Semestinya satu berita gembira apabila KWSP mahukan caruman KWSP majikan untuk pekerja ditingkatkan menjadi 20%. Kepada golongan pekerja ini adalah satu berita gembira untuk anda. Bagaimana pula dengan pihak majikan, dan apa kesannya apabila kita melihat cadangan dan dasar ini secara keseluruhannya?
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mengenakan syarat kepada majikan untuk meningkatkan jumlah caruman bulanan untuk pekerja kepada 20 peratus jika mahu membantu kebanyakan rakyat di negara ini menempuh kehidupan bersara dengan lebih baik. Presiden Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Penswastaan, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, majikan pastinya tidak mempunyai masalah untuk menambah jumlah caruman menjadi 20 peratus kerana kebanyakan pekerja di negara ini masih bergaji rendah.
Ramai rupanya yang masih berpendapatan rendah? Adakah dengan meningkat caruman KWSP majikan ke atas pekerja merupakan langkah yang terbaik dan dirasakan cukup berkesan?
Bagaimanapun katanya, sekiranya KWSP mahu menaikkan jumlah caruman dikenakan kepada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah, langkah itu hanya akan menyusahkan mereka.
“Kos sara hidup yang semakin meningkat serta pelbagai hutang jangka masa panjang seperti pinjaman kenderaan dan perumahan telah menyebabkan jumlah simpanan pencarum KWSP tidak banyak membantu selepas bersara.
“Sekiranya majikan boleh menambah jumlah caruman pekerja tanpa melibatkan menaikkan caruman pekerja, itu yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, baru-baru ini mengenai langkah KWSP yang akan mengkaji semula jumlah caruman bulanan pekerja dan majikan bagi mengatasi isu selepas bersara. (Sumber : Utusan Malaysia)
Sekali imbas memang nampak menarik. Tapi adakah ini benar-benar akan membantu? Adakah sudah dibuat perkiraan jangka panjang? Ini akan membuatkan para majikan “tidak senang duduk”. Dalam pada masa yang sama, besar kemungkinan kita bakal melihat duit KWSP ini sempat digunakan “pihak-pihak tertentu” sebelum tibanya masa pencen, apatah lagi 20% bagi kami terlalu banyak. Dan tidak menolak kemungkinan tempoh pencen akan terus dilanjutkan lagi sehingga 70 tahun. Tidak mustahil sama sekali.
Ya…memang benar, cadangan meningkatan caruman KWSP majikan pekerja memang baik kepada pekerja tetapi bagaimana pula kepada golongan majikan? Jikalau syarikat yang benar-benar kukuh mungkin tiada masalah. Tetapi bagaimana pula, dengan syarikat yang hanya “cukup-cukup makan sahaja”? Sekarang ini kalangan majikan perlu menguruskan isu gaji minima, struktur semula gaji pekerja dan sekarang ini mahu ditambah lagi caruman KWSP majikan untuk pekerja menjadi 20% :
Jadi, kita tidak boleh menolak kemungkinan kesan daripada dasar dan cadangan seperti ini :
- Majikan akan mengurangkan kos pentadbiran
- Mula membuang pekerja-pekerja tempatan sebaliknya lebih gemar mengambil warga asing
Kami lebih melihat dengan pelaksanaan meningkatkan caruman majikan ke atas pakerja memberikan kesan yang berbeza-beza. Antara lainnya adalah :
- pekerja semestinya akan untung
- majikan akan tertekan dengan peningkatan jumlah caruman
- kantung KWSP akan bertambah “gemuk”
- KWSP akan mempunyai lebihan dana untuk diagihkan kepada “golongan yang berkepentingan” samada secara pinjaman mudah atau bailout
Terus-terang kami katakan ia satu pendekatan yang menjengkelkan dalam keadaan ekonomi pencarum menempuh inflasi dan defisit yang tinggi di Malaysia dalam keadaan barangan tidak terkawal. Langkah sebetulnya ialah mengawal bebanan KWSP keatas hutang hutang NPL kepada GLC dan “Syarikat-syarikat yang kepentingan dan berpengaruh” dimana keupayaan pembayaran dividen kepada pencarum amatlah sedikit.
KWSP sepatutnya mencari jalan untuk memaksimakan keuntungan dengan pelaburannya bukannya membela syarikat syarikat tenat dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah. KWSP sepatutnya badan yang amat bebas dalam membuat keputusan memberi pinjaman. Tidak boleh sesuka hati menggunakan dana tersebut untuk kelompok yang berkepentingan.
Jikalau benar-benar risau mengenai kos sara hidup rakyat, minta majikan carum sehingga 20% dan dalam pulangan dividen turut sama dipertingkatkan. Apa pandangan anda pula?
[poll id="290"]




{ 85 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
sekarang caruman 11% ialah RM770, kalau 20% jadi RM1400.
Wow! ok setuju. pak cik kayo… bila pencen hendaknya la.
haha..cakap je la gomen dah x cukup dana lg. ini cara paling senang untuk kerajaan kumpul dana selepas dok perabis tabur masa PRU nanti
ini namanya skim cepat kaya versi gomen….
Idea memang bagus. tapi kena la telus. dan pastikan majikan juga tidak terbeban. pasal kalau majikan terbeban, majikan tutup, pekerja juga yang rugi.
Kalau nak gandakan simpanan KWSP, boleh laburkan ke unit amanah CIMB. 13 tahun pulangan 352.65%.
hahahahaha…..setuju2
kalu sempat guna la…skang ni rata2 x dan nak guna…
huhuhu
KAU DAH GAJI BESAR XPAYAH POTONG 20%.
Inilah salah satu tanda2 gomen xder duit
Skrg nk sebat duit KWSP… Deng..!
Biasalah.dah bg duit 500 sorang.naik kan gaji.mana ada duit lg.nk makan balik duit rakyat.ini lah pemimpin contoh
bagi duit pun salah, xbg duit pun salah… bersyukur klu org bg duit, tp klu salah tetap salah… jangan salah pun ikut je…
p/s: jgn salahkan org klu semua berita dipolitikkan, korg pn mempolitikkan berita… sepatutnya berfikiran membina tanpa pengaruh politik bro…
sebagai pekerja, pakpandir sangat setuju..
sebagai majikan, pakpandir pun sangat setuju dengan apa yang dibincangkan di atas.
makin bertimbunlah foriegeners kat Bumi bertuah ni…
pendapat anda merbahaya kepada pembinaan negara bangsa.
cadangan KWSP ini hadir dari keikhlasan dan ketutulan pemimpin BN dalam menjaga kebajikan rakyat. jika dilihat pembangkang, mereka lebih suka membazir dengan pemberian sedekah percuma seperti air free yang tidak munasabah langsung itu
sebagai rakyat yang taat kepada negara dan parti, wajiblah kiranya kita menyokong penuh cadangan murni ini. jangan menjadi seperti anwar yang mahu langsaikan PTPTN dengan cara menyamun wang petronas.
.
sy rs bnd nie hanya menguntungkan sebelah pihak je… klau kerajaan nak bntu rkyat knp dia xumumkan gj minimum??? xpun knp kwsp xtingkatkan dividen tiap thn padahal duit kita digunakan utk melabur….. pelik kan????? knp msti nak bebankan majikan bkn ke hal ini akn menyebabkan majikan akn b’paling kpd pekerja asing?? bak kte sesal…siapa yg akn untung utk jgka ms pendik???
btul2. mmg benda ni menguntungkan pekerja. tp kalu btul2 ikhlas baik buat gaji minima. kalu skrg tingkatkan caruman, mgkn pas ni makin susah nak realisasikan gaji minima. sbb majikan dah cukup terbeban.
takut pasni majikan akan m’gunakan alasan ni utk menentang gaji minima & kerajaan terpaksa akur. kalu ni berlaku, pekerja yg akan rugi.
kerajaan skrg suka melabur duit rakyat. makin besar jumlah pelaburan, pttnye makin tinggi dividen. takut jgak kalu dividen ni byk lari ke kantung induvidu xbertanggungjwb. benda yg xperlu declare ni mmg makanan kegemaran jerung2 kaki songlap
KWSP kan duit terakhir untuk pilihanraya nanti..lubuk ikan beb saat2 memerlukan..duit undi katakan..
WOI UTZ MURTADDDDDDDDDDD…MASUK NERAKA LE KAU…SBG ORG ISLAM KITA MESTI TAAT DAN PATUH KEPADA PERINTAH ALLAH…BUKAN PADA PARTI AKA BN(butuh najib).
wa kelija sendili, wa talak tau manyak itu KWSP hal oo, tapi kalau itu marikan mau bayar lebih aa.. boleh mati oo ini bisenes. itu kelajaan sulah nampak talak ala luit loo.
lebeh baik wa simpan lalam itu pablik sama cimbeng lagi babut. talak lisau itu kelajaan mau amik wa punya usaha kuat. itu jangka lama punya akan jali terok, ekonomi negala akan jatuh sama ini mcam punya aidie boloh.. lu usaha lu lah lapat, apa pasat itu kelajaan lagi lapat manyak??
apa pasat lu mau lali utang punya jam
aku pelik & ada gak kasihan kat majikan…menteri dah tau gj rkyat sedikit asl xnak tetapkan gj minimum kan 2 lg elok utk semua org (xpun naikan dividen KWSP ke tiap thn..hehe…) sedangkan ada mjkan yg cb elak bayar kwsp utk pekerjanya inikan lak nak naikan..kesannya mgkin p’mntaan utk pekerja akn b’kurangan sbbnya mjkan nak hadkan pengeluaran wang syarikat…2 pndapat aku r tp hakikatnya siapa yg untung klau KWSP dinaikan utk jangka ms pendik????
ini namanya teknik untuk menambahkan dana KWSP…
bagi membantu disalurkan kepada kerajaan…
sekarang punya pendekatan semuanya adalah untuk menambahkan dana dalam poket kerajaan….
carum banyak2 pun
bukan boleh dapat sekarang…tunggu umur dah nk masuk kubur baru dapat
Makin besar la kantung KWSP..tapi kalau takat dividen 6% apa barang bro..investment melaut, untung ciput..apehal..semoga KWSP lebih berjaya tahun nih..dapat dividen 15% ker 20%..barulah membantu namanya.
sila jawah wahai al fadhil ustaz nizam
sawadikap..hok aloh..kalu tamboh caruman pun x dok guna..hok penting nyo pengurusan kewangan setiap ore tuh..kalu dapat kwsp banyok pun cepat abih jugok kalu x pandai urus duit..kalu nk naik buleh..tunggu gaji doh banyok x abis make..lo ni keno cari jale guano nak tamboh gaji..hok alohhhh…ngejah bos..bosss..pai tong….
saya taukey jual pelabot…
kedai pelabot saya x besar mana la…
tapi ada 5 olang pekerja ma…
bole tahan la..
sorg gaji 1000.00 linggit satu bulan…
kelajaan suluh calum kwsp maaa…saya mesti calum juga maa..
nanti kene saman maaa..
sikalang aaa..saya bayar 11% satu olang…kila2 550..untuk lima olang…bulan2 saya untuk 10 libu maaa…
tiba2 aa..kelajaan mau suruh bayar 20% kwsp…aik..
sula satu bulan satu libu maaa…
saya bole lugi maaa..kurang 450 satu bulan…
oh ye…saya bole naik kan halga pelabot saya lagi 9% maaa…
lagi untung banyak maaa..tengkiu la kelajaan…nnt wa bagi tow kawan2 wa yang lain…diaolang lagi taukey besar ma…
untung latut2 juta…pekerja ade libu2…
Setuju sgt2,
Ini bukan satu cara yg baik utk membantu rakyat dalam meningkatkan taraf hidup.Hanya menguntungkan sebelah pihak(Pekerja)..Sebelah pihak lagi(Majikan)?Bagaimanakah?Seimbangkah?Adilkah?Sedang dalam itu,’Kapitalis’ di bahagian atas hanya menunggu masa utk membuat kautan dalam bentuk yang ‘lebih pukal’.Siapa yg dihimpit dan terhimpit…?Bukan org lain,tp rakyat juga = (Pekerja+Majikan)…Tindak tanduk pihak ‘tertentu’ ini tidak ubah seperti memancing di dalam akuarium….
aku 50% tak setuju, 50% setuju..lau pikir dri pihak pekerja, mmng la baguskan..sapa taknak simpanan lebih lagi2 bila kenaikan potongan tu ditangung oleh pihak majikan…tak bnyak sikit pun bertambah lah simpanan bila berhenti keja nnti..yela nak harapkan kita mnyimpan sendiri mmng tak la…mngkin tak sebanyak simpanan KWSP kan..tapi lau dri sudut majikan, mmng kesian kt diowang, agipun akan ade kesan jangka masa panjang…..salah satu jumlah pekerja bakal dikurangkan, pengurangan pengambilan pekerja tempatan, benefit lain akan dikurangkan @ perubatan, cuti tahun, n sbg……pada aku la, bagus ade kenaikan tapi biarla berpatutan n dipersetujui oleh pihak majikan….supaya tidak mendatangkan sebarang komplikasi pd masa akan datang nnti….
tidak boleh digunakan dengan cara paksaan tetapi perlu kepada pilihan..kerana perlu melihat kepada gaji terkini penduduk Malaysia..ini kerana potongan 20% memberi kesan besar kepada mereka yang berpendapatan rendah..jika begitu kenapa tidak laksanakan potongan 100% terus? sepatutnya KWSP perlu memberi pilihan kepada pencarum mengikut kemampuan, samada kemampuan 8%, 11% atau 20%..begitu lebih membantu dan tidak membebankan..
wahai azizon, kamu mesti faham isi kandungannya.
9% pekerja dan 20% majikan.
sebagai pekerja semestinya setuju…tp majikan mesti akan pening kepala..klu niaga tak stabil…wang kwsp pula jgn dividen hanya di takuk lama naik juga setidak2 nya 15%..tabung dah banyak jgn bg sewenang2nya syarikat lain pinjam…apa lagi nak bantu syarikat yg dah nak bankrup….kwsp bkn bank…
Langsung tak setuju cadangan kwsp….
yang bagus adalah faedah tahunan kwsp..kenapa kwsp bagi 6 % kedekut sangat…..kenapa tak bagi 20 %….dah la guna duit orang sampai 30 tahun lebih…..
cara ni le bagus untuk tolong rakyat
atau kwsp….beri izin pada kami bagi duit untuk beli emas…..kalau simpan 30 tahun kaye oooooo betul tak
kWSP…disinilah gudang DUIT!!!!…..
KWSP-simpanan hari tua
Gua cerita ringkas saja.
Perkara ini melibatkan :
1) Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah merangkap pengubal dasar.
2) Majikan sebagai yang menyediakan pekerjaan dan upah serta faedah2 sampingan.
3) Pekerja sebagai yang menjalankan kerja dan tanggungjawab kepada majikannya.
4) KWSP sebagai pemegang amanah dan pengurus caruman wang dari majikan dan pekerja.
5) Simpanan hari tua : ELEMEN PALING PENTING KERANA IA MELIBATKAN KEUNTUNGAN BERSAMA SEMUA PEKERJA, MAJIKAN, KWSP DAN KERAJAAN MALAYSIA.
Gua punya pandangan :
Perkara pokok adalah simpanan hari tua. Untuk mengukuhkan simpanan hari tua ini, maka perlulah :
1) Kerajaan yang baik yang boleh mengubal dasar, memelihara dasar, melaksana dasar, melindungi serta memulihara dasar dalam faktor2 berikut :
a)punca pendapatan majikan dan pekerja (perkhidmatan dan pekerjaan),
b)perolehan majikan dan pekerja (pendapatan dan pengajian)
c)caruman pekerja dan majikan
d)badan pemegang amanah dan pengurus caruman.
Jika PUNCA PENDAPATAN adalah disediakan dengan Baik, Berdaya Saing dan Maju, PEROLEHAN semua yang berkaitan (PEKERJA, MAJIKAN, KERAJAAN) secara automatik akan bertambah baik. Oleh itu, kenaikkan peratus caruman adalah amat dialu-alukan. Majikan juga tidak akan RESAH kerana pekerja2 akan terus lebih gigih memberikan PRODUKTIVI YANG LEBIH TINGGI DAN BERKUALITI. Dalam masa yang sama, Kerajaan Malaysia harus mula menghasilkan modal insan yang bertaraf pertama (first class) dan menggurangkan KEBERGANTUNGAN kepada tenaga warga asing. Dengan badan pemegang amanah dan pengurus caruman (KWSP) yang lebih efisien dan lebih bijak, pelaburan yang mengunjurkan keuntungan baik harus diutamakan. KWSP harus diselamatkan dari menjadi alat atau “tabung kecemasan” mana-mana pihak.
p/s..gua cakap sangat ringkas kawan..
dulu bapa gua cerita, dia sama datuk gua hidup bukan senang. tanam togey, hari2 makan togey.. tapi, masa gua sama bapa gua, bapa gua tak bagi makan togey hari2.. kami makan kepak ayam satu kali satu minggu..hari ini, gua cakap sama gua anak, moyang dia makan togey tiap hari, datuk dia makan kepak ayam sekali seminggu, dan sekarang lu makan pizza satu kali satu bulan… hidup masih serupa ma tapi tak susah sangat.. semua ini kerana kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik untuk “SIMPANAN MASA TUA”..
….mengeluh selalu tidak akan mengubah apa2..kata2 datuk gua..
Wow!!! Dana KWSP yang kelima terbanyak di dunia 145.57 billion dollar, lebih kurang RM 447 billion…banyak tu!!! Apa lagi “pihak-pihak tertentu”, ambil 1 atau 2 billion pun, tak terjejas KWSP kan? Nanti kalau naikkan ke 20% caruman, lagi berganda dana KWSP, lagi syok la “pihak-pihak tertentu”. Wow!!!
beli emas?…hokoloh….emas tu ikut graf mcm saham juga….kenapa perlu beli benda yg dah mencanak mahal padahal byk lagi alternatif pelaburan lain….ye tak apa duit masing2…kwsp nak naikkan 20%?…yang gji kecik tu makin byk la kena potongnya…sgt tidak bersetuju!!dah la bagi 6% kedekut pdahal untung million billion!!!tak setuju!!!
gua ada soalan untuk kakitangan kerajaan.
1) Ramai kakitangan memilih pencen dari kwsp. kenapa?
2) Adakah lu semua ada diterangkan dengan SEJELAS-JELASNYA kelebihan dan kekurangan skim pencen dan begitu juga sebaliknya jika memilih skim kwsp?
3) bagi yang telah membuat kerja rumah dengan menggira KWSP berbanding pencen, tidakkah anda terasa ditipu oleh kerajaan?
4) Adakah lu semua tahu bahawa dengan gaji pokok sekitar RM1500 dan bekerja selama 30 tahun ke atas caruman kwsp anda boleh mencecah sehingga RM800,000? Suami isteri boleh jadi jutawan?
5) Dengan kapasiti 1.4 juta kakitangan, jika kerajaan tidak mencarum kwsp sebagai majikan untuk hanya 1 juta kakitangannya, kerajaan boleh jimat sekitar RM 300j – RM500j sebulan iaitu hampir RM5 billion setahun. Kejimatan itu hanya tak sampai RM 1biliion bayaran pencen setahun dan selebihnya cukup untuk tujuan lain. Adakah anda tak tahu?
6) Kenapa hanya swasta dan persendirian sahaja wajib mencarum KWSP sehingga umur 55?
p/s..gua bapa dulu marah gua.. ada pandai kirakah?kira betul2 semua kos yang tersembunyi..gua masih mengira.. hehehe
RM800 ribu mungkin termasuk caruman pekerja. Kami boleh juga gunakan caruman kami untuk menyimpan di tempat yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi daripada kWSP. Lagi pun kecairan wang kami sendiri lebih mudah berbanding jika disimpan di KWSP.
Itu belum di tolak kadar inflasi setiap tahun. Jika dikira mungkin 30 tahun akan datang nilainya sama dengan RM400 ribu sekarang.
Apa pun semuanya ada pro dan kontra. Kita kena pandai menggunakan ruang dan peluang.
Tahukah anda tahun 1980, gaji pokok kaki tangan awam bahagian sokongan hanya RM350, dan tahukah anda bahawa gaji pokok kakitangan awam orang yang sama sudah bekerja selama 32 tahun hingga 2012 ini mencecah RM3000.00(orang ini tidak naik pangkat)
Tahukah anda orang ini masuk dalam skim pencen?.Dan tahukah anda orang ini akan pencen tahun ini sebanyak RM1800.00?.
Tahukah anda umur orang ini untuk ia makan duit pencen seumur hidup?
Dan tahukah anda bahawa jika orang ini mati, maka isterinya akan makan duit pencen seumur hidup?
Dan tahukah anda jika isterinya mati, jika ada anaknya yang OKU akan makan duit pencen sampai mati?
Dan tahukah anda pencen RM1800.00 akan berubah mengikut skim perubahan gaji?
so? what is your point?
pointnya ialah untuk menerjah pembuat kira-kira.
Nak lepaskan diri dr bayar caruman 20% senang ja. Majikan ambil ja pekerja asing. Tak payah kuar duit buat caruman KWSP pekerja. Bayaran pas kerja, levi untuk warga asing potong ja dari gaji pekerja. Banyak majikan boleh jimat. Tapi yang rugi org tempatan la. Tunjuk ja kad pengenalan minta kerja, taukeh pun cakap “sori kawan sekalang tidak ada kerja kosong ohh. Cali tampat lain la”. Walaupun sebenarnya ada kerja kosong. Tapi apa boleh buat, kerja kosong khas utk warga asing ja.
Saya percaya langkah drastik ini bertujuan mengumpul dana KWSP, seterusnya dana ini akan digunakan untuk tujuan pelaburan. Saya bukan menentang kerajaan memberi projek kepada kroni-kroni, kerana ‘GDP’ berkadar terus dengan ‘Government Spending’. Bagaimanapun, kerajaan perlu memastikan projek yang diberikan kepada kroni-kroni mereka akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Tidak guna belanjawan berbillion ringgit, tetapi hasilnya, 80 peratus dari nilai belanjawan ini akan mengalir keluar negara. Contoh mudah, Projek Komplek Petrokimia dan Loji Penapisan di selatan Johor melibatkan jumlah pelaburan sebanyak USD 20 Billion.
Jika kita amati projek ini, saya percaya lebih 80 peratus dari USD 20 billion itu akan mengalir keluar negara. Kita semua sedia maklum, bahan-bahan yang digunakan untuk membina Komplek dan Loji Penapisan ini menggunakan bahan-bahan yang diimpot seperti paip gas dan struktur besi yang mengikut piawai yang ditetapkan. Ini belum mengambil kira, sensor-sensor dan peralatan elektronik, mesin-mesin dan lain-lain lagi. Hasilnya, hanya 20 peratus dari USD 20 billion itu nanti yang akan berpusing-pusing di dalam negara.
Kerajaan harus merumus fomula untuk meminimumkan setiap duit yang dilaburkan (‘Government Spending’) mengalir keluar negara. Walaupun, saya bukan penyokong Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi saya fikir slogan “Pertanian Itu Satu Perniagaan” adalah langkah yang betul. Jika tidak berlaku ketirisan – kroni-kroni yang mendapat projek tidak menggunakan dana ini untuk tujuan lain seperti membeli hartanah di luar negara – saya percaya, hanya beberapa peratus dari jumlah pelaburan ke atas pertanian akan mengalir keluar negara.
Hasil pertanian di dalam negara masih belum dapat menampung kegunaan di dalam negara. Ikan dan daging lembu masih banyak yang diimpot. Pelaburan fidlot, sangkar ikan air masin dan kolam ikan air tawar harus ditingkatkan. Kerajaan perlu membantu dan memberi bimbingan kepada nelayan-nelayan yang mendapat hasil tangkapan tidak menentu di laut. Begitu juga kepada penternak-penternak dan petani-petani. Mereka ini yang perlu dibantu dan dibimbing supaya Malaysia tidak bergantung kepada negara lain sebagai sumber makanan. Jika hasil pengeluarannya nanti melebihi permintaan tempatan, maka boleh diekspot. Hasil ekspot ini akan meningkatkan ‘GDP’.
Berbalik kepada topik asal. Jika kerajaan mewajibkan majikan mencarum sebanyak 20 peratus untuk setiap pekerja, saya percaya – seperti kebanyakan pembaca – majikan akan menggunakan khidmat pekerja asing untuk mengelak mencarum sebanyak 20 peratus untuk setiap pekerja.
Untuk mengatasi masalah ini dan menimbulkan minat majikan menggunakan pekerja tempatan dan mencarum ke KWSP, saya syorkan, kerajaan memberi faedah setiap ringgit yang dicarumkan oleh majikan. Ini tidak bermaksud, pekerja tidak mendapat faedah, tetapi kedua-dua belah pihak mendapat faedah, tetapi wang caruman masih dimiliki pekerja. Hanya faedah dikongsi bersama.
Sebagai contoh, kerajaan boleh membayar faedah kepada majikan setiap setahun ataupun dua tahun. Majikan tidak berminat jika tempoh bayaran faedah yang akan diterima mengambil masa yang sangat lama (5 tahun atau 10 tahun). Manakala untuk pekerja, syarat-syaratnya masih seperti biasa.
Saya sokong kerajaan mewajibkan majikan mencarum sebanyak 20 peratus untuk setiap pekerja dengan syarat:-
1. Kerajaan harus memastikan dana yang terkumpul digunakan untuk projek yang memberi menfaat kepada rakyat Malaysia.
2. Kerajaan harus memastikan dana yang dilaburkan untuk sesuatu projek berpusing-pusing di dalam negara sekurang-kurangnya sebanyak 80-90 peratus dan hanya sebahagian kecil akan mengalir keluar negara. Kerajaan harus merumuskan formula untuk tujuan ini.
3. Kerajaan harus memastikan majikan tidak mengambil pekerja asing bagi mengelak mencarum sebanyak 20 peratus untuk setiap pekerja.
—————————————————————
“For optimist, the glass is half full. For pessimist, the glass is half empty. But for me, the glass contains half the required amount of liquid for it to overflow.”
—————————————————————
Pandangan yang boleh diambil kira. Secara logiknya aku setuju dengan pandangan ini..
manusia merancang… Allah jua merancang…. dan Allah lah sebaik2 perancang!!!! TAKBIR!!
@shehdilanun,..dan para pembaca yang dikasehi,
salah tu menyamakan manusia merancang dengan Allah pun merancang(seolah2 sama pada perbuatan).
dalilnya bersalah2an Allah Ta`ala dengan segala yang baharu(sifat 20). maknanya tidak sama Tuhan dengan manusia dari segi perbuatan atau sifat.,dosa kalau berfaham begitu, x tahu xper..beristighfar dan amek tahu….
manusia memang perlu merancang, kerana terpaksa menggunakan akal fikiran..maaf,,buka2 minda jer!.,tanya uztaz azhar idrus atau uztaz jamil baharom.
balik kepada tajuk perbincangan cadangan kenaikan 20% caruman pekerja(tidak termasuk kakitangan kerajaan), saya tidak setuju,,kerana akan mengambil waktu yang begitu lama bagi mereka untuk menikmati faedahnya,,(apabila bersara).nilai wang persaraan pun ketika bersara nanti x banyak ketika itu.
potongan 20% tinggi, sangat membebankan bagi kebanyakan pekerja yang rata2 berpendapatan cukup makan dan bebanan juga kepada majikan, tetapi bagi yang berpendapatan tinggi pula memang mereka alu2kan dan berharap, dilaksana dan dikuatkuasakan serta merta.
kenaikan ini juga adalah satu rahmat bagi kwsp dan kakitangannya.
apa yang perlu difikirkan ketika ini, saat ini, ketika kelambungan harga barangan yang sentiasa naik pada tiap2 seminggu ialah meningkatkat pendapatan bulanan(gaji pekerja) seminima RM1500 sebulan, elaun kerja lebih masa dan elaun2 lain.. sebenarnya saya yakin, inilah keperluan kami sebagai raayat malaysia yang bekerja ketika ini, kami belum perlukan kenaikan caruman 20%.
sori para pembaca, tersalah faham maksud sbnr isu ini(india muslim ). ingat ptngan gaji pekerja 20%
pndgan aku la..aku rasa kwsp bleh bagi dividen lebih 6%…tp kerajaan dh balas utk tujuan lain…kenapa asb boleh buat..bank rakyat lg boleh….apesal
kerajaan xboleh..kerajaan lg bnyk pakar ekonomi la apelah…kenapa xgunakan semua tu untuk bg dividen tinggi…
Buatlah apa cara pun untuk mengembungkan dan mengisi tabung buluh( KWSP) anak-anak.Tapi yang agak menghirankan apabila duit tabung anak kerap dikorek keluar oleh si ayah. Jika seseorang itu pandai mengurus mengikut kebiasaannya, tabung si anak sememangnya tak perlu diusik langsung.Kalau dah selalu dikorek dan tidak diganti dengan segera,adakah si ayah itu layak dipanggil orang yang pandai mengurus.Dalam hati anak mesti berkata, apalah ayah aku ini, duit aku pun nak dikebasnya.
Sudahhhh…….
Harga barang naik ler jwp nyer…
Tinggi sgt 20% tu…
Dan tahukah anda, apabila isterinya mati dulu dari suaminya yang tengah makan duit pencen, maka selera mudanya melonjak kembali mahu berbini muda dan setelah menikah dengan bini muda, dia pula yang mati maka pencen jatuh ke tangan bini muda?
knp ye tiba2 kwsp bising2 nk naikn caruman??? adakah dana mkin susut..sbb digunakan oleh pihak yg tdk amanah..bailout atau bg pinjaman mudah kepada syarikat berkepentingan…berniaga dgn guna duit pencarum..ttp pencaruman hnya dpt pulangan 6/% setahun…amatlah dukacita. Pihak pemerintah tlglah jaga amanah yg diberikan rkyat dgn jujur,ikhlas & b’tgujwb.
naikkan gaji minimum lg bagus…naikkan caruman 20% nnt gomen gune duit tuh bg pinjam kat kroni2..last2 biler dah tua duit tuh pon dah takdok kot nnt
kerajaan gila…..hanya fikir kesenangan sebelah pihak saje .konon nya untuk rakyat.majikan bukan rakyat ke?aku ade syarikat kecik…business makin teruk.siape nak tolong?husband aku kata semua kawan dia da tutup busines kat m’sia dan invest kat china..
betol tu…ramai pelabur luar negara dah x nak invest kat sini..yg local pulak ramaidah lari vietnam…china….thailand…apa akan jd pada budak2 yg kuar ipta/ipts nanti……….??apa akan jd pd mereka2 yg dah takde keje….??gomen nk support ke???
salam…yang berbahagia penulis beritasemasa dan pembaca yang bijaksana.
nape..tak warta kan terus….pak cik harap PM dapat menurunkan tandatangan dan menyerahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk diluluskan secepat mungkin. Setelah diwartakan…Pak cik rasa sungguh senang hati…kalo sekadar cakap-cakap….setakat keluar paper….tak kemana lagi tu….dah dekat mengundi nie dato’…cepat cepat la laksanakan…
Tolong jaga kebajikan rakyat malaysia. Kita semakin terhimpit dengan keadaan kehidupan sekarang. Adakah tujuan menaikkan caruman ini untuk kebaikan pekerja atau kepentingan pihak tertentu. Minta kepentingan rakyat diutamakan. Pekerja asing semakin ramai di Malaysia. Sekarang dimana-mana ada pekerja asing, bahkan dikampung-kampung terpencil pun sudah ramai. Adakah mereka ini mendatangkan lebih banyak kebaikan atau keburukan kepada penduduk Malaysia. Perlu dicari satu mekanisma agar perkeja asing ini dikurangkan dan kalau boleh semuanya digantikan dengan orang Malaysia sendiri. Kita boloeh lihat di lapangan terbang setiap hari ratusan pekerja asing masuk untuk bekerja di Malaysia.
banyak seronok bila bersara..punya wang besar..tak sabar mau bersara..duit banyak hati senang..jangan berhutang..janji tunai..tuan penasihat 20%
to yan..
kurangkan pekerja asing..boleh sesangat tapi tapi..sapa yang mahu buat keje mereka sekarang..?susah mahu cari perkeja mahu buat kerja berat2..saya sendiri pun kurang mahu…tapi itulah..pekerja asing ramai di malaysia sebab atas majikan kat malaysia juga..dan rakyat sendiri pun pilih kerja..macam mana mahu buat..haiyaaaaaaa…pening2..
pak cik boleh buat kerja berat tu…janji rezeki tu halal…ada pak cik minta kerja jadik pegawai bosar-bosar ker. pak cik sedar dulu belajar tak power…kalo di bagi peluang lagi…pak cik nak belajar nuklear pulak. kan kerajaan nak atasi masalah tenaga.
kalo ada kerja berat-berat tu, panggil la pak cik. Tapi bagi la elaun kerja ok sikit ya.
napa tak potong 30% ja…
Setuju caruman KWSP ditingkatkan 20% kepada majikan. Keuntungan syarikat patut dikongsi bersama perkerja. Perlaksanaan gaji minimum bukan penyelesaian. Percaya atau tidak, selepas gaji minimum ditetapkan harga barang akan melonjak naik. KENAPA????? Ini kerana peniaga tahu kuasa membeli rakyat malaysia yang tinggi. Jadilah semula seperti gaji asal.. Tinggal lah barang yang bersubsidi je kekal pada harga asal.
tahukah anda ptptn meminjam duit kwsp untuk dipinjamkan kepada pelajar ipt. dengan memansuhkan caj pentadbiran ptptn menunggu masa untuk lingkup dan kwsp x dapat balik duit tu. g lah mansuhkan terus hutang ptptn pelajar. kita tgok siapa yang rugi…….pencarum2 kwsp jugakkkkkk…
Pencarum tak rugi apa apa pong, tapi untuk pencarum yg dah withdraw 100% caruman sahaja…
ni nk ckp sikit…mmg keluar dari tajuk atas…kerajaan sila beri BONUS utk kakitgn awam yg sengkek ni….nak bagi tu berpadalah sikit DIJAMIN menang besar pilihanraya tak lama lagi…cuba jgn kedekut dengan rakyat sendiri….hidup BE END!!!!takbir!!!!
Kawea kea lebih setuju dari setuju. Baguih la tu. Tapi lebih baguih kalau caruman pekerja pung di naikkan ke 20% barulah tambah kayo den…ya beda bedu…
Cadangan yg sangaaat baik.sebab ape?majikan sekarang nak kurangkan perbelanjaan perubatan pastu harga rumah melambung.caruman yg bertambah sangat membantu pencarum utk membuat pengeluaran kesihatan dan membeli rumah serta mengurang dan selesaikan pinjaman perumahan.
saya setuju sangat2… epf 20% dari majikan,,,,,, yes yes yes
Brapa sgt yg tau psl penyelewengn yg dlakukn oleh krajaan..org kg gak yg dpbodohkn..yg kua tv dgn paper suma baik2 je..
majikan carum 20% tapi gaji pekerja kena tolak 8-9%. baru adil
pe guna kerajaan yg takbir negara, gunakan kuasa sebaiknye utk kepentingan rakyat sendiri,
isu pekerja asing had kan je la..ape rakyat malaysia xde kualiti ke??mne pergi best2 student yg gomen support??
xkn sekadar support je??xsumbang kat negara ke??
kerajaan layak buat pilihan utk mendahulukan rakyat(beban) or mendahulukan rakyat(terpelihara). tepuk dahi jgan kate sakit..
hahaah…
sejak bila pula dorang ni perihatin kebajikan rakyat… ni mesti cari jalan nak punggah duit rakyat marhaen lagi…
Dema nak bedal ke dema nak hantam ke den dok kesah. Yg penting bila umo 50 bleh kluar 30% and umo 55% bleh kluar habih doh ler…bulih enjoy…he he he…
baik kerajaan naik kan dividen 5% kepada 18% berbanding epf 20%..risiko majikan akan tutup operasi atau lagi ramai la PATi akan berkunjung sekiranya epf 20% diterus kan..
A
Aaaa…
Aaaa…bodoh punya kerajaan..
jgn suka setuju jer mesti ada udang disebalik mee ni…klu nak suruh majikan naikan caruman pekerja pd 20% caruman kita juga akan dinaikan……….dr 11% mungkin ke 15-20%….klu tak nampaknya ramai pelabur angkat kaki ….
ke 2…umur pencen swasta juga mungkin akan dinaikan dr 55 ke 60 atau 65..
ke 3…kebanyakan yg mencarum ni org swasta dan yg bekerja sendiri…tiada pembayaran pencen dan wang epf tu mungkin akan diberi pd pencarum mcm pencen..so tiada lum-sum withdrawal lg….
dipendekan crita mcm2 boleh jadi…….
Pendidikan negara ni kita jagan tengok secara keseluruhan tapi kita kena ambil secara khusus sahaja iaitu arah tuju anak bangsa.Kalau setiap hari dihidangankan dengan rancangan hiburan dan tidak ditekankan kepada bidang agama seiring dengan kekuatan akademik.Jadilah kita bangsa yang akan hilang segala-galanya dan merempat di tanah air sendiri. Siapa penaja program hiburan? Tawaran hadiah melibatkan ribuan ringgit. Yang dapat seorang sahaja tapi yang terjerumus ke bidang tersebut berjuta orang anak bangsa.Progran menari terkinja-kinja di pentas dengan tawaran hadiah yang lumayan.Bercampur lelaki dan perempuan.Sehingga hilang identiti bangsa Adakah dengan menari dapat menbina gedung mewah atau memonopoli bidang ekonomi. Kita akan jadi bangsa yang tidak bertamadun yang hanya tahu menumpang teknologi kaum lain.Lihat sahaja suku primituif dahulu yang hanya tahu menari dan menyanyi.Mereka sendiri tak tahu untuk membina zaman tamadun sendiri.
Oppps…Maaf yaa salah parking
nampak sangat kerajaan hak ada dah kekurangan sumber….
bagus tul dorang nie mengurus….
tu pun pencacai nak salahkan org lain sebab bagi air free…
padahal hak pencacai gak duk guna air free tu…
-strategi paling ‘baguih dok ada’ untuk top up segala ‘kekurangan’ yang telah berlaku …. dan akan berlaku .
-Ya betul nampak semacam satu berita gembira bagi pekerja. Tetapi kelak (dalam masa terdekat) akan ada ‘kos’ yang terpaksa ditanggung.
sama-sama kita nantikan …..
neik 30% 40% klo korg rse xckp spn kwsp tu….duet mkin byk mkin bgus kn?? ngok
hehehe…bagus ga nma ku ni kan?
Maximumkan EPF anda dengan laburkan akaun satu di Unit Trust.
Labur dengan ilmu, bukan ikut kata agen..
Mengikut rekod tahun 2008 dulu, masa terbaik untuk labur adalah lepas sahaja pilihanraya sebab saham akan jatuh teruk.. Kalau melabur kena timing itu dalam 3 bulan dah boleh dapat 30% untung.
HELLO.. SAYA MOHD DARI KL.
NAK TANYA?
1) ADAKAH PEKERJA KEDAI MAKAN BERHAK DAPAT EPF BAGI MAJIKAN MEREKA?
2) MEREKA GAJI HARI DAN MINGGU? ADA KAEDAH EPF TAK?