BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Buat Bisnes Online di Malaysia MESTI DAFTAR!!!

by Staff Berita Semasa on July 21, 2010

in Berita Malaysia

4814082089 febe95a368 Buat Bisnes Online di Malaysia MESTI DAFTAR!!!

Ada beribu-beribu peniaga kecil-kecilan yang buat bisnes online di Malaysia. Adakah tindakan terbaru ini juga memerlukan mereka mendaftar syarikat di bawah Suruhuhanjaya Syarikat Malaysa (SSM). Mereka bukannya buat sepenuh mata pun. Terdapat juga golongan pelajar yang buat bisnes kecil-kecilan termasuk beberapa lagi bentuk bisnes online lain yang popular semata-mata untuk membiayai kos pengajian dan sara hidup semasa belajar dah kena daftar syarikat pula……..Setuju??

GEORGE TOWN: Four hundred online businessmen have been charged in court for not registering their business with the Companies Commission of Malaysia (SSM) in the past two years. Deputy Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Rohani Abdul Karim said they were charged under Section 12 (1) (a) of the Registration of Businesses Act 1956 (Amendment 2001) which carries a fine of up to RM50,000 or imprisonment not exceeding two years.

He said individuals or companies conducting online business were not exempted from registering themselves to prevent fraud. The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is monitoring online business to detect individuals and companies which conduct business illegally, he told reporters after opening a dialog on business ethical practices here Tuesday.

“Businessmen should be aware of their responsibility and code of ethics and should not victimise consumers,” he said. – Bernama

Saya beranggapan kerajaan nak tambahkan dana lagi yang semakin mengempis dengan pelbagai cara sekalipun. Itu realitinya. Jadi, katakanlah 100,000 orang peniaga mendaftar SSM x RM70 = SSM  sudah boleh mengaut RM7 JUTA! Gomen bijak!

4814702834 42b3fef237 Buat Bisnes Online di Malaysia MESTI DAFTAR!!!

Memang tidak dapat dinafikan sesiapa yang buat bisnes online ini dengan cara yang betul merupakan “lubuk emas” kepada dirinya. Dalam masa yang sama, apabila terdapat individu yang buat bisnes online dapat mengurangkan beberapa kos termasuklah :

  • menghapuskan kos untuk sewa building/tapak/lot
  • tak perlu bayar gaji pekerja
  • kebebsan masa
  • boleh menerima tempahan dalam tempoh 24 jam
  • dan pelbagai lagi

Tidak lama lagi, akan menjelangnya musim perayaan. Lagi gamatlah kehadiran peniaga yang buat bisnes online bukan? Ini namanya peniaga tenggelam-timbul. Kadang-kadang sahaja meniaga. Bijak…..SSM bijak merebut peluang. Tetapi daripada sudut lain, sebenarnya memang ada bagusnya apabila kita mendaftar syarikat tetapi rasanya kerajaan patut memberikan alternatif kepada peniaga online kecil-kecilan ini. Antara kebaikan apabila mendaftar peniagaan di bawah SSM ialah :

  1. Dapat menunjukkan kredibiliti dan komitmen untuk berniaga kepada pengguna
  2. Dapat mengurangkan kebarangkalian untuk pembeli ditipu. Penipuan mesti akan berlaku walaupun ada usahawan yang sudah mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkalian kebarangkalian kes penipuan tersebut.
  3. Menikmati pelbagai pinjaman termasuklah TEKUN (Tetapi TEKUN pun dah tak macam dulu dah sekarang, dah nyawa-nyawa ikan. Ada yang pinjaman TEKUN 2008 punya baru keluar keputusan tahun 2010 kecuali yang pinjam individu seperti Datuk Siti Nurhaliza, keputusannya akan keluar lebih cepat.  Kalau senang sangat nak pinjam TEKUN, tiada kes yang kena kurung dan dirantai oleh Along kan. Minta kerajaan semak yang ini)

Alternatif yang saya maksudkan di sini bukan merujuk kepada semua peniaga  yang buat bisnes online yang mampu mengautkan keuntungan sehingga beribu-ribu ringgit sebulan……TETAPI, ramai juga peniaga online kecil-kecilan. Pelajar mahupun individu lain yang baru berjnak-jinak dan merangkak dengan bisnes online di Malaysia. Nak  cari modal dan nak untung beberapa ringgit pun susah.  Ditambah pula nak bayar caj pendaftaran lagi….. Adakah adil utk mereka dikenakan caj juga sedangkan mereka tak berniaga sepanjang tahun? Untung pun, cukup-cukup makan sahaja….

Oleh itu, sebelum kerajaan nak implement pun, fikir-fikirkanlah daripada segala aspek secara keseluruhannya. Bukan boleh main “sebat” kepada semua peniaga sahaja. Berikan satu dasar yang JELAS dan paling penting tidak membebankan peniaga kecil…..

Setuju Peniaga Bisnes Online Wajib Daftar Bisnes?

View Results

loading Buat Bisnes Online di Malaysia MESTI DAFTAR!!! Loading ...

{ 15 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 FrankRose July 21, 2010 at 3:26 pm

Tapi rasanya ada baiknya pun kalau berdaftar dengan SSM, penulis pun ada sebut tentang kredibility, maksudnya kalau daftar maka bisness tu traceability, so kes menipu di ruang maya ni boleh diminimakan, lagipun RM70 tu, bukanlah mahal sangat, sebab kalau perniagaan tu berjaya, dalam satu jam dah cover pun, kira macam sewa tapak kat pasar malam juga le tu, hak pengguna pun terjaga, well yang ini rasanya patut dilaksanakan, mana-mana pelajar yang mula nak berjinak tu, kena le belajar sikit sepak terajang dunia orang berniaga, RM70 tu sikit je tu, sepak terajang lain lagi hebat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 karim July 21, 2010 at 8:06 pm

Ada wajarnya juga berdaftar, dapat mengurangkan kes penipuan. Tapi bagaimana pula yang baru merangkak, seminggu baru dapat satu(1) jualan RM10, itu pun kalau ada.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 lady gigit July 21, 2010 at 8:22 pm

patutnya ada 1 badan khas utk dftr bisns on9 nie..bkn kt ssm ..bdn ini akn memantau bisnes yg dijalnkn…bdn ini akn mengkaji bisns tersebut scam atau tidak..dan free la pendaftarannya…..hehehee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 sayang July 22, 2010 at 8:14 am

no komen, sendiri mau ingat lah kawan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 jentayu July 23, 2010 at 5:07 pm

Assalamualaikum…

Bagaimana dengan puluh ribuan pengguna internet yang berniaga dengan join affiliate program dari pelbagai peringkat umur dan status ?

Bagaimana kerajaan mahu memantau puluh ribuan website / blog perniagaan online yang bertambah setiap saat ? Berapa kerat staf SSM pakar Internet ?

Siapa berani jamin dapat kurang kes penipuan ? Bagaimana kita boleh sangat yakin bahawa cadangan itu BUKAN satu ‘penipuan’ pihak kerajaan ?

Negara mana yang ada buat macam tu untuk dijadikan perbandingan kajian ?

Apa faedah yang pengguna internet dapat bila daftar SSM ? Ada SSM berjanji memberi apa-apa bantua sokongan perniagaan Internet ? Dah la nak akses internet pun bayar. Bil elektrik bayar. Cukai pendapatan bayar. Domain & hosting pun bayar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 ppp July 25, 2010 at 5:29 pm

FrankRose: Tapi rasanya ada baiknya pun kalau berdaftar dengan SSM, penulis pun ada sebut tentang kredibility, maksudnya kalau daftar maka bisness tu traceability, so kes menipu di ruang maya ni boleh diminimakan, lagipun RM70 tu, bukanlah mahal sangat, sebab kalau perniagaan tu berjaya, dalam satu jam dah cover pun, kira macam sewa tapak kat pasar malam juga le tu, hak pengguna pun terjaga, well yang ini rasanya patut dilaksanakan, mana-mana pelajar yang mula nak berjinak tu, kena le belajar sikit sepak terajang dunia orang berniaga, RM70 tu sikit je tu, sepak terajang lain lagi hebat….  

sikit ko ckp..so ko sorg lah byar..byar yg kitaorg yang berniaga on9 skali blh..ko kan rakyat malaysia paling kaya di dunia kan..lagi pon ramai yang nk sepak teranjang ko ni..ko nak sepak teranjang ker??!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 aiman December 27, 2011 at 3:37 pm

entah , kau ingat sikit ke rm70 tu? mahal tau tak? kitorang ni as a student mmg rasa rm70 tu banyak . bak sini 70 nk bayar ssm !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 jentayu July 25, 2010 at 7:50 pm

Kepada sesape yang SETUJU sila jawab ni dulu…

Ada SSM menjanjikan apa-apa sokongan teknikal & kewangan untuk perniagaan internet ?

Bagaimana SSM mahu pantau puluhan ribu web & blog perniagaan dalam internet ? Perniagaan yang offline pun tak terpantau..harap report dari orang ramai…

Hak pengguna terjaga ? Pengguna mana ? Hak apa ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 jentayu July 25, 2010 at 7:54 pm

Di jemput pegawai-pegawai TERHEBAT SSM untuk jawab…Mereka-mereka yang SETUJU, kalau jawab pun TAKDE FAEDAH.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 asby August 23, 2010 at 10:46 pm

Salam Semua.
Baru sekejap tadi satu binses online yang sangat mantap plannya dan semurah rm10 setahun kami telah ditutp kerana ada insan yang mulia dengki pergi report.Ini disebabkan oleh admin program yang berada di luar negara dan tidak berhak menerima duit rakyat malaysia padahal admin itu sendiri rakyat malaysia dan membuka peluang untuk rakyat malaysia mencari income tambahan.Jadi website ditutup untuk rakyat malaysia dan hanya dibuka untuk bayaran paypal untuk international.Jadi kesimpulannya rakyat malaysia sendiri yang mengeluh dan yang report itu menola peluang.Ramai ahli yang mengeluh sebab program ini long term plan,produk bagus tentang trading mencari income online tanpa modal@orang tengah.Pendaftaran rakyat malaysia setiap jam bertambah tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Saya minta pendapat apa syarat2 yang perlu ada dan lesen yang perlu di pohon untuk menjalankan bisnes online affiliates dan matrix?sebab ssm dah ada tapi still BNM dan MCMC kacau..itukah jaminan yang SSM bagi?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 adieha November 4, 2010 at 1:50 am

mcmmane nak daftar? dah tgk website SSM tu, tp.. tak jumpe pon.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 abdulyazid24 March 20, 2011 at 12:10 pm

FrankRose:
Tapi rasanya ada baiknya pun kalau berdaftar dengan SSM, penulis pun ada sebut tentang kredibility, maksudnya kalau daftar maka bisness tu traceability, so kes menipu di ruang maya ni boleh diminimakan, lagipun RM70 tu, bukanlah mahal sangat, sebab kalau perniagaan tu berjaya, dalam satu jam dah cover pun, kira macam sewa tapak kat pasar malam juga le tu, hak pengguna pun terjaga, well yang ini rasanya patut dilaksanakan, mana-mana pelajar yang mula nak berjinak tu, kena le belajar sikit sepak terajang dunia orang berniaga, RM70 tu sikit je tu, sepak terajang lain lagi hebat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Hafidzuddin January 6, 2012 at 2:19 pm

dengan bisnes online ini boleh menjamin masa depan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 rara nasuha January 8, 2012 at 3:18 pm

saya baru ja plan nak buat bisnes online. RM70 tu banyak jugak tu. Sedangkan saya tak tahu lagi bisnes saya ni akan untung ke tak. Lagi pun saya buat bisnes ni untuk menampung kos hidup dekat universiti. Insyaallah, kalau bisnes ni membuahkan hasil, saya akan daftar .
rara nasuha menulis Berita Terkini….Gotchastyle Boutique- my online shopMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 lollipoo April 9, 2012 at 7:52 pm

kalau stakat nak buat bisnes dekat online nie xpyah lah sampai nk mendaftar…….kiteowg nie semua bukannye sewe tapak just bisnes online jea…..tak kan itu pon nk saman kot~~~~?????? cuma aku nk ingtkan dekat sini sape2 yang nk buat bisnes online ataupun nk buat income lebih dengan orang laen lebih baek berhati2…..bisnes online nie pon tak semuenya betul…..so pikir2 lah dulu kalau nk join….ape yg boleh aku kate tak ada ape yang sempurne kt dunie nie….okkkk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: