BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Gambar Bom Atom Hiroshima dan Nagasaki (65 Tahun)

by Staff Berita Semasa on August 7, 2010

in Tragedi & Bencana

bom-atom

USA secara fakta adalah sebuah negara paling kejam kerana paling ramai membunuh orang awam. Kalau ikut sejarah, sebenarnya tragedi pengeboman ini melibatkan 4 bandar yang dipilih untuk dibom antaranya Hiroshima, Kokura, Nagasaki, and Niigata.

(Kyoto adalah pilihan pertama pada asalnya yang kemudiannya dibuang senarai oleh Setiausaha Peperangan, Henry L. Stimson. Siapa boleh lupa pengeboman bom atom Hiroshima dan Nagasaki yang kini sudah mencecah usia tempoh 65 tahun lamanya.

bom-atom5

Akibat daripada pengeboman tersebut menyebabkan :

  1. Asap menjulang setinggi 40,000 kaki….
  2. 2/3  Hiroshima musnah
  3. Dari jarak 3 batu dari pusat letupan 60,000 dari  90,000 banggunan menjadi debu dan sehinggakan besi besi di banggunan menjadi cair
  4. Bom yang meletup itu di Hiroshima membunuh wanita dan kanak-kanak termasuk askar. Penduduk Hiroshima di anggarkan  350,000 orang dan  70,000 mati serta-merta  dan selebihnya 70,000 mati kerana kesan daripada radioaktif yang dirasai sehingga 5 tahun lamanya

bom-atom9

Perlu kita ingat “Little Boy” telah dihasilkan menggunakan uranium-235 yang berteknologi lama, pada hari ini bom nuklear adalah beratus kali lebih hebat dari apa yang dijatuhkan semasa Perang Dunia Kedua. Yang pastinya antara individu yang paling kecewa ketika itu pastinya Albert Einstein, antara kalangan manusia paling genius di dunia. Beliau juga yang terbabit dalam menghasilkan bom atom dengan menggunapakai persamaan :

(E=MC2). Ingat lagi masa belajar dulu? Daripada hanya persamaan ini ia dikembangkan sehingga terhasilnya bom atom

bom-atom3

Pembuatan bom atom ada kaitan dengan pembangunan Projek Manhattan yang mana ada sumber perisikan ketika itu mengatakan Hitler dan sekutunya sedang mengkaji perkara yang sama iaitu bom atom. Dan akhirnya, dalam masa 3 tahun USA berjaya mengkaji bom atom yang mereka inginkan. Nak tahu lebih lanjut apa itu Projek Manhattan, boleh semak sini. Beza bom nuklear dulu dengan sekarang? Yang sekarang kebanyakannya menggunakan teknologi fusion (thermonuklear), bom dadulu menggunakan teknologi fission. Secara ringkasnya  :

  • Fission bermaksud pembelahan iaitu pembelahan atom yang menghasilkan letupan tersebut. Habis-habis kuat tenaga yang dilepaskan ialah sebanyak 100,000 tan bahan letupan biasa (TNT yang diguna dalam dinamit).
  • Fusion pula bermaksud pelakuran dimana atom isotop hidrogen (deutirium dan tritium, terutama tritium) bergabung dan menghasilkan letupan yang lebih dahsyat, bagaimanapun tritium akan hanya bergabung dalam kepanasan tinggi yang hanya berlaku dalam letupan bom nuklear. Jadi, dalam senjata thermonuklear, bom atom ‘biasa’ akan meletup dahulu dan ini akan menggera pelakuran tritium tadi dan menghasilkan letupan yang lebih besar.
  • Letupan dari fusion boleh menjangkau kuasa 100 juta tan bahan letupan TNT (secara teori). Secara praktikalnya, dan sekali sahaja dilakukan ialah pada tahun 1961, letupan terkuat yang dihasilkan manusia ialah sebanyak 57 juta tan TNT bilamana USSR menguji ‘Raja Bom’ di Siberia. Letupan terkuat yang dihasilkan US ialah pada 1954 iaitu sekuat 15 juta tan TNT.

bom-atom10

Senjata nuklear sekarang terdiri dari kedua-dua jenis, dari sekecil peluru yang boleh ditembak dari meriam 155mm yang mempunyai kuasa letupan 1,000 tan TNT hingga kepeluru berpandu antara benua (ICBM) yang menjangkau 25 juta tan TNT dalam peluru RS-18 (SS-18 Satan) Rusia.

bom-atom13

Balik kepada cerita asal (dah jauh terlajak kami cerita) iaitu pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, jumlah korban membabitkan seramai (lebih daripada 100,000 orang) dan yang lainnya menghadapi kecederaan dan keracunan radiasi. Pada Mac 1945, bandar Tokyo hampir 80% musnah dengan korban lebih 100,000 orang dan yang lainnya menghadapi kecederaan dan keracunan radiasi setelah dibom B-29 US dalam satu serangan udara. Angin kuat ketika bom atom digugurkan membuatkan radiasi bom itu tersebar lebih 1.5 batu persegi, dan manusia yang berada dalam kawasan berkenaan hampir semua cair tanpa sebarang kesan.

bom-atom12

Antara kesan kepada mangsa-mangsa di Jepun dek kerana sisa uranium depleted uranium (DU) yang digunakan untuk menjadi sumber tenaga nuklear atau pada senjata nuklear dalam serangan bom atom Hiroshima & Nagasaki ialah :

  1. penyakit kanser
  2. simptom penat yang melampaus
  3. sakit sendi dan otot
  4. meningkatkan keguguran di kalangan wanita hamildan kecacatan bayi dalam rahimPartikel DU ini akan memasuki hidung, melalui saluran pernafasan teruske otak dan akan menjejaskan kemampuan berfikir dan bertindak manusia.
  5. DU bukan saja menjejaskan kehidupan manusia, bahkan memberi kesan keatas semua sistem kehidupan – tumbuhan, binatang, malahan bakteria.

bom-atom11

Depleted Uranium (DU) ialah uranium yang tidak lagi mempunyai radiasi, sebab tu dinamakan depleted uranium (uranium tersisa). Walaupun tidak mempunyai radiasi (atau radiasi sangat lemah) Uranium merupakan logam beracun dan boleh mencemarkan alam sekitar.

Bagi kami, sepatutnya dah lama diharamkan sahaja  pengunaan senjata nuklear ini, tetapi Amerika, Israel dan negera-negara kuasa besar dunia yang lain masih tak faham lagi erti belas kasihan, kedamaian dan keamanan yang akhirnya bom nuklear ini hanya untuk menguji kekuatan negara sahaja dan negara lain jadi mangsa ujian tu..

bom-atom4

TSUYUKO Nakao, 92 (kanan), dan Kinuyo Ikegami, 77, meratapi kematian ahli keluarga akibat dari serangan bom atom pada 1945 di Hiroshima Peace Memorial Park, sempena memperingati tragedi pengeboman Hiroshima & Nagasaki, genap 65 tahun. – Foto AP

TOKYO: Buat kali pertama Amerika Syarikat menyertai upacara memperingati tragedi pengeboman Hiroshima, genap 65 tahun bandar raya berkenaan musnah akibat ledakan bom nuklear serta kesan radiasinya. Amerika bersama tentera sekutunya semasa Perang Dunia Kedua – Britain dan Perancis, juga menghantar diplomatnya untuk kali pertama pada upacara berkenaan yang diadakan di barat bandar raya berkenaan sebagai simbol sokongan nuklear kini bukan untuk tujuan peperangan.

Jepun satu-satunya negara yang dijatuhkan bom nuklear, pertama pada 6 Ogos 1945 di Hiroshima, disusuli tiga hari kemudian di Nagasaki. AFP

bom-atom8

P/S : Apabila disebut pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, teringat cerita dan kisah  Cikgu Razak dan kubur arwah Nik Yusof di Miyajima. Siapa mereka ini? Anda boleh baca buku hasil tulisan beliau yang bertajuk  “Debu Hiroshima”. Kisah pengalaman beliau sendiri bersama beberapa orang rakan semasa berlakunya pengeboman berlaku.

PP/S : Lihat Jepun sekarang. Apa dah jadi?


{ 11 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 007 August 7, 2010 at 7:37 pm

Bom ni kalau jatuhkan kan Israel memang bagus..! patut la Israel takut sangat Iran ade teknologi nuklear..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Siti Kusmiati August 7, 2010 at 9:11 pm

PP/S:Lihat Jepun sekarang. Apa dah jadi?….

Itulah sebab mengapa Amerika membuat keputusan jatuhkan Bom atom kat jepun coz klu tak mmg confirm jepun negara paling berkuasa sekarang…. nasib baik kena bom selamat sikit negara Asia….

Bukan Pro amerika tapi kena ingat kekejaman tentera jepun terhadap rakyat malaya semasa pendudukan jepun… :marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 azrol August 8, 2010 at 12:11 pm

org jepun nie ade semangat kebangsaan yg tinggi. ade baik & buruk nya. :curiga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 piston August 9, 2010 at 12:12 pm

mintak iran bom jer israel dgn nuklear kurang ajar sangat… :marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 RemajaTRG August 9, 2010 at 9:39 pm

Siti Kusmiati:
PP/S:Lihat Jepun sekarang. Apa dah jadi?….
Itulah sebab mengapa Amerika membuat keputusan jatuhkan Bom atom kat jepun coz klu tak mmg confirm jepun negara paling berkuasa sekarang…. nasib baik kena bom selamat sikit negara Asia….
Bukan Pro amerika tapi kena ingat kekejaman tentera jepun terhadap rakyat malaya semasa pendudukan jepun…   

betul tu…..tp usa ke jepun ke israel ke…semua xleh guna….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 a August 11, 2010 at 8:34 am

aku ada melawat muzium kat HIROSHIMA ni tahun 2000,
yang bestnya ada tanyangan video lebih kurang 20 minute sebelum lawatan bermula, dan video berkenaan dalam bahasa melayu, dan longat bahasanya macam bahasa orang lama jee..macam tahun 1970-an, nak tergelak pun ada,

mm, aku bermalam di hotel hiroshima, orang2 luar hiroshima berpesan kalau ke hiroshima berhati2 bila membeli sayuran, takut2 masih ada kesan radioaktifnya, jadi aku terpaksa je beli sayuran untuk makan malam tu, bendi 5 ketul, mahal hoo, alhamdulillah ok jee…

aku juga ada amik gambar bom atom hak jatuh di hiroshima tu, hak tak meletop tu la, diaorang simpan, namanya FATMAN, sebesar tong dram dan tingginya lebih kurang 2.5-3 meter, hak jatuh di nagasaki tade pulak kat muzium tuu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 ray ban August 11, 2010 at 8:43 pm
8 dinah afifah March 29, 2012 at 4:20 pm

sbnrx kaciand ma mreka tpi ya ad clahx ugha’ …….::::::

nagh2 school rakyat mcih kcil dah mninggal hemmm :( .,. :( .,. :(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 org kuching June 19, 2012 at 9:56 pm

woi gedik, tak phm satu patah pon aku ape yg ko tulis. bahasa biar la btol, bahasa melambangkan bangsa!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 SAMURAI January 10, 2013 at 11:05 pm

Semangat pahlawan samurai, pantang menyerah sebelum ajal tapi menyerah jugak! Kalau x dapat free sebijik lagi telur garuda……..hu hu.
Ha ha nasib baik kena bom. Kalau tidak akan pupuslah orang2 cina di Singapura(sook ching) atau Malaya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 uncu May 6, 2013 at 11:04 pm

ccd malaynjing. bahasa senonoh buat blok. koplak deh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: