(Cadangan) Rokok Naik Harga RM50 Sekotak. Berita Baik?

by Staff Berita Semasa on January 22, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

rokokmahal3 (Cadangan) Rokok Naik Harga RM50 Sekotak. Berita Baik?

Ini merupakan satu berita baik kepada perokok pasif dan berita buruk bagi perokok tegar. Tetapi sejauh manakah keberkesanan jika ia menjadi realiti dengan melaksanakan cadangan rokok naik harga sekitar RM50 sekotak? Ini kerana kerajaan melihat hanya cara ini  sahaja yang dapat membanteras budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia.

Kementerian Kesihatan sedia mengkaji cadangan untuk menetapkan rokok naik harga pada kadar yang lebih tinggi sehingga RM50 bagi pek 20 batang rokok. Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pada prinsipnya, harga yang mahal memang diharapkan dapat mengurangkan keupayaan orang ramai untuk membeli dan seterusnya merokok.

”Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah berusaha melakukan pelbagai cara supaya perokok tegar dapat meninggalkan tabiat buruk itu selain mengajak kanak-kanak dan remaja supaya benci kepada tabiat itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan orang ramai supaya sekotak rokok yang mengandungi 20 batang dijual pada harga RM30 hingga RM50 supaya tidak mampu dibeli terutama golongan remaja. Rosnah berkata, pihaknya juga bersedia mengkaji cadangan supaya kotak rokok dilitupi sepenuhnya dengan paparan amaran kesihatan manakala jenama rokok hanya dicetak pada saiz yang kecil pada sisi kotak.

Bagaimanapun, jelas Rosnah, sebelum itu kementerian terlebih dahulu terpaksa mengambil kira peraturan yang ditetapkan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Beliau berkata, sebab itu apa yang lebih penting ialah penyertaan masyarakat dalam usaha mengurangkan tabiat merokok kerana penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk atasi tabiat ini.

Selepas membaca cadangan untuk menetapkan harga terbaru rokok pada kadar yang sangat tinggi membuatkan saya terfikir, adakah cadangan ini ingin mengharapkan agar statistik bilangan perokok akan menurun? Atau……….kerajaan nak cari duit lebih sebenar-benarnya. Kerajaan pada masa sekarang berjaya mengaut pendapatan yang berlipat kali ganda hasil cukai yang dikenakan ke atas rokok, kemudiannya kerajaan membuang “kembali” duit tersebut untuk membuang kempen TAK NAK MEROKOK dan juga perbelanjaan perubatan bagi perokok-perokok yang menghadapi penyakit kronik. Pelik bukan?

rokokmahal2 (Cadangan) Rokok Naik Harga RM50 Sekotak. Berita Baik?

Apabila rokok naik harga bukanlah jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik. Kenapa tak berani nak haram terus? Kerajaan takut hilang tax ker? Apabila harga rokok naik sehingga RM50 sekalipun, orang kaya tidak terkesan pun sebenarnya dan mereka tiada masalah soal duit. Yang pentingnya KEPUASAN MEROKOK. Ini yang unik sifat bagi seorang perokok.

Ada beberapa kesan seterusnya yang terlihat dengan menjadikan rokok naik harga ini, tidak kira samada baik mahupun buruk

  • Boleh juga tingkatkan industri kampung… industri buat rokok daun.
  • Tukang seludup mungkin akan buat parti, kerana jika benar cadangan ini ingin diteruskan mungkin harga rokok seludup pun akan naik apabila permintaan mula meningkat
  • Pembuat rokok di Indonesia boleh mula tersenyum meleret.
  • Sebilangan pegawai inforcement yang kaki rasuah pun sudah mula berkira-kira… masyukkk
  • Jangan terkejut jika akan terdengar kes anak bunuh ibu disebabkan si ibu tiada duit nak beli rokok untuk anaknya (Minta maaf ye dan jangan salah faham, saya sama sekali tidak berniat dan tidak mahu melihat kejadian ini berlaku tetapi kemungkinan tetap ada).
  • Satu hari nanti pasti, rokok susah nak dapat. Kalau beli pun di pasaran gelap (tidak mustahil cara jual rokok sama dengan jual dadah). Harga rokok RM50 pun nanti sudah hampir sama dengan satu peket kecil ice (syabu). Renung-renungkanlah……
  • Apabila harga pun sikit lebih kurang dengan harga ganja dan dadah, tidak mustahil rokok akan menjadi sasaran pencuri. Permintaan tinggi dan harga dijual pun meningkat. Bersedialah….Mereka curi 200 kotak,  jual sekotak dalam RM20 di black market. Ada terfikirkah kerajaan?

Sepatutnya apabila harga rokok naik, harga arak juga patut dinaikkan. Adakah arak tidak mendatang kesan buruk kepada masyarakat? Sedangkan remaja bawah umur masih lagi tersenyum lebar dan begitu mudah membelinya kerana harga sesetengah arak masih lagi kadar yang lebih murah.

rokokmahal (Cadangan) Rokok Naik Harga RM50 Sekotak. Berita Baik?

Bagaimana pula dengan 5 tahun fokus untuk kempen TAK NAK MEROKOK sebelum ini? Hasilnya? Selepas habis berjuta-juta ringgit daripada segi iklannya, kempen berbentuk ceramah dan pameran.

Ya….ini baru diperingkat cadangan dan diharap kerajaan perlu memilih mekanisme yang terbaik bagi membendung gejala merokok dikalangan orang Malaysia. Itu sebabnya diharap sangat kerajaan memperhalusi semula cadangan seperti ini. Supaya tidak buat kerja dua kali dalam membanteras budaya merokok dikalangan rakyat Malaysia, tetapi matlamat masih tidak tercapai.

P/S : Walaupun ingin mewujudkan cadangan harga rokok naik RM50 sekotak atau RM100 sekalipun, mesti pastikan yang kerajaan sudah cukup man power untuk menghalang kegiatan penyeludupan. Apa guna jual rokok RM50 sekotak tetapi rokok seludup masih lagi dibiarkan berleluasa di pasaran.

PP/S : Sekarang pun dah ada bungkusan gula-gula rokok. Bungkusan gula-gula rokok itu didapati hampir sama dengan jenama rokok sebenar di pasaran dan dijual pada harga 40 sen dengan pelbagai perisa.

rokokmahal4 (Cadangan) Rokok Naik Harga RM50 Sekotak. Berita Baik?

Adakah Anda Perokok?

View Results

Loading ... Loading ...

Pilihan Yang Terbaik?

View Results

Loading ... Loading ...
  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 14 comments… read them below or add one }

1 mesticun January 22, 2010 at 10:57 am

:gila :gila :gila Merbahaya kesihatan jika selalu merokok.namun tiada siapa nak dengar Tak Nak kepada rokok.demi mengejar keserokokan dan kemasyuran merokok.mereka ada peduli rokok naik harga RM30, RM 50, atau RM100 sekalipun. :kejut :kejut :kejut   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 ibnmasir January 22, 2010 at 11:41 pm

kerajaan naikkan harga rokok lagi sronok la kerajaan. dpt dr cukai berkantung-kantung.. kerajaan tak kan haramkan rokok .. rugi die woh… :phwitt   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 adiadah January 23, 2010 at 11:56 am

Harga rokok brkait dgn pengguna/hasil krj. Justru harga rokok di naikkan brmakna kebergantungan pengguna pd rokok di kurangkan. Wbp krj masih dapat hasil kerana cukainya yg tinggi & lbh menguntungkan.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 gensuri January 24, 2010 at 12:33 am

saya amat setuju. daripada dinaikkan harga yang hanya akan menguntungkan si penyeludup rokok disebabkan ramai yang akan beralih ke rokok jenama rokok seludup ‘yang penting ada asap’. hendak naikkan harga rokok tanpa ada usaha membentras penyeludupan rokok langsung tidak ada maknanya. kurang pasti samada pihak penguatkuasa tidak nampak tapi agak mustahil sebab rokoktu bukannya benda kecil tambahan pula dijual terang-terangan. demikian keadaan berlaku di Keningau, sabah. tak percaya datang dan tengok sendiri. yang kerajaan beria-ia sangat nak naikkan harga rokok tanpa ada usaha terlebih dahulu untuk membendung kemasukan rokok seludup apa hal. perokok tetap perokok dan saya punya keyakinan mereka tidak boleh lepaskan rokok dalam sekelip mata. justeru itu pada perkiraan saya kenaikan harga rokok yang dicadangkan oleh kerajaan hingga mencacah ke rm50 hanya akan mengundang padah pada kerajaan. saya kurang pasti jika ada statistik jumlah perokok tapi saya pasti jumlahnya sangat ramai. jangan hanya kerana harga rokok sokongan mereka akan beralih kerana biasanya orang merasa dirinya diancam akan cepat hilang pertimbangan. ingat istilah orang merokok – sanggup tak makan daripada tidak merokok!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 cln88 January 24, 2010 at 11:11 am

buat apa sibuk nak naik harga rokok…bagus lagi tutup terus kilang buat rokok di malaysia..tapi,mustahil kerajaan nak tutup kilang,,mana tak dari sana jugak la dia dapat untung……kalau tutup rugi dia ooooo…..rokok ni setiap hari orang beli!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 mesticun January 25, 2010 at 10:06 pm

Sekarang dah mula nampak rokok jenama pelik-pelik.langsung tak pernah jumpa di Malaysia.mungkin dah sampai rokok seludup.sepakat membawa berkat. :lambai :lambai :lambai   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

7 lalalala~ March 5, 2010 at 6:04 pm

ini sebagai salah satu cara.klu perokok nk ambik rkok seludup k ape k,lantak diorg la.da perangai masing2,xkan org nk ckp je kot.yg perokok 2 kene ade ksedaran la.wat kempen k ape k klu da bebal pale nk mrokok,bebal gak.jangan slhkn org lain,cukai naikla,kerajaan utgla,apela,mak kne bnhla.come on..pkir as a fact la,bukan khayalan.bende yg khayalan ni bukan kite nak pn…buka skit minda,jgn pkir 10-,1+…….. :jangan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 Pencadang April 3, 2010 at 2:41 am

Saya rasa masalah ROKOK ini susah utk diselesaikan dan memakan masa yg lama.. Apa2pun mungkin pihak berwajib perlu kembali mempertingkatkan lagi pengawasan zon2 larangan merokok ditempat-tempat pusat beli-belah, stesen perkhidmatan awam, kawasan rekreasi dan sebagainya… :peace
:peace :peace   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

9 zaidi May 25, 2010 at 8:46 am

naik je RM70 sekotak, bior padan muko depa..
hisap rokok memang adik beradik jin….

susah kan orang, bila sakit susahkan pihak hospital…

bodoh terlampau perokok ni….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 marllobo...haha June 16, 2010 at 4:43 pm

rokok mmg sedap…”rokok….idaman ku selalu” :hormat :hormat   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 amilism July 19, 2010 at 8:20 am

zaidi: naik je RM70 sekotak, bior padan muko depa..
hisap rokok memang adik beradik jin….susah kan orang, bila sakit susahkan pihak hospital…bodoh terlampau perokok ni….  

bau longkang la mulut ko ni…ko ingat hospital tu bukak atas tujuan ape?ko ingat saja bukak pakai tempat lepak ke?ko ckp isap rokok adik beradik jin…?kalau kita pake kereta…camne pulak..adik beradik tiri ke?bistu kalau sedut asap kereta..bapak sedara jin ke?pakai duit ngko ke beli rokok utk diorang?cakap ikot sedap die je..sori la kalau byk pihak terasa..saya perokok..tp bukan hak saya utk hakimi manusia..biar lah yg maha esa yg menentukan..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 amilism July 19, 2010 at 8:22 am

cln88: buat apa sibuk nak naik harga rokok…bagus lagi tutup terus kilang buat rokok di malaysia..tapi,mustahil kerajaan nak tutup kilang,,mana tak dari sana jugak la dia dapat untung……kalau tutup rugi dia ooooo…..rokok ni setiap hari orang beli!  

betul tu..sama gak ngan arak..cukai2 ni sume lah yg membangun kan negara kita…apapun kalau cadangan dari kerajaan..kite sokong je..janji jgn memudaratkan negara…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

13 blind man July 19, 2010 at 9:26 am

Apa hal sebok2 sangat pasal nak naikan harga rokok ni…kalau susah2 sangat haramkan jer rokok….tak payah nak naik2an. bila harga rokok tinggi ..yg akan kaya adalah penyeludup2, penjual2 haram dan kerajaan juga mendapat hasil yg lumayan..cukuplah dgn ape yg kerajaan dah buat sekarang…jgn nak bebankan segolongan rakyat dgn ura2 ni. Banyak lagi masaalah lain yg perlu kerajaan selesaikan….Masaalah dadah yg dah tentu ke tali gantung pun tak selesai2…ape hal..?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 anti July 19, 2010 at 10:37 am

amilism: bau longkang la mulut ko ni…ko ingat hospital tu bukak atas tujuan ape?ko ingat saja bukak pakai tempat lepak ke?ko ckp isap rokok adik beradik jin…?kalau kita pake kereta…camne pulak..adik beradik tiri ke?bistu kalau sedut asap kereta..bapak sedara jin ke?pakai duit ngko ke beli rokok utk diorang?cakap ikot sedap die je..sori la kalau byk pihak terasa..saya perokok..tp bukan hak saya utk hakimi manusia..biar lah yg maha esa yg menentukan..  (Balas Komen Ini)

isap rokok cari pasal sendiri, asap kereta tak ada kene mengena  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: