BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Bursa Malaysia : Senaraian IPO Felda Global Ventures (FGVH). Nasib Peneroka Selepas Ini?

by Staff Berita Semasa on March 7, 2012

in Isu Semasa Terkini

Bagi kami isu senaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia masih lagi kurang mendapat perhatian daripada kalangan rakyat Malaysia. Tetapi kami cukup yakin isu disebalik penyenaraian FGVH ini ke Bursa Malaysia jika difahami dengan baik seluruh rakyat Malaysia pastinya akan menumpukan perhatian serta selidik satu persatu isu ini……

Pemerhatian kami kuat mengatakan ada 2 perkara yang kerajaan perlu selesaikan terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri bubar parlimen bagi  Pilihanraya Umum ke 13 :

Dan isu disebalik penyenaraian FGVH ini di Bursa Saham bukanlah isu politik sebenarnya, ia lebih kepada menjaga untung nasib & kepentingan kalangan warga peneroka Felda sebenarnya. Apatah lagi Felda ini lubuk duit yang mempunyai sumber kewangan yang datangnya dari ladang-ladang kelapa sawit mereka. Jikalau tidak dijaga dengan baik, ia akan menimpa nasib yang sama seperti MAS yang rugi saban tahun.

Jadi Apa Isu Senaraian Felda Global Venture di Bursa Malaysia Ini Sebenarnya?

Kedudukan Felda Holding Berhad :

Sebelum senaraian di Bursa Malaysia :

  1. Felda Global Venture Holdings Sdn. Bhd. (milik kerajaan) – miliki saham Felda sebanyak 49%
  2. Koperasi Permodalan Felda – Miliki saham Felda sebanyak 51%
  3. FGVH – Milik Kerajaan (49%) —-> Felda Holding Berhad (FHB) <—- Koperasi Permodalan Felda (51%)

Apa yang kami perhatikan, kalau mengikut rancangan asal selepas penyenaraian Felda Global Ventures (FGVH) di Bursa Malaysia :

  • kerajaan + awam —->Felda Global Venture <—- KPF (37%)

Ini bermakna Felda Holding tiada lagi aset pada masa itu:

  1. Keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah mencecah 220,210 orang ahli dengan 193,506 orang ahlinya iaitu sekitar 87.9% adalah dari kalangan peneroka, ahli keluarga dan generasi kedua
  2. KPF dikatakan akan melepaskan kepentingan sebanyak 51% di dalam FHB
  3. Aset KPF seperti tanah-tanah peneroka akan dipindahkan kepada FGVH
  4. KPF akan diberikan hak eksklusif untuk menjadi pemegang saham sebanyak 37 % dalam FGHV apabila ia disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada bulan Mei ini 2012 ini
  5. Kandungan perjanjian itu antaranya juga menyebut tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH.

Tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH. Jadinya, FGVH akan mengawal tanah Felda + tanah peneroka. Segala urusniaga akan diuruskan oleh FGVH. FGVH akan bayar kepada Felda sebanyak RM250 juta setiap tahun sebagai pajakan. Jadi sebagai balasannya

  • FGVH akan mengambil semua hasil sawit felda yang berbilion-bilion setahun itu.
  • Felda pula akan dapat hasil daripada “sewa pajakan” sahaja.

Status Felda Global Sekarang Ini Untuk Senaraian di Bursa Malaysia

  1. Penyenaraian Felda di Bursa Malaysia diumumkan oleh Datuk Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
  2. Pada asalnya ada kalangan ahli KPF buat bantahan kepada SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) apabila mahu senaraikan Felda ke Bursa Malaysia
  3. SKM buat tidak endah sahaja dengan bantahan yang dibuat berdasarkan daripada laporan yang dibuat oleh ahli KPH
  4. Akhirnya, ahli KPH ini buat injuksi di Mahkamah Tinggi Kuantan
  5. Kesannya, apa jadi sekarang ini? Felda ibarat dah kena “solex” daripada sebarang perubahan polisi. Jadi Felda sekarang ini sukar untuk meneruskan rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia
  6. Antara alasan permohonan injuksi tersebut adalah cadangan KPF untuk melupuskan ekuiti miliknya dalam FHB dan anak-anak syarikat yang lain bernilai RM3.13 bilion ke FGVH tidak menguntungkan mereka dan pemegang saham KPF
  7. Satu lagi alasan ialah perwakilan yang akan bermesyuarat pada EGM tersebut tidak pernah diberi mandat oleh anggota KPF untuk mewakili mereka pada EGM itu nanti.

Kami sehingga sekarang masih tidak faham kenapa Tan Sri Isa Samad :

  1. Boleh diangkat menjadi Pengerusi Felda walhal beliau pernah terlibat dengan skandal rasuah sebelum ini. Tiada lagikah pemimpin Melayu yang lebih berkaliber, profesional yang bijak pandaikah untuk memegang tampuk sebesar & segah Felda ini?
  2. Kami sebenarnya agak kecewa dengan cara Tan Sri Isa Samad mengendalikan isu pertikaian penyenaraian FGVH ini di Bursa Malaysia setakat ini. Beliau tidak menggunakan kesempatan yang ada semasa sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci berlandaskan fakta  yang jelas kepada pemegang saham
  3. Kenapa beliau “mempersiakan peluang keemasan” sebegini rupa? Kalau penyenaraian FGVH ini di Bursa Malaysia dikatakan baik, mengapa tidak terangkan & dijelaskan dengan cara yang baik & jelas kepada pemegang saham yang hadir pada masa itu dengan cara yang baik & jelas?

Kami tertarik dengan kata-kata individu di dalam video di atas ini yang merupakan pemegang saham KPF :

  • Pemegang saham ini telah berada di dalam Felda selama tempoh 50 tahun yang berasal dari Felda Sendayan. Dah masak dengan asam garam isu felda ini
  • Takkanlah senang-senang sahaja beliau mahu gadai tanah untuk disenaraikan dan diperdagangkan yang akhirnya tanah yang dipijak besar kemungkinan menjadi harta kepada pemegang saham di Bursa Malaysia kelak
  • Adakah cukup sekadar dengan kata-kata kerajaan telah memberikan jaminan? Jaminan yang bagaimana kerajaan boleh berikan? Adakah ada jawapan bertulis yang memberikan menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah kepada mereka?
  • Ini soal tanah, adakah peneroka Felda mahu serahkan tanah mereka begitu sahaja? Apatah lagi bukan semua rakyat Malaysia zaman sekarang  mampu memiliki sebidang tanah.
  • Jadi pemegang saham berhak bertanya bagi mendapatkan jawapan yang terperinci dan meyakinkan daripada pihak Felda itu sendiri. Sayangnya, Tan Sri Isa Samad tidak menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskannya dengan sebaik mungkin? Sayang sekali…..sebaliknya dihalau individu tersebut.
  • Sepatutnya bukan setakat Tan Sri Isa Samad sahaja yang memberikan taklimat, tetapi CEO FGVH pun mesti ada sama dalam taklimat tersebut untuk menyampaikan penjelasan. Bukannya sembunyi di belakang Felda sahaja.

Sebab kalau nak percaya berkait soal jaminan daripada kerajaan secara 100%, boleh dipertikaikan kerana pernah terjadi sebelum ini :

  1. Contoh macam Proton sekarang adakah kerajaan Malaysia pemegang saham terbesar? Jawapannya…..Tidak. Jadi DRB Hicom ada hak untuk tukar sesiapa sahaja di dalam Proton? Ya…ada hak. Malah Proton kalau dijual kepada GM contohnya pun tiada masalah. Tentu bukan sekarang. Akan datang? Walaubagaimanapun Proton masih lagi tidak melibatkan orang ramai kecuali pekerja-pekerjanya sahaja
  2. Tetapi bagaimana pula dengan Felda? Apa nasib kepada peneroka Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia? Pro & Kontranya?
  3. Masih ingat lagi sejarah CIMB sebelum ini. Asalnya merupakan Bank Orang Melayu (Bank Bumiputera), apa sudah jadi sekarang? Sekarang ini Bank Bumiputra sudah menjadi Bank Singapore, cuma CEO sahaja “orang Melayu”.
  4. Adakah kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum senaraikan Felda di Bursa Malaysia. Dan adakah anda masih ingat lagi peristiwa yang cukup popular sekitar 80an? Peristiwa “Projek Serbuan Subuh” @ The Great Dawn Raid 1981? Di mana dahulu syarikat Sime Darby yang asalnya milik Britain telah disenaraikan di Bursa Saham London. Tetapi kerajaan Malaysia telah membeli saham-saham Sime Darby daripada “pasaran terbuka” dan akhirnya menjadi pemegang saham majoriti sehingga sekarang. Terus buat mandatory General Offer (MGO), kemudian bawa balik syarikat tersebut ke Malaysia. Semua aset Sime Darby menjadi hak milik rakyat Malaysia. Adakah kita semua sudah bersedia meletakkan tanah Felda di pasaran terbuka pula?

Kesan Senarai di Bursa Malaysia

Kalau dilihat sekarang ini penyenaraian Felda Global di Bursa Malaysia agak “tergesa-gesa”. Kita tahu objektif terbesar untuk senaraikan syarikat di Bursa Malaysia adalah untuk tingkat modal :

  • Tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
  • Pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu
  • Ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan risiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

Penyenaraian FGVH adalah merupakan percubaan kedua yang gagal kali pertama di zaman Tun Dr Mahathir tahun 2003. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau membatalkan cadangan penyenaraian Felda Holding ke BSKL (kini Bursa Malaysia).

Sebelum ini, KPF mampu membayar dividen + bonus sebanyak 15% kepada ahli-ahlinya. Paling akhirnya pulangan dividen + bonus sebanyak 15.5%. Lumayan bukan? Dan KPF ada jaminan untuk memberikan dividen mereka paling kurang pun 10%. Jadi apa yang dirisaukan sekarang, mereka masih lagi tidak mendapat “jaminan yang sebenar” apabila FGVH ini disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku : 

  1. Sebelum ini, sebagai contohnya mana peneroka yang ada 250,000 unit di KPF, setiap tahun boleh dapat sekitar RM32,000 – RM38,750 setiap tahun
  2. Dalam taklimat tempoh hari ini itupun, dilaporkan belum ada jaminan yang pemegang saham KPF akan automatik dapat berapa saham FGVH
  3. Dilaporkan saham FGVH akan dijual kepada peneroka sekitar 15,000 unit. Ok. Katakanlah seunit RM2. Selebihnya wang mereka dalam koperasi akan disimpan di mana? Itu hanya berita tidak rasmi. Tambahan pula, berapa ramai orang tua peneroka Malaysia ini yang pandai bermain saham?
  4. Kalau peneroka dapat sebahagian kecil sahaja, yang dapat banyak saham tersebut siapa? Jerung-jerung mana yang akan dapat “habuan” besar ini?
  5. Kapitalis-kapitalis di luar sana hanya menunggu peluang dan ruang sahaja untuk membeli saham berjuta daripada pinjaman bank untuk dilambakkan di Bursa Malaysia dan apabila harga naik besar kemungkinan saham ini mereka akan jual kepada orang luar @ orang asing
  6. Apabila dah jual saham kepada orang luar, apa nasib tanahFelda Palntation yang ada milik peneroka juga?
  7. Dan sekarang ada 2 buah syarikat luar yang “sudah bersedia” dan hanya menunggu semboyan untuk membeli saham tersebut termasuk syarikat daripada Singapore
  8. Mungkin Yahudi bakal majoriti pemegang sahamnya kelak? Mungkin? Siapa tahu tahun-tahun yang akan datang. Itu yang bagusnya pengapungan di Bursa Saham. Siapa nak beli pun boleh. Tiada sekatan, kuota, kekangan. Sesiapa pun ada hak selagi ada yang menjual dan membeli saham.
  9. Saham ini jikalau 2 tahun pertama mungkin untung, tetapi apa akan jadi tahun-tahun selepasnya?

Jikalau pihak pengurusan FGVH tidak boleh memberi jaminan bonus dan dividen 15 peratus secara bertulis kepada KPF dalam jumlah sama atau lebih seperti apa yang dibayar oleh FHB sebelum ini, apa gunanya gunanya FGVH disenaraikan di Bursa Malaysian. Mesti ada jaminan bertulis pendapatan adalah konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka.

Lagi Persoalan Di Sebalik Penyenaraian Felda Global Ventures (FGVH) di Bursa Malaysia

1) Bagaimana sebuah entiti perniagaan yang pernah membuat kerugian besar melalui pelaburan-pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat FGVH seperti FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies melalui Twin Rivers Technologies US (TRT), FELDA Global Ventures Middle East dan FELDA Global Ventures Arabia mencatakan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010, boleh dibenarkan membuat pengambilalihan pegangan Felda? Persoalannya sebenarnya, bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh ‘menelan’ sebuah syarikat yang maju dan terbukti ‘profitability’nya?

2) Dan, kami nak tahu daripada Datuk Sabri Agmad sendiri, berapa sebenarnya jumlah kerugian sebenar FGVH ini sepanjang 5 tahun?

3) Menurut rekod idea penubuhan FGVH ini terbentuk melalui sekumpulan daripada Ethos Consulting. Jadi kami nak tahu berapa banyak Ethos telah bayar kepada Felda untuk membenarkan penyenaraian ini?

4) Bagaimana sebuah entiti yang pernah mengalami kerugian besar sebegini rupa, boleh menjanjikan “bulan” dan “bintang” kepada peneroka Felda?

5) Ahmad Maslan mengatakan Felda akan memperolehi RM21 billion daripada penyenaraian FGVH ini di Bursa Malaysia. Siapa sebenarnya yang dapat RM21 billion itu? Jabatan Perdana Menteri? Boleh nyatakan pembahagian perolehan tersebut? Itu belum tolak daripada hutang tertunggak RM3 billion Felda daripada RM6 billion dek kerana Felda berhutang dengan KWSP.

6) Yang keenam, dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, adakah peneroka akan kehilangan hasil? Ya…..mana boleh Ahmad Maslan mengatakan tiada langsung kesan. Ingat Felda pada masa itu sudah kehilangan sekitar 360,000 hektar ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh Felda Plantations yang ada juga merupakan milik peneroka. Sekarang tanah tersebut telah dipajakkan kepada FGVH untuk tempoh selama 99 tahun.

7) Berapa Felda perlukan menjalankan operasi? Operasi yang kami maksudkan di sini adalah menjaga pengurusan kakitangan Felda dan menguruskan juga pelbagai kerja-kerja sosial yang terdapat dalam Skim Felda. Oleh itu, Felda memerlukan RM3 billion setiap tahun. Dan daripada perniagaan perladangan mereka, mereka dah boleh dapat RM2 billion, selebihnya adalah pelaburan lain yang dijalankan oleh Felda.

8 ) Dengan “kehilangan” 360,000 hektar, FELDA ditinggalkan dengan kira-kira RM 400 juta setahun. Bagaimana dengan RM400 juta Felda mampu menyediakan kebajikan untuk 112,000 peneroka Felda dan rancangan Felda selepas ini? Bagaimana mereka mahu menguruskannya selepas ini? Daripada mana datang sumber pengurusan tersebut?

Kami juga akan menyokong dan bersetuju dengan penyeneraian ini jikalau ia benar-benar membawa kebaikan kepada peneroka. Tetapi tidak sama sekali untuk percaya bulat-bulat. Biarlah jelas kepada semua yang terlibat. Sepatutnya mesti ada jaminan bertulis daripada kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pihak FGVH perlu tampil memberikan penjelasan dan memebrikan ruang dan peluang untuk pemegang saham bertanya sebarang kemusykilan dan keraguan mereka selama ini.

P/S : Apa pandangan  dengan isu di sebalik senaraian Feldda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia?

[poll id="277"]

[poll id="278"]


{ 164 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mangkukhayun March 7, 2012 at 9:59 am

nasib korang le orang felda. bak kata m nasir.. “buat apa yang patut”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 ustaznizam March 8, 2012 at 12:01 am

syukurlah kerajaan BN telah mengambil langkah bijak untuk menambahkan kekayaan negara dan juga memberi manfaat berterusan kepada peneroka FELDA. Selaku anak FELDA, saya juga menyokong penuh langkah YB Tan Sri Isa dalam memikul amanah ini, meneruskan tradisi BN dan Umno yang sentiasa membela rakyat tanpa mengira kaum dan pegangan politik, tidak seperti yang pembangkang selalu buat.

Ingatlah, jika pembangkang menang, FELDA akan dijual kepada Israel. Nasib peneroka pastinya akan bertambah susah. Pemberian rezeki oleh BN wajar dibalas sewajarnya. Keikhlasan para pimpinan Umno berkhidmat tanpa mengharapkan sebarang balasan amatlah terpuji.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 belantara hutan March 8, 2012 at 6:39 pm

hahaha..mcm bangang je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 BNlooser March 9, 2012 at 10:15 am

Mrepek ah ko ustaz konon. Ustaz betul takkan ngaku dia ustaz. Org lain yg gelarkan dia ustaz sebab ilmu dia. Lain la ustaz BN, masuk bakul angkat sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 gorgon bumi March 9, 2012 at 11:20 pm

macam cipan je statement ustaz mangkuk nie…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Anak LKTP March 15, 2012 at 9:50 am

Assalamualikum…Kau namo loh Ustaz tapi cakap tak berlapeh..Eden kona sapo Isa Samad Tu..Begapo lamo dio memerentah Neghori Sombilan sampai FELDA LBJ dan Sendayan abeh di gadai an…Sepatut FELDA2 Gugusan Rokan,Pasoh,Jolai, dan lain2 pun ado huro2 nak di jua kek pihak lain dengan di janjikan duit RM 1.5 juta setiap penaroko kalau dio jadi MB N9 lae…Fikir2 kan lah ..Maaf yo Ustaz Palsu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Cikgu JJ April 1, 2012 at 2:58 pm

Ustaznizam apa yang anta merepek pasal Israil ni … ini isu ekonomi bukan isu politik … ustaz faham ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 kbb May 12, 2012 at 11:02 am

Harap ustaz berhati-hati untuk memberia fatwa kera na ilmu yang palsu itu datangnya dari syaitan.Berita Semasa memaklumkan bahawa Lois Dreyfus, seorang warga Perancis adalah pemegang Saham Keutamaan dalam Felda Venture dimana beliau memiliki 4.9% ekuiti bernilai RM800 juta sebelum penyenaraian dimana sebarang keputusan berkaitan Felda Venture kini mesti mendapat kelulusan beliau, bukannya Isa Samad, belum apa-apa lagi orang felda dah kena.Isa samad tidak sepatutnya memberi kuasa kepada orang Perancis
untuk menentukan nasib peneroka, beliau seperti “Lembu dicucuk Hidung” Berhati-hatilah wahai peneroka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Olarama May 13, 2012 at 8:06 pm

Tumpah kesini masih ada peluang, tumpah kesana dah memang langsai. Niat kerajaan memang murni untuk membawa Felda setaraf dengan agensi global yang lain. Cara begini akan InsyaAllah memajukan Felda tapi tukang pengelolanya kena betul lah. Setakat ini yand ada yang kita nampak lah..selepas ini generasi baru pulak. Idea mereka lagi bernas. Warga Felda memang perlu di bantu bersama untuk menikmati kesenangan yang di kecapi olih bangsa bangsa lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 rosli@felda lui timur May 19, 2012 at 10:59 am

sokong ulasan ustaznizam… Alhamdulillah, kehidupan makin senang dan makmur… Sentiasa cukup dengan apa yang Allah dah beri… Yang penting, kalau rajin usaha, hidup senang. Tapi kalau malas, hidup susah. Jangan bertukar kepada sesuatu yang tak pasti…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 robot June 28, 2012 at 12:57 pm

untungla peneroka yg beli 800 unit, if leh jual ari ni rm5.30 x 800 = rm4240 tolak loan bank kat rm4000 – brokerage fee n clearing fee ade lah net +- rm200 aje
hahahaha .. taniah duit gula2 kopi anda

tetapi pak menteri n kroni yg dpt seunit rm1.00 n bila jual 2000 lots so 2000 lots x 1000unit x rm5.30 = RM10,600,000 – rm2 juta – brokerage fee – clearing fee – bla2 fee
net bersih profit depa dpt =- rm8 juta lebih
itu la dia cara nak tolong peneroka ni…
time kacih banyak le politician yg sangat bijak ni..

ialah upah peneroka untuk angguk2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 jauhari June 28, 2012 at 11:51 am

Betul tur ustaz..hahaa..aku sokong 100% yg lain tur pandai menyalak jer kt sini..hahaa biasalah pembangkang da memang kerja dia cmtu,kerajaan yg terbukti membela nasib peneroka felda tp x taula kalau PR yg tubuhkan FELDA masa dulu2 hahaa..apa sumbangan PR pada peneroka yer???setau aku PR nir sembang jer lebih atau lebih dikenali oleh para peneroka kat tempat aku digelar SET JAHAT tau menghasut peneroka jer,mereka x pandai langsung bak2 ekonomi nir..hahaa jgan mare yer..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 sazali mahat March 9, 2012 at 4:01 pm

jangangangu warga felda.kami semu sudah bersusah dahulu.jangan rampas hak kami.terima kasih kepada mazlan aliman kerana bersusah payah membela kami.kami sentiasa menyokong semua usaha mazalan aliman untuk membela warga felda.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 anakfelda April 3, 2012 at 7:52 pm

maaf ye…pemberian rezeki bukan dtgnya dari BN tetapi dari ALLAH S.W.T yg MAHA PEMBERI REZEKI di muka bumi dan seluruhnya…jika itu rezeki kita, Allah akan berikan pd kita…ingatlah…dan bertaubatlah kamu di atas keterlanjuran kamu wahai ustaznizam….jgnlah kerana mabukkan ‘rezeki’2 yg BN bg..kita dah tidak mempercayai rezeki dari Allah…W’alam…
wlpn sy msih muda tp sy juga tidak bersetuju dgn kemasukan felda ke bursa saham…apa nasib kami sebagai anak felda di kemudian hari?apa kepentingan yg kami dpt?saya masih tidak nampak kepentingan yg diperoleh…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 alia April 12, 2012 at 4:24 pm

tak setuju dengan pandangan ustar nie..bila nak pilihanraya nie

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 akuanak felda April 25, 2012 at 4:51 pm

kalau datuk wahid omar yg uruskan felda aku songkong banget.
honest n smart guy. isa samad aku tak caya langsung.
tanah kelapa sawit with good location harga pun seekar rm250k, 10 ekar tanah nak kantoi utk rm30k or paling banyak rm80k gilo ke ape??? 10 ekar +- nilai nye rm2.5 juta la wei…ape celop…15000 unit je nak bagi kat peneroka hahaha memang cuma macam bagi gula2 sepaket.

dah tu peneroka kena sign aggrement 30 mukasurat dlm bahasa english lak tu..ape celop wei bapak aku tak lahir kat london , bukan usa la, australia atau new zealand wei.
my father was born in malaysia..ermmmm amacam ade slang tak aku punye bunyi matsaleh speaking ni..
dwi bahasa melayu pun tak de dlm surat perjanjian tu.. gilo ke ape peguam kat malaysia ni tak de orang melayu ke, nampak sangat nak telan peneroka hidup2. lu fikir la sendiri bertapa sedihnye rakyat (peneroka) jelata melayu yg kena sain perjanjian dalam bahasa english utk penyaraian fgb ni . konon aje selogan rakyat didahulukan. jadi dahulukan lah perjanjian dalam bahasa melayu supaya peneroka yg nak sain perjanjian setebal 30 mukasurat dlm bahasa melayu tu faham apa yg mereka dah persetujui.. tolong la wahai pm kita yg di kasihi.

akuanak felda

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 mila May 9, 2012 at 11:47 pm

bodoh la ko ni mana ada bahasa english melayu la ngok…main balun je ko ni…..ckp sembarang jep

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 akuanak felda May 10, 2012 at 2:24 pm

cik mila awak cakap jgn sebarangan. ko tanya la org felda semencu kota tinggi, abang aku bukan bodoh, dia yg dapat agrrement tu in english, ko felda mana?????
otak jgn letak kat lidah aje

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 akuanak felda May 10, 2012 at 2:28 pm

u pernah beli rumah ke.. dari tahun 90an hingga la ni pun semua dokuent jual beli rumah in english ko buta ke ape, mungkin hanya sekarangnye mereka telah mula memelayukan dokument jual beli rumah..
agrrement bahasa english tu bergantung kpd bank2 yg menguruskan pinjaman..mungkin bank jp morgan agaknye yg uruskan or maybank ke.. ko yg tau main cakap semua orang bodoh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 akuanak felda May 10, 2012 at 2:41 pm

aku tak suka nak bertengkar tapi bila ade orang yg cakap tak berlapik macam ko ni, ko buat aku meluat.
buat la kajian berapa banyak felda kat malaysia, dan berapa banyak bank yg disediakan utk berurusan dgn felda2, jgn anggap semua orang bodoh..ko seorang aje yg pandai, aku ade pakcik kat palong , dia dpt dokument bahasa melayu, kak ipar kat tunggal dpt dokument bahasa melayu , sebab tu aku pelik kenapa felda aku semencu dpt agrement dlm bahasa english, dan aku tak tau la besan mak aku kat felda air tawar 5 dia dpt . dokument bahasa melayu ke english..
yg ko cepat melenting tanpa usul periksa cakap semua org yg dapt dokument bahasa english bodoh, ape masalah ko, ko nye felda dpt bahasa melayu ok la tu..jgn senang2 nak kata org bodoh ngokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 2ndGFelda May 12, 2012 at 3:18 am

kepincangan dan penyelewengan dalam pengurusan felda sudah banyak belaku. cthnya JKKR, Insuran ladang dan rumah, wang tanam semula, perebutan jawatan dalam komuniti peneroka, tapi FELDA seperti kebal dari segi apa pun, kerana payung besar nya Kerajaan. sedih melihat peneroka di jadikan kuda dan boneka untuk mengaut keuntungan, Kesilapan peneroka juga ada, tidak mahu menerima pendapat generasi ke2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 akuanak felda May 14, 2012 at 12:04 am

utk pengetahuan mila yg bongokkkkkkkkkkkk , felda air tawar 5 juga dpt aggrement bahasa english. aku kena check dgn member aku kat felda air tawar 4 pulak samada tempat dia dpt aggrement melayu ke english. kalau english juga bermakna ketiga felda ni kawasan segitiga emas. felda semencu sebelah felda air tawar 5, n felda air tawar 4 didepan air tawar 5, tanah nye berlokasi bagus kut agaknye la,
may be they have future planing, itu aku tak tau, ape yg tersirat dan tersurat dlm aggrement tu akan menjadi tanda tanya???? adekah bank dah terbuat aggrement in english dlm ribuan copy n malas nak tukar kan ke bahasa melayu kerana mereka kena tanggung rugi masa, kertas, dakwat printing n all cost that incur to destroy the english aggrement utk di tukar taip semula dlm bahasa melayu or mereka memang ade agenda mereka sendiri.. itu aku tak tau..
so jgn nak menyalak macam anjing ye cik mila kata org sana sini bodoh, aku tengok perkataan tu selalu ko hentam kat org sana sini.. nanti percik air longkang terkena muka sendiri..mulut ko bila buka pun bau longkang..aje..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 farouk March 7, 2012 at 10:10 am
24 Supir March 7, 2012 at 10:26 pm

yes, time for change!!!
taktik umno dari dulu sampai sekarang adalah untuk menakutkan-nakutkan melayu, umno kata melayu lemah, melayu bodoh, melayu miskin, melayu tak matang, etc

padahal sudah ramai melayu yg maju dlm pelbagai bidang
this is how umno stay in power, atas undian melayu
as if kebajikan melayu akan terhapus kalau tak sokong umno…
tengok macam kes oku kat sabah tu, how they treat oku kat sana baru2 ni

ramai melayu sudah cerdik sekarang, tidak boleh diperbodoh-bodohkan oleh umno yg ramai ahlinya pun tak lepas SRP
tetapi dapat menyonglap berjuta-juta ringgit atas nama kepentingan melayu….

aku bagi contoh, kalau kita pakai kereta, sudah tentu ada keinginan nak tukar kereta mungkin setiap 10 tahun sekali
bayangkan pakai kereta yg sama selama 50 tahun, you can see all around u time has change, but u still driving that old heap
mcm tu juga umno, mungkin perlu total overhaul kpd parti and a new make-over

apa2 pun, nothing last forever…semua benda akan mati jua…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 ustaznizam March 8, 2012 at 12:03 am

berita OKU di Sarawak tu adalah fitnah yang dicipta oleh pembangkang yang ketandusan isu, semata2 mahu merebut kuasa. Fikirlah dengan matang, anda akan tahu siapa yang memperjuangkan Islam sebenar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 belantara hutan March 8, 2012 at 6:41 pm

pembangkang ketandusan isu?? wakakaka

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Hadoi March 7, 2012 at 10:12 am

dah bagi ambil balik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 zam March 7, 2012 at 10:19 am

Apa pon.. Setiap perkara perlu dinilai…

Penyenaraian selalunya company membenarkan syarikatnya di bayar dan dibeli oleh org luar..

Terangkan perkara sebenar pasti PENEROKA lebih faham..

Nie halau org mcm anjing.. Baru jer pegang heboh cakap pandei.. Ada kelebihan utk die ler tueh.. Kalo x.. Takkan die beriya soh sign.. CEHH!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 A.B.U March 7, 2012 at 10:20 am

Sime Darby, Felda, MAS ape lagi???
PETRONAS???

Smue buat rugi, MODAL??? Duit Rakyat..
Rugi..cover guna??? Duit Rakyat…
Petronas nasib baik dalam industri oil & gas..kalau x mesti rugi gak..tp byr minyak mahal?? Duit Rakyat..

yg untung?? yg goyang kaki???
Tanah, Sumber Asli??? Tuhan bg pinjam kat RAKYAT…RAKYAT amanatkan kpd “KERA”jaan tadbir & urus…

tapi??? lagak mcm harta “KERA”jaan???

-Asal Bukan UMNO-

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 ytt July 4, 2012 at 7:18 pm

aku setuju 200 peratus……..BETULLLLL

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 RakyatDidahulukan March 7, 2012 at 10:28 am

JIka tak settle jugak 2 isu ni… susah nak menang majoriti 2/3..mungkin majoriti mudah pun payah…
mungkin warga peneroka felda kurang membaca melalui alam maya ini tetapi anak-anak mereka akan mempengaruhi mereka dalam menentukan hala tuju dan trend pengundian nanti..sama-sama kita lihat PRU 13 nanti… Juga diharap ada parti politik atau bebas yg lebih berkaliber dan waras supaya ada pilihan selain BN dan PKR yg terbukti sangat bermasalah jika mentadbir negara..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 RakyatDidahulukan March 7, 2012 at 10:34 am

Syabas kepada editor beritasemasa atas hujah dan pendapat yg sangat bernas dlm penguraian isu Felda ini..Apa yg melayu ada pada zaman ini? Kuasa politik? Tanah? Duit? Moral? Perpaduan? Islam?

Dahulu kita ada tanah..sekarang?
Dahulu kita ada Kuasa (politik?)..sekarang?
Dahulu kita ada maruah?..sekarang?
Dahulu kita ada persepakatan?..sekarang?
Dahulu kita ada pegangan agama yang kuat?..sekarang?
Dahulu kita bersatu?..sekarang?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 A.B.U March 7, 2012 at 10:38 am

Salute this comment! Mendalam ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Tok Berjanggut March 7, 2012 at 10:42 am

satu lagi projek KERAjaan umnooooooooooo untuk jual negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 ladys nismos April 16, 2012 at 9:33 pm

Jual negara pulak hhmmm..???macam2 la korang ni. Dok kat malaysia ni tak kebulur cam negara len pun dh kira alhamdulillah… Belajar bersyukur lebih baik dr dok memberontak lg boleh menjahanamkan negara hehe…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 fadilah March 7, 2012 at 10:43 am

nak komen statement kat atas yg tertulis cam ni,
“Aset KPF seperti tanah-tanah peneroka akan dipindahkan kepada FGVH”

1. tak mungkin tanah peneroka akan diusik, tanah tu masing2 ada geran, kecuali peneroka jual tanah tu kepada felda plantation

2. yang dipajak adalah tanah felda plantation sahaja, bukan tanah peneroka

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 cucu kpd warga felda March 7, 2012 at 11:38 am

tuan fadillah…cuba check tanah peneroka tu status ape? bebas ke pajakan??? lau x silap teman tnh tu status pajakan jer..99thn. so lps tmpoh pjakan tuh..apa akn jd tuk generasi akan datang??? bila dh jd pasaran terbuka sapa2 pn leh beli. apa yg tggal pd generasi felda akn dtg..warga felda please bg pencerahan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 fadilah March 9, 2012 at 2:53 pm

betul la tu, 99 tahun.
andai kata la fgv tu tak wujud…lepas 99 tahun, tanah tu tetap kena pulang kepada kerajaan..
so..samada fgv ujud atau tak, lepas 99 tahun memang peneroka takde hak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 akuanak felda May 14, 2012 at 12:34 am

selepas 99 tahun memang kerajaan berhak ambil balik tanah dari peneroka, tetapi kerajaan akan memberi pampasan yg sewajarnye.
contoh nye kawan aku, ayah dia duk felda lbj yg kat sepang sibuk dgn projek airport n sepang circuit dan sebagainye. 10 thn yg lalu, tabung haji beli tanah ladang dia 10 ekar dgn harga rm1.2 juta or 1,5 juta . aku pun dah lupa, tapi lebih kurang macam tu la.
ini semua melibatkan perancangan kerajaan kan..walaupun dlm perjanjian tanah leasehold 99 years. so kita juga bole jual tanah kita dgn harga yg berpatutan kpd sesiapa yg nak beli tanah kita, walaupun geran berkelompok
tak de masalah pun, memang ade peneroka lbj yg kena tipu, itu kerana dia tak berhati2 dgn siapa mereka berurusan..itu kawan aku citer la

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 sharifah March 7, 2012 at 12:08 pm

Peneroka felda ada 3 kategori:
1. peneroka yang telah diberi geran – selagi nama atas geran adalah nama beliau, rasanya tak de isu…fgvm tak leh usik
1. peneroka yang gerannnya atas nama felda plantations- itu bakal jadi mangsa…bila2 boleh dirampas
3. peneroka yang telah diberi geran tetapi memberi pajakan semula kepada felda untuk mengurus tanahnya…tak silap ada perjanjian–itupun mungkin tak selamat…

so kalau lihat pada isu ke 2 tu…pajak tanah felda plantation bermakna pajak tanah penerokalah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 cuca warga felda March 7, 2012 at 1:53 pm

pn sharifah…yang paling byk peneroka dpt geran yg mane 1? kategori 1,2 or 3…n tanah tu tanah ladang or termsk tanah lot umh sekali?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 Shark March 7, 2012 at 3:37 pm

Felda tak mintak tanah peneroka, dan peneroka pun tak perlu serah tanah milik mereka, Felda hanya menawarkan saham kepada KPF, kalau ahli menolak, Felda boleh menawarkan saham kpd pihak lain sebab syarikat milik felda iaitu FGVH tiada kaitan dengan peneroka, ia boleh teruskan penyenaraian, cuma rugilah jika ada ahli KPF menolak peluang tersebut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 hamba ALLAH March 7, 2012 at 10:48 am

Salam & salam sejahtera,

Apa nak jadi sebilangan pemimpin-pemimpin Melayu!!!!!!!!YANG MENGUASAI DASAR-DASAR NEGARA..YANG BERADA DI TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA…APAKAH TANGGUJAWAB KAMU SEMUA SEBENARNYA!!!!!PERLUKAH PENERANGAN YANG LEBIH NYATA???Melayu pada nama..Yang memikirkan kepentingan diri, dunia!!!!Bukan LAGI kepentingan agama, bangsa..Nasib kita semua di SANA entah macam mana!!!! kEHIDUPAN AKHIRAT LEBIH KEKAL,LEBIH BAIK BERBANDING DUNIA YANG SEMENTARA..semoga ALLAH menyelamatkan aku dan semua umat ISLAM dari AZAB & SIKSA..YA ALLAH, ya TUHAN kami….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 ustaznizam March 8, 2012 at 9:52 am

benar, orang2 PAS dan PKR mmg bertujuan menjahanamkan negara dan manjual semua kepentingan negara kepada Israel dan Yahudi.

Minta BN kekal berkuasa selama2nya untuk elak negara kita bangkrup dan dijajah lagi. UMNO sudah memerdekakan negara kita, patutnya sertai UMNO satu kewajipan setiap insan yang berfikiran waras dan sayangkan akhirat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Khalifah March 9, 2012 at 12:01 pm

Salam,

Ustaznizam, bawa beristighfar..fitnah adalah sesuatu yang bahaya dan boleh membawa kerosakan..kita mempunyai pilihan..Media massa boleh membawa samada kebaikan atau keburukan..Persoalannya adakah minda kita telah dikawal atau kita yang mengawal minda kita!!!!!Maafkan saya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 ariefudin March 7, 2012 at 11:17 am

Statistik ini patut dipanjangkan kepada media massa dan elektronik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 Melayu Power March 7, 2012 at 11:36 am

eh….ada india dalam felda ker??? macam mana ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Hakka March 7, 2012 at 1:49 pm

India dan cina pun ada dlm felda, terutamanya tanah rancangan yg awal dibuka, contohnya felda lurah bilut..tapi jumlah mereka tak ramai..minoriti je. kat johor felda layang-layang bukit permai india ngn cina pun ada dulu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 kut panda mu ah March 7, 2012 at 12:05 pm

dahla lantik org bodo bermasalah tu jd bos,buat plak plan bodo.xpaham aku.kot mana tah nk dibangganya melayu malaysia nh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 Abang sihat March 7, 2012 at 12:09 pm

Terima kasih kepada berita semasa. Baru paham sikit pasal isu ni.
Daripada pemahaman saya yg xseberapa ni, saya xmenyokong 100% usaha untuk apungkan FGVH. Prinsip saya ialah sesuatu urus niaga atau apa bentuk pelaburan mesti make sense boleh buat untung walau tengok sepintas lalu.

1. Hasil pajakan FPSB RM250j vs hasil sawit berbilion RM setahun. Macam kita ada kebun durian, kalo kita jual sendiri lagi untung kenapa mahu pajak kepada orang lain. Melainkan kalo kita rasa nak usaha jual sendiri xberbaloi dgn untung yang dapat.

2. Pegangan saham KFP daripada 51% kurang kepada 37%. Ibarat makin tua makin miskin. habis tu kemana perginya usaha keras selama ini.

3. Dividen konsisten 15% setahun KFP vs tak tahu berapa. Ibarat membelah perut itik yang bertelur emas sebiji sehari kerana percaya dalam perut itik tu tersimpan emas yang begitu banyak.

4. Kredibiliti orang nombor satu felda yang xberapa boleh diberi kredit. Bukan nak mengata tapi sudah terang lagi bersuluh. Bukan kan bila sesuatu itu berikan kepada yg bukan ahli, maka tunggulah kehancurannya.

5. Jaminan kerajaan bersandarkan kepada apa? kalo bukan air liur semata-mata. Last sekali rakyat jugak kena tanggung.

Kesimpulan, proses apungan felda ke BSKL tidak lain hanyalah untuk raise up capital bagi puak-puak tertentu saja. Ibarat gadis sunti tunggu masa nak kena rogol sepuas-puasnya. Lepas tu pasing kat member-member luar. Last sekali jadi hampas.. hampas kelapa sawit pun ada guna jugak…sekarang ni dalam proses nak pujuk bapak..kalo xsetuju konfirm buat lari…kalo jd bapak dah lama ku lempang muka dengan pelepah sawit…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 HorNam March 8, 2012 at 8:49 am

pendapat yg bernas… rumusan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 faizal March 7, 2012 at 12:17 pm

Semua sama,nak makan duit secara senang…tidak pikir dah pasal orang lain….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 nyampah March 7, 2012 at 12:18 pm

malaysia ni jd mcm cita pak kadok la, semuanya nak gadai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 kopi pekat March 7, 2012 at 10:34 pm

inilah perangai pemimpin negara kita sekarang. LAHAP!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 Serindik March 7, 2012 at 12:19 pm

Bagus, good info!! Banyak maklumat diperoleh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 CARLOS March 7, 2012 at 12:23 pm

SAYA BERHARAP SEMUA WARGA FELDA FIKIR SEMULA..JANGAN KERANA KEUNTUNGAN JANGKA ENDEK KAMPUNG HALAMAN KITA TERGADAI PADA SYARIKAT ASING.SEKARANG PUN WARGA FELDA SELESA DENGAN HASIL SAWIT BULANAN SERTA BONUS DAN DIVIDEN 15.5% SAHAM KPF SETAHUN. BONUS DAN DIVIDEN INI ADA SEUMPAMA PENCEN BAGI PENEROKA YG TAK MAMPU LAGI MEMBANTING TULANG DA JUGA BAGI WARGA FELDA TERMASUK STAF STAF FELDA,GENERASI KEDUA ATAU KETIGA SERTA SEKALIAN YG BERSANGKUTAN DENGAN FELDA…DAHULU MASYARAKAT FELDA NI SEBELAH MATA PUN ORG X PANDANG (DUDUK RUMAH FELDA,JALAN BERDEBU,PAIP BERKONGSI)…SEKARANG BARU KORANG TAHU HAAA…JGN NAK MERAMPOK!KASIHANI LAH STAF STAF FELDA ,PENEROKA SERTA WARGA FELDA SELURUH NYA..INI BUKAN SOAL POLITIK…INI SOAL PERIUK NASIK ORG FELDA.. HE HE HE!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 sabuli8 April 30, 2012 at 11:52 pm

Nickname CARLOS : sy amat setuju dgn apa yg anda sarankn dlm artikal anda sekhg pun kita x nk lupa daratan tp sedih mengenang masa lampau/ perit dlm kehidupn .
org muda akan lebih sensitif lagipun felda yg sy jadi peneroka ini brhampiran kem tentera bt 10 kuantan,pahang.
pada 25/4/2012 sy / kami d jemput mendengar taklimat/ info FGVH – apa yg saya nmpak d skrin monitor d catat taklimat untuk kakitangan dan peneroka,
Jadi masih lg kita d kebelakangkan < katanya hal berkaitan nak membantu peneroka tapi kenapa kakitangan felda di sebut dahulu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 Rakyat March 7, 2012 at 12:32 pm

Pengerusi Felda pun x bleh caye, mcm mane nk bg org pecaye…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Gus Dur March 7, 2012 at 12:38 pm

walaupun saya bukan org felda, tapi aku tetap memerhati situasi di felda sekarang ini sejak isa samad jd chairman
kawan saya pun ramai yang daripada felda

sbb dah tentu2 isa samad ni rekod x bersih…rasuah sana sini, kerja tak reti buat!!
lihat saja Negeri 9 ms era isa samad jd MB
apa yg dia buat utk majukan negeri 9?
macam mana nak running felda kalau dia sendiri x reti buat kerja?
apa yg saya peratikan, setiap kali ada press conference pasal felda, isa samad selalu aja bg statement yg bodoh taraf bdk skolah darjah 1
tiada kredibiliti langsung sebagai chairman

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 anak felda March 7, 2012 at 12:46 pm

sebagai anak felda aku lihat ketidak seimbangan dan kekalutan dlm perlantikan isa yg kelam kabut menyenaraikan fgvh ke bursa malaysia walaupun ia bersifat defensive tp spekulasi tetap memberi impak pd fgvh sndri
jika aku seorang pelabur.. yes ini peluang

tetapi, fgvh x bole mmbri jaminan dividen statik 14% kpd kpf..bkn kah ia juga menunjukkan fgvh xboleh elak dr spekulasi pasaran?
aku jangka ms 1-5 thn bukanlah satu mslh bg fgvh.. prospek adelah mmg konpem +ve berlipat
tp setelah 5 thn terutama jangkamasa 2017-2020 dan 2027-2030 ia merupakan thn getir dan dinanti
adekah fgvh mampu bersifat defensif lg? dan pada masa inile kite fikirkan apekah impaknye pada cagaran/pajakan/gadaian tersebut
setakat ini mmg aku tak setuju
cara diorang pun agak biadap

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 MataHATI March 7, 2012 at 1:09 pm

iNGAT LAGI TAK YANG TERSURAT …. MINYAK SAWIT DAH JUAL KAT ISRAEL …. YANG NI PUN AKAN TERJUAL JUGAK PADA ISRAEL …. NI YANG TERSIRATNYA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 suara merdeka March 7, 2012 at 1:36 pm

lbh baik kpf melabur secara begini dr menyerahkan 36000 hektar tanah sbg pajakan? pajakan ke? aku rs lbh kpd cagaran.. ape beza cagaran/pajakan/gadaian? mmg tanah2 peneroka x tergadai sbb ramai yg dah dpt geran.. tp msh ade lg yg x dptkan? lg satu tan sri yusof nor pun x setuju.. adekah tan sri yusof nor yg memegang selama ini menyedari sesuatu akibat penyenaraian terbabit? die atau isa yg lbh bijak dan berjasa? manupulasi? Big player? mustahil? tidak kan? big player with big money… skg bkn mcm dulu.. semuanye ade impak… pd aku tuk setahun-5 thn penyenaraian tersebut bknle sesuatu yg rugi kpd peneroka tp selepas itu… sbb tu pemegang saham inginkan jaminan yg dividen kpf xkurang dr 15% slps penyenaraian.. tp isa samad sndr x dpt bg jawapan.. mmg haruslah dibantah… bkn krn x setuju tp melihat sikap isa samad menggambarkan ade sesuatu yg xkena..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 mansor rejab March 7, 2012 at 1:38 pm

MCM BAPA ROGOL ANAK SENDIRI……HUKUMANNYA???????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 orang felda jugak March 7, 2012 at 1:54 pm

sbg anak felda saya pun ade soalan yg sama seperti uncle itu..
uncle itu sungguh berani
ye betul gak……PM xkan selamanya jadi PM
guane gaya kalau org lain plak amik alih?apa akan jd pada peneroka. boleh dak takpayah ganggu diorang atau hasut diorang nk kena join saham itu inilah.

biar jelah peneroka terus dgn kerja2 diorang..ingat semua hadap dgn duit seketul ke? aku biar tanah ladang terus menjadi warisan dan dapat makan hasilnya tiap2 bulan dr dapat duit seketul tanah semua takda dah lepas tu nak wat pe..org tua bkn berdaya nak kerja pun.

jgn nnt bila dh tergadai kat tgn org lain maka semua peneroka di halau keluar guane gaya tu? dia pun takmo tanah ladang dia tergadai..apa yg dia persoalkan sama je mcm org lain macam saya gak
persoalkan cuma yg suka hangguk2 dan jenis buta duit je yg akan terima apa je arahan org atasan.

saya harap sgtlah jgnlah deme ni perbodohkan org2 felda.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Yaakub March 7, 2012 at 1:56 pm

apa yang dengki sangat dengan orang felda ni
Oklah tu…Jual pegangan saham FHB kepada FGVH, lepas tu KPF dapat tawaran pegangan saham dalam FGVH. lepas ni orang peneroka bleh jadi jutawan senang2 je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 sesal March 7, 2012 at 3:13 pm

aku rs semua nie t’lalu kelam kabut la…ko yaakub xfkr ke ms akn dtg??? mcm nak jual tanah m’sia kat org asing je….silap ari bulan org m’sia t’pksa merempat di negara sendri…….bkn soal dengki kat org felda tp klau org ada akal dia xkan sesenang ati je wat kptsan mcm 2… nak2 org 2 xle dipercaya….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 Yaakub March 7, 2012 at 3:26 pm

tanah peneroka tidak diusik, FGVH hanya kontrol tanah ladang yg tiada peneroka
kerajaan dah bagi jaminan
apa yang nak dikecohkan
Kerajaan nak tingkatkan ekonomi peneroka, nak bagi saham, nak bagi durian runtuh pun cuba dihalang. Yg rugi peneroka, yg untung Pakatan Rakyat utk kepentingan politik mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 sesal March 7, 2012 at 4:18 pm

tp setahu aku status tanah felda ada kategori2nya.bkn semua ats nm peneroka..apa2 kemgknan yg b’laku klau saham2 2 org asing bli & t’dedah dngn risiko…org yg nak wat pun xbrn nak ks jaminan kat pnduduk flda mcm aku nie..setakat air liuh je spe yg nak tggung resiko.so klau apa2 b’laku aku xnak ktorg nie kn merempat kat ngra sendr…..2 je…ada fhm……………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 yaakub takder otak March 7, 2012 at 6:29 pm

BODO punyer YAAKUB…kalo ye pon ape yg ko cakap tu, ko nak ke suatu hari nanti tanah2 ladang yg dianugerahkan kerajaan negeri kepada Felda tergadai kat orang luar suatu hari nanti ??!! walaupun aku bukan anak Felda, tp aku memandang berat benda ni, lebih2 lagi biler Felda dipegang oleh PERASUAH..makin senang hidung dicucuk macam LEMBU2 KAK IJAT..aku RASA ade tangan2 ghaib sedang menarik tali yg menyucuk hidung ISA SAMAD tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 jauhari July 12, 2012 at 9:32 pm

mu pon bodo jugok org lain xdok mende pon mu jer hok lebih2 menyalok kt sini macam anjing kejar org..tuiihhhhhhhhhhhhhhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 mr bong March 18, 2012 at 11:42 pm

yang untung adalah xxxxxxx…………?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 akuanak felda April 30, 2012 at 11:01 am

ye ke tak terlibat tanah peneroka. habis tu yg suruh peneroka sain document 30mukasurat dlm bahasa english tu ape celop. tak kan nak beri bonus or durian runtuh sampai kena sain document 30ms kut..anyway aku lega kpf tak diheret dlm fgvh nye listing. lantak le fgvh nak listing, kpf bole apply for the listing sendiri dan tak perlu under isa samad yg tak leh dipercayai. we need trusted n smart person yg run kpf not isa samd with bad reputation.
alahai company yg listing selalu nye nak raise up cash dari public, biasala price fluctuate, ade untung ade rugi, ade seller ade buyer, la ni global economy, bencana alam, political policy semua affected harga saham. selain dari taukeh2 company nye attitude. banyak dah company yg pernah listing kat bskl, berkubur n delisting. contoh nye omega, yg rugi small player tak leh buat ape pun. saham bsn pun sama jual kat awam rm1.00 seunit dan tak pernah naik hingga hari ni so siapa tipu siapa? sape untung sape yg rugi???
ade aku kisah fgvh nak listing lantak ko lah if bill gates nak beli ke, warrent buffet nak beli ke.. aku tengok dulu bill gates ade beli saham ioi plantation 4000 lots.
anyway alhamdullilah kpf tak join fgvh. if fgvh nak bagi bonus itu hak dia, kami peneroka tak minta pun. peneroka leh beli saham fgvh n tak nak beli pun bole no hal, sama je macam company2 lain yg listing kat bskl.

akuanak felda

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 kbb May 12, 2012 at 10:24 am

kalau tak cagar tanah, boleh cagar pokok kelapa sawit saje ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 pelik May 12, 2012 at 4:05 pm

mereka yg buat agrrement tu, bukan kita, kalau kita yg buat agrrement sendiri, bole lah kita cagar pokok kut, if bank bole terima la.. tapi biasa la org besar memang semulajadi bijak n licik . buat ape2 agrement mesti untung di pihak mereka. kerana mereka yg buat proposal, itu pada pendapat akula. well rakyat jelata ni umpama buah tomato yg dikelilingi durian runtuh. politian tu la durian runtuh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 sasaban March 25, 2012 at 8:01 pm

Hati2 felda, jgn jd mcm negeri sabah. Tanah sawit banyak tp hasil xdapat sbb pajak dgn org luar. Sapa kaya? Sime darby, IJM, Genting, Guthrie. Kerajaan negeri dpt brapa? 7 persen sahaja..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 akuanak felda May 16, 2012 at 6:27 pm

en yakkup yg jadi jutawan tu mereka yg duk kat atas pentas masa kat jengka 8 ari tu, PM sendiri tak bagi tau berapa lot shares or saham fgvh yg di beri atau di offer melalui pink form tu. kalau peneroka di beri saham sebanyak 1000 lot utk seorg, dgn harga seunit 1.00 dan bila harga saham fgvh diapungkan pada 1st day, melonjak rm 5.00 contohnye ,ye peneroka leh jadi jutawan segera kalau 500 lot pun paling sikit itu masih boleh di ambil kira not bad…masih leh jadi jutawan juga tapi kalau bawah 100 lot memang tak berbaloi dgn nilai tanah 10 ekar tu.. yg aku paling pelik bila PM kata jgn di jual saham tu????? ape sebab pulak jgn di jual?
20% saham fgvh diberi kpd kpf, saham dlm bentuk ape ni? setahun sekali di agihkan kpd peneroka. sedangkan saham yg dibursa saham tu di jual bila di kira harga naik memberi keuntungan.
cara kira untung saham di bursa.

contoh saham fgvh diberi kpd peneroka rm1.00 seunit
1lot = 1000 unit, 1 unit= rm1.00
jadi 1000 lot x1000 unit x rm1.00 = rm 1 juta
mahukah isa samad n PM nak beri nilai saham sebanyak ini pada peneroka yg menjadi share holder tanah 10 ekar, dan duit dlm kpf , selain tenaga yg di sumbangkan juga selama ini.

katakan harga saham Fgvh naik rm5.00 pada hari pertama pengapungan

1000 lot x 1000 unit x rm5.oo = rm5 juta
untung rm5 juta – rm1 juta – rm 4 juta

then RM 4 juta – remiser komisyen – brokerage fee- clearing fee – interest bank fee – bla2 fee.
net bersih..baki rm3.9 juta + + aku anggarkan la dan ini bukan nilai tepat, kerana fee tu semua tertakluk kpd broker house yg digariskan oleh bursa n begitu juga bank fee yg bagi loan or sepatut nye peneroka dpt saham free dari pink form tanpa pinjaman bank.dan bukan borang pink saje yg free.

dalam hal ni baru la peneroka jadi jutawan segera.
jika benda ni semua tak berlaku kpd peneroka, bermakna ianye berlaku kpd mereka yg duk berbaris atas pentas, mereka yg yg jadi jutawan segera. lu pikir la sendiri.

ok aku nak citer, kawan aku keje dgn gamuda, ikut rangking dia, dia dpt 100 lot saham gamuda kasi melalui pink form dgn perjanjian gamuda membenarkan dia leh jual saham dia 50 lot sahaja dlm setahun.

jadi kalau felda bagi beberapa lot saham boleh dijual dm setahun, itu aku leh terima lagi, bila PM cakap jgn dijual saham tu, dia buat aku confius.
dan lagi confuis bank bagi masa hanya utk 6 bulan saje..
n yet PM kata jgn jual, so kenapa pelik2 sgt.
why can he says it crystal clear, jelas dan terang n nyata.
utk staff felda , dia org memang untung, nothing to worry, bcoz depa dpt bonus, dpt pink form, without aset yg perlu di libatkan.

plan A, fgvh + kpf,
plan B , fgvh tanpa kpf, but dokument or aggrement dlm plan A tetap juga diteruskan walaupun 8 peneroka buat injunksi utk tidak libatkan kpf.

so jika dlm diam penyenaraian fgvh, tanpa kpf but 90% or 80% peneroka sign aggrement n agree mereka mungkin bole counter back yg 8 org nye injunksi dan menang n automatically kpf terlibat sama into fgvh.

ini semua hanya pandangan aku, korang tak perlu percaya jika tak suka…dan tak perlu nak maki hamun.
kerana aku bukan ahli umno, pkr or pas or dap or mana2 parti politik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 yaakub sengal March 7, 2012 at 2:23 pm

yaakub otak kat lutut…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 Anak Malaysia March 7, 2012 at 2:31 pm

Golongan kapitalis dah meleleh air liur bila KPF mampu bayar dividen !5%. Saham dalam Bank rakyat dah habis sebat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 Pendekar March 7, 2012 at 2:54 pm

aku harap, peneroka felda jgn smpai tak kenang budi
persetankan semua dakyah puak pembangkang ni
yang niat mereka nak hancurkan malaysia
pantang mereka bila tengok share orang melayu masuk bursa malaysia, ini semua hasutan DAP
kena sedar asal usul miskin dan umno bantu dapat masuk rancangan..
Sekarang buat apa sokong PKR yg tak pernah berjasa kepada peneroka tu.
Macam melepaskan anjing tersepit…lepas tu gigit org yg lepaskan org dia tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 Indraputra March 7, 2012 at 5:30 pm

Just asking,
siapa anjing? dan siapa org yang lepaskan anjing??
Yang saya kenal, bajingan petualang bangsa.
Nampak jelas..
Untuk semua anak muda waris Felda yang celik huruf…celik IT..
Kene pertahankan warisan kita. Tempat jatuh lagi dikenang.
Memang pelik kebelakangan ni…mcm2 mende kat Felda tu. Contoh yang saya heran, pinjaman pembesaran rumah tu… dengan RM40K- 60K tapi rumahnya???? pastu digalakkan guna org tengah…tiada siapa yang pantau cara perbelanjaan dan perolehan peruntukan ini…koperasi A bagus dan koperasi B hancus. Siapa yang nak bertanggungjawab? Yang jadi mangsa, PENEROKA juga…pemangsa? Dialah bajingan tersebut. Sekian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 kesian melayu March 8, 2012 at 7:57 am

tu dia mai dah pendekar ayam jantan kokok berdegar..ekor penuh taik khinzir..pendekat taik kucing. brp komisen dpt nie duk menyalak pertahan benda yg ko sendiri x tahu pape…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 akuanak felda May 16, 2012 at 7:09 pm

En pendekar,
UMNO allahyarham tun razak yes, berjasa kpd semua rakyat mengoffer kpd semua bangsa, melayu, india, dan cina utk masuk felda sama2 bangunkan ekonomi sendiri dan negara.
tapi org cina tak tahan duk felda, gitu juga org india mereka tak sambut seruan felda, yg paling ramai org jawa n melayu yg bertahan di felda. utk pengetahuan anda en pendekar. utk tahun pertama di felda , gaji bapa sya hanya rm0,30 pun pernah dpt bersih or net setelah dipotong itu dan ini dari felda ,juga credit beli barang dapur kat kedai felda. tanpa bekalan air, letrik dn jln berdebu, setahun pertama net gaji purata bawah rm1.00
tahun kedua duk felda gaji dah naik sikit, net gaji purata rm50.00 . tahun ketiga duk felda net gaji rm100, tahun keempat net gaji dekat rm500 saje. n the bila buah kelapa sawit mula berbuah barulah dpt dlm rm1000 net lepas tolak segala cost yg di kenakan felda. then ok la kehidupan selepas pokok dah ade peningkatan hasil, dan jgn lupa tanah 10 ekar tu peneroka bayar dgn potongan gaji tiap2 bulan selama 25thnto 30 years berjumlah 75k kpd felda then barulah peneroka dpt geran tanah.
so sama jugakan macam korang beli rumah n loan dari bank bayar installment selama 20-25 thn. peneroka bukan dpt tanah 10 ekar n tapak rumah for free. kami bayar dgn harga 75k, kerana dlm tahun 1970 itu la harga pasaran tanah. but now 2012 . if 70an harga tanah dlm rm6000 seekar, but now at least seekar tanah rm250k
so lu pikir la sendiri..

ok aku nak citer, ade kawan aku kata dulu masa kecik2 dia duk felda serting, malangnye dah duk 8 thn kat felda tu bapa dia tak tahan duk felda dan keluar tinggalkan felda. u see kenapa dia tingalkan felda.. even dah duk selama 8 thn, bcoz hidup di felda memang perit sebab tu tak ramai cina nak duk felda, merempat sgt duk felda bukan senang.. hanya mereka yg bertahan mental n fizikal aje yg duk felda hingga la ni..dan dah tak de option n no way turning back. so jgn kata peneroka tak mengenang b
udi.. kerana dlm hal ni, felda untung, kerajaan untung n peneroka pun untung, is a win2 situation.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 valuation March 7, 2012 at 5:14 pm

Pak cik yang tua nie dah baca komen penulis dan adik-adik semua. Pak cik masa belajar dulu, ada baca penubuhan asal sawit ini dan hala tujunya. Pak cik rasa dari segi kira-kira pak cik. Tidak mustahil nasib sawit ini akan menjadi seperti TNB dan kisahnya seperti Isu tol yang membebankan pengguna. Time tu, bila nak ambil balik, negara akan muflis pulak tajuknya. Sebenarnya, konsep ini tidak jauh bezanya dengan kisah kisah sedih yang dialami oleh pemilik seperti pemilik jenama NIKE dan PEPSI. Konsep ini diceduk terus dari USA dan mungkin diolah sedikit dan disesuaikan untuk digunapakai oleh keadaan tempatan. Terus terang pak cik cakap, Kalo moyang pak cik, atuk pak cik dan ayah pak cik dan pak cik sendiri tidak bersetuju. Maaf pak pak, tanah ini telah ada hasilnya, kenapa perlu letak lagi nasibnya pada orang lain lagi semata-mata untuk menambah hasilnya. Sebenarnya, ada perubahan lain yang boleh kita buat yang lebih baik daripada cara macam nie. Nampaknya terpaksa la pak cik memohon diberi peluang agar dibenarkan menjadi peneraju sawit. kat sini tak cukup sebab semuanya ada dalam otak pak cik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 AnakBapak March 7, 2012 at 7:03 pm

Kaedah halus untuk menghalalkan orang luar membolot hasil Felda. Sedih rasanya usaha bapak aku dan bapak dia bakal dijaja lelong di Bursa. Rasanya cukup setakat Jual hasil dari ladang bagi kat orang luar. Tanah dan aset tak paya la diusik. Pertanian adalah perniagaan! Bukan Felda diniagakan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 bukit March 7, 2012 at 7:28 pm

Saya bukan warga Felda dan saya tiada kaitan langsung dengan Felda dan saya sangat suka jual beli saham. Saya tidak sabar mau beli saham (tanah peneroka FELDA) jika disenaraikan di Bursa Saham kelak. Terima Kasih..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 wakkong March 7, 2012 at 9:38 pm

ni aku pastekan kenyataan daripata Tengku Razaleigh Hamzah pasal isu ni….

KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia, dijangka pertengahan tahun ini, adalah satu langkah yang bahaya kepada masa depan peneroka Felda, kata Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipetik Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau ada dimaklumkan oleh banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka, tambah beliau, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Oleh itu kata bekas Menteri Kewangan ini, ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

“Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)… bodohlah kalau tak jual untuk ambil kesempatan keuntungan.

“Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya,” kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Malah menurut beliau, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.

“Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini.

“Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.

“Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak,” katanya yang juga Presiden Amanah.

renung-renungkanlah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 bro March 7, 2012 at 8:33 pm

Koperasi ini Sebenarnya ANAK EMAS KERAJAAN. Kalau tukar kerajaan sekalipun KOPERASI tetap menjadi anak emas. SPECIAL dan sentiasa diberi peluang-peluang untuk menambahkan kekayaan. Syarikat Berhad plak bila2 masa leh tukar hakmilik pegangan. Janji dapat beli saham tuh. Pandai2lah pikiaq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 morozov kharkov March 7, 2012 at 8:52 pm

gadai jo la kojo eh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 anak watan March 7, 2012 at 9:37 pm

1. saya anak peneroka FELDA dan saya ada buat sedikit rujukan tentang isu penyenaraian FGVH ni. Juga, saya dah membaca pandangan dan komen daripada kedua-dua pihak.
2. Keputusan saya, saya menyokong hasrat YAB PM. Penting untuk saya perjelaskan, Tanah hak milik peneroka tak disentuh walau seinci pun. Yang dipajakkan oleh Felda Holding kepada FGVH adalah Tanah yang tiada peneroka yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada FELDA.
3. KPF sepatutnya melepaskan pegangan dalam FELDA Holding sebanyak 51% dan sebagai balasan akan memperoleh 37% saham FGVH. (noted that 37% saham FGVH lebih besar daripada 51% saham Felda holding).
4. walaupun saham FGVH diapungkan, ia akan dikawal oleh FELDA Aset Holding. Semua pihak yang ingin melepaskan pegangannya akan dibawa kepada FAH supaya saham ini tidak akan terlepas ke pihak luar.
5. saya menyokong apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kerajaan yang boleh membawa manfaat kepada peneroka dan rakyat Malaysia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

90 HambaAllah March 7, 2012 at 11:14 pm

Suka hati ko la nk setuju ke x..Aku bkn anak felda..Tp ak ttp x setuju ia dilistedkan..Mcm la org felda skg hidup ssh sgt..aku tgk org felda rata2 hidup senang skg..Apa lg mahu..Bersyukurlah dgn segala rezeki yg Allah dh kurniakan..Jgn 1 hari nnt yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran..

Warga felda ptt ambik contoh petronas..kenapa ia x dilistedkan oleh kerajaan..renung2kan dan salamat beramal..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

91 Hakim March 8, 2012 at 12:48 am

Elok sangat lah bapak yg buat, anak yang tukang jahaman.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

92 pimai-pimai tangtu March 9, 2012 at 11:24 am

ko ni sekolah ke tak anak watan ? walaupun derang tak sentuh sikit pun tanah peneroka..tapi yg derang nak sebat tu tanah kerajaan negeri yg dianugerahkan kpd Felda…ko tahu tak tanah kerajaan negeri tu tanah sape ?? tanah rakyat weii….ko tau tak naper kerajaan negeri kasik kat Felda ?? supaya senangkan hidup org miskin !! ni tak..dpt tanah freee pastu nk gadai kat bursa saham… otak adaa kaaa ??…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

93 lensahitam March 7, 2012 at 11:08 pm

BAGI KAT ORG YG ADA REKOD RASUAH,GELAP LAH MASA DEPAN GAMOKNYE..SO FELDA BANGKIT SEGERA DARI LENA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

94 garuda March 7, 2012 at 11:23 pm

Apabila terfikir kembali tentang isu penyenaraian Felda, saya tidak dapat melihat apa kah sebabnya yang kerajaan mahukan penyenaraian ini dilakukan dalam apa juga keadaannya. Saya tidak faham kenapa setiap badan-badan serta agensi kerajaan yang maju sentiasa berakhir dengan kerosakan.

Dulu MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan yang premium jika berbanding dengan syarikat-syarikat penerbangan lain di dunia ini. Oleh kerana MAS begitu berjaya di bawah pengurusan Saw Huat Lai dan kemudiannya dikembangkan lagi oleh Tan Sri Aziz Abd Rahman maka setiap mata mereka yang meleleh air liur telah menjualkannya kepada Tajuddin Ramli. Sejak penyerahan MAS kerpada Tajuddin Ramli MAS telah menjadi apa yang kita lihat pada hari ini.

Dibawah pengurusan Tajuddin, MAS telah kerugian berbillion-billion ringgit sehinggakan kerajaan terpaksa melakukan ‘bail-out’ dengan membeli kembali saham-saham syarikat itu dengan harga yang sama yang dijual kepada Tajuddin sebelumnya. Kerugian yang dialami oleh MAS begitu besar sehinggakan MAS tidak lagi boleh bangun sampai ke hari ini.

Hari ini MAS telah dipergunakan oleh Air Asia, dalam satu ‘share swapping’ yang sangat menyedihkan mereka yang memahami keadaan sebenarnya. Tindakan “share swapping’ ini pula diberikan sokongan oleh pihak kerajaan (Khazanah). MAS mendapat hanya air lelehan dari Air Asia sahaja. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka yang telah kita berikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat itu tidak jujur dan hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri.

Banyak lagi insiden-insiden buruk seperti ini telah dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Sekarang ini penjenayah kolor putih ini sedang cuba untuk memerah dan merosakkan Felda pula. Di mana sahaja ada wang yang besar di situlah pemimpin berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan.

Sesungguhnya Felda tidak payah disenaraikan terutamanya KPF itu. Jika sungguh niat pimpinan Najib ini ikhlas dan mahukan juga ada penyenaraiannya elok disenaraikan anak-anak syarikatnya yang banyak telah membuat keuntungan besar dalam mana KPF itu sendiri membeli saham dalam syarikat IPO yang baru itu. Ini lebih bermakna.

Tetapi masalahnya niat kenapa hendak menyenaraikan Felda serta koporasinya itu tidak dapat kita bayangkan. Tentulah ada niat yang terselindung hanya diketahui oleh mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi itu.

Apa sahaja agensi kerajaan yang membuat banyak keuntungan di situlah ramai pemimpin berlumba-lumba untuk merosakkannya. Kadangkala saya terfikir juga yang pimpinan kita merupakan kumpulan yang suka melakukan vandalisma terhadap semua perkara yang baik dan kukuh yang telah dilaksanakan oleh pimpinan yang terdahulu.

ATAU dalam bahasa kasarnya mereka ini merupakan kumpulan ‘makhluk perosak’ yang tidak ingin melihat kejayaan kepada rakyat dan negara ini. Usahkan hendak membina kejayaan yang baru….yang sudah berjaya pun hendak dirosakkan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

95 Hakim March 8, 2012 at 12:44 am

History will repeat itself…

Kalau lah negara Malaysia ni boleh diapungkan kat mana-mana stock exchange mcm wall street ke ..saya rasa dah lama terapung dikerjakan puak-puak keparat.. nama company 1Malaysia Berhad..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

96 entah apa apa January 17, 2013 at 5:41 pm

sepatutnya kalau bapak dah jadi pm, anak tak perlulah jadi pm,sebab anak pm ni…. dah biasa hidup senang,..jadi mana dia tahu apa itu susah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

97 nekad March 7, 2012 at 11:24 pm

I.S.A not SMART ni aku pernah tengok dia dalam jalan-jalan cari makan TV3 ,dia punya makan tengah hari bersama dua orang rakannya mencecah RM 1200 lebih.Semenjak itu aku pangkah terus dia ni..Sememangnya terdapat tangan hitam dibelakang bangkai ini yang melobi jawatan untuknya sebagai Pengerusi didalam FELDA ini…bertimbun ganjaran sedang menanti bangkai ini sekiranya dia berjaya menyenaraikan FELDA ini untuk diborong oleh penyamun yang sememangnya menanti masa untuk membaham Felda yang kaya dengan Tanah ini…ROBOT KAUT sememangnya sudah lama berurusan FELDA ini dan mengetahui segala selok belok syarikat ini ,dia ni sememangnya menanti masa untuk memborong semua saham milik FELDA sebaik sahaja disenaraikan…apakah nasib peneroka serta keluarga mereka yang bergantung hidup pada pekerjaan diladang-ladang ini setelah FGVH mengambilalih segala urusan diladang-ladang ini.Sebagai sebuah syarikat yang mengejar keuntungan sudah tentulah pengurangan kos menjadi keutamaan,maka bermulalah kebanjiran warga asing diladang-ladang ini..meloponglah warga felda…semakin bertambahlah warga felda didalam pusat serenti….ini merupakan strategi serampang beribu mata untuk melemahkan daya saing bangsa MELAYU…nampaknya semua lubuk pekerjaan bangsa MELAYU sedang diserang dari pelbagai sudut….PENGURANGAN KAKITANGAN AWAM…PENGHAPUSAN TOL….FELDA….yang melibatkan ratusan ribu peluang pekerjaan….apakah nasib mereka ini sekiranya peluang pekerjaan mereka sudah tiada…..maka merempatlah bangsa MELAYU….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

98 CENDOL March 8, 2012 at 2:59 am

macam mane tanah peneroka tu FGVH bole ambil sedangkan geran tanah dah serah milik kat semua peneroka???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

99 org bn March 8, 2012 at 8:08 am

dlm isu ini kita sbg rkyat m’sia n b’bngsa melayu kena tgk benda ini dgn lebih mendalam…wlpn aku penyokong kerajaan..tp ari ini aku x nmpak pemimpin yg ada btl2 ikhlas memperjuang nsib melayu..semuanya ada kepentingan sendiri. dh x ada pemimpin yg btl2 ikhlas mcm Tun Abd Razak. dh lebih 50thn apa yg ada pd majoriti melayu?? x nmpak apa terjadi pd tanah2 org melayu ats dsr pembangunan?..dh berpindah ke tgn pendatang semuanya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

100 HOO LAAA March 8, 2012 at 8:49 am

duit banyak2 x leh bwk mati pon..dah lebih dri cukup dah pneroka makan hasil sawit 10 ekar yang dapat rm 6k-15k sebulan.. x cukup lg ke..dah la anak2 dh besar..mak n ayah je duk lam rancangan felda.. 6k-15k sebualn x habis makan 2 orang tu.kbyakan pneroka felda pon dah layak g haji pon..tp turn je lambat..yang bnsib baik dah 2-3 kali dh g hji..rumah dah mcm banglo..krete purata lam satu rumah ade 2 buah.
2 smua bukan krna FGVH pon..nak tau dari mana? dari titik peluh diorang usahakan kebun sawit yg 10 ekar tu laaa…jd pikir la sdri wahai wrga pnroka anak cucucicit pnroka..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

101 valuation March 8, 2012 at 10:16 am

Pak cik ingin menjawab soalan CENDOL. Walaupun CENDOL mempunyai tanah dan ada geran. CENDOL jugak boleh kehilangan tanah tersebut.Adik adik semua, mari kita lihat: Akta Pengambilan Balik Tanah (Akta No. 34 Tahun 1960) diwujudkan pada 13 Oktober 1960 untuk membolehkan Kerajaan mengambil tanah milikan bagi tujuan-tujuan tertentu dengan mengandungi peruntukan-peruntukan pembayaran pampasan ke atas semua tanah-tanah yang diambil menepati perkara 18 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi :-
1.1. Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
1.2. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi. Seterusnya pak cik ingin menambah lagi iaitu:- TANAH YANG BOLEH DIAMBIL BALIK
4.1 Tanah milik (iaitu tanah yang ada hakmilik berdaftar baginya, melainkan tanah milik Kerajaan Persekutuan.)
4.2. Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.
4.3. Tanah yang diduduki oleh kerana ada catatan di dalam daftar pegangan di bawah (Group Settlement Areas) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.
–Oleh yang demikian, Agak agak CENDOL, secara tersirat berdasarkan tersebut secara TORT, tanah CENDOL dibawah mana satu walau CENDOL mempunyai geran hakmilik. Oleh kerana tanah CENDOL melebihi 10ekar, Dia terletak DIbawah PTG dan CENDOL kena lihat “buku besar” kat sana. Dibawah maksud tersebut, apa bentuk balasan yang difikir bahawa CENDOL telah mendapat pampasan dengan satu hasrat dan, atau berNiat dan, atau bahawa CENDOL telah difikirkan mendapat satu balasan dan, atau sesuatu difikiran pampasan. Sebenarnya, banyak orang tidak tahu secara tersirat walaupun dia seorang petugas PTD kerana undang-undang ini komplek kerana berasal dari sistem torrens dari zaman British. Kalo dia Ijazah ekonomi atau lain2 kelulusan dan lulus periksa JPA, atau diserap oleh JPA dan bertugas di Pejabat tanah atau PTG bergelar seorang PTD. Setakat pergi krusus, tahu konsep dalam pengurusan untuk bertugas dan lain lain tugasan. Adakah dia juga benar-benar memahami komplek sistem torrens dan Kanun Tanah Negara yang tersirat. Ini sememang tersangat penting untuk mengelakan berlakunya terlepas pandang secara TORT dan FRAUD. Emm, nampaknya, ruang ini tidak cukup untuk pak cik menerangkan lanjut lagi. Sebagai sebuah negara yang demokrasi, CENDOL sebagai pemegang saham dan, atau berhak memiliki dan melihat dan memahami sesuatu perjanjian untuk memahami TERM-2 dia atau, Singular of Shareholder atau baca dulu la apa apa dokumen sebelum setuju. Pihak yang mewakili CENDOL juga perlu menerangkan atau bagi la salinan perjanjian tersebut. Kita baca dulu sebelum kita nak masuk apa apa. Senang cite. Macam ISu isu ini, pak cik tiada apa apa rujukan untuk ulasan lanjut. Untuk masa akan datang, pak cik juga akan menerangkan apa itu Saham. bagaimana ianya terbentuk atau sekadar main macam permainan monopoly sahaja. Apa asas saham, atas cagaran apa untuk mewujudkan nilai dalam sesuatu saham. Kenapa ada graf turun naik. Kita jumpa pada keluaran akan datang. Terima kasih daripada pak cik yang tua dan tak beberapa pandai nie kepada Penulis kerana memberi peluang untuk menulis. Terima kasih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

102 Beanbang March 8, 2012 at 10:05 pm

Naper org melayu ni layu…Mana org2 bijak pandai, anak peneroka yng professional dlm pelbagai bidang spt peguam, doktor, pendidik, D.O., majistret, CEO bank, pemaju hartanah, pakar motivasi, ahli politik, pegawai atasan kerajaan dn lain2. Mari duduk semeja, kaji dan selidik apa kesan, natijah dan akibat drp hasil yg akn menimpa samada kebejatan/keuntungan yg akn warga felda perolehi. 2 otak berfikir/bekerja lebih baik dari 1 otak..dan lagi banyak otak lagi bagus utk beri keputusan. Sebnarnya pemimpin yg jujur/adil lebih baik drp daripada ibadat selama enam puluh tahun. Berfikir sesaat lebih baik drp idadah setahun. Namun kita tidak pernah terjaga sehingga kita mati..barulah saat itu kita betul2 terjaga..samalah seperti jika dah tersungkur baru kita sedar akan kesalahan/kesilapan lampau. Jangan terhantuk baru terngadah..sediakan payung sebelum hujan..apakah kita masih layu dan masih tidak ada kekuatan seperti dulu-dulu yg rata2 sekolah hingga darjah 6 dan dijajah oleh bangsa asing?? wahai bangsa melayu..Mungkin Melayu akan hilang di dunia..fikirkanlah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

103 Beanbang March 8, 2012 at 10:34 pm

pembetulan: Berfikir sesaat lebih baik drp ibadah setahun.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

104 MIZZHANN March 9, 2012 at 2:24 pm

SAYA JUGA ANAK PENEROKA.KAMI TAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN INI.INI SEMUA WAYANG YANG AKAN MERUGIKAN PENEROKA SEMUA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

105 Anak LKTP March 15, 2012 at 9:33 am
106 MIZZHANN March 9, 2012 at 2:35 pm

BAHAYA NI JANGAN DIBIARKAN SEORANG PENGAMAL RASUAH MEMBUAT ONAR SEWENANG-WENANGNYA DIBUMI FELDA TEMPAT LAHIR KEBANYAKAN ANAK PENEROKA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

107 nekad March 10, 2012 at 1:09 am

”PERLADANGAN DAN PERNIAGAAN TANI ADALAH SESUATU YANG MENARIK BAGI PENGGUNA DAN PENGELUAR SERTA SANGAT MENGUNTUNGKAN” itulah kata-kata dari web ethossss & keparat..company …kalau perniagaantani ini menguntungkan, mengapa perlunya disenaraikan dibursa saham…ini sebabnya…dan mengapa perlunya penyenaraian dibuat tergesa-gesa…Etosss consolthink ini pengerusinya adalah OOMAR SETAPA iaitu penasihat khas keparat,ekonomi dan dasar negara luar kepada p.m…pada masa ini dia ni mempunyai kuasa untuk mempengaruhi p.m untuk mencadangkan beberapa ekor lembu seperti I.S.A not SMART untuk menduduki kerusi pengarah yang mewakili pihak kerajaan didalam FGVH ini sebaik sahaja ia disenaraikan…..I.S.A not SMART sudah tentulah salah seorang dari Pengarah yang mewakili pihak KPF, seorang lagi sesiapapun tidak mengapalah…sebagai contoh adalah begini….jika terdapat 6 orang pengarah didalam FGVH ini ….2 orang wakil kerajaan ….2 orang wakil KPF….2 wakil awam (ROBOT KAUT )……ROBOT KAUT hanya perlu membayar beberapa juta pada OOOMAR SETAPA ni untuk memasukkan 2 ekor lembu yang boleh dibeli dan dicucuk hidung untuk mewakili pengarah bagi pihak kerajaan ,jadi sudah terdapat 5 orang pengarah yang dapat memberikan undi dan sokongan bagi pihak ROBOT KAUT didalam setiap keputusan yang dibuat….!!!!..yang lagi seorang tu bayar lebih sikit pun tak mengapa atau membantah pun tiada kesan…. inilah salah satunya cara untuk menyamun segala aset -aset penting FELDA yang pada masa ini terikat dengan kerajaan…Menurut kata bekas timbalan pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakop,perbelanjaan mengurus FELDA adalah 2 billion pada2010 ,pendapatan pajak adalah 251 juta ,hasil jualan 508 juta …defisit adalah lebih kurang 1.2 billion lebih…jadi apabila perbelanjaan defisit terpaksalah berhutang ….apabila berhutang bagaimana hendak membayar sedangkan pendapatan tidak bertambah …..maka bermesyuratlah para pengarah yang telah dicucuk hidung oleh ROBOT KAUT untuk mencari cara mengurangkan hutang FELDA……kemudian setelah bermesyuarat satu persetujuan dicapai oleh lembu-lembu.tadi…dimana segala aset FELDA dijual kepada WILD MA company… begitulah kaedahnya lebih kurang, proses ROMPAKAN yang akan terjadi….maka tergadailah segala apa yang ada milik FELDA….meloponglah kerana kerakusan manusia tamak dan haloba….biar ratusan ribu merana asalkan diri kaya raya…..aku harap mereka ini mampus cepat lagi bagus….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

108 valuation March 10, 2012 at 9:44 am

Salam berbahagia di pagi yang indah ini. Kepada adik adik semua. Pak cik harap adik adik semua telah baca komen pak cik yang tak sebeberapa. Sekiranya pak cik yang tua ini diberi peluang untuk menganti tempat pengerusi FELDA. Pak cik secara ikhlas hati akan melakukan beberapa perkara yang terbaik.
1. Menstructurkan semua pengurusan FELDA untuk mengawal perbelanjaan. Ini juga terlibat dengan semua aset-aset, anak anak syarikat FELDA dan saham saham penyertaan lain.
2. Ini adalah isu yang penting, pak cik akan mengemukakan dalam Parlimen dan meminta perkenaan dari yang Dipertuan Dewan untuk membeli semua saham saham FELDA yang dijual sebelum ini kembali. Dengan pemilikan ekuiti 100% saham pada FELDA semula, Seterusnya, pak cik akan menyerahkan saham FELDA sebanyak 50% kepada semua Peneroka FELDA secara automatik dan 50% dipegang oleh FELDA sendiri.
3. Dengan konsep satu daerah, satu industri untuk generasi FELDA. Pak cik akan menubuhkan satu dana khas untuk generasi ke-2, ke-tiga, dan seterusnya.
4. Pak cik juga akan menubuhkan Institut Penyelidikan Pembangunan FELDA (IPPF), dengan wujudnya dana dan institut ini, generasi FELDA boleh meneroka bidang bidang perniagaan secara tempatan dan global berkenaan produk-produk sawit. Dengan tertubuhnya IPPF, ohh, ini sesuatu yang hebat untuk jangka masa yang panjang. ianya ada dalam otak pak cik.
5. Selain itu, pak cik juga akan menubuhkan satu jawatan kuasa khas seperti CUEPEC untuk semua Peneroka dan generasi anak peneroka berdaftar secara automatik. Ini penting, sekiranya satu masa nanti, pak cik salah buat keputusan, jawatan kuasa inilah yang boleh memperbetulkan pak cik dan penganti pak cik seterusnya. Pak cik tidak sempurna, pak cik perlukan pandangan orang lain jugak.
6. Selaras dengan era globalisasi, pak cik akan menubuhkan sebuah branch FELDA di setiap Negara di dunia, di Amerika, Di afrika, Di Middle East, Di ASia. Branch ini akan diterajui oleh generasi FELDA sendiri. Pak cik tak mahu orang luar lagi atau hanya diberi lesen Distributor untuk meneraju jenama dan product FELDA. Langkah ini penting, Segala product dan hasil FELDA boleh dipasarkan di peringkat global. Ini satu pandangan yang sangat hebat dan jauh. Apa yang ada sekarang masih belum mencukupi.
7. Untuk mencapai hasrat itu, Setiap anak FELDA yang mendapat tempat pendidikan di Universiti, atau Di universiti di luar negara, atau, Institut teknikal, politeknik, latihan mara, JTM atau Institut yang diiktiraf oleh Pendidikan Tinggi Negara akan diberi Biasiswa pendidikan penuh. Seterusnya, setelah tamat, mereka dipanggil balik berkhidmat dengan FELDA.
8. Untuk mencapai isu pendidikan, Pak cik memohon kepada semua Peneroka untuk menubuhkan Yayasan Pendidikan Global Felda. Satu jumlah dana akan diperuntukan setiap tahun untuk Generasi peneroka Felda. Yayasan ini juga akan memantau perkembangan anak FELDA seperti anak angkat konsepnya malah lebih dari yayasan-2 yang ada sekarang.
9. Seterusnya, Pak cik menubuhkan setiap kawasan rancangan diseluruh negara sebuah Jabatan khas untuk mengawasi “Amalan Perladangan Terbaik”. Setelah penstucturan semula dan tertubuhnya jabatan ini. Mereka yang bertanggungjawab akan memberi khidmat nasihat, memantau, menjadual, mengkaji, memastikan anak benih, memastikan segala amalan terbaik ladang-ladang kelapa sawit ini. Khidmat ini diberi secara percuma dan dipantau kepada semua peneroka.
10. Dengan matlamat jangka panjang yang tersusun, Pak cik juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan Felda, JPF dibawah satu jabatan khas eksekutif. Jabatan ini akan bergerak bersama-sama dengan Institut Penyelidikan Pembangunan Felda, IPPF. Tujuan utama Jawatankuasa Pelaburan FELDA, JPF adalah untuk membuat pelaburan di peringkat global. Contoh ” kita hendak bina kilang pembungkusan minyak sawit diMesir”. jawatankuasa ini akan melakukan semua hal untuk menjayakan program tersebut. Jawatankuasa ini juga akan melihat peluang pelaburan lain yang boleh kita laksanakan.
—Sebenarnya, tak cukup pak cik nak tulis, Terima kasih kepada Beritasemasa kerana membenarkan pak cik menyumbang idea yang tak sebeberapa. pak cik pun dah tua, terletaklah la pada generasi yang berikutnya. Pak cik harap pandangan pak cik diatas diterima dan mungkin ada generasi muda yang seterusnya melaksanakan. Ini satu kebaikan jangka panjang yang terbaik. Pak cik dah tua, hanya boleh bagi isi kandungan. Selain itu juga, pak cik memohon untuk menubuhkan “Felda Bank”, ada fungsi jangka panjang juga. Boleh, kita boleh laksanakan. Ada banyak kita boleh buat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

109 nekad March 10, 2012 at 4:03 pm

Memandangkan ruangan ini kurang mendapat komen bolehlah aku tulis banyak sikit komen….Aku ingin menambah sikit pendapat pakcik Valuation….Syarikat perladangan ini adalah syarikat yang sangat stategik dari segi pemilikan tanahnya serta jenis industri yang terlibat melebihi Petronas sekalipun….Ini adalah kerana minyak sawit tidak boleh berkurangan sebagaimana minyak mentah yang digali dari dasar bumi….selagi ada pokok dan tanah yang dijaga dengan baik selagi itulah minyak dapat dihasilkan …!!..Malahan sekiranya terdapat usaha R&D dibuat untuk membesarkan lagi buah kelapa yang ditanam ,dapatlah peningkatan hasil keluaran dibuat walaupun berdasarkan keluasan tanah yang sama…misalannya mengklon buah kelapa sawit dengan buah kelapa pandan ….bayangkan berapa banyak minyak yang dapat diperah dari buah sawit sebesar itu..!!Bagi aku tidak ada keperluan pun FELDA ini disenaraikan ,sebaliknya cara pengurusannya yang perlu diubah kerana didalam sesetengah keadaan cara pengurusan sudah lagi tidak sesuai pada masa kini….contohnya adalah seperti golongan atasan yang buta I.T serta tidak peka kepada keadaan semasa walaupun perkara tersebut bakal menjejaskan mereka….cuba lihat dalam ruangan ini berapa banyak warga FELDA yang memberi komen……walaupun tidak bersetuju tetapi hanya mendiamkan diri….sudah tiba masanya warga FELDA membuat sesuatu perubahan untuk bersaing dengan didalam zaman yang serba mencabar ini….Tidak semestinya sebaik sahaja disenaraikan, prestasi serta pendapatan FELDA akan melonjak….bagaimana FELDA hendak bersaing diperingkat Global sedangkan pengurusan peringkat dalam negara pun masih lagi kucar-kacir….masih lagi bergantung kepada pihak ketiga untuk memasarkan segala produk FELDA….Penyenaraian FELDA di bursa saham samalah seperti menungang gajah ditengah lautan….mungkin kita berasa selamat diatas gajah itu sebab ianya besar tetapi sebenarnya sangat merbahaya kerana gajah itu mungkin gagah dan besar didarat, tetapi tidak di lautan dimana terdapat lebih banyak jerung yang lebih besar dan merbahaya yang akan membaham gajah serta penunggang tersebut…!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

110 kbb May 12, 2012 at 9:59 am

PakaCik, peneroka kena pegang sekurang-kurangnya 51% saham untuk menjadi pemegang saham majoriti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

111 kbb May 12, 2012 at 10:06 am

kena pegang sekurang-kurangnya 51 % saham untuk menjadi pemegang saham majoriti dan menduduki kerusi lembaga pengarah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

112 Mazlan March 10, 2012 at 10:17 pm

Kepada org2 yg berjawatan besar yg bijak (anak2peneroka atau kakitangan felda ) di luar sana, bersuaralah…. Berbincanglah… Berilah pandangan2 anda
yg bernas agar dpt dikongsi bersama2 oleh semua warga felda melalui media yg terbuka. Samada tindakan penyenaraian ini wajar atau tidak wajar?
saya masih kurang jelas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

113 robot June 27, 2012 at 2:43 pm

PM guna kuasa veto letak isa kat kpf n tendang org utama kat kpf macam tu aje..so ape kuasa anak peneroka??
duit punya pasal wei… 800 unit = 8 lot nak untung celah tahi gigi dgn harga rm4.55 seunit utk peneroka but pak2 menteri harga utk mereka rm1.00 seunit, so mereka la jutawan segera . itu yg mereka nak sangat senaraikan fgvh. dah tu tarik tanah fhb yg dimiliki kpf. harta kerajaan kan harta politician jangan korang tak tau pulak.. tengok aje la kwsp pun depa buat macam harta depa juga… ade depa kisah dgn rakyat… hahaha or peneroka hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

114 ss March 10, 2012 at 11:34 pm

salam.
Pertama sekali saya amat bersyukur kerana seorang Islam.
Keduanya bertuah hidup ditanah air yang melempah ruah rezeki kurniaan illahi,aman damai & mudah buat amal ibadah.Ketiga jauh dari bala,bencana alam,pergaduhan,kebuluran & sentiasa diberi perlindungan dan kelapangan.Keempat, pengalaman saya dimerana dunia tiada yang seindah Malaysia yang penuh kurniaan nikmat tuhan,rakyatnya pemurah dan disenangi ramai orang dan selalu diberi kepercayaan,pujian & harapan.Kelima…terlalu banyak sebenarnya yang kita perolehi jika dibanding rakyat diluar sana.Mereka terlalu cemburu namun kita perlu sentiasa bersyukur dan waras berfikir diatas ujian dan kejadian makluk dimuka bumi ini. Kembalilah kita bersatu dan memperbaiki masa hadapan kerana kita adalah bersaudara. Sokonglah kerajaan yg ada untuk kita terus berkuasa dan bumi ini adalah warisan kita. Disinilah kita akan kembali ditanah yang kita pijak sejak lahir . Bersatulah wahai bangsaKu demi nama Allah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

115 valuation March 12, 2012 at 9:55 am

Salam berbahagia di pagi Isnin yang mendung ini. Terima kasih kerana membaca pandangan pak cik. Pak cik bersetuju dengan pandangan “NEKAD”. Pak cik tak pernah terfikir dengan R&D untuk membesarkan buah tandan sawit. Ini sesuatu yang bagus dilaksanakan. Dengan buah yang besar, hasil juga meningkat,pendapatan peneroka bertambah. Lagipun, sawit bukan sahaja memberi produk makanan tetapi boleh buat minyak kenderaan. Dulu, kita semua digembirakan dengan penswastaan. banyak orang menerima penswastaan seperti Jalanraya, elektrik, air dan lainlain perkhidmatan. Ada juga yang kurang bersetuju. Setelah beberapa lama, beberapa tahun, Hari ini, penswastaan itu telah menjadi keluh, bebanan dan isu kepada pengguna. Lihat sahaja isu jalanraya. Ianya menjadi isu yang serius sekarang dalam menentukan kadar toll dan pampasan konsesi. Ini juga akan membebankan perbelanjaan kerajaan. Begitu juga dengan FELDA, satu masa nanti akan berlaku isu seperti “sub-prima” di Amerika. Cuma konsepnya ceritanya sahaja yang berbeza.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

116 valuation March 12, 2012 at 2:00 pm

Petikan dari Malaysiakini-10 mac 2012. Sebahagian fakta-Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

“Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda,” katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Akta Pengambilan Balik Tanah (Akta No. 34 Tahun 1960) diwujudkan pada 13 Oktober 1960 untuk membolehkan Kerajaan mengambil tanah milikan bagi tujuan-tujuan tertentu dengan mengandungi peruntukan-peruntukan pembayaran pampasan ke atas semua tanah-tanah yang diambil menepati perkara 18 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi :-
1.1. Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
1.2. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Berdasarkan kenyataan dan penulisan berita tersebut, sekiranya tanah tersebut diambil dan tanpa sebarang pampasan mencukupi atau tiada sebarang pampasan. Ini telah melanggar secara TORT. Terdapat beberapa kes yang berlaku sebelum ini dan boleh digunapakai sebagai rujukan. Pihak peneroka Defendan boleh membuat Injuksi kepada pihak Plantif. Pak cik berharap, pihak pihak berkenaan boleh menyelesaikan isu ini secara baik dan berhemah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

117 kbb May 12, 2012 at 9:52 am

untuk penetahuan anda, tanah ladang peneroka masih lagi atas nama felda hanya ada geran kelompok, tak ada geran individu , harap buat reserach sebelum buat kenyataan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

118 syifa_ulqalbi March 14, 2012 at 11:36 pm

salam,
susah nak cerita dengan penyokong umno,orang cerita kesan dan buruk penyenaraian Felda dia cerita bab israel memang buta saham dan cetek ilmu ustaz ni,suruh bantu orang kampung ternak lembu dibeli kondo dan melancong.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

119 Anak LKTP March 15, 2012 at 9:29 am

Jangan jadi permikiran kolot dan bangang…Main saham bukan macam main kutu bulan-bulan tu…Nanti jangan kita tengok akan datang”Menang Sorak FELDA tergadai”…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

120 ammar March 17, 2012 at 7:52 am

Kata peneroka ada 200,000 ribu tapi yg mengundi baru 500 mana yg lain tido ke?????????????????????
Bangun Bngun Bangun …………… Bala dah sampai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

121 ammar March 17, 2012 at 7:55 am

Penoroka ada 200,000 ribu tapi yg mengundi baru 500 org. Yang lain2 mana………. tido lg ke

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

122 yuyu March 21, 2012 at 5:57 pm

“Sekarang ini Bank Bumiputra sudah menjadi Bank Singapore, cuma CEO sahaja orang Melayu”. Betul ker statement nie. Ada bukti ker. Tunjukkan shareholder..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

123 susah senang anak felda March 22, 2012 at 11:57 pm

Terima kasih pada semua yg telah memberikan hujah2 ttg kebaikan dan keburukan isu felda yg bakal disenaraikan di BSKL x lama lagi. Setelah membaca semua entri di atas saya telah dapat satu rumusan yg logik memang ada tangan2 hitam disebalik isu ini.. FELDA adalah satu syarikat perladangan trbesar yg brjaya memberi pulangan yg setimpal di atas susah payah warga2 felda khususnya bangsa melayu yg bermaruah… mesti ada muslihat yg tersembuyi pada pemimpin yg rakus untuk membaham segala apa yg ada di FELDA demi kepentingan peribadi dan kroni2 nya.. saya bukan x mahu senang dgn bersetuju saja apa dicadangkan tapi jangan lah sampai mengadai sesuatu yg kita x jelas tujuannya…saya anak FELDA yg merantau..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

124 sontot March 24, 2012 at 12:47 am

Aku punya pendapat lain pulak. Sebenarnya banyak kawan aku dengki dan cemburu habis bila KPF umum dividen 15% tahun lepas. Maklumlah aku ni ahli dorang hanya tunggu ASB yang tak berapa naik dividennya. Jadi, bayangkan kalau korang jadi ahli macam aku. KPF pun aku simpan dapat habuan. ASB pun aku simpan dapat juga habuan. Jadi kalau FELDA masuk saham terpaksalah bergantung pada ASB semata-mata. Tak ada istimewa lagi peneroka sama macam bumiputera yang lain. Walaupun ahli dikhabarkan akan dapat “durian runtuh”, dan katakanlah aku masukkan semua “durian runtuh” tu ke dalam ASB, tak kan dapat 15% lagi seperti sebelum ini. Itu je yang aku nampak sebab aku suka simpan, suka dividen, suka duit…pasal ladang, gadaian, cagaran, aku tak tahu menahu dan tak nak ambil tahu sebab itu bukan kepandaian aku..MAAF YE. Jadi kesimpulannya….aku VOTE tak sokong KPF masuk BURSA SAHAM sebab aku nak untung dari DUA LUBANG iaitu ASB dan KPF. Sekian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

125 Anak Peneroka LKTP March 25, 2012 at 5:29 pm

Salam. Boleh percayakah pada buaya-buaya lapar yang ada tu. Apa sudah jadi dengan peneroka yang dijanjikan akan jadi jutawan di Felda LBJ dan Sungai Buaya. Peneroka merempat, tanah tergadai. Peneroka lain belum sedar lagikah? Percayakah lagi dengan orang yang jelas rekod rasuahnya dan orang yang menjadikan bank majikannya kerugian berjuta ringgit. Yang mana lebih boleh dipercayai? Dr Yusof Nor dengan Tengku Razali berbanding Isa Samad, Ahmad Maslan dan sekutunya di JPM. Nasihat siapa yang perlu diikuti. Mengapa dua orang kuat FELDA diarah keluar / pindah sekiranya apa yang mereka lakukan itu benar. sedangkan mereka inilah yang telah menjaga dan mengurus aset peneroka sejak sekian lama dengan penuh amanah. Mereka ini dan Pak Syam Ketua Peneroka (UMNO) bukannya lembu yang boleh dicucuk hidung. Mengapa perlunya salinan geran tanah dan kad pengenalan diserahkan kalau nak beri durian runtuh kepada warga Felda. Anak-anak peneroka yang bijaksana yang bekerja dengan Felda dan lain-lain jabatan baliklah ke Felda dan berilah nasihat yang berguna kepada peneroka dan pewaris yang ada di Feda yang kebanyakannya kurang ilmu undang-undang dan perkara yang berkaitan penyenaraian FGVH ini. Fikir-fikirlah peneroka dan pewaris Felda sebelum terjadi sebagaimana peneroka di Felda LBJ dan Sungai Buaya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

126 ciku April 3, 2012 at 4:38 pm

X perlu skt otak pikir psl benda nih..amik shj contoh Petronas..nape Petronas x dilistedkan kt Bursa..haaa sbb dorg bijak cerdik pandai. Once listedkan,mmg hbs la hancur mukhlisi. Better stay where we r now. Sbg anak peneroka, i am aware enough all of this bullshit that will juz only to give profit for certain people..f*ck them all

Tq.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

127 vivi May 8, 2012 at 3:19 pm

petronas mmg da list ar dlm bursa malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

128 ciku May 9, 2012 at 9:54 am

No………….3 of its subsidiaries listed so far..subsidiaries only okkkkkk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

129 akuanak felda April 12, 2012 at 4:13 pm

kenapa kpf sendiri tak apply for the bskl listing? dan tak perlu join dgn fgv by isa samad ni. aku pun pelik tetiba ribut taufan isa samd duk jadi pengerusi kop felda.

mas airline dah dirompak tajudin
bank bumi dah dirompak ku li yg jadi menteri kewangan masa tu
pkz 1billion di rompak hangat dibicara oleh lim liong sik
perwaja steel dirompak vincent tan n dah masuk kubur, yg kenyang warisnye
bank islam rugi rm500 juta anwar ibrahim menteri kewangan masa tu
duit felda pernah kena ngap oleh pengerusi nye dulu 4 juta
duit peruntukan rakyat miskin pernah dingap 2 juta oleh yg diamanahkan
so sape lagi yg terror dlm gali lubang tutup lubang..ni..

kalau peneroka dpt minimum 1000 LOTS, 1 LOT=1000 UNIT, I UNIT HOPE FULLLY RM5-RM7 utk lets go tanah 10 ekar
dengan nilai rm5-rm7 ringgit so bila di jual semua shares dpt dlm rm5-rm7 juta itu okey lah juga. lepas tu pandai2 la korang handle money mangement korang. tapi kalau sekadar dpt rm200k pun tak sampai ,then tanah 10 ekar pun lesap lu fikr la sendiri yg sebenarnye anda telah dan sedang kena rompak.., 1

so anda kenalah rajin2 baca buku milionairemindset, rich dad poor dad, how to grow your money by azizi ali dan macam2 lagi la buku motivasi mengenai pengurusan kewangan anda

terimakasih kepada pemimpin2 umno yg amanah dan baik hati yg yg banyak telah menolong dan berjasa kpd rakyat. dan kepada pemimpin umno yg terlibat dgn rompakan2 tu aku ucapkan tahniah jugalah bcoz pandai korek lobang n tutup lobang.

akuanak felda

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

130 fx trader ( anak felda) April 15, 2012 at 1:21 am

Betul bro klu main forex boleh lah tahan lagi ,kalu main saham silap hari abis semua kena telan margin call..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

131 polisco April 24, 2012 at 7:13 pm

hntam saje labu….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

132 mata melihat April 28, 2012 at 12:28 am

Ganas2 berhujah geng2 nih.. Berbicara mcm menteri dh.. tpi x blh jdi menteri pon… sembang je lebih..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

133 akuanak felda April 30, 2012 at 1:50 pm

ala.. mereka ni jadi menteri sebab org ramai pangkah undi, bila tak de orang undi depa tak dpt jadi menteri lagi la contoh samy velu, megat junid. n sape lagi coming soon masa pilihanraya nanti la.. org dulu2 memang setia, tapi generasi sekarang jgn dibuat main beb…ade mata lihat, ade telinga dengar, ade internet surfing, ade video tengok,ade sms bib2.. orang ramai bole menilai…bagi aku, aku pangkah orang islam saje…itu niat aku, org kafir sory tak main la.. tak semua yg menteri buat betul dan tak semua pendapat rakyat jelata tak berisi walaupun bukan menteri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

134 syifa_ulqalbi April 30, 2012 at 1:59 am

sekadar renungan,belajarlah ilmu ekonomi kewangan wahai anak peneroka/generasi kedua………………….,tak tahu bertanya dengan yang tahu,ini tidak mcm pandai je copy paste utk berhujah.di situ anda akan temui jawapan sebenarnya baik atau tidak,ilmu itu penyuluh kehidupan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

135 AnakFelda May 3, 2012 at 1:57 pm

Untuk pengetahuan semua, FGVH adalah anak syarikat milik penuh (100%) FELDA (L.K.T.P) iaitu agensi kerajaan pusat. Oleh itu, FGVH tiada kena mengena dengan peneroka atau pun KPF. Peneroka/staff hanya memiliki Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang mana pemegang terbesar dalam Felda Holding Bhd (FHB) 51%, manakala 49% dimilik oleh FELDA (L.K.T.P) melalui FGVH.

Fakta ini telah diputar-belit oleh pihak tertentu adalah kerana namanya bermula dengan “FELDA”, tetapi pada hakikatnya ia adalah satu entiti yang bukan milik oleh peneroka.

Dengan terbitnya IPO tersebut, sebenarnya memberi kelebihan kepada peneroka kerana peneroka akan memiliki Felda Holdings Bhd (FHB) secara bertindih. Iaitu melalui FGVH (49%) dan KPF (51%).. kalau tak faham lagi,

1) Peneroka akan memiliki secara langsung/terus FHB melalui pegangan saham atas FGVH yang memiliki 49% FHB.

2) Peneroka memiliki secara tak langsung FHB melalui pegangan 51% sedia ada oleh KPF (entiti milik peneroka).

Inilah kebenaran yang telah diputar belit oleh Ustaz Pas bodo tersebut dengan membangkit hal milik tanah yang lansung tiada kena-mengena dengan FGVH IPO..

Kepada Ustaz Pas yang bodo tersebut, cubalah fikirkan “Ladang Rakyat” yang diketengah oleh kerajaan Pas Kelantan.. Dimanakah kedudukannya dipersada dunia ini pada hari ini? Apakah ianya berjaya seperti Felda. Usahkan nak dibandingkan dengan Felda, kalu nak bandingkan dengan RISDA pun tak layak…

Haaa haaa haa.. sekian terima kasih…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

136 nekad May 3, 2012 at 2:31 pm

Semua peneroka layak menjadi pengarah ke..?!!Semua peneroka boleh membuat keputusan dalam mensyuarat ke..???!!Bagaimana caranya perlantikan pengarah- pengarah yang mewakili pihak peneroka..??!!!Bagaimana caranya untuk menentukan seseorang itu layak menjadi wakil peneroka.?!!!Siapa yang berkuasa melantik pengarah untuk mewakili peneroka..???!!!.Setiap keputusan yang dibuat dirujuk kepada beratus ribu peneroka yang diwakili ke.?!!!Peneroka yang memiliki atau pengarah yang memiliki FHB..?!!!! Boleh tolong jelaskan………!!!! terima kasih …….sekadar ingin tahu..!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

137 kuda kudi May 9, 2012 at 11:29 pm

weh…nak kencing agak2 la…dah terang lagi bersuluh…tapi xpa dah dapat rm15k seronok la..tapi tanah kena gadai buat apa.patut la orang felda banyak yang sokong pas dan pr…..ops! sory noh…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

138 boring June 7, 2012 at 5:19 pm

sebenarnya FHB dimiliki oleh KPF, dan KPF dimiliki oleh peneroka sebanyak 70%. FHB memiliki tanah ladang seluas 355,000 hectar dan total tanah yg dimiliki oleh semua peneroka ialah 500,000 hectar. Memang FHB bukan dimiliki oleh peneroka. Tetapi selama ini FHB yg mengcatat keuntungan rm648 juta setahun lah yg membantu peneroka dari sumbangan duit raya, membangunkan pasarana di setiap felda2, dan bermacam lagi sumbangan kewangan utk sosio ekonomi warga felda, spt balairaya, tanda2 jalan, rumah2 kedai, membina sekolah2 difelda , masjid , jalan raya dan sebagainya, dan internet juga jgn dilupa ,adelah beberapa buah computer yg disumbangkan di balairaya tu..utk kegunaan warga felda. Lampu2 dijalan Felda ,So bila FHB ini di lupuskan dari KPF dgn memajakkannye kpd FGVH dengan bayaran pampasan sebanyak rm2.1 billion oleh FGVH kpd KPF. peneroka hanya dibayar rm1.689billion saje iaitu rm15,000 bagi peneroka dgn alasan nampak cantik rm5000 utk peneroka n rm5000 utk bini peneroka n rm5000 utk anak2 peneroka. berperingkat bcoz mereka buat 3 months fix deposit n 6 months fix deposit. so duit pokok tak le berapa luak pun boleh diagih sesama mereka.
Ikut logic pun kita boleh fikir..kpd sesape yg nak fikir la..
then kasi alasan nak tolong peneroka dan beri saham 800 unit dgn harga rm4.55 sama macam yg dioffer kpd public, utk pembeli DAP, PKR, PAS,UMNO so ape untungnye jadi peneroka tak de untung pun, Jgn kata nak tolong peneroka, tolong kebas ade la…
kalau FGVH beri harga rm1.00 seunit saham tu atau paling teruk rm2.00 seunit saham tu…aahhh baru la nama nak tolong peneroka mengenal saham.
JIka harga yg ade sekarang rm4.55 sgt lah mahal dan berisiko rugi banyak , untung sikit. bcoz if harga saham naik rm5.00 pun peneroka tak lepas bayar brokerage fee. tak ade untung ape pun..Jika harga saham FGVH bole naik rm6.00 itu kira nasib baik la utk peneroka. Tapi jika harga turun dlm rm4.00 , peneroka bersiap sedialah utk tanggung rugi… jadi tunggula tengok harga dlm 6 bulan ni…sesuatu yg unpredictable…anything can happen..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

139 syifa_ulqalbi May 3, 2012 at 2:30 pm

maaf AnakFelda,
hujah anda lagi pandai,eeemmmmmmmm.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

140 syifa_ulqalbi May 3, 2012 at 2:53 pm

kesimpulannya senang je,peneroka asal akan dapat durian runtuh
melalui IPO rasanya tahun 2012 sejarah paling besar nilai saham khas.kesan buruknya tetap ada dan agak sensitif utk dibincangkan dan agak panjang nak dihuraikan.
FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
a) Jumlah Saham Khas : 419,537,400 unit
b) Harga Par : RM 1.00 seunit
d) Aktiviti Utama Syarikat : FGVH is a global agricultural and agricommodities business company based in Malaysia, with operations across 10 countries. Its primary business activities are classified into three business segments: plantations business, downstream business and sugar business.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

141 akuanak felda May 3, 2012 at 11:00 pm

419,537,400 unit = 419537lots n 40 unit saham khas ni utk peneroka saje or peneroka n kakitangan felda???
adekah ini total unit???

jika 1 peneroka di offer utk beli 15000 unit = 15 lots
1 unit = rm 1.00 jadi peneroka bole beli dgn harga rm15k utk 15 lots so 112,000 peneroka x rm15k jumlah cash yg terkumpul ialah rm1billion 680 juta = rm1.68billion
15 lots x 112000 = 1,680,000,000 units eh pelik bila tgk jumlah unit ni..
ini aku kira if peneroka di offer blue form, utk 15000 unit
tapi dari jumlah saham khas ini jadi anggaran hanya seramai 27,969 org (peneroka + kaki tgn felda pink form) saje yg di offer. peneroka dpt blue form kerana planning awal kpf join sekali , la ni kpf tak jadi join mungkin dpt pink form juga kut.
aku cuma buat anggaran dari data yg cik or en syifa bagi.
sebab bukan ramai peneroka yg gemar dgn saham2 ni.
atau 15 lots ni dioffer pd peneroka yg merelakan tanah mereka dipajak fgvh. kerana itu planning awal fgvh. disebabkan matlamat tak berjaya nak join dgn kpf , maka fgvh listing sendiri la.. bagus la tu…aku senang banget.

ade lelaki nama felda, dia kawin dgn bini no.1 nama kpf, kpf dah berjaya dgn anak seramai 112,000 org n tanah ladang 10 ekar x 112,000 =1,120,000 ekar, dan bercucu cicit piot, then felda kawin lain bini no2. fgvh n bini2 lain aku pun tak berapa tau..
aku tak ambil pusing dgn bini no.2 si felda ni sebab dia memang takde kena mengena dgn aku n kpf pada mulanye la.. tapi bila bini no.2 (fgvh) nak drag or take over bini no.1(kpf) under dia tu aku tak setuju. disebabkan reputasinye yg semua org tau.. then ade pula injuction dari anakkpf maka fgvh tak leh nak buat ape2 la.

jika awal lagi fgvh nak listing tanpa sibuk2 nak bawa madu dia (kpf), tak de masalah langsung pun dgn peneroka. go ahead. fgvh nak offer share pd peneroka bukan free. borang aje yg free,
its a win win situation. peneroka akan untung bila harga naik, dan fgvh dah ade pembeli share nye iaitu peneroka.
selain dari pembeli2 awam bila di apungkan nanti.
dah disebabkan dia ade nama felda, fgvh jadi dia offer la juga kat anak2 felda yg lainnye, peneroka tak minat saham bcoz mereka tak tau n tak nak take risiko. bcoz shares ade risiko untung n rugi..
bagi anak peneroka mungkin ade yg minat n tau pasal stock n forex. dan ade juga yg bekerja kat broker company yg jadi remiser or assitant remiser kut. biasala bila saham sesuatu company yg famous, ipo on the 1st day macam goreng pisang panas….harga saham naik base on good news juga masa ari tu la… itu yg di panggil durian runtuh utk peneroka. fgvh disenaraikan tanpa kpf adelah cara yg betul utk tolong peneroka. peneroka hanya perlu beli saham saje ( kpd peneroka yg berminat n faham ape itu saham) dari fgvh dan tak perlu pajak tanah mereka pada fgvh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

142 kuda kudi May 9, 2012 at 11:32 pm

kecian peneroka…macam nasib kami la nanti (warga proton) ….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

143 syifa_ulqalbi May 4, 2012 at 1:05 am

bila ramai bertanya saya simpulkan senang je,
1,durian runtuh itu benar dan amat menguntungkan peneroka sbb IPO memang ditunggu -tunggu oleh pemain saham yg tak nak ambil risiko tinggi ( konsep langgar lari ) bagi yg faham IPO.
2,peneroka diberi pinjaman utk membeli saham IPO benar,dlm masa tempoh 6 bulan mesti dipulangkan pinjaman bank dgn apa cara sekalipun ( interest% dll) dan seandainya turun/naik saham tanggungan peneroka risiko tanah dll tergadai benar bila bank menuntut kembali pinjaman mereka.
3,harga IPO ini memang amat tinggi berbanding syarikat yg pernah tawarkan IPO dan dijangkakan memang meletup tinggi sbb tinggi nilainya (biasanya IPO sen je ) bagi tawaran IPO.so memang boleh dijangka fundamental + ditambah dgn harga minyak MSM memang kesan seperti bom atom IPO ini,so tak payah pakai tok bomoh ke tok batin ke memang dah pasti apa yg berlaku pada hari pertama je hehhehehehhe.so orang asing terutama bangsa non bumi dah tunggu nak buka mulut je.
4.kesan buruk pula ini agak sensitif so bila orang tanya pendapat saya senang je FELDA akan tinggal nama suatu ketika sahaja dan kemewahan yg dirasai sekarang tak akan ada lagi sebabnya mudah je ( cuba cari hasil utama Felda Holdings antaranya…… bertemulah jawapannya ).saya cuba ringkaskan je sbb ramai tak faham so saya ambil bahasa mudah.
akhir sekali alhamdulilah kepada kerajaan PM kerana memberi durian runtuh buat peneroka,memang tersandar peneroka dalam rebah IPO ni,buat anak-anak peneroka carilah hasil sendiri sbb zaman ibubapa kita dahulu tak akan datang lagi pada zaman sekarang yang semuanya duit segera.
saya pernah bertanya pada masyarakat peneroka mudah je mereka jawab ” hidup ni semua perlukan duit,makan minum ubat sakit semua perlukan duit,tak nak harapkan anak -anak,biarlah anak anak cari sendiri tanah dulu kami miskin tak ada tanah tak da pun harapkan harta orang tua,hiduppun kami sampai ada tanah 10 ekar ” sayapun tersenyum sinis mendengar perbualan pakcik-pakcik tersebut lalu saya pun beredar dgn senyuman. sekadar renungan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

144 akuanak felda May 6, 2012 at 10:49 pm

saham utk peneroka n kakitangan rm1.00 seunit
saham utk bumiputera bukan peneroka n bukan kakitangan felda
rm4.35 seunit.
pergh… if peneroka seorang ditawar 15 lots saje = m15k
bila opening kat bskl harga leh naik rm5.00
kaw2 leh dpt rm75k – rm15k – brokerage fee n bla2…+- rm55k plus. if cagarkan tanah utk loan bank 6 months no hal lah..
make sure sell at the 1st day or 1st week.. itu la rezeki anda..
jgn peram till 6 months konon nak tunggu harga leh naik rm10 ke.. you know speculation..memang leh sangkut nye…

Memang pembangkang sakit hatinye lah..

tapi awas jgn terjadi serampang 2 mata dah le..
dlm peneroka sibuk menyain agrement dgn cepat tanpa dpt membaca atau menganalisa dokument yg tebal , kalau baca sekali lalu pun confuis, ade yg 75 signature, ade yg kata 60 signature, ade yg dpt dokument dlm bahasa melayu, ade yg dpt document bahasa english yg perlu di sain..dan peneroka tak dpt 1 copy sebagai rujukan utk peneroka, kerana selalunye dlm hal sain document 2 pihak mesti ade copy utk rujukan masing2… hal ini yg merisaukan aku..
tak tau la banknye lawyer yg buat dokument tu.bcoz ade bebrapa bank yg menguruskan hal pinjaman beli saham ni…jangan ade terselit perjanjian pajakan tanah peneroka kpd fgvh udahla..
aku tak balik kg, abang aku uruskan semua..(both parents dah passed away)
sebab 2nd generasi tak duk felda ialah bak kata peneroka anak2 cari sendiri..so bila parents dah tua anak2 kena juga hulur tenaga,
ade delima disini..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

145 vivi May 8, 2012 at 3:36 pm

kl settlers takot sgt, yg mn da sign tu nnt bila kuar blue form ujung bulan ni n yg bkemampuan duet bkepok2 dlm bank..better beli on cash. nk simpan 10taun pn bleh

tp la kan. pd pemahaman aku la. once dia da listing kt public, ko sign ke x ke..kl depa nk jual tanah tu depa akan jual gak. so baik je la sign..at least kl kita ade share, scr otomatiknya kita akan dianggap shareholder fgvh, drp yg xmintak share lgsg

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

146 akuanak felda May 9, 2012 at 11:33 pm

erm… org trading stock or beli saham selalunya target nak untung, harga saham sentiasa fluctuate , ade naik ade turun
kerana berbagai faktor.. aku bagi contoh DIALOG, kawan aku ade beli dgn harga rm10.00 perunit share. dia speculate harga akan naik lagi..1 lot rm10k
tapi aleh2 harga saham dialog turun dan turun hampir dah 20 thn bawah rm2.00 . till now masih tak lepas dari rm3.00 seunit…so bcoz dia tak nak rugi dia hold aje la hingga ke hari ni.. berapa dividen dia dapat setahun.? mungkin sekitar 2% jika dia jual dia rugi.. well simpan cash kat asb dividen pun lebih banyak..n u can use it in case of emergency..
tapi mungkin fgvh is a bluechip stock , mungkin harga akan skyroket naik kut..itu aku tak tau…mungkin jadi macam BAT ke or PETDAG or spt saham2 lain yg harga tinggi kaw2 punye… itu bagusla n alhamdullilah n taniah kpd yg dah beli or ade saham fgvh. tapi jika tak sign tak terlibat dgn ape2 la no risiko, no untung…biasa2 saje…

alhamdullilah negara kita ni masih ok, cuma dah ramai sgt rakyat tertipu.. contoh dlm pembelian rumah.. banyak sgt rumah yg terbengkalai dan rakyat jelata menjadi mangsa kena bayar kat bank disebabkan dah sign agrrement utk loan rumah dan rumah terbengkalai n pemaju juga untung n lari tanpa dibicara… sebab dlm hal sain menyain ni kita perlu tau ape yg kita sain , itu aje..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

147 ikaz2407 May 9, 2012 at 10:02 am

Allah telah menjanjikan rezeki bagi setiap manusia itu, tetapi Allah tidak menjanjikan syurga bagi setiap manusia itu. Mengapa kita terlalu mengejar apa yang telah Allah janjikan dan kita tidak terlalu mengejar apa yang Allah tidak janjikan. Buatlah apa-apapun, sebab bagi orang yang beriman mempercayai bahawa semuanya nanti akan diadili di akhirat nanti, fikirkanlah mengapa kita tidak mendahulukan agama, mengapa atas nama kemajuan kita membelakangkan agama Islam….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

148 syifa_ulqalbi May 9, 2012 at 10:24 am

maaf mencelah,islam menggalakkan kemajuan supaya orang islam tidak ditindas dan diperbodohkan oleh orang bukan islam,sbb tu pelbagai alim ulama keluarkan pelbagai fatwa demi kepentingan sendiri dan majikannya,lihatlah bank islam dalam kewangan islam adakah dalam bentuk adil antara pelanggan dan bank,hanya mengubah perkataan dan bentuk sebutan sahaja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

149 kuda kudi May 9, 2012 at 11:21 pm
150 Sarip Dol May 10, 2012 at 8:49 am

Peneroka-peneroka Felda! Serahlah tanah kepada kerajaan! Jangan risau kerana pelaburan yang menguntungkan. Kalau untung engkau orang dapat la beberapa persen saja. Kalau rugi pun , yang hilang pun tanah engkau orang bukan tanah kerajaan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

151 anonymous May 12, 2012 at 3:51 am

Kenyataan saudara amat menaikkan marah saya. Dahlah Felda kena list pada Bursa Saham sekarang kerajaan tidak pasti tanah tersebut akan menjadi milik peneroka ataupun menjadi hak milik kerajaan . Lepastu tidak pulak diumumkan berapa peratusan tanah yang akan digunakan untuk penyenaraian FGVH dan sekarang saudara cakap Felda boleh untung? Saya telah mempunyai pengalaman selama beberapa bulan dalam stocks exchange dan saya boleh memberi JAMINAN BAHAWA TIDAK KIRA BETAPA BESAR MARKET CAPITALISATION SAHAM FGVH SEKALIPUN SESEBUAH SAHAM BOLEH DIAMBILALIH OLEH PIHAL LUAR SECARA HOSTILE.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

152 AkuponganokFelda May 11, 2012 at 3:01 pm

Apa nak susah2, itu tak kana. ini tak kena….tak suka jgn. sign. suka kalauuu Sign..Tak mahu Phink Form kaluuu…jual kat aku. aku nak beli…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

153 anonymous May 12, 2012 at 3:56 am

Sudikah saudara yang INITIAL PUBLIC OFFERING kemungkinan jatuh di pasaran saham.Kerugian boleh berlaku secara mendadak dan akan mengakibatkan berlakunya sell off yang akhirnya investor luar negara akan datang membeli saham fgvh. Ini akan meningkatkan peratusan kadar pengaruh daripada foreign country seperti USA yang mungkin akan langsung berminat dengan fgvh. Potensi Felda akan kekal selamat sekiranya asset Felda tidak allocated kepada pasaran saham yang dimana sekarang berlakunya krisis EUROZONE dan Krisis Greece dan Spain yang dimana German terpaksa bail out mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

154 kbb May 12, 2012 at 9:14 am

penyenaraian Felda Venture Holdingsebenar memberi kan keuntungan kecil jangka pendek kepada para peneroka dimana mereka hanya diberi gatuiti secara one off diatas pengorbanan mereka selama berpuluh-puluh tahun memajukan hutan belantara menjadi ladang, adakah nilai pengorbanan peneroka hanya 15,000?
Sepatutnya para peneroka diberi Saham Keutamaan Boleh Tebus dan wakil peneroka dilantik menduduki kerusi lembaga pengarah dan menguasai sekurang-kurangnya 51% saham Felda Venture. Apa yang berlaku sekarang kepentingan peneroka hanya dijaga oleh wakil pemegang saham minoriti kerana peneroka hanya memiliki ekuiti sebanyak 20% dan wakil dari ahli politik. Risiko yang dihadapi oleh peneroka ialah Felda Venture dijual kepada p
pelabur asing jika lembaga pengarah memikirkan mereka mendapat
keuntungan yang wajar. Tanah ladang Peneroka akan menjadi
menjadi milik Felda Holding, bukannya milik individu.Saranan
berkaitan dengan kejatuhan euru/usd (sell), dan beli GBP/usd.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

155 syifa_ulqalbi May 12, 2012 at 10:04 am

salam renungan,

PROTONpun keluar bursa BSKL,tunggu je lah peneroka……………..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

156 sabuli8 May 14, 2012 at 8:36 pm

Peneroka FELDA : Fikirkan kemungkinan ada kekeliruan tentang penubuhan FELDA suatu nama yang terangkum jdkan satu PERKATAAN dan peneroka ialah perkataan tunggal bukan rangkuman kuasa kerajaan adalah menyuluruh maksutnya tiada tolak ansur kawasan tetap lembaga akan majukn jika peneroka tidak berminat tinggal dikawasan pembangunan tanah tersebut.Peneroka yang betul-betul ingin menjadi peneroka akan bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak FELDA . dalam syarat dan peraturan FELDA adalah kawasan yang diisi penduduk ini adalah tanah kelompok seperti BERKOPERASI, hanya bedanya peneroka ada gran tanah masing-masing tapi suaranya berkelompok juga. Tiada hak yang jelas/ jika tidak bersetuju dengan apa syarat-syarat dan peraturan yang FELDA
sediakan yang juga telah ditandatangani oleh individu maka jika inginkan bebas elakkanlah diri keluarga itu dari menjadi peneroka felda. Hilang perjanjian dgn Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ,kita bebas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

157 DAP June 7, 2012 at 12:16 pm

Gua talak suka olang melayu dapat duit manyak, biar olang melayu miskin, olang cina musti control ekonomi, jangan bagi felda disenaraikan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

158 robot June 7, 2012 at 4:43 pm

hahaha melayu mengaku DAP hahaha
if fgvh bagi 800 unit kat peneroka harga rm1.00 seunit saham tak pe lah juga..ini paksa peneroka beli harga rm4.55 seunit saham. sama dgn harga yg dijual kat DAP, PKR, PAS dan sesiapa org luar bukan berjenama felda dlm paper sekarang rm4.55 seunit..
poorahhhhhhhhhhhhhhh ape yg bagus nye… tak tolong warga felda pun cuma tolong geng2 yg nak menyenaraikan FGVH saje…
puak2 melayu bumiputera terpilih mungkin dpt harga yg cantik kut.. so senyum2 aje la korang…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

159 ruud June 27, 2012 at 11:51 am

yeaahhhh..kdg2 tpikir ape tujuan sbnnye nk disenaraikan..slame ni xde pon nk masuk lam penyenaraian nih..ape significant die?Ku Li pon dh byk kali sebut psl risiko penyenaraian nih..ape la yg sbnrnye depa sume ni nk…x phm btol lah dgn senario politik Msia skang nih..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

160 zaharUPM June 28, 2012 at 12:10 pm

Ape nasib peneroka?
Baru je untung tadi..
So kire nasib baik la ye dak?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

161 pendita emas July 2, 2012 at 2:40 pm

sekarang untung, tak lama lagi sangaplah,
kira menang sorak, kampung tergadai…..

kalau kita ikuti perkembangan sykt GLC bawah kerajaan banyak yang sangkut, laporan tahunan asyik cerita rugi sana, rugi sini…

bila tidak mampu bersaing maka buatlah lelongan kepada pihak luar atau dalaman juallah bahagian lot saham atau kepentingan kepada pihak lain.

kes tanah…haiyaa waa manyak takut wooo, jangan jadi macam Felda BJ London N9 dan Felda Cahaya Baru Pasir Gudang,

waa pun baru tolong sedara waa di Felda Air Tawar 2 yang terlibat dengan skim memajukan tanah felda,

tau apa depa buat, bayar konon berjuta, rupa-rupanya yang digunakan buat bayaran 10% terawal melalui pendapatan pajakan bank bercagarkan tanah di bank Kota Tinggi..

bila bawa ke mahkamah siasat punya siasat yang mendatangani gadaian tanah felda dibuat pihak lain dengan bantuan bank…

tahu apa jadi ?terpaksa naik turun mahkamah dan alhamdulillah hampir 2 tahun tanah dah kembali kepada pemilik dan merekalah yang menentang penyerahan tanah untuk FVG disebabkan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Betul yang menyokong FGV sekarang wang rakyat dari Simpanan tabung Haji dan KWSP…Bagaimana jika bahagian diterima oleh pencarum ciput…apa mereka mahu jawab.

Begitu juga dengan pengurusan yang dibentuk pada masa kini, memang dibuat oleh kerajaan BN, kita kena ingat sejauh mana kerajaan masa kini akan bertahan. Generasi X saya yakin mereka akan menyokong kerajaan terkini, bagaimana dengan generasi Y yang telah terdedah dengan pelbagai isu moral?

Masa nie bolehlah kata menjadi dan meletup harga saham kerana baru disenaraikan dan pesaing belum ada untuk beradu kekuatan.

Oleh kerana ia disokong oleh kerajaan, kalau selepas pilihan raya dimenangi oleh pihak pembangkang siapa akan menerajui dibahagian pengurusan.

Saya rasa masa ini pembangkang sedang menyediakan gendang dan semboyan untuk meningkatkan kekuatan memenangi pilihan raya kerana mereka akan melihat saham felda nie sebagai lubuk duit..Orang kata kalahpun untuk 5 tahun dan pemenangnya pula kena mempertahankan apa dijanjikan untuk 5 tahun lagi. Selepas itu jika berlaku kecacatan di sana sini apa akan berlaku?

Pengalaman ini saya lihat sendiri apa yang terjadi dengan Johor Corporation…kalau CEO tidak direstui oleh tampuk pemerintahan, walau kau hebat macam mana sekalipun menyumbang bakti dengan pengalaman 10, 20 dan 30 tahun, jika nak kena tendang tetap kena tendang(faktor politik)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

162 eman July 10, 2012 at 2:42 pm

Banyakkan sabar dan sembahyang istikharah, minta petunjuk dari Allah SWT akan jalan yang betul, dan bukannya mendengar dan membaca gossip yang belum tentu kesahihannya, perkara ini boleh/akan menambah saham dosa tanpa kita sedari..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

163 van July 25, 2012 at 9:24 am
164 Abang Jan July 26, 2012 at 3:11 pm

saya adalah kakitangan felda, sebelum penyenaraian banyak kelebihan yg kami dapat seperti bonus, hari keluarga dan aktivity yg diadakan sendiri oleh setiap anak syarikat dimana melibatkan ahli keluarga. Tapi bila sudah listing banyak kelebihan itu sudah tiada dan juga kalau ada hanya untuk mereka yg berpangkat pengurus keatas jadi apakah keuntungan memasuki FGVH ini..

yang kaya makin kaya.. seperti semua pengurus2 di FGVH.. kami yang kuli tetap kena tindas..

semoga allah memberi balasan kepada mereka yg menindas..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: