[UNDI] Caj VEP Kereta Singapura Keluar Masuk VS Kereta Malaysia

by Admin [ Master G ] on December 8, 2009

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Kadang-kadang saya terfikir juga. Bukan niat saya untuk mendatangkan kesusahan kepada orang Singapura ye. Kalau di Johor Bahru, kereta Singapore semata sehingga berlakunya kesesakan disebabkan kehadiran dan pertambahan bilangan kereta Singapura dari hari ke sehari. Kalau hujung minggu lagi teruk.  Bab cara memandu anda boleh lihat sendiri, bagaimana. Bukan semua,  tetapi sebilangan besar menunjukkan jaguh di jalan raya.Apa yang berlaku sebaliknya kepada rakyat Malaysia yang masuk ke Singapura untuk tempoh yang terlalu sekejap? Mereka boleh mengenakan pelbagai cukai dan peraturan kepada kita. Sampaikan jikalau pada weekdays, kena bayar SGD 20.00 per car.

Apa salahnya kalau tak banyak pun, kita impose Vehicle Entry Permit(VEP) kepada kereta Singapura. Tentang nilainya biar kerajaan yang tentukan. Bukannya apa, hasilnya itu sebenarnya boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan negara terutamanya untuk tujuan pembangunan dan prasarana. Yang mendapat faedah orang Malaysia dan orang Singapura yang datang ke Malaysia mendapat tempiasnya juga. Kalau dikenakan contohnya RM200-RM300 setahun tak jejas pun kehadiran pelancong Singapura. Di mana lagi untuk mereka keluar daripada kepompong negara Singapura tu, kalau tidaknya Malaysia. Sudah berapa la kita berikan kebebasan kepada orang-orang Singapura, jadi tiada salahnya peraturan ini diperkenalkan untuk kebaikan bersama dan manfaat kepada rakyat Malaysia sendiri. Mungkin sudah tibanya Malaysia perkenalkan peraturan ini.

Adakah kedatangan pelancong Singapore untuk bercuti akan terjejas? Saya tidak merasakan caj yang bakal dikenakan akan membebankan mereka. Kat mana lagi boleh test drive kereta-kereta mewah mereka itu? Selain  di Malaysia. Apala sangat orang Singapore dengan caj VEP, kalau ia jadi dilaksanakan nanti.

Mari kita lihat apa caj-caj yang dikenakan oleh Singapura jika orang Malaysia jejak kaki di sana. Antaranya :

  • Mengenakan yuran S$150 (RM351) sebulan terhadap setiap pekerja asing dalam erti kata lain orang Malaysia yang memegang permit kerja.
  • Setiap kenderaan Malaysia yang ingin memasuki Singapura mesti didaftarkan dan dikenakan bayaran Permit Kenderaan Masuk (VEP) S$4 (RM9.40) sehari untuk motosikal; S$20 (RM44.80) sehari untuk kereta dan van. Bayaran untuk bas dan lori saya tidak pasti.(Yang mana tahu, tolong mention di ruangan komen). Walaupun bayaran itu tinggi, ramai rakyat Malaysia memandu kereta untuk ke Singapura.
  • Memastikan setiap kereta Singapura yang ingin meninggalkan republik itu, menunjukkan bacaan meter minyak sekurang-kurangnya tiga perempat daripada bacaan penuh. Jika kurang, saman S$500 (RM1,170) akan dikenakan.
  • Mengenakan cukai (GST) sebanyak tujuh peratus terhadap setiap barang yang dibeli sama ada rakyat Singapura sendiri atau rakyat asing.
  • Mengenakan bayaran tempat letak kenderaan termasuk motosikal. Memastikan rakyat Malaysia yang disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman pada hari sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura. Singapura mengamalkan sistem saman elektronik yang boleh mengesan kenderaan disaman pada setiap pintu keluar Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK)
  • Mengenakan tol terhadap pengguna lebuh raya. Yang tak tahan motosikal pun termasuk sekali.
  • Melarang rakyat Singapura atau penduduk tetap memiliki kenderaan asing.
  • Mengenakan saman yang tinggi iaitu S$70 (RM163.80) terhadap kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai mesin IU (digunakan untuk membayar VEP dan tol secara automatik) ketika melalui lebuh raya bertol. Kos pemasangan mesin IU, sebanyak S$155 (RM362.70) seunit.

Dulu Malaysia hampir-hampir mengenakan levi RM20 ke atas setiap kenderaan asing, kemudian buat palang dan semua lorong kereta/bas/lori di semua Pusat Pemeriksaan Imigresen, habis duit berjuta-juta memasang terminal tol. Akhirnya, akur dengan permintaan/bantahan negara-negara jiran, maka projek itu terbatal selepas diumumkan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia pada 31-8-2007. Larangan membeli minyak petrol/diesel bersubsidi di dalam lingkungan 50 km sempadan negara, dibatalkan sekelip mata ketika harga minyak Malaysia naik mendadak (RM2.70) menghampiri harga pasaran dunia (RM3.00).  Pada masa itu, kenderaan asing masih boleh menikmati 30 sen subsidi pada masa itu bersama dengan rakyat Malaysia. Begitu juga dengan larangan membeli minyak masak dan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, penguatkuasaan dibuat secara “sementara”, rakyat asing kini menikmati barangan subsidi bersama. Katanya tahun depan bakal dilaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras penikmatan subsidi dikalangan warga asing. Kita lihat bagaimana mekanismenya yang bakal digunakan kerajaan. Diharap berbaloi-baloi.

Kelemahan ketara apabila rakyat Singapura yang telah dikenakan saman. Mereka tidak akan ditahan apabila keluar dari Malaysia walaupun saman belum dijelaskan. Sebab Malaysia sendiri tiada sistem yang boleh track atau mengesan kesalahan yang ada pada setiap kenderaan yang keluar masuk negara. Hai……..sepatutnya Malaysia sudah ada mekanisme untuk mendaftarkan kehadiran kereta-kereta Singapore  di Malaysia ini. Apatah lagi jika hendak menyemak saman.

Tetapi itula….suka atau kita tidak suka sekarang ini hakikatnya……

  • Malaysia sampai sekarang tak impose VEP kat kereta singapore, tetapi apabila kereta malaysia masuk Singapore dikenakan bayar S$20 weekday.
  • Pekerja Malaysia di Singapore kena bayar levy, tapi sebaliknya tiada caj.
  • Sebarang isu “bertindih”, Malaysia Singapura masih lagi tidak menampakkan kesudahan dalam isu air
  • Malaysia walaupun sudah ada CIQ baru, dalam pada masa sama jambatan bengkok pun sudah diberikan kontrak pun akhirnya terbatal dengan mudahnya. Sangat mudah RM700 juta hilang begitu sahaja.

P/S : Sekarang ini Singapura tengah buat promosi, dari pukul 12 tengah malam sampai pukul 2 pagi. Free of caj masuk sana.

PP/S : Kalau nak beri subsidi, biarlah undang-undang serta penguatkuasaan undang-undang itu diadakan secara teratur.  Kerajaan asyik-asyik habiskan membuat sesuatu polisi dan menggunakan duit negara/rakyat, bayar duit berjuta-juta membayar duit palang + komputer + Sistem kepada Iris Sdn. Bhd dan syarikat-syarikat tertentu serta beri subsidi kepada rakyat asing. Akhirnya, menemui “jalan mati”

PPP/S : Tindakan ini amat menghampakan rakyat. Buat ubah, buat ubah. Ini semua yang merugikan rakyat bawahan.

Setujukah anda kereta Singapore dikenakan VEP?

View Results

Loading ... Loading ...

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?
  2. [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia
  3. Setuju “Kereta Veteran Perang” Kena Pemeriksaan Puspakom??
  4. (MEWAH) Senarai Kereta Orang Kaya(VVIP) di Malaysia
  5. Rancangan Naza-Peugeot Lancarkan Projek Kereta Termurah?
  6. Harga Kereta Turun, AFTA Malaysia Dilaksanakan Mac 2010?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 8 comments… read them below or add one }

1 HazwanHakim December 8, 2009 at 4:28 am

hmm…sape yg nk nekkkn harga ni ??

Malaysia goverment ur Singapore govement?

2 zikr the jalanan sepi December 8, 2009 at 5:36 am

erm idea yang bagus. kena rujuk balik perjanjian diantara malaysia dan singapura.. kira win-win situation la sepatutnya. nak singapura untung jer. mana boleh!!

3 BabyMocha December 8, 2009 at 5:43 am

Nanged! Pass by from Innit :) Have fun!

4 Pak Awang December 9, 2009 at 4:17 am

macam mana ada seorang undi tidak tu
ini mesti orang singapore punya kerja :ejek

Tula pasal. sepatutnya dah lama buat
malaysia takut ker dengan LKY :ketawamanja

5 mahmud shah December 10, 2009 at 3:56 pm

ok lah…sy stuju…baru lah adil…kerajan johor pun dapat lah hasil
sikit…ni singapura ja nak untung….mana boleh…lagi pun pada nilai duit singapura tinggi nilai nya…..x terasa pun,kalau setakat $5 doller.

6 najibtuya December 29, 2009 at 12:24 pm

Itulah masalahnya kerajaan Malaysia. Kalau yang sempadan satu lagi tu, dia punya eksen, melampau habis, almaklumlah, sempadan satu lagi tu ramai orang melayu yang beragama Islam tapi miskin. Itu yang nak betul-betul kuatkuasakan undang2 padahal yang sempadan Singapura ni dia takut sesangat

7 mesticun January 10, 2010 at 10:34 am

O :marah rang singapura ni mereka bagaikan jaguh di jalan raya Malaysia.orang kita bukan senang nak masuk sana.peraturan punya ketat.sedarlah cepat.sebelum terlambat.

8 mesticun January 10, 2010 at 10:36 am

ramai tu yang setuju kereta dan mewah singapura dikenakan VEP bukan VIP/VVIP.jadi lepas ni ikut sajalah.jangan tak bayar ye.

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: