[HATI-HATI] Harga Barang Naik !! Ada Cadangan?

by Staff Berita Semasa on October 23, 2009

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

hargabarang

Semenjak-dua menjak ini, saya perhatikan harga barang naik. Anda perasan tak? Kalau dilihat menjelangnya Hari Raya sebelum ini, kerajaan mengatakan harga masih lagi diparas “HARGA STABIL & TERKAWAL”. Kemudian, semasa perayaan Deepavali tempoh hari mereka mengatakan “HARGA STABIL & TERKAWAL”. Tetapi apa yang terjadi sekarang ini?

Yang menghairankan saya mengenai kenaikan harga barang kerana ia berlaku dalam keadaan negara kita masih lagi dibelengu kegawatan ekonomi yang mana menyebabkan kuasa beli pengguna menurun dan barang banyak yang tidak laku. Adakah terlibatnya secara langsung orang tengah atau pihak-pihak tertentu yang mengaut keuntungan lebih dalam diam. Apabila harga minyak naik, harga barang naik. Tetapi apabila harga minyak kembali turun, harga barang kebanyakannya tidak berubah. Sekarang ini, duit sudah hampir nilainya dan akan terus menyusut.

hargabarang5

Ya…mungkin harga barang-barang di Malaysia masih lagi murah jikalau hendak dibandingkan dengan Thailand, Myanmar, Uganda, Papua New Guinea atau pun Maldivies. Ya….untuk paras seperti ini kita masih boleh berbangga. Tapi sampai bila?

Kemungkinan boikot bukan satu jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana kebanyakan harga barang naik adalah antara barang-barang yang digunakan hari-hari. Jadi apa cadangan anda semua yang boleh dikongsikan di sini, supaya mereka yang terlibat secara langsung sehingga berlakunya kenaikan harga barang terpaksa akur dengan kehendak dan kuasa pembeli supaya menurunkan harga barang.

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 12 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang October 23, 2009 at 6:58 am

Kalau ramai-ramai kasi boikot
aku kena mesti peniaga turunkan harga punya :peace
ok tak? tapi jangan hangat2 taik hayam aja :phwitt   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 oneman October 23, 2009 at 8:11 am

Nak pakat boikot ramai2 tu yg masalah jgk kdg barang tu dah keperluan harian macam mana nak boikot…Lau ada barang alternatif yg lebih murah wlaupun kualiti rendah beli je lah barang yg lebih murah tu…kena pandai buat pilihan… :sedih   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 JohnJimat October 23, 2009 at 9:57 am

saya rase mmg harga terkawal.. tp dek sikap peniaga yg ni, mereka dgn suke hati menaikkan harge.. klu brg tu brg kawalan dan kerajaan pun da tetapkan harge kte boleh wt report psl peniaga tersebut :senyum   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 Pak Awang October 24, 2009 at 12:15 pm

Tapi aku rasakan kalau ramai-ramai boikot
mesti terdiam punya peniaga
kita pun mestilah sepakat
aku boikot ayam
ko boikot barang lain :peluk   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 zualliz October 24, 2009 at 4:50 pm

pelanggan kena wat 1 konsep yang menghimpunkan barang2 keperluan untuk dibeli secara pukal dan terus dari kilang..
jangan melalui orang tengah..lagi murah.. :duit   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 Ruzaini October 25, 2009 at 5:02 am

sekarang ini kalau tengok, hypermarket pun bukan boleh percaya
kononnya buat sale
tapi main harga sahaja
aku pernah kena masa pergi jayajusco  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

7 zaidkhalduni October 26, 2009 at 8:04 am

skang sume kena tanam sendiri lg baik, sihat dapat n jimat pon bole  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 serabut16 December 29, 2009 at 3:03 am

kalo da hrga brg naik,
gaji pon kne la naik!!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

9 adiadah January 24, 2010 at 10:02 am

Sesuatu undang2 berhbg kenaikan harga brgan apabila di wartakan di Parlimen perlu di laksanakan. Penguatkuasaan undang2 kpd peniaga yg menaikkan harga barang perlu di jalankan. Laksanakan hukuman berat..!!!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 adiksb August 12, 2010 at 8:11 am

zualliz:
pelanggan kena wat 1 konsep yang menghimpunkan barang2 keperluan untuk dibeli secara pukal dan terus dari kilang.. jangan melalui orang tengah..lagi murah..   

setuju kalau beli dari kilang lebih murah tetapi kilang tak buka kedai jualan terus dan tempatnya agak jauh jadi tak praktikal.
adiksb menulis artikel undefined ..Response cached until Thu 12 @ 2:03 GMT (Refreshes in 0.90 Hours)My ComLuv Profile  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 adiksb August 12, 2010 at 8:16 am

kalau kita buat cadangan, agak2nya pak menteri yang berkenaan ada ambil kira tak? kalau betul kerajaan kita perihatin tentu harga barang tak naik. sepatutnya gaji naik dulu, baru buat penyelarasan harga barang dan lain2 kenaikan.
adiksb menulis artikel undefined ..Response cached until Fri 13 @ 1:09 GMT (Refreshes in 23.95 Hours)My ComLuv Profile  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 Awang Semaun August 15, 2010 at 11:11 am

Saya berpandangan harga barangan akan terus naik sesuai dengan perkembangan ekonomi dan peredaran masa.Negara kita adalah negara pengimport, mana mungkin kita boleh kekalkan harga kerana barangan asas hampir semuanya datang dari negara luar, beras pun diimport, gandum diimport, tebu import, jagung import, benih tanaman import, daging ayam, kerbau, lembu import. Selagi kita menjadi negara pengimport maka jangan harap harga boleh dikawal oleh kerajaan yang bijak sana. Minyak sawit saja kita banyak…..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: