg ingin melakukan maksiat. :tepuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 SAHABAT February 10, 2011 at 1:05 pm

tlg skali dlm b’usaha..jgn mlt je ckap,tp blik tirai same….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 .hOney deW July 30, 2010 at 1:26 pm

hmm..apa nak jadi owg zaman sekarang…lebih teruk dr binatang…ingt2lh tuhan.jgn lakukan mksiat yg berbau nafsu serkah semata2 :jangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 SAHABAT February 10, 2011 at 12:54 pm

xyah komen…ingt dri sndri dh ckup..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 abg lah August 9, 2010 at 1:39 am

:peace tingkatkan lagi usaha, supaya perkara2 maksiat dapat di hapuskan terus dari tanah air kita.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 SAHABAT February 10, 2011 at 1:02 pm

usaha stinggi awan pun xkn dpt kalo yg b’usaha 2 pn 2 kali 5 sma…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 RI August 30, 2010 at 11:41 am

tak semestinye org2 melayu.bangsa lain pun ada gak.tapi yg menyedihkn terang2 sgt bangsa kita nie minat benda yg bukan2.aper nak jadi dgn manusio skrg nie yer…apa yg saya lihat skrg,anak2 muda zaman skrg dah byk terpesung jauh.zaman mereka adalah zaman serba kemewahan..kalau mereka duk zaman dahulu baru la mereka tahu mcm maner susahnye pada zaman tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 SAHABAT February 10, 2011 at 1:00 pm

jgn nk bezakn zmn dlu dgn skrg..kalau nk jd ttp jd..kalo dtmpt mreka pun akan sma…phitung tdkn mu dlu sblm over tke cre ttg yg laen…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 sheikh kamal September 2, 2010 at 8:03 am

Memang benar, berita sek dan lucah menjadi pelaris bg harian metro, kurangkanlah berita-berita mcm tu.Satu lagi yg tak berapa bagus ialah, ruangan iklan lebih banyak dari ruangan berita, seolah-olah kita beli harian metro untuk baca iklan je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 SAHABAT February 10, 2011 at 1:08 pm

kurangkn mbca..brita utk tatapan smua bkn sorg je..xnk,xyah bca..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 EK99 September 22, 2010 at 9:17 am

Saya pn minat baca HM, tapi gmbar2 ppuan nmpk sbhgian buah dada selalu ada, pendek kata seksi2 le. payah nk baca. terpaksa cepat2 pejam mata,tak pun tutup dgn tangan atau sepantas kilat buka page len. Tension. tak perlulah wartawan boh gambar gitu2. cerita bertuleh dh le.. tak da iman ka,tak bljr agama ka wartwan HM ni. Menggalakkan maksiat mata + DOSA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 norazian January 11, 2011 at 2:30 pm

alaa…ckp bnyk pon x guna…bkn gambar lain pon yg beransurkn lucah..bnyk dr kalangan artis…yang artis ni plak…x da rasa malu gan segan langsung gambar dia di amik ….dengan pakaian x menuntut aurat…rakyat2 kite skrg suka sgt terikut2 feysen artis konon…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 SAHABAT February 10, 2011 at 1:12 pm

bkan org lain juga….sblh blik jer tue….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 SAHABAT February 10, 2011 at 1:10 pm

dh thu skali tgk HM mcm tue,buat apa beli lg? byk lg srt khbr kt luar sna…dh x ska,xyah bca..kn sng……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 SAHABAT February 10, 2011 at 1:14 pm

kalo xnk bca..p lh bca srt kabor laen..byk lgi..kt ctu mmg byk gmbr mcm tue,kalo dh thu tu,xyah bhabis duit beli lg…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 abumar September 22, 2010 at 12:35 pm

akubebas: Jangan asyik pandang negatif sahaja berita-berita maksiat yang disiarkan. Ambil iktibar dan sebarkan kepada sahabat handai sebagai satu pengajaran. Buat apa malu untuk menegakkan keadilan..Bukan kita yang melakukan. Ingat-mengingati amalan yang mulia..Fikir-fikirkan…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

masalahnya camana aku nak jawab kat anak aku yg umor 8 tahun tu bila dia tanya tentang tajuk HM yg ‘hangat’ tu. kita org dewasa mungkin boleh tapis tapi budak2 macamana? agak2 la sikit bila tulis berita tu.

anyway, aku memang x beli HM ni. KOSMO ok la jugak. murah pun yea, baru singgit (sori eh aku bukan promo KOSMO)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 SAHABAT February 10, 2011 at 1:19 pm

kalo dh mcm 2,haramkn anak2 below 18 tu beli HM..kalo dri sndri yg tnjukkn kt anak2..,no komen..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 BHARIAMAN September 27, 2010 at 1:33 pm

Saya amat bersetuju apa yang diperkatakan berhubung dengan isu ini, rata-rata pembaca terlalu taksub untuk membaca dada akhbar Metro malah kanak-kanak pra sekolah juga tahu, apa yang penting sekarang pendedahan kisah benar perlu di bongkarkan, baru masyarakat tahu tetapi janganlah over sangat DR M juga berkata Melayu mudah lupa ada kaitan dengan isu ini. Editor dan jurugambar juga main peranan jangan sampai meruntun maruah orang sehingga ujud trauma. Tahniah dan Syabas buat Metro, laksanakan tugas apa yang betul jangan fikir apa yang tidak betul.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 jojo October 18, 2010 at 2:39 pm

memang betul cara ini memberi pengajaran kepada mereka untuk
sedar atas perbuatan mereka.tetapi cara ini jugak menjatuhkan
maruah seseorang walau pun salah.mungkin mereka melakukan
atas sebab terpaksa untuk mencari wang dengan mudah jadi fikirlah
apa yang terbaik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 SAHABAT February 10, 2011 at 1:30 pm

i agree but juz for a little bit…ada yg mmg nk buat tp btul cra ni mmg skdr m’aibkn mreka n also kita sndri…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 samasaja November 5, 2010 at 9:16 am

Pada pendapat saya, kalau berita yg disiarkan itu benar2 berlaku dan bukan cerita bohong tak menjadi salah.Setiap berita yg kita dengar dan baca x kira dimana dan sesiapa saja yg terlibat, adalah utk pengajaran bagi kita yg membacanya dn harus kita sampaikan kpd keluarga, teman2 dn sesiapa sj.X perlulah disorokkan sbb kalau mrk ni x takut dn malu pd Tuhan jadi kita lah yg kena buat sesuatu utk menakut dn memalukan mrk agar mrk x mengulangi perbuatan mrk dn supaya org lain juga x akan buat benda2 laknat ni.Wassalam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 SAHABAT February 10, 2011 at 1:33 pm

Hak utk m’hukum bkan dtangan kita…kita sbg shbt ddunia yg sptutnya m’bimbing bkan m’hukum…itu tugas yg d’atas,biar Dia yg laksanakan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 azy November 15, 2010 at 3:15 pm

kita tidak seharusnya memandang negetif sahaja dengan apa yang berlaku,saya tidak setuju sgt lah berita mcm n di sebarkan di internet kerana ia amat mengaibkan org lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 SAHABAT February 10, 2011 at 1:36 pm

i agree coz u xbyk sgt komen yg lbih2..kalo dh xnak,ckap je cam tu,xyah tambah2..good2..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

90 alim November 16, 2010 at 7:50 am

aku tgk akbar ni pun nak muntah takada cerita lain ke dah meluat aku tengok,tak ada cara lain ke tambah sini sana,mana mereka tahu cerita sebenar baru tahu sikit dah nak jadi macam mahkamah,kalau kena anak sendiri tersengeh sengeh macam kerang busuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

91 ipp January 13, 2011 at 2:39 pm
92 SAHABAT February 10, 2011 at 1:27 pm

xyah komen org…kalo xnak bca,beli akhbar laen k….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

93 adam December 12, 2010 at 7:18 pm

saya bersetuju sgt sehingga saya dah malas nak beli akhbar tu lai. macam xde modal lain nak lariskan . semua melibatkan aktiviti negatif remaja kita dan amat memalukan. sedar x sedar menunjukkan mcm org melayu kita ini dah xde maruah lagi dan jauh lagi le nak cite pasal islam. cuba la hentikan keje mengaibkan ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

94 SAHABAT February 10, 2011 at 1:39 pm

m’aibkn??? i x fkir sgt ia bg2..x smsti org mlayu je..byk bgsa laen yg kene..jd kita sma diam n tgk apa akn jd nnti..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

95 ABnet PBulan December 26, 2010 at 2:29 pm

walah2 ternyata di malaysia banyak maksiatnye……………. Tobat…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

96 SAHABAT February 10, 2011 at 1:41 pm

correction..bkan dmlysia yg byk mksiat,byk lg tmpat..kalo bkn mlysian,tgk tmpat sndri ok???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

97 Dragster KP60R December 27, 2010 at 2:40 am

Kenkadang berita kat HM nie ader gak yg diragui serta outdate cthnye mcm yg kes Video Seks Si Cilik yg mana video tue dh lama & dipercayai berlaku di Thailand & bukannya di M’sia seperti didakwa seorang saksi lgpun pelakonnya pun terang2 berwajah Thai tp xdinyatakan dlm Metro sebaliknya mendakwa kemungkinan pasangan tersebut adalah adik beradik dipercayai untuk “menyedapkan” cerita..Gambaran sebegini dikhuatiri akhirnya menjadi realiti oleh kerana remaja @ sicilik terdorong melakukan hal yg sama selain memberi gambaran yg tidak baik kepada bangsa lain tentang akhlak/ moral bangsa Melayu itu sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

98 SAHABAT February 10, 2011 at 1:43 pm

hmmmm….kalo gtu,i also agree..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

99 jinjun April 5, 2011 at 7:05 am

Walau pun di mana berlaku nya,kita lihat bangunan runtuh bukit runtuh,pokok tumbang atau apa jua bencana alam yang dashat….sabenar nya tidak lah dashat keruntuhan moral yang belaku ketika ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

100 LayanzZ Community January 7, 2011 at 9:41 pm

mg selalu akbar sekarang gunakan tajuk2 yang berahi..
al maklum la nak melariskan jualan..tapi..tajuk yang digunakan bertepatan dengan isi yang cuba disampaikan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

101 ipp January 13, 2011 at 2:21 pm

ABnet PBulan: walah2 ternyata di malaysia banyak maksiatnye……………. Tobat…..  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

102 emir syahmi January 24, 2011 at 8:36 pm

Kenapa isu kebejatan sosial dan salah laku seks sahaja dipaparkan Sewajarnya HM tulis juga tentang laluan untuk mengatasi gejala sosial, isu ekonomi masyarakat kita dll hal yang boleh membangun minda,bukannya dilambakkan dgn isu seks sampai mual kita dibuatnya.Adakah penulis-penulisnya merupakan penulis tepi jalan. . Penulisan sedemikian rupa mencerminkan tahap akademik dan penguasaan kemahiran dlm bidang kewartawanan HM berada pada tahap yg rendah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

103 SAHABAT February 10, 2011 at 1:48 pm

bertapis sdkit bla komen ye…jgn nk komen org kalo komen dri sndri tu pn spt xda adab.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

104 mimpi February 16, 2011 at 4:07 pm

saya setuju dgn komen yg diberikan ttg akhbar metro, tp sbg pembaca masing2 mmpunyai hak utk bersuara krn kita berada di negara yg demokrasi. tp jgn la sampai nk mghina wartawan Metro rendah akademik atau akhlak. sape anda utk berckp begitu sdgkn ‘Hidayah’ itu milik Allah, Dia lbh berhak utk memberi dan menilai kerja mrk. lgpn masyarakat suka bnda mcm tu.
Pendedahan bkn utk mengaibkan tp bertujuan mmberi kesedaran kpd anggota masyarakat spy berhati2 krn mrk terutama ank muda terddh dgn gejala negatif. kalo nk ckp jthkn maruah mangsa. mrk yg memilih jln tu sape soh. sbb nk cr rezeki??? hello dik, matlamat tdk boleh menghalalkn cara. kalo dah haram n dosa. tulah hukumnya jugak.
so, as a reader yg berilmu pengetahuan, anda sendiri menilai utk diri anda xperlu mengkritik kerja org lain. krn anda bkn berada di tmpt mrk. sy baca paper pun tgk tajuk n keperluan je.xpn g baca magz org putih yg lbh baik.
salam 1 Msia…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

105 budak setan February 17, 2011 at 7:42 pm

ntah ape2 ntah….yg pnting kita je lh yg jngan ikut cam 2 sdah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

106 anak malaysia March 13, 2011 at 8:33 am

ABnet PBulan:
walah2 ternyata di malaysia banyak maksiatnye……………. Tobat…..

Bukan saja di Malaysi maksiatnye banyak malahan di negara jiran juga begitu seperti filipina,indonesia cuma beritanye tak sampai ke Malaysia…yang lebih memburukkan situasi adalah kehadiran PATI. Pendatang Asing tanpa izin. Kerana Wang semuanya boleh berlaku,..

ABnet PBulan:
walah2 ternyata di malaysia banyak maksiatnye…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

107 syns wan gates March 14, 2011 at 2:21 pm

huh !! sedih…. kecik2 d tantang bagai minyak yg penuh…. dh besar conteng arang d muka owg tua….
bala2…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

108 teh o suam April 4, 2011 at 3:14 am

Artikel tebaek sepatutnya berita tue tulis pk Guna akal nikah ikut napsu, x caya kalau ade baca ayat nya mesti berulang 2 aper Pembace kena ingat aper yg di tulis berulang kali, bosan . Lagi satu tenguk lar skg punya aktiviti x sehat makin menjadi jadi … x tau la nak jadi aper ngan media skg, aku skg x bace or tenguk berita, pasal media yg sensasi lar masyArakat jadi x betul.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

109 muslimah April 4, 2011 at 2:04 pm

apa lh nk jdi …sy rse x slh klu metro siarkn berita ni..lagipn remaja skrg ni memang x tau malu bila dh kena tangkap baru lh nk tutup muka lh ni lh ..selama buat benda tu ada pernah fikir malu..maaf sebab kasar skit…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

110 nadtrah April 4, 2011 at 2:10 pm

sy x sangka remaja-remaja skrg semakin berani………sy suka lh komen sahabat dan mimpi tu…sy bersenpedapat dngn diaowg…kita x blh menghina owg yg jdi mcm tu…mukin dia ada sebab trsendiri…knpe dia jdi mcm tu…ye kwn-kwn…askum

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

111 dzul7815 April 10, 2011 at 9:07 am

salam,jgn nak salahkan harian metro,itu cara dia berniaga…..nasihat saya JANGAN BELI,JANGAN BACA kan senang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

112 nadtrah April 11, 2011 at 4:14 pm

comat: Bagus tu, tingkatkan lg usaha utk war-war kan pemaksiat, biar lebih terang & jelas, supaya menjadi iktibar kepada manusia-manusia yg lain, yg ingin melakukan maksiat. :tepuk

betul jua apa ko kte …aku setuju..x baek klu slh kn
dzul7815: salam,jgn nak salahkan harian metro,itu cara dia berniaga…..nasihat saya JANGAN BELI,JANGAN BACA kan senang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

113 mulut lancang April 20, 2011 at 11:19 am

Tak melampau kalau aku disini mengatakan harian metro ni cuma sesuai untuk bacaan dalam tandas atau bacaan ketika nak melancap je.Dah la citer dia semua di tokok tambah dan aku sendiri pernah kena.Sepupu aku meninggal excident naik kereta elok elok kuar surat khabar meninggal naik motor 3 orang x pakai helmet.Kes budak2 sek men sains kat cheras tu,kalau korang masih ingat,adik aku 5 tahun kat situ dari form one sampai abis,segala nama orang yg ditemu ramah semua x wujud.Satu mata metah tu ntahmadik aku kata nenek dia yg bagitaw dia kot.Jijik sial harian metro ni.X ubah macam mastika

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

114 sudine69 April 30, 2011 at 10:48 am

Betul sangat jga sy kadang2 tak sanggup nak bawa HM balik kat rumah sebab terlalu hangat risau anak2 terbaca jadi sy tinggalkan saja dalam kereta atau sy tak nak beli lagi

EK99: Saya pn minat baca HM, tapi gmbar2 ppuan nmpk sbhgian buah dada selalu ada, pendek kata seksi2 le. payah nk baca. terpaksa cepat2 pejam mata,tak pun tutup dgn tangan atau sepantas kilat buka page len. Tension. tak perlulah wartawan boh gambar gitu2. cerita bertuleh dh le.. tak da iman ka,tak bljr agama ka wartwan HM ni. Menggalakkan maksiat mata + DOSA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

115 hamba ALLAH May 3, 2011 at 3:49 pm

Betul weh…saya sokong…sy memang xberminat harian metro ni…banyak cerita n berita yang mengaibkan orang melayu dan islam…berita harian Melayu…yang sebenarnya..cerita xserupa bikin…….cuma cari keuntungan saja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

116 Phadil May 13, 2011 at 9:20 am

kaki-kaki maksiat, tokey2 pusat maksiat dan musuh-musuh Islam suma bengang dengan Hmetro nih. cuba baca semua blog-blog si sepet-sepet dan tamby-tamby kat malaysia ni. berjurai-jurai kutukan diorang. apa taknya, usaha diorang nak memaksiatkan umat islam kat Negara ni dah jadi susah. Asyik kene dedah jer. siap bagi nama harian Metroll lagi tuh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

117 Dak_Skema May 15, 2011 at 5:39 am

bkn nak kata HM langsung x bagus. saya akui sendiri HM ada style tersendiri dalam menyampaikan cerita dan menguruskan section muka suratnya. Tetapi bagi saya cerita2 panas ni toksah la letak didepan siap gambar yang di zoom kan. letak lah sesuatu yang lebih membina jati diri di muka hadapan. cerita panas tu letak dalam sikit kalo boleh bermoral la sikit penulisannya dan juga gambarnya(xyah taruk kalo XXX sgt)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

118 keciks May 18, 2011 at 11:41 am

Salam… Lagi satu, cuba korang tengok, setiap page ada iklan, berita semasa skit jek, iklan berlambak2..rase2 mcm iklan je lg bnyak dari berita semasa! Tu yg kwn dh tak beli h.metro lg.. Pasal berita2 ‘berahi’ tu, mmg kwn dh nmpak dari dulu, ada baik, ada yg tk baik nye. Yg BAIK nye, buat pengajaran kt kita. Tengok betapa dahsyat keruntuhan Agama,moral org2 Islam skrg…Renung2 kn… Yg TAK BAIK nye, cerita2 mcm ni yg mendorong org terikut2 nk buat, nk cuba, dn tk lupa jgk yn nk mengutuk, menghina, secara tak langsung menambahkan dosa jek! Wallahualam…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

119 melayu kini June 3, 2011 at 11:09 am

harian metro byk cerita bohong..hanya semata2 nk lariskn jualanya…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

120 taswin cucu pokmat boro June 17, 2011 at 8:24 am

mesda ocakzima:
yea la tu.. kalau kena kaum keluarga n kaum kerabatdia orang bagus juga .. air yg tenang jgn di sangka tidak ada buaya.

keciks:
Salam… Lagi satu, cuba korang tengok, setiap page ada iklan, berita semasa skit jek, iklan berlambak2..rase2 mcm iklan je lg bnyak dari berita semasa! Tu yg kwn dh tak beli h.metro lg.. Pasal berita2 ‘berahi’ tu, mmg kwn dh nmpak dari dulu, ada baik, ada yg tk baik nye. Yg BAIK nye, buat pengajaran kt kita. Tengok betapa dahsyat keruntuhan Agama,moral org2 Islam skrg…Renung2 kn… Yg TAK BAIK nye, cerita2 mcm ni yg mendorong org terikut2 nk buat, nk cuba, dn tk lupa jgk yn nk mengutuk, menghina, secara tak langsung menambahkan dosa jek! Wallahualam…..

nk lihat aksi sex lah yg nk beli tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

121 taswin cucu pokmat boro June 17, 2011 at 8:26 am

cerita seks dan lucah,,,memalu kan nama malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

122 cakap tak serupa bikin June 19, 2011 at 9:39 am

Phadil:
kaki-kaki maksiat, tokey2 pusat maksiat dan musuh-musuh Islam suma bengang dengan Hmetro nih. cuba baca semua blog-blog si sepet-sepet dan tamby-tamby kat malaysia ni. berjurai-jurai kutukan diorang. apa taknya, usaha diorang nak memaksiatkan umat islam kat Negara ni dah jadi susah. Asyik kene dedah jer. siap bagi nama harian Metroll lagi tuh.

harian metro muka depan kata lain bahagian iklan kata lain. kat bahagian iklan tue banyak betul iklan2 maksiat. Yang aku tak tahan tue siap highlight lagi warna biru cair pada iklan pengurut wanita muda. Aku pernah telefon ada apek jwb ya mahu indon, filipina, vietnam, china dll. Apa nak jadi dgn harian metro nie???????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

123 eh June 21, 2011 at 9:38 pm

hamba ALLAH:
Betul weh…saya sokong…sy memang xberminat harian metro ni…banyak cerita n berita yang mengaibkan orang melayu dan islam…berita harian Melayu…yang sebenarnya..cerita xserupa bikin…….cuma cari keuntungan saja

nampak gayanya mereka bukan sahaja memperdagangkan cerita porno tetapi juga memperdagangkan Islam. Ape mereka tu seronok sangat dengan benda tu kot, atau saya nak naikkan syahwat masyarakat. Buatlah perkara yang membina masyarakat bukannya menggunakan kebebasan akbar sebagai tempat untuik membudayakan perkara yang jijik tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

124 MIAN July 1, 2011 at 9:46 pm

aku pun dah tak beli banyak sangat iklan, tah apa apa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

125 gulagula pahit July 6, 2011 at 10:39 pm

Saya amat bersetuju komen diatas terutamanya menyentuh ‘hilangnya peranan moral’ akhbar yg niat asalnya baik untuk mendedahkan perilaku amoral agar dijadikan sempadan kepada pembaca, tetapi akhirnya publisiti yang meluas tentang ‘gejala’ itu bertukar kepada ‘pelaris’ untuk jualan akhbar.. Apakah mungkin kaedah ini sahaja yg membolehkan sesuatu akhbar laris seperti goreng pisang?..
Wahai akhbar metro, dahulunya saya amat berminat untuk menerpa setiap pagi isu isu besar negara dalam pelbagai perspektif dan dimensi, namun kini sepertinya saya menjadi malu untuk membelinya apatahlagi membawa pulang kerumah. ini kerana akhirnya anak anak yang tak sepatutnya diperingkat umur membaca yang mempersoalkan baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Saya menyeru penulis serta setiap individu yg terlibat dalam bidang ini dan bukan akhbar metro sahaja untuk lebih mengutamakan nilai kehalusan budi dan moral masyarakat kita yg semakin terhakis. Apatahlagi jika disogokkan dengan berita berita sensasai terutama yang berbau seks dan kelucahan yang pada saya boleh diterjemahkan melalui medan yang lebih sesuai. Jadikan landasan moral serta nilai murni sesuatu yang bolehdipertanggungjawabkan. Janganlah sampai sehingga untuk menerangkan sesuatu maksud(contohnya perilaku seks) dibuat sesedap bahasa yg mengambarkan perilaku sebenar, kerana jika tak diceritakan pun orang ramai mungkin sedia maklum, ditambah pula diletakkan dimuka utama dada akhbar.
Sekiranya metro ingin dianggap oleh masyarakat sebagai tabloid murahan…anda boleh sensasikan dan ketengahkan perkara yang mengaibkan melalui kaedah sekarang, sekiranya tidak berusahalah mulai sekarang memperhalusi objek utama yang ingin dijadikan pemangkin kepada kesegaran minda pembaca. terima kasih.
usi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

126 nan62 August 11, 2011 at 2:47 pm

benda ni dah jadi sumber rezeki puak2 yg rakus mengiurkan pembaca@ masyarakat. mensajikan berita bergambar yg muak tetapi berselindung dgn iktibar konon nye dgn harapan jualan majalah atau akhbar mereka yg tak bermoral bertambah biak . seolah2 kerajaan membenarkan atau mendidik supaya masyarakat berperangai spt yg di zahirkan oleh pemberita . bertaubat lah segera wahai sahabat semua , ini mungkin telah di rancang halus noleh mereka yg ingin melihat masyarakat mellayu islam khasnya kechundang dalam hidup dan jauh dari ALLAH swt. fikir2kan lah semua

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

127 Mcr August 29, 2011 at 11:00 pm

Bge sya berita metro nie . .bkan lah sembarangan . .tetapi kalau ble
Krng2 kan lha isu berkaitan seks atau Lucah nie . .kerana ini Akan menybbkan rmai pembaca berita mentro muak . .membaca Nya di sebabkan isu yg tidak baik. .mungkin slah stu Nya adalah memalukan
Agama Dan jgk negara

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

128 kj November 21, 2011 at 12:30 am

la mereka siarkan cerita 2 tu sebab takut surat mereka tak laku kalau tak
siarkan cerita 2 tu .silap pembaca juga b

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

129 kj November 21, 2011 at 12:42 am

la mereka siarkan cerita 2 tu sebab takut surat mereka tak laku kalau tak siarkan cerita 2 tu ini semua .silap pembaca juga bila nak beli tengok dulu apa cerita jika ada cerita 2 yang panas baru beli kamu ingat mereka bodoh ke tu sebab sekarang ini mereka siarkan berita tu dimuka depan dengan tajuk yang hebat 2 dan besar 2 lagi . nasib baik saya tak
suka baca harian metro

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

130 Zahari Muhammad December 4, 2011 at 8:03 pm

Mereka2 (wartawan)ini dibyr gaji untuk mencari berita berita sensasi,untuk dipaparkan pada semua orng orng kg ke ,pekan ke,bandar ke…tak kira dimana mereka berada,supaya sekurang kurangnya mereka tahu dimana kelemahan mereka hingga berlaku benda benda yg d”laknat tulallah ni,sekiranya wartawan ni dah tahu berlaku nyer perkara ni tapi x dpaparkan di dalam media cetak maka,mereka2 ini di kira bersubahat nama nya….maka mereka juga dikira menjadi penumpang keretapi experss senandong mlm dr dunia ke neraka jahanam ……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

131 shah March 2, 2012 at 8:22 pm

haram ke halal gaji wartawan metro?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

132 BALA March 15, 2012 at 7:41 pm

BAGI SAYA TAK SALAH BACA KISAH YANG BENAR ,INI MUNGKIN JUGA TERJADI KEPADA KAWAN KAWAN KITA YANG TAK BERMORAL DAN SANGGUP MEMBUAT BENDA -BENDA YANG TAK BETUL ,KITA AMBIL INI SATU PENGAJARAN SUPAYA IA TAK TERJADI KEPADA AHLI KELUARGA KITA ATAU ANAK ANAK KITA ,SAYA BUKANYA KATA YANG SAYA INI ALIM TETAPI JANGAN LAH KELAKUAN KITA YANG KURANG SOPAN DI TUNJUK ATAU DI HEBOHKAN KEPADA ORANG RAMAI ,KATA ORANG KERANA SETITIK NILA HABIS SEBELANGA SUSU ROSAK ,KERANA PERBUAT KITA ITU TADI IBU BAPA SERTA ISTERI ATAU ANAK ANAK KITA YANG MALU ,KEPADA PEMBACA SAYA MOHON MAAF JIKA INI MENGANGU EMOSI DAN FIKIRAN ,SEKALI LAGI SAYA MOHON MAAF.TQ

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

133 pisangkaki March 20, 2012 at 10:41 am

Wang yang halal datangnya dari sumber yang halal,manakala wang yang haram akan diperoleh dari sumber yang haram.Jika mengaibkan seseorang untuk mendapatkan sumber kewangan maka paham-paham je lah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

134 mgr April 2, 2012 at 5:14 pm

Akhbar lalat seperti harian metro patut diharamkan di M’sia kerana menggalakkan lagi proses perzinaan di kalangan orang Melayu yang beragama Islam kerana sumber-sumber beritanya panas berunsur sex yang nampaknya dakyah-dakyah YAHUDI untuk menghancurkan orang Islam di muka bumi ini telah hampir berjaya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

135 NEOKS May 16, 2012 at 10:41 am

SAPA KATA MENGALAKKAN?? KALAU NAK HARAMKAN HARIAN METRO HARAMKAN SEKALI PENGGUNAAN INTERNET.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

136 neeza April 4, 2012 at 12:10 pm

KENAPA nak salahkan METRO. Ini smua harus dbuat iktibar dan teladan. Ini bukan berita lucah semata-mata tapi panduan utk membuka MATA dan MINDA kita kursusnya masyarakat MELAYU kita.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

137 chamil April 4, 2012 at 1:09 pm

betul tu… saya setuju dengan pendapat ni. kenapa kita harus menuding jari kepada pihak yang menunjukkan kebenaran. Biar kita semua buka mata, maksiat mema ng berlaku dimana-mana. Sekurang – kurangnya ada pihak yang sedar dan ambil peduli apa yg berlaku dalam masyarakat hari ini selain POLITIK dan PILIHANRAYA.Tepuk dada tanyalah selera.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

138 NEOKS May 16, 2012 at 10:25 am

dah bagus dah HM paparkan cerita yang dinyatakan tu menandakan mereka lbh up 2 date. dan 2 menandakan negara kita ni penuh dgn gejala tak bermoral supaya rakyat tau apa yang berlaku di sebaliknya dan juga supaya cepat bertindak jangan seperti katak di bawah tempurung. jangan nak salahkan HM. sebelum katakan sesuatu fikir dahulu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

139 smart reader's May 16, 2012 at 11:24 pm

content harian metro ok.. tp sy x ske bab metro on ipad. npe kne letak pic pompuan seksi n memberahikan as muke dpn “ipad” tuh.??? n tajuk pun sy tgk smacam jek bunyiknye..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

140 anna May 16, 2012 at 11:39 pm

betul…kalu berita pasal seks …rogol..mesti saiz font besar..muka depan….ayat -ayat dalam report tu pun lucah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

141 shamjb May 18, 2012 at 11:01 am

Sbb tu la harga dye pn NAIK..banyak cerita spara LUCAH dn PANAS..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

142 1 khalifah May 30, 2012 at 11:56 am

kita nie kann khalifah dmuka bumi ini…tpi knape nk lriskn akhbar dgn cara yg salah cara yg haram dan mengaibkan org laen…kenapa??! perlukah mcm tu!! kita ni umat islam..tk ptut

boleh lariskan dengan byk cara dan tk ptut cara mcmnie…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

143 sohadis June 16, 2012 at 10:10 am

niat asal penulis/pnrbit nak bgitahu msyrkt ttg tahap gejla sosial remaja msakini. namun olahan dan paparan gambar brlebihan shingga mnjadi tulisan porno kesannya jdi trbalik, pmbaca tua muda atuk nenek jadi terangsang dn trliur utk mncari pluang lakukan. mnkin penulis trlbih dulu terangsang mka menulis dlm keadaan rangsangan itu. pihak mufti yg mnjga ugma sibuk mmbaca quraan dan kitab.mka menjadi2 lah maksiat ini. penulis dan syarikat akhbar trbabit sbgai pemudahcara ada saham besar dalam maksiat ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

144 sohadis June 16, 2012 at 10:17 am

dah ada yg terasoh mindanya “kalu tak tulis pasal gejala sosial asyik crita politik saja, bosan”.kalu ngaji di universiti berapa bnyak jenis ilmu yg bermnafaat dipelajari?. masukkan sdikit dmi sedikit dalam penulisan akhbar Metro ni, itu lebih baik kaedah memajukan minda remaja. kalu pemberita dan penulis akhbar smuanya dari lulusan “mess com” mreka hnya diajar caramana nak tarik audian, jualan akhbar baik sekalipun dgn menghalalkan cara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

145 freaky November 8, 2012 at 1:41 pm

kalau sesiapa nak taw apa 3gp bogel terbaru belilah HM (harian maksiat) ni,semua ada dalam tu.mmg up to date.baru upload kat internet semalam esok dah leh download.rasa reporter dia semua kaki blue ar,sebab tu dia taw video2 lucah terbaru.hahahahahahahahahahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

146 ali buba November 30, 2012 at 8:53 am

Bongkar je, supaya org tahu tahap maksiat di negara kita. Manusia mudah lupa , bior kite sentiasa beingat. Tiada istilah lucah, kebenaran patut didedahkan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

147 kynapoyo January 9, 2013 at 8:01 pm

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: