BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Cabaran Wawasan 2020 Malaysia. Mampukah Kita?

by Staff Berita Semasa on June 10, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

Bukanlah terlalu skeptikal dengan misi murni yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu cabaran Wawasan 2020 Malaysia. Sejak daripada itu, berganti pula dengan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan Islam Hadhari. Kesudahannya?

Sekarang 1 Malaysia adalah slogan terbaru daripada Perdana Menteri Malaysia keenam. Apabila disingkap semula slogan Malaysia yang bersilih ganti, persoalan di sini adakah cabaran Malaysia dalam mencapai dasar Wawasan 2020 akan tercapai. Mampukah kita?

Bagaimana negara dalam laluan ingin naik “satu tingkat” boleh direncatkan dengan keluarnya satu kenyataan daripada yang mengatakan Malaysia bakal bankrap, tidak cukup dengan dakwaan sebelum ini mengatakan minyak Malaysia bakal habis tidak lama lagi.

Cabaran Wawasan 2020 ini mula Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdikari, progresif dan berdaya saing.

Mungkin satu kebetulan apabila Wawasan 2020 diperkenalkan setahun selepas Israel 2020 diperkenalkan. Wawasan 2020 diperkenalkan pada 1991 manakala Israel 2020 dilancarkan pada 1990.

Mungkin ini satu kebetulan. Bukan sahaja, Malaysia mempunyai Wawasan 2020 tetapi tidak terkecuali Israel turut mempunyai wawasan tersendiri iaitu “Israel 2020″  selain juga Indonesia dengan “Indonesia Emas 2020″

Israel 2020 adalah suatu “master plan” yang telah pun dirangka sejak tahun 1948 oleh beberapa orang ahli politik dan ekonomi Israel. Namun begitu, perancangan yang rapi dan teratur hanya dilancarkan secara rasmi pada 1990 di mana 180 profesional telah terlibat dalam “master plan” tersebut.

Plan dasar “Israel 2020? yang dirancang pada 1948-1951 diketuai oleh seorang jurutera bernama Ariel Sharon yang ketika itu populasi Israel hanya sekitar 800,000 orang. Pada 1990, mastermind bagi dasar “Israel 2020? telah diganti dengan Prof. Adam Mazor yang bergerak bersama 150 orang profesional dari pelbagai latar belakang.

Kertas kerja pertama “Israel 2020? yang disiapkan oleh Prof. Adam Mazor telah dihantar kepada 13 agensi dan jabatan kerajaan;

  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Kementerian Dalaman
  3. Kementerian Perumahan & Pembinaan
  4. Kementerian Pertahanan
  5. Kementerian Kewangan
  6. Kementerian Pertanian
  7. Kementerian Pendidikan
  8. Kementerian Persekitaran
  9. Kementerian Pengangkutan
  10. Kementerian Tenaga dan Infrastruktur
  11. Agensi-agensi pertubuhan Yahudi
  12. Suruhanjaya Air Israel
  13. Penguasa Tanah Israel

Kesemua kementerian dan agensi-agensi di atas telah menerima kertas kerja “Israel 2020? untuk dilaksanakan. Ianya amat berbeza sekali dengan Malaysia, kertas kerja adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir, namun bagi negara Israel, institut penyelidikan bukan kerajaan kelihatan amat berperanan dalam menentukan dasar kerajaan Israel.

Matlamat Akhir Israel 2020

Berdasarkan penelitian, matlamat akhir Israel 2020 lebih bertumpu kepada penstrukturan semula masyarakat Yahudi melalui perpindahan ke penempatan-penempatan baru yang dirancang. Walaupun dalam kertas kerjanya lebih memberatkan ke arah pembangunan ekonomi Israel tetapi laporan akhir dari wartawan Arik Mirovisky menunjukkan matlamat mereka adalah sebaliknya.

Pada 12 Jun 2009, akbar Haaretz melaporkan target master plan yang dibina pada 1990 iaitu Israel 2020 masih tidak mencapai objektif. Hanya sebahagian fasa sahaja yang dapat disiapkan. Menurut laporan itu lagi, lanjutan tempoh kepada tahun 2050 seperti yang dicadangkan tahun 1990 pada kertas kerja yang sama harus diteliti semula.

Sekarang terdapat ura-ura bahawa Wawasan 2020 perlu dilanjutkan ke tempoh 2050. Dalam pada masa yang sama  terdapat pada kertas kerja Prof Adam Mazor terbitan bersama Samuel Neamen Institute dan Israel Institute of Techonology telah tercatat suatu pernyataan iaitu :

“A corner stone within this context is the continuation of the Israel 2020, within the framework of the S.Neaman Institute, into its second phase, for the second jubilee of Israel, with an extended horizon to the year 2050.”

9 Dasar & Cabaran Wawasan 2020 :

  1. Mewujudkan  Negara Malaysia bersatu yang mempunyai   matlamat dikongsi bersama.
  2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
  5. Mewujudkan masyarakt liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan  berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga yang kukuh. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
  8. Memastikan masyarakat yang adail dalam bidang ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Selepas terlancarnya dasar Wawasan 2020 sejak tahun 1991, Malaysia sudah mampu memiliki……….

  • Bekas bangunan tertinggi di dunia
  • Litar F1 yang canggih
  • Koridor pembangunan yang merata-rata
  • Antara Lapangan Terbang terbaik dunia
  • Pengeluaran kereta Nasional
  • Pemilik Lotus, sebuah syarikat kereta yang ternama
  • Bekas pemilik MV Augusta
  • Angkasawan yang telah “meluncur” laju ke stesen angka lepas (ISS)
  • Stadium bola sepak yang mampu memuatkan 100 ribu orang
  • Syarikat pembuat motorsikal sendiri
  • Satelit sendiri yang memberikan broadcast kepada Asia
  • Air Asia, model sistem penerbangan murah yang pertama di dunia
  • Multimedia Super Corridor
  • Dua buah Masjid yang sangat mewah di Putrajaya
  • Petronas
  • Putrajaya
  • Pavilion, Kuala Lumpur
  • Pelbagai hotel-hotel bertaraf 5 bintang
  • Kasino tersohor di dunia di Genting
  • Dan terbaru bangunan parlimen akan berpindah ke Putrajaya yang bernilai sekitar RM800 juta
  • Banyak lagi…..anda ada nak tambah?

Daripada lihat senarai di atas, negara-negara maju pun boleh geleng kepala. Kenapa saya katakan begini? Sebabnya ada sesetengah negara-negara maju pun tidak mempunyai projek-projek mega seperti yang dimilki Malaysia.

P/S : Sebagai rakyat Malaysia, kami berharap dasar Wawasan 2020 bukanlah dasar yang diadaptasi dari dasar Israel 2020.  Tetapi mengapa 2020? Adakah angka itu diambil daripada sudut perubatan? Walauapapun ia mengikut penilaian individu dan gaya interpretasi fakta masing-masing dalam membenarkan sesuatu perkara.

PP/S : Pukul 11.30 pagi nanti bertempat di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia bakal membentangkan  Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK-10). Agak-agaknya di mana halatuju yang mahu di bawa bagi Wawasan 2020 selepas ini?

[poll id="92"]


{ 17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 jack June 10, 2010 at 12:35 pm

mahathir sendiri pernah mengatakan bahawa tidak mungkin kita dpt mencapai wawasan tersebut ‘on-time’. die ckp mmg bole capai. tp lambat skit la. serupa la ngn sikap kita sendiri. suka melengah-lengah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 wak koboi June 10, 2010 at 3:30 pm

wak berharap misi ini mencapai objektif cemerlang seterusnya mengikut harus ketentuan Ilahi..amin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 elle June 10, 2010 at 9:57 pm

insya’allah!!! may Allah show the path… lagi pu betul kata penulis!!! kebanyakan negara maju itu sendiri tidak ada projek mega seperti kita!!! then nak tambah ckit… putrajaya bandar terancang moden!!! pernah baca somewhere, ada org asing mengadaptasikan putrajaya bagi membina daerah yang hebat!!! sebab dorg kata mustahil sebenarnya nak membina putrajaya itu sendiri!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Shairon June 10, 2010 at 11:35 pm

Pemikiran kene kehadapan dulu,baru boleh jadi negara maju..otak kene kembang,kalu ade ape,letak kat kepala,bagi otak cair sikit..
Khususnya majoriti umat “meLAYU” hanya tahu sebut maju,tapi taw ke ape itu negara maju??.. :ketawa :ketawa

kita lebih sesuai dengan status negara membangun je.. :ketawa :ketawa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 FARAH June 11, 2010 at 8:37 am

Macammana nak capai negara maju 2020?
2010 pn kemudahan pengangkutan masih ditahap RENDAH, lampu jalan byk yg takde.masih ade rumah yg tiada bekalan air dan elektrik..
Kalau nak capai misi tu spttnya skrg pn da nampak perubahan2 yg menjurus ke arah negara maju.Now we’re still developing country.
Tingkatkan KUALITI bukan KUANTITI je!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 baramdungi June 20, 2010 at 8:25 pm

gejala sosial semakin lama semakin membimbangkan, rasuah, salah guna kuasa…..perkara2 ini perlu dibendung untuk mancapai taraf negara maju….selagi masalah2 ni tak diatasi, jangan harap dapat jadi negara maju…negara hancur adalah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Shairon™ June 20, 2010 at 9:47 pm

Baramdungi
Mungkin kita akan “maju” dari segi tu kot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 waris October 4, 2010 at 5:13 pm

MISI WAWASAN 2020 sedang dalam perlaksanaannya sudah pasti tercapai, perlu dilihat kejayaan itu bukan setakat tahun 2020 je malah untuk seratus tahun bakal mendatang, biasalah bersusah2 dulu bersenang2 kemudian dan biar lambat asalkan selamat. Tiada guna tergopoh gapah akhirnya kita juga yang susah. Ini semua untuk siapa, klu tak bukan untuk generasi anak cucu cicit kita akan datang. Seharusnya masyarakat kita terutama org2 melayu perlu bersatu bangkit dan berwawasan untuk tingkatkan martabat kaum melayu sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 orang kampung October 4, 2010 at 6:29 pm

Mari!…biar Orang Kampung cerita pasal Wawasan 2020…sebenarnya fasa satu Wawasan 2020 dah pun terlaksana. Sekarang ni masuk fasa kedua dalam perlaksanaan dan usaha murni ini memang bakal mengambil masa yang panjang kerana ianya untuk semua…lihatlah 1Malaysia dah pun dilancarkan…ianya juga adalah petikan dari agenda Wawasan 2020…kita bukan tiru mana-mana negara kita buat ikut acuan kita…cara kita…kaedah kita…untuk orang kita juga…jadi Orang Kampung mengajak semua rakyat Malaysia bangun dari tidur…buka mata…buka minda…buka hati…lihat disekeliling…peluang dan ruang dah disediakan…rebutlah dengan akal yang waras demi kebaikan bersama…Wawasan 2020 berjaya kerana dengan bantuan Tuhan…berbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi…namun Wawasan 2020 berjaya dengan ketentuan Tuhan…bukan manusia!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 syamilshukur May 21, 2012 at 8:35 pm

insyallah…negara berpegang kepda agama Allah s.w.t insyallah akan maju dan dirahmati..amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 waris October 4, 2010 at 8:29 pm

orang kampung: Mari!…biar Orang Kampung cerita pasal Wawasan 2020…sebenarnya fasa satu Wawasan 2020 dah pun terlaksana. Sekarang ni masuk fasa kedua dalam perlaksanaan dan usaha murni ini memang bakal mengambil masa yang panjang kerana ianya untuk semua…lihatlah 1Malaysia dah pun dilancarkan…ianya juga adalah petikan dari agenda Wawasan 2020…kita bukan tiru mana-mana negara kita buat ikut acuan kita…cara kita…kaedah kita…untuk orang kita juga…jadi Orang Kampung mengajak semua rakyat Malaysia bangun dari tidur…buka mata…buka minda…buka hati…lihat disekeliling…peluang dan ruang dah disediakan…rebutlah dengan akal yang waras demi kebaikan bersama…Wawasan 2020 berjaya kerana dengan bantuan Tuhan…berbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi…namun Wawasan 2020 berjaya dengan ketentuan Tuhan…bukan manusia!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

saya sokong Orang Kampung…bersatulah rakyat malaysia, berdoa dan yakin wawasan 2020 terus terlaksana untuk generasi masa depan dan negara tercinta….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 cucimata October 12, 2010 at 10:32 pm

wahai rakyat Malaysia ketahuilah bahawa apa yang telah diumumkan oleh PM DS MNajib tu adalah petikan dari agenda wawasan 2020 la tu…MEB…ETP…etc…etc…etc… Wawasan 2020 sudah pasti dapat dicapai…yang penting pembangunan modal insan harus diberikan keutamaan agar dapat membentuk rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan tanahair serta menghindarkan penyakit sosial dikalangan semua peringkat dan kategori masyarakat…agar rakyat maju, makmur dan sejahtera…wawasan 2020 berjaya bukan di tahun 2020 tetapi pelan tindakan pelaksanaannya menjangkau lebih jauh dari itu kerana ianya untuk semua generasi dari masa silam, sekarang dan sehingga kepada generasi akan datang…rakyat Malaysia harus menyokong sepenuhnya kerana wawasan 2020 adalah untuk anda semua…anda sokong anda dapat…semua rakyat Malaysia wajar menghayati Wawasan 2020 kerana agendanya untuk anda semua rakyat Malaysia…rakyat Malaysia…untuk rakyat Malaysia!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 aa January 3, 2011 at 3:23 pm

Saya yakin Malaysia mampu capai wawasan 2020 jika semua rakyat berfikiran positif. Kenapa perlu dibandingkan dengan Israel? Apakah salah mengikut pentadbiran Israel jika sistem tersebut baik untuk semua? Yang tuhan murka jika amalan ibadat atau aspek agama kita mengikuti mereka.
Jika untuk pembangunan, langkah tersebut boleh diikuti untuk kebaikan semua. Sayidina Umar Al-Khattab juga mengikut sistem pentadbiran orang Kristian dalam membentuk kalendar. Kalendar Hijrah diwujudkan semasa pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab. Kalendar Masihi wujud dahulu dengan menggunakan tarikh Nabi Isa disalib sebagai permulaan kalendar Masehi. Umar Al-khattab mewujudkan sistem kalendar Islam dengan bermulanya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke kota Madinah. Ditegaskan lagi tidak salah mengikut pentadbiran orang kafir jika tidak bertentangan dengan hukum syariat Islam.

Berhubung dengan kemajuan negara Malaysia pula, sememangnya kita sekarang berada di dunia globalisasi. Dunia tanpa sempadan. Sepatutnya kita bangga pembangunan negara kita lebih baik daripada negara maju. Adakah semua yang dibuat oleh negara maju itu betul? Semestinya tidak.Kita xperlu kejar mereka. Kita sendiri yang perlu mencorakkan negara kita menjadi negara maju dan dipandang maju oleh orang luar. Tak perlu nk meniru apa yang negara maju buat…kita pun nk buat jugak. Kita cipta keunikan dan kemajuan negara kita dengan cara kita sendiri.

Congates Malaysia…for going this far…Insyallah kita mampu capai wawasan 2020 jika kita semua menggembleng tenaga dan usaha ke arahnya. Insyallah:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Ahli Umno February 9, 2011 at 12:39 pm

Pada dasar/objektif Wawasan 2020 yang PERTAMA dinyatakan matlamat mencapai satu Bangsa Malaysia. Inilah yang dinanti-natikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau bangsa yang ingin belajar di MCKK, Tun Fatimah serta UiTM kerana pada tahun 2020 kita semua adalah satu Bangsa Malaysia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 amirsyahmi June 23, 2011 at 8:44 pm

kalau harga minyak ron95 turun lagi bagus

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 mun July 4, 2011 at 2:16 pm

kenapa 2020 bukan sekarang???
Kerana ia adalah satu tempoh masa yang sesuai bagi pembangunan sesebuah negara..ingat kita bukan nak bangunkan rumah yang boleh siap dlm waktu yang singkat…tp ia tentang pembangunan Negara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan.Jadi berfikirlah secara logik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Berry September 16, 2012 at 4:54 pm

Bukan nak fikir sekadar nak maju sahaja tetapi kena fikir pelaburan negara malaysia juga. Bukan setakat memajukan negara sahaja malah kita tak berpegang kepada 9 dasar yang di letakan di bawah 9 Dasar & Cabaran Wawasan 2020. Contohnya Bersih masih ada di Malaysia juga. Dengan ini kita masih tak ada pemikiran matang lagi. Dari segi financial Malaysia ada hutang berbillion ringgit dengan bank dunia.Siapa nak bayar hutang malah tambah sahaja. Kita cuma kata maju dan berikan kehidupan baik untuk cucu cicit tetapi menambahkan masalah besar sahaja kepada mereka…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: