Sekarang ini apabila kalangan daripada anda yang “terkena” dan “terpaksa” bayar saman trafik di atas nama membawa kenderaan melebihi had laju, terdapat 2 syarikat yang akan menikmati sebahagian daripada wang anda semua.
Semuanya projek atas nama dasar penswastaan yang bertanggungjawab untuk melakukan pengawasan lalulintas di Malaysia menerusi lambakan kamera yang akan dipasang dan ditambah daripada masa ke semasa di sepanjang jalan-jalan raya yang “menguntungkan”.
Kami rasa ramai yang sudah perasan dengan lambakan kamera di jalan raya sekarang ini dan ramai juga yang sudah menjadi “pelanggan” kepada kedua-dua syarikat ini. Sebenarnya di bawah “Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik”, kedua-dua syarikat yang kami maksudkan di sini adalah :
- Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)
- ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).
Model perniagaan yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat ini atas nama penswastaan ini adalah seperti berikut :
- Tahap 1: Jika terdapat 5,000,000 juta saman trafik berjaya mereka kutip, sebanyak RM16 daripada nilai setiap saman akan diberikan semula kepada kedua-dua syarikat ini. (Oleh itu, jikalau syarikat ini berjaya melepasi tahap satu ini mereka berpeluang untuk mengaut pendapatan sebanyak RM80,000,000 – RM80 juta untuk peringkat ini sahaja
- Tahap 2: Tahap 2 pula lebih menguntungkan. Di mana, jika syarikat ini berjaya mengeluarkan 5,000,000 (5 juta saman trafik), syarikat ini bakal menerima agihan skim yang lebih menarik di mana mereka layak menerima 50% daripada jumlah nilai saman trafik yang berjaya diperolehi dan juga selepas ditolak daripada apa yang diperolehi mereka ketika dibayar selepas mereka berjaya melepasi tahap 1. Kerajaan pula seperti biasa akan mendapat lagi 50%. Maksimum yang dibenarkan bagi syarikat untuk peringkat adalah RM270 juta sebagai angka maksimum
- Tahap 3 : Akhir sekali ditahap yang ketiga, selepas ditolak daripada jumlah yang terhutang di peringkat 1 dan juga peringkat 2, syarikat ini bakal menerima lagi 7.5% daripada baki tersebut dan selebihnya kerajaan yang akan memperolehinya.
Hari ini nampaknya kita akan bermain dengan kira-kira di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang berjaya menangkap kesalahan rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:
- Andaikata terdapat 10 juta saman yang berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan setiap tahun dan setiap satu saman trafik itu bernilai RM300, bermakna jumlah saman trafik yang berjaya dikumpulkan mereka adalah sebanyak RM15 bilion
- Dan daripada jumlah tersebut, syarikat itu akan menikmati pendapatan sebanyak RM80 juta (untuk Tahap 1), RM270 juta (di bawah tahap 2) dan RM66 juta (tahap 3)
- Bermakna jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM416 juta berjaya diperolehi syarikat itu atau bersamaan 28 peratus daripada nilai saman trafik yang terkumpul
Pelaburan Beta Tegap & ATES Untuk Bisnes Saman Trafik di Malaysia :
- Beta Tegap dan ATES dilaporkan masing-masing telah membelanjakan sekitar RM300 juta dan RM400 juta bagi melaksanakan sistem penguatkuasaan trafik secara automatik di 831 “kawasan hitam” atau “kawasan yang menguntungkan” di seluruh Malaysia
- Kamera dan sistem yang digunapakai sekarang ini diimport khas dari pembekal Australia ($50 juta) dan Jerman (Euro40 juta)
- Tempoh konsesi adalah lima tahun
- Sistem Kamera mereka mampu rakam kelajuan, kesalahan langgar lampu istarat, memotong laluan berkembar dan juga menggunakan laluan kecemasan
- Beroperasi 24 jam
- Rekod data kesalahan trafik akan dihantar terus ke pengkalan data JPJ untuk tindakan samna trafik serta -merta
- Gambar lebih jelas dan adanya sistem “kedap udara”
- Perancangan jangka panjang, untuk ATES sahaja mereka dalam perancangan untuk memasang lebih 3,000 kamera di Malaysia
Agak-agaknya berapa & bagaimana pantas masa yang bakal diambil oleh kedua-dua syarikat konsesi ini bagi mengaut semula pelaburan besar yang telah mereka lakukan selama ini dan mula membuat keuntungan berdasarkan jumlah saman trafik yang dikeluarkan mereka dan yang telah dibayar?
“Dengan pelaburan besar yang telah mereka laburkan ditambah skim dan ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada mereka, adakah mereka lebih suka kelompok pengguna jalanraya yang patuh undang atau yang langgar undang-undang?”
P/S : Diharapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selepas ini turut mewajibkan AIRBAG untuk semua kenderaan tanpa caj tambahan disamping mutu jalanraya di Malaysia dipertingkatkan atas nama menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia.
PP/S : Adakah anda merasakan ia adalah pelaburan yang baik untuk negara dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Malaysia?




{ 141 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Bagi saya, ianya bagus untuk mengurangkan bilangan kenderaan yang melebihi had laju.. tapi setakat itu saja lah.. kerana kamera tersebut tidak dapat mengesan kesalahan lalu lintas yang lain (eg: tidak memberi lampu isyarat ketika membelok, mencilok secara merbahaya)..
setujuu……
setuju gak.
Biarlah kena saman dulu, baru anda tahu!
betol…
betul tu..setuju..
Aku setuju sangat pendapat saudara..
setuju jugak dengan pendapat kau,,,
setuju2…selain itu kalau kes2 rompakan n ragut…dapat detect route dorg lari ke mana….
bagus la.. kalau swasta buat.. dia buat betul2. kalau keja goment buat.. susah.. sekurang2nya kerajaan dapat kurang kan budjet bayar gaji orang keja gomen. kat negara maju banyak dah di swastakan.. sistem orang swasta tak ikut belanjawan negara. di orang ada duit. dia orang boleh upgrade sistem dia orang. kalau kerajaan polis ka JPJ ka terpaksa ikut belanjawan. tu pun selalu kena marah oleh orang..
bagi aku la.. bawa laju tu 30% je bahaya. yang paling bahaya nya orang bawa keta ikut cara bodoh. kalau dah lorong laju masih bawa slow. kalau dah lorong laju bawa 80.. kan naya bagi org dah speed laju.. last2 sama la cium pagar jalan.masuk simpang ka, keluar simpang ka pun bodo. jarak 20 meter baru nak masuk simpang, keluar simpang. pas tu tak bagi signal.
ada orang kalau jalan sehala sukar nak tunjuk kuat. kalau dah orang dah kuar memotong.. tahu2 la slow kan keta.. ini tak.. nak tunjuk kuat.. terus mecut laju. dia cakap orang motong tu salah.. last2 bercium la… bawa keta pun bodoh sombong.. faktor ni la penguatkuasa kasi serius.. bagi saman orang bawa slow.. tak bagi signal. motong cara bahaya. parking sebarang
PENGUATKUASAAN UNDANG2 TELAH DIPERNIAGAKAN !KENAPA TAK BERITAHU SIAPA KAH PEMILIK DAN ORANG YANG BERADA DIBELAKANG KEDUA2 SYARIKAT TU ?
wah….arahan bn-upco…licik2
Saya setuju, setengah-setengah pemandu di negara kita ni kurang kesedaran sivik serta kurang kawalan kendiri, semua kena penguatkuasaan baru nak buat. Kalau dah begitu keadaannya, eloklah tu, dah berani langar undang-undang lalulintas kerana beranilah berdepan dengan tindakan undang-undang. Kita lihat je lah di highway, bila ada jem je sedikit, kita boleh lihat berapa banyak kereta yang akan masuk ke lorong kecemasan…walaupun media kita telah berulang kali menyatakan jangan gunakan lorong kecemasan bagi memudahkan bantuan disalurkan sekiranga dalam keadaan kecemasan. kalau nak ikutkan nak cepat, semua orang nak cepat…dalam keadaan tertentu kita kena bersabarlah……
waa, kayo den
apa yang susahnya
bawaklah slow
itu pun tk boleh nak pikir ker?
A bit dissapointment since we never know whether the system actually works, or error. Sebab ada yg dapat saman traffic sedangkan dia dalam border hadlaju 110km/h pada kawasan 110km/h, lebihan had laju=0
kang retard tu namanya
Takde masalah bagi kes yang saudara sebutkan tu. Sebenarnya, bagi kawasan speed limit 110km/h, saman hanya akan dikenakan jika kenderaan saudara mencecah 121km/h ( ada tambahan + 10 km/h dibenarkan disitu bagi mengambil kira error yang terlibat ).
Sape yang retard?
SETUJU,AKU PUN DAH KENA,YANG PELIKNYA TIME TU AKU DAH PUN SAMPAI KE PENANG,BILA MINTA BUKTI DISURUHNYA KE KUALA KANGSAR AMIK FOTO,X KE BENGONG,…BAIK AKU BAYAR JE RM300 TU DARUI BUANG MASA DAN DUIT NAK KESANA..
bodoh punya gov buat highway tapi suruh org bwk slow..baik ko tunekn je smua kereta kt malaysia ni bwh 100km/h..mula dgn kereta nasional kebanggaan smua tu kahkah
haloo…nenek. kalau ko tak boleh ikut undang2 tak payahlah salahkan gov. undang2 tu ujud sebap manusia tu sendidiri.
kau bodo lembu
kau lagi bodo dari lembu.. semua undang2 nk langgar..
aku sokong nenekau buat hiway dr zaman samivalu sampai skrang lanie 110km/j beli keta mahal nak bg 6 speed pun x puas…nie smua kerja menyusahkan rakyat sepatutnya hiway speed trap sekurang2 160-180km/j yg mna nak slow p suruh kerajaan buat keretapi laju…..tu mahathir dr dulu apa perancangan dia buat?Dari buat putrajaya baik dr dulu di buat keretapi laju dr utara selatan baru -+700km….keja KL xpayah duk kat KL boleh duk kat utara/selatan ja. lanie baru hampa sedar harga hartanah da naik tinggi pastu menyusahkan rakyat…pastu xdelaa jalan jem memanjang nie smua idea bangang xde perancangan.
Lepas ni ko je la jadi menteri.. Semua ko pandai kan? Idea ko je la cerdik…
HAHAHA YE BETUL…
klu smua nk laju bnyak la kmalangn yg brlaku.. pikir2kan lah.. diorg buat had pasal brsbab
ada mabok bawak kreta itu barang bleh trace ka ?
BERITA SEMASA PERLU SIASAT DAN NYATAKAN SIAPA EMPUNYA SYARIKAT KONSESI DAN SUSURGALUR SYARIKAT ITU
Pihak Syarikat buat kerja dan dapat untung banyak
Kerajaan cuci tangan dan dapat untung juga
Pengguna jalanraya kenderaan laju melebihi had yang dibenarkan bayar saman bagi wang dengan syarikat dan kerajaanlah.
sapa pegang kerajaan lagi senang laa…jalanraya tak perlu buat…swasta yg buat..kerajaan dapat kongsi tol… saman pun pakat pakat kongsi dapat! macam ni mat jenin pun bolih jadi kerajaan laaa…
pakai je sejenis screen yg bole menghalang cahaya infrared menembusi dan merakam no plate anda…anda berminat..sila cari sendiri hehe
laku tak modal politik macam nie
bagus utk mengurangkan manusia2 di jalanraya memandu ikut suka…tapi tahap kelajuan di ‘highway’ patut di perbaiki semula…kdg2 tak logik…jalan elok dan satu hala..kelajuan 110km/h, rasanya lagi elok kalau dinaikkan sedikit tahapnya…jalan persekutuan yg bengkang-bengkok dan merbahaya..kelajuan di beri 90km/h sedangkan saya rasa lagi patut diturunkan ke 80km/h…., tapi lagi elok kalau diorg nak cari duit dgn saman mereka2 yg tak tahu nak guna lampu isyarat…memotong di garisan berkembar….mereka2 ni pun cukup merbahaya sbb langsung tak pandai nak ikut undang2..
setuju… tapi sediakan papan tanda gambar kamera tu supaya orang diberi amaran terlebih dahulu… kalau sorok2 tu namanya nak pekena rakyat… metekerah duit rakyat..
bkn nk kena kan rakyat tp klu dh tau kat satu2 kwsn x blh bwk laju, jgn bwk lbh dr yg dipaparkan.setiap jln mesti ade aras brp blh bwk.klu 80km/j, bwk 2 jgn la smp 120km/j plak.jgn ikt hati.org x srh pon bwk kete laju2.ni sume mula dari hati….
80KM MACAM MOTO KAPCAI ZAMAN JEPUN JE BRO…
nak tau gak semua2 nie kira saman ekor ke??? klau camera dapat tgkap org yg bwk laju & pihak b’kuasa terus tahan & suruh sign xpe gak tp klau ssorg 2 gn no flet sm & org yg daftar no flet yg kn saman mcm ne lak?????? (bkn hwey la…)
tunggu lepas pilihanraya dan tengok apa kerajaan nak kata…la ni dak lagi laaa…
bg saya had laju 110kmj yang ditetapkan di lebuhraya adalah tidak munasabah utk digunapakai pada zaman sekarang ni…ini kerana cc bg setiap kenderaan adalah berbeza…cuba bygkan kereta 2.0 bwk dengan kelajuan 110kmj…?confirm x sedar kita terlebih tekan menjadi 120kmj atau lebih…pada pendapat sy lorong kanan adalah lorong yang tiada had laju ditetapkan seperti yg dibuat di luar negara…pendapat korang?
Had laju di tetapkan kerana untuk mengelakkan kemalangan dan faktor jalan bukan kira CC kenderaan bro…
lau bawak terhegeh tu pon patut kene saman gak..puihhh lg menyusahkan org…da la lembab tu la yg bwt org stress pastu da stress mule la emosi xstabil,bwk kete pon paham2 la…xpayah nk menyalahkan org bawak kete laju je…nk laju bole tp jgn la sampai terlalu laju..nk pelan pon ko pny hal tp jgn terlalu pelan..ada paham??kemal ni mesti jenis manusia bwk kete 60kmh,pastu xpeduli org belakang..puihhh
TAPI PESAL JERMAN NU KURANG JE EXSIDEN DIA,SEBAB XDE KURA2 DOK TENGAH JALAN BAWA 11OKM HAHAHA…
di negara luar pun ada speedtrap tetapi ambil kira 3 tapisan maksud nya kamera pertama,kemera kedua,kemera ketiga..kalau ketiga2 kemera ini mencatitkan kelajuan konsisten baru di kenakan saman..tetapi kalau kelajuan tidak konsisten contoh kemera pertama catit kelajuan 130km, kemera kedua catit 115km ,kemera ke 3 cati 120km..keputusan nya menunjukan kelajuan 120km.tak kena saman..maklum lah kadang2 keaadaan jalan tu membuat kita speed laju ,menurun bukit,kereta dari belakang laju sangat,,sebaik2 nya had laju di lebuh raya di tingkatakn ke 130..aku rasa 2 syarikat di atas di milik oleh 2 org sahabat M dan SV sebab dulu ada ura2 nak pinda kelajuan ini tetapi di halang oleh SV..
Bagus jugak buat mcm ni..Undang2 yg di buat oleh manusia itu kerana untk mendidik manusia itu sendiri. So kalau semua manusia ni baik dan bagus, undang2 tu pasti tidak relevan.Yang salah tetap kena denda…
macam sistem MLM pulak, siap ader tahap 1, 2 n 3 lagi.
lepas ni company boleh la target tahun ni nak income berapa ratus juta, tahun depan berapa ratus juta. hmmmm…. saman berbilion2 tapi projek jalan asyik diswastakan jer lepas tu kutip tol. Kerajaan buat apa yer… makan percent jer ke? Macam 3 abdul pulak. 25%. Pandai betul KERAjaan umno bn buat duit meniaga dengan harta rakyat.
kaut untung senang2..kroni..
wei..saper suruh wat kesalahan….
Apa mau bising.. Lu dah speed pastu xnak bayar speed trap.. Aku boleh bayar x banyak songeh asal ko x boleh.. Tiap bulan dapat 2-4 saman aku bayar ja.. Xnak kena saman xyah la langgar speed trap.. bawak ikut had laju.. Ni bukan soal sapa untung sapa rugi.. ni terletak pada individu.. Suka langgar peraturan pastu nak salahkan orang.. Pandai buat pandai la tanggung..
betol
gentle la bro ek…lu speed..lu bayor la…yang lain2 kat sini sume org miskin..sbb tu nk mmbngkang undang2 jer
TAKBUR DAN RIAK TU HAHAHA
2 company kroni ni telah dilantik serta telah menandatangani perjanjian terlebih dahulu sebelum akta pengangkutan jalan bab penswastaan saman dipinda dan diluluskan di parlimen. Parlimen belum lulus kerja sudah jalan, cekap betul kalau melibatkan fulussss. Tak caya tengok hansard parlimen. Benda ni dah ditentang oleh YB pakatan rakyat kerana telah diluluskan tanpa sempat dibahas dengan terperinci.
Pro: Boleh kurangkan risiko kemalangan kerana semua takut duit melayang, so bawak ikut had laju.
Con: Jika ada kes emergency atau separuh emergency kena saman jugak mesti meluat. dan akan banyak kamera company ni akan divandalisme kan. kah kah kah
Sekarang ni lebih kepada kerajaan berniaga…..bukan untuk kebajikan rakyat……duit hasil kesengsaraan rakyat…..bagaimana pula dari segi fatwa agama tentang hasil ini….
kenapa kerajaan tak buat signboard yang besar untuk halaju 60km….atau banyakkan line kuning supaya mengurangkan halaju…atau letakkan gps disetiap kereta yang mengatakan ada speed trap….atau edar brosur kepada pengguna di mana ada halaju 30 km atau 60 km, 90 km dan 110 km
sebagai rakyat yang miskin kalau kena saman rm300 bukan senang nak bayar…..gaji bulan lebih kurang 600 je
kenapa di thailand tak ade halaju…….?
dah kerajaan punya dasar
ikut jerlah
kalau nak peraturan bawak laju 180 km sejam tanpa kena apa2 tindakan pergi jadi balachi anwar berahi
kalau tak dapat gak, pergi buat demo mcm rushan bershit hari itu..
Bodoh punya orang cakap,serupa tarak sekolah,
idea dah ok. tp part penswastaan dan pungutan tu nmpak sangat menyimpang. dari bg terus kat poket induvidu, kan lg elok masuk kat kewangan negara. skurang2nye boleh la bayar hutang negara tu skit2. xfahm dgn dasar kerajaan skrg. sanggup berhutang utk melabur kat luar. tp yg kat dlm negara ni senang2 je bg kat induvidu tertentu. knp ye?
bro…
harap maklum…xde mane2 GPS pun bole detect camera speed trap…
GPS yang mengesan speed trap tu..pasal org dah upload camera speed trap location kat map GPS tuh…
macam add POI nearby…
aku bagi contoh dalam GPS ko..kat map die ade org add
pump minyak kat jalan 2…coordinate sekian-sekian..
baru GPS ko show pump minyak tu…bukan GPS ko detect auto..sume mcm tu..tol..clinic..sekolah..balai polis..
contoh aku perasan ade camera speed trap kat jalan km56..aku akan add kat web site papago..kat map..
so next time kalu ko update map… baru ade kat GPS ko..
harap maklum..sekian
Gaji lebih kurang 600 takyah la nak menggatal langgar peraturan had laju.. Peraturan tu di buat untuk kurangkan kemalangan… Edar brosur pon berapa ramai yang baca and amek pedulik? KALAU signboard hadlaju pon ko tak boleh nak nampak, nampak sangat ko bukan pemandu yang baik… Orang yang pandu tak tengok kiri kanan dia je selalu tak nampak sign board tak kira besar mana pon.. Huhuhu
ada eloknya juga.. kurang sket org bawa lebih had laju…
jgn jadikan sini sebagai sape untung lebih atau sape rugi..
kita sebagai pengguna jalan raya kena la alert sentiasa…
so jgn la wat kesalahan2 tu…
Satu lagi projek umno be end mengkayakan kroni…
Pada pendapat Pak Ngah, had laju di Malaysia perlu dikaji semula biar selaras dengan peredaran masa. Penetapan had laju hendaklah berdasarkan spesifikasi teknikal yang bernas bukan semata-mata ikut “suka hati” menempatkan kamera had laju. Sebelum mewartakan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan had laju, beberapa kajian perlu diteliti umpamanya KELEBARAN JALAN, KEKERAPAN PENGGUNAAN, KAWASAN ANGIN LINTANG, BAHAN YANG DIGUNAKAN. Apa yang Pak Ngah perhatikan PDRM main pakai letak kamera sahaja sedangkan jalan tersebut sesuai dengan kelajuan di bawah 110KM/J. Di Putrajaya sendiri jalanya yang lebar lagi luas had laju ditetapkan 80KM/J adakalnya hingga 70KM/J. Lebih sahaja 5KM/J tunggu surat saman di “post box” masing-masing. Suka Pak Ngah syorkan kepada PDRM had laju di Putrajaya lebih baik dihadkan kepada 40 – 50KM/J mudah mengutip hasil saman. Renung-renungkan!!!
mampus arr mcm ni.. nampak gayanya lepas ni asyik kena bayar saman speed trap la. kalo buat speed trap dekat kawasan 110km/h jer takper, ni yg sialnya dekat 90km/h tu la diorang pi buat speed trap..haram jadah.. takat 90km/h nak potong moto pun tak lepas…hahaha
salam untuk semua,
kerajaan dah tentukan hadlaju nasional 90 km/j dan untuk lebuh raya 110 km/j supaya kita semua beingat selalu. Kalau nak laju anda semua boleh bawak di litar lumba, adakah anda semua pasti, dengan 110 km/j impak perlanggaran sangat minima? alangkan 50 km/j penumpang belakang boleh tercampak keluar.
apa yang ditentukan oleh kerajaan BN haruslah dipatuhi semua rakyat, jangan ikut nafsu seperti pembangkang tu.
kita semua nak syahid, tapi kalau dah mati sebab eksen, bernafsu nak lumba, mati katak lah jawabnya.
apa nie bro… pasal speed trap pun nak dipolitikkan??? rileks la… kan admin BS dah tanya “Dengan pelaburan besar yang telah mereka laburkan ditambah skim dan ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada mereka, adakah mereka lebih suka kelompok pengguna jalanraya yang patuh undang atau yang langgar undang-undang?” —-> mesia nie sumer benda berduit… nak bagi ceramah ramai org angkut sumer budak2 PLKN…. puak mana la tu…
sepatutnya kerajaan letak 110km/j hanya untuk kereta malaysia yg xde ciri2 keselamatan sepenuhnya. sekian terima kasih
so utk VVIP xyah lah laju2 smpai kn stopkan trafik rakyat…kan sm2 bayar cukai jalan kan???? kwsan memotong tp xle bwk laju apa guna wat lorong memotong???? cthlah org dpn bwk 60km/j yg memotong mst lbh kan sekurang2nya 80km/j xkan nak sm gak??? (utk kelajuan yg bole diterima la)
haa setuju tu.. kdg2 rasa tak logik dgn had laju yg ditetapkan dgn jalan. satu lagi dicadangkan letakkan papan tanda amaran kawasan berkamera had laju..misti org tak bawa laju punya..kalau main tibai letak saja tanpa beri amaran ni bukan nak kawal tapi nak kutip duit saman..
dengar cerita sekarang gov nak wajibkan semua kakitangan kerajaan mengambil cuepacs care (link dgn cimb) iaitu pelindungan insurans bagi kos perubatan kerana ada ura2 lepas ni hospital kerajaan tidak lagi menanggung kos perubatan org kerajaan.hampeh.jadi tiap2 bulan wajib bayar caruman insurans tu.
Sekarang ni masing-masing dah nak berniaga pula. Dalam baik kakitangan kerajaan diperkena. Yang diatas tu, nak duduk jadi Ahli Lembaga Pengarah kot!
Ada ke saluran untuk memberikan cadangan2 di atas? seperti had laju dinaikkan dsb.
kalau ada la..
Di Jepun kereta murah-murah, hebat-hebat. Tapi hadlaju jalan biasa 60 km/h.?Hiway terbaru, baru launch April lepas. Tapi hadlaju di Hiway terbaru tu 100km/h je. Xkira la hang bawak GT-R ke apa ke…
Di jepun pun ada sistem tangkap gambar. kalau malam siap ada flash lagi. Tapi semua tu company jepun sendiri yang buat. Macam Malaysia, nak harap rakyat sendiri develop camera memang takleh harap la. asyik nak politik je….
Engineering tu pun ilmu Allah. Jangan lupa..
aku duk jepun 6 tahun. kat highway mmg ada tulis limit, TETAPI x penah ada speed trap pun. bawak la selaju mana pun. itu hakikat jepun. dari osaka ke hiroshima pun boleh, nk tgk ferrary race dgn evo10 pun boleh. takde kamera, polis dll.. tapi kat jalan biasa mmg cukup ketat, dan ajaibya tiada siapa yg pernah melanggar speed limit di jalan biasa jepun kecuali org malaysia, cina dan indon.
kalau sume pakat bawak slow,ikut peraturan.. jgn ko bising, highway dan jalan2 biasa akan menjadi lebih jammed…
Setuju pun ya..tak setuju pun ya….tapi syarikat syarikat tersebut kepunyaan menteri UMNO yang mana yer..??????????
kalau hidup asyik nak menuding jari memang sampai bila2 pun negara kita takkan maju. anggap jek lah bila nak bawa laju, kita kena beli tiket nak bawa laju yang beharga rm300 iaitu saman. kalau rasa xboleh, duduk diam2, bawa elok2. alhamdulillah, setakat ni aku bawa 140-160km/j memang xpernah kena saman. just ingat lorong konon untuk memotong. kalau drpd kl-jb kau press 160km/j dkt lorong kanan memnglah kena. tapi pepun kita kenalah sedar risiko nak bawa laju.. sendiri faham sudah. sekian.
salam…
klu dh buat salah mmg pttlah disaman..aku sll ngelat bayor saman.. tak pn tggu diskon..
p/s-berita semasa…asal tetiba ttp video tu?? tak dan aku nk komen.. skmm sound ke? td aku tgk jap sian..teringat ank aku sll kna pukul bila aku marah..nakal sgt. sll bila aku marah terkuarla kta2 dasar org jhor jawa mmg jahat..ishk ishk
KEMPEN MELOBI KERJAAN MEWUJUDKAN UNDANG2 SYIRIK
klu tak kerana aku kena syirik dek org jahat lg gilo mana tah.. aku pn tak heran.. tp mengikut pengalaman aku elokla undang2 ni dwujudkan secepat mungkin.. baru puas hati. yg pasti dunia akhirat aku tak ampunkan yg berkenaan itu…semuanya sekali…
p/s-berita semasa-politikus yg dok lalu lalang kat sini taknak ke tolong sama berkempen wujudkan undang2 ni. dah lama aku tgu..
BAGUS !!
LAGI BAGUS KERAJAAN LETAK SPEED-TRAP SETIAP 1 METER.
LAGI BANYAK SAMAN LAGI LANCAR BAYAR HUTANG NEGARA
aku suka… tiap2 bulan staff gomen naik gaji… yihaaa!
Saya ada satu cadangan, adil untuk semua. Untuk semua lebuhraya, setiap tiga km, bina sahaja bonggol unta, baru kita tahu kemalangan berlaku atau tidak, saman dapat dikutip atau tidak. Kalau dibuat macam itu, kita tengoklah syarikat mana yang pening kepala.
Lebuhraya letak bonggol unta eh? Baik ko tukar nama lebuhunta je.. Amenda la idea ko ni.. Lagi tak selamat ada la… Ko ni yang pening kepala aku rasa.. Hahaha
aku tension kat jalan halaju 60km…dah dekat rm2000 aku kena bayar tahun lepas…..aku bawa lebih kurang 70km…sebenarnya bukan tak mau ikut peraturan….papantanda 60km tak namapak dan tersorok dah le tu…..halaju 60km sampai berkm km…..manaleh tahan beb kalau naik kereta lembu tak pe le……terpaksa main brek untuk slow kenderaan…
Jalan bidor teluk intan makan duit betul……….
macam kena rompak dek polis……
duit hilang camtu je…..
kalau duit yang aku bayar saman tu buat signboard besar kan bagus….semua orang tak kena saman……
kalau undang undang lalulintas ini tak dibuat begitu, dah lama anda meninggal dah.
ramai yang dah mati dek melanggar undang undang lalulintas ni.
undang undang ini dikuatkuasakan baik sebenarnya untuk kita..tapi masih ada yang mengekarinya..
memang ada yang masih selamat walaupun tak mematuhi undang undang memandu ni…tapi waspadalah,,apabila sesuai keadaannya, bertemu buku dengan ruasnya,,haa,,disitulah ajal anda.
AJAL MAUT DITANGAN TUHAN,DOK TIDO PUN KLU DAH SAMPAI MASA PEGI JUGAK BRO,XYAH TUNGGU BAWA KETA LAJU2…
Pakai aje GPS macam Papago, boleh detect kamera. Bila menghampiri kamera sejauh 900m mende ni akan beritahu ha ha ha….amat berfungsi!!!
tak lame lagi ade penghack kasi hack speedtrack tuh hahaha.kasi letop sume2
ada baik n buruk nyer..
yg baik,..kalo xmo kne saman,ikut le peraturan lalu lintas,xkene saman.
yg buruk,..tahan ke nak ikut semua peraturan lalulintas tue?skali skali nak pecut gak kan..
mari kite bongkar sape orang orang di belakang 2 company UMNONGOK nih..msti puak2 KRONIS…diorg nih memg la x rase KESUSAHAN RAKYAT kl kna saman pun CLAIM DUIT KERAJAAN bukan DUIT GAJI SNDRI…BODO PUNYE PERATURAN NAK KAUT UNTUNG KAW2 JERUT RAKYAT SNDRI
kalau ada perasaan iri hati atau cemburu keatas 2 syarikat yang disebut mengemudikan perniagaan ini..pastikan anda atau setiap pemandu ikut peraturan, jangan sekali2 menerima saman.
dengan yang demikian, 2 syarikat tersebut mungkin akan bankrap
TABIAT,
Kebiasaan perkara yg sentiasa dilakukan secara berterusan
TINGKAH LAKU,
Perlakuan mendidik TABIAT.
Tabiat susah nak kawal,Tingkahlaku boleh di kawal untuk mengubah tabiat.
Cara saman trafik ni adalah utk mengubah tabiat memandu rakyat malaysia.Bagus tu..
Soal siapa yg untung tu adalah dasar persyarikatan Malaysia yg diperkenalkan oleh Dr.Mahadur dulu..no komen
Banyak lagi contoh2 tabiat buruk yang boleh di kawan dgn cara mengawal tingkah laku ini,cthnya:-
- Membuang sampah ke sungai,puntung rokok di pijak ke lantai,Membuang minyak motor ke sungai,mengotorkan tandas awam,membakar secara terbuka dll.
- menangkap@membunuh haiwan liar
- bela anjing tapi tak jaga,lembu,kerbau dll
Jika orang malaysia ada kesedaran,mengawal tingkah laku,kita akan mempunyai negara yang cantik dan rakyatnya sangat prihatin@ambil peduli.
Keadaan sekarang ni kaum pendatang rasa amat selesa tinggal di sini sampai tak ingat nak balik ke negeri asal,sebab dia kata sini senang,tak banyak kacau..bkn tak banyak kacau tp rakyat tak prihatin..
Pemerintah mestilah prihatin,kuatkuasa undang2.Jika ada parti baru nk memerintah inilah perkara2 yg perlu di ambil peduli.jangan tengok duit masuk- keluar saja.
cd porno satu…
:3bgus la sistem ni… harap di bt mcm diluar negara…ada bt papan tanda di kawasan speedtrap dan x disembunyi2… kesian yg teraniaya xtau ade kawasan yg had laju 90 je walaupun highway…saje cabut nak dpt duit lebih xtau le kan…hahaha kalo bt saman…kena la gov mansuh tol…hahaha… yala jalan kena byr tp xdiberi speciality…malah disaman pulak… patot kita dilindungi kerrana kita membayar perkhidmatan… xgitu… udah2 la aniaya rakyat
kalo org susah kena saman sbb bwk 110 di kawasan 90…-saman 300 dah aniaya org susah…pikir2 ye
just my 2kupang….
Idea nya ok boleh diterima, bab penswastaan ni ada sikit kalut(kanchong). Penswastaan ni byk pro contra nya, bagi sebuah negara yg berdaulat sistem ni tidak sesuai digunakan, bukannya semua tapi hal hal yg bersangkutan dgn kerajaan seperti api air perhubungan talipon keselamatan etc etc. Apa gunanya ada kerajaan kalau malas cuma tau makan ‘riba’(komisyen)je. Fungsi kerajaan adalah membela dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat dgn harga yg tidak membebankan. Sejarah telah pun membuktikan bahawanya sistem ini tidak mencapai matlamatnya, Tun masa pentadbirannya dulu membawa sistem ini dgn harapan agar dapat mengubah cara dan pemikiran orang melayu khas nya tapi semuanya gagal. Kecewanya Tun. Dah malas dah saya ni, kesimpulannya kan lebik elok PDRM sendiri uruskan, keuntungan yg diperolehi dpt di gunakan balik oleh kerajaan untuk mengemaskini PDRM ke rakyat ke jalan ke amende ke, jangan pulak jadi pemimpin yg tak amanah sudah, ini tidak kroni je yg kaya raya rakyat terbeban. ok dah lah, letih ni.
Biasa la tu,tak tau lagi ka negara kita pasca mahathir semuanya swasta n korperat,ujung thun kutipp cukai,tngok saja la tnb tahu2 je tarif naik,air kat selangor mcm tu juge la..gaji pengurusi syabas je hmpir 1/2 juta sebulan tau bkn setahun tau,se tahun 4 kali jd jutawan hasil usha umno la pasal pengurusi syabas kan org kuat umno..senang ckp kroni la tu yg ghairah rngat
orang singapork macam celaka masuk hiway malaysia bawak laju2..
itu pon aku tak taw dorang bayar saman ke tak..
salam. pada saya inilah antara tindakan pdrm yang paling tidak beretika. walaupun bermaksud baik iaitu untuk menguatkuasakan peraturan dan undang2 jalanraya tetapi jika ianya dijadikan “bisnes” oleh suatu entiti, apa maknanya tu? adakah sesuatu tugas khusus pdrm atau jpj dijadikan “punca pendapatan” oleh entiti perniagaan? agak malang benda ini boleh terjadi. ini bukan soal politik, tetapi ini lebih kepada soal tanggungjawab. syarikat yg dapat “kerja” itu pastinya akan memasang perangkap ditempat lubuk untuk mendapatkan lebih keuntungan. lagi banyak gambar diambil, bermakna lagi banyak keuntungan bagi syarikat. saya hampir pasti, pada tahun hadapan, bonus untuk staff syarikat yg dpt kontrak tersebut boleh mencapai melebihi 12 bulan gaji! apa kata lepas ni semua penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara diswastakan!!!
p/s: banyak benda baik yg dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengutamakan kepentingan rakyat, tp menswastakan perangkap laju dijalanraya amat2 tidak wajar, buruk, tidak beretika dan membelakangkan tanggungjawab sebenar pdrm dan jpj. tutup sahaja cawangan trafik lepas ni. tumpukan usaha pdrm kepada pencegahan jenayah!!
Diswastakan supaya kos selenggara setiap kamera tu tidak di tanggung oleh kerajaan selepas siap dipasang… Kalau selenggara sendiri tiap2 tahun tak ke membazir DUIT RAKYAT?
kalau anda kena saman ekor apa tindakan anda? bagi saya selagi ada kes saman ekor disebabkan melebihi had laju tanpa ditandatangani dihadapan anggota polis atau jpj jangan diharap saya undi kerajaan sekarang… itulah protes saya semasa pilihanraya
sayangkan kroni politik… undi tergadai, bodoh punya visi pilitik barisan, kasi rakyat sakit hati, walaupun aku meyampah kepada pembangkang pr tetapi tiada pilihan lain aku akan protes, tuan puan juga gunakan kuasa anda , jgn beranggapan rakyat senang di gula gula, senang di bodoh bodohkan
2 sykt tu…milik kroni BN ke ? Nak balik modal dia org tu sekejap aje…lepas ni kaut untuk je la..mcm sykt yg pegang konsesi highway….PRU13 jom kita ubah…PR
apabila niat yang baek dipolitikkan dan diniagakan… teman tak heran klu selepas ini banyak kes vandalisme pada camera2 speed trap,… setahu teman dalam etika perniagaan islam ada 5 syarat tiada unsur monopoli, menindas, manipulasi, membawa kerosakan dan unsur2 haram. klu salah tolon betulkan. kan sini ada unsur menindas, manipulasi dan monopoli.
dun worry..no such thing as per today..its juz a high speed camera..speed trap only done by police traffic (with a human click to catch the speed and do trap)
Tq.
kalu x nk bagi keuntungan pada syarikat ni, jgn lah bwk laju2..nak laju ikut keperluan lah..especially masa emergency…ni manjang nak laju jek…abis keselamatan x nak pikir ke??diri sendiri satu hal…abis org sekeliling yg berkemungkinan jadi mangsa mcm mana lak???dah kena saman byr lah…nak wat camner…dah mmg langgar undang2 kena lah terima dan akui je lah kesalahan tu…aku pun dah brape kali kena saman speed trap nak x nak, ader duit ke x aku byr gak…nak wat camner saper suh bwk laju…padan muka aku…tp yg bwk terlalu slow tu hengat2 lah skit…kalu nak mkn angin sila lah himpit tepi skit or bg laluan pd org yg xde masa nak mkn angin mcm awk tuh…
Ai..2 syarikat tu jer? Kenapa 2 syarikat jer? syarikat2 lain xleh ambik ker?tender tu telus ker? mesti ade nama menteri,anak2 menteri or kroni2 BN dalam syarikat tuh..kan dia org tu bijak pandai..bijak pandai songlap duit..
Ko bagi la cadangan satu kamera satu syarikat… Baru adil kot? Letak nama ko skali..
saman je la klu duit tu untuk guna buat jlan ke, baiki jalan ker… tp klu untuk investment tu agak menguntungkan sesetengah pihak shaja….
saman nie nak mendidik ke nak duit???
kamera tu jala ikan untuk tangkap lembu???
kat german kalo bwk slow kena saman..
betulke bwk slow x eksiden?
mcm maner kalo improve dan bykkan public transport dengan kurangkan mobiliti vehicle atas jalan?
aper criter letak gambar rosmah tepi jalan kasi driver ngeri bwk kereta?aper criter kalo vvip pin stop masa lampu merah?
takkan saman je,saman,saman…nanti saman pun ada interest,flexi payment..diskaun..dah sah meniaga.
tak kisahlah utk menjaga keselamatan diri dan org lain tp agak2 lar tmpt takder mende pon ader speed trap bwk 60..aku bwk 71km/h pon kene hampeh tol..gambar ngan surat speedtrap tak dpt..check pakai sms aku kene byr nak pegi balai amek gambar aku kene bayar..aper nih???
saman ni bertujuan mendidik..
agak2 dapat kurgkan masalah lalu lintas tak?aku tak nampak langsung..nampak lebih kpd nak pow duit jer..bukan membela pesalah lalu lantas..aku pn nyampah..tapi persoalan nya adakah kita bersetuju dgn undang2 yg dilihat sprt nak berniaga..kesalahan tetap kesalahan..tpi jgn amik kesempatan atas kesalahan..kalo nak diambil kira prioriti, keadaan fizikal jalan dulu kene amik perhatian..ini tgjwb krjaan krn pengguna bayar cukai jalan..tgjwb ini pun xtertunai..mgkin jgk tgjwb ni xde masyuk…
Perangkap laju tak ssuai brbnding sekatan Dan sman. Sbb pihak boleh menilai scara dekat kmampuan knderaan tu sndri.bygkanlah sy memandu knderaan dgn kapasiti sisi 3 ribu ke ats Dan bhp yg mantap,dgn cukai jln yg mhl sgale galenye mhl disruh memndu dgn klajuan 110 km di lbuhrye.sdgkan produa myvi mmotong sy dgn slamber…kndraan mane yg lbih mrbhaye..pkir-2 la government atau sy tukr kreta elektrik sje la..amat tak adil..
110kmh dah kira untung.. Ko pergi Singapore.. Bugatti Veyron bawak 90kmh je sebab itu speed limit dalam Singapore walaupon jalan dia cantik and lebar… Kalau nak bawak laju sampai tayar belakang potong tayar depan tu pon boleh je sewa track litar lumba.. Takde sape nak saman..
Pesalah lalu lintas apasal nak di bela? Nama pon pesalah? Kalau tak langgar peraturan takde la dia untung.. So jangan la langgar peraturan… Abes citer..
Salam. Yg penting, ikut peraturan jalanraya.
semua ikut speed limit…..tk la kena saman… syarikat tu pun tk dapat hasil… kemalangan pun mungkin kurang…. tk perlu tuduh sapa yg untung dan sapa yg rugi… kita la untung tk kena bayar saman… apa pendapat sahabat2… syarikat yg dilantik buat keja dia… kita buat keja kita.. hati2 dijalan raya
kayo den
tak semua kamera yang dipasang adalah kamera speed trap…sebahagiaannya adalah untuk monitor trafik…
dekat sini kita nampak betapa liciknya Swasta,dan Baghalnya kerajaan untuk membuat duit..dari saman tersebut sudah pasti yg membuat keuntungan buta adalah swasta..sama macam kes VOUCHER buku,yang diberi tender kutip VOUCHER hanya 2-3 buah kedai buku CINA..tengok pada modal syarikat swasta yg besar ni dah nampak GOV sekarang ni desperate nak duit,kalau boleh 1 kereta pun diorg tak nak lepas..sebab majoriti yang eksiden di highway bukan sebab laju,tetapi pandu secara merbahaya..dalam bab ni kerajaan cukup pandai untuk mengikut cara negara2 maju,menggunakan kamera 1st level tapi bila banding jalanraya,keselamatan kereta,harga kereta tu tak pulak..
Salam. Pandu cermat, jiwa selamat. Bersopan di jalanraya…. dan selalu bersifat positif serta jangan buruk sangka.
Tunggu, jika dah dibuat bonggol unta di semua lebuhraya,masa tu bolehlah sebut pandu cermat, jiwa selamat. Selagi tak dibuat bonggol unta, selagi itulah slogan ini tak bermakna. Di lembah Klang ni, kita lihat berapa banyak sistem pengangkutan awam yang betul-betul efisien? KTMB lagi tak boleh harap. Rosak program rakyat dengan keretapi yang selalu mungkir janji. LRT pula tak menyeluruh. Monorail, hanya tengah bandar sahaja. Bas? naiklah bas kalau nak tahu, masuk Jalan Duta sahaja separuh mati…sampai pejabat kena panggil dek bos! VVIP tak pernah tahu, sebab mereka ada kereta dan motosikal pengiring, jadi tak pernah rasa tertekan dengan kesesakan jalanraya!
Ko tak abes2 dengan bonggol unta ko.. Ko naik unta je la lagi selamat.. KAH3!!!
Mengambil keutungan dgn memanfaatkan kesalahan orang..Aku xkan maaf gologan mcm ni..Gila dgn bisness.. dunia..dunia.. ni lh yg membuatkan gologan awam semakin membenci pihak berkuasa. Jgn terlampau ghairah hendak mencari kesalahan org lain dan membuat keuntungan darinya.. buat ala kadar sudah dan sederhana sudah la.. X mustahil sdikit masa nti org awam xkan bebas bergerak sbb kne kontrol.. agenda tersembunyi pihak2 tertentu mmg dirancang utk mereka memonitor setiap gerak geri org awam.. Kalau xsedar lg xtau la.
saya prefer saman cilok mencilok.. terdapat driver2 jiwa lembu suka mencilok2 di jalan highway membahayakan pengguna yang lain
Secara logiknya, kereta yang dipandu laju je boleh cilok mencilok.. So saman kereta yang pandu lebih kelajuan secara tak langsung mengurangkan cilok mencilok kan?
Apa salah disaman mereka yg buat kesalahan jalanraya seperti potong garisan dua (jalan merbahaya), langgar lampu merah, melebihi had laju (terutamanya kereta mewah dan bas), berlumba, tak pakai topi keledar/ tali pinggang keledar, tiada lesen memandu, double parking, tak peduli zebra crossing, tak peduli ambulan nak lalu, parking kat tempat OKU dan banyak lagi…..
Salam. Ada lagi…. buang sampah keluar kereta termasuk abuk dan puntong rokok, ikut lorong kecemasan bila jem, tiada lampu belakang kenderaan waktu malam, potong Q, tidak tunjuk lampu signal bila nak masuk simpang atau tukar lorong?
Yg jadi tokey dan anjing pemburu pesalah trafik ni dulu kerjanya menjaga pintu jel. Aku cabar sang zaman khan ni. apa tindakan si anjing ni jika pesalah trafik tu dari keluarga dia. Aku rasa pakai lesap gitu je. Kompaun pun tk bayar kot. Yg diburu hingga ke lubang kubur tu hanya orang awam biasa yg serba dhaif dan yg tkde kaitan kekeluargaan dgn pemimpin2 dan puak2 mereka. Golongan ini lah yg dipaksa membayar saman untuk si zalim ini.
apa yg nk kecoh & takut…lama2 nanti korang akan tau lokasi setiap kamera tu. so bila lalu dekat kamera bawak slow, bila lepas kamera bwk laju. Ini bukan mcm polis yg ikut suka je dia nk tembak kat mana2.
Salam. Ikut aje perturan jalanraya. Ayah saya dah ada lesen kereta 36 tahun, belum sekalipun kena saman sebab ikut peraturan jalanraya. Beliau ajar anak-anaknya pandu berhemah.
Ada baiknya Kerajaan memberi konsesi kepada kedua syarikat yang dinyatakan. Memangnya kedua2 syarikat ini berani membuat pelaburan. Bagaimanapun perlu diingat bahawa jika pengguna semakin mematuhi undang2, kedua2 syarikat ini akan bankrap. Jika kedua2 syarikat menyedari bahawa salah laku trafik semakin berkurangan dan seterusnya kemalangan juga semakin berkurangan, adakah jaminan bahawa Kerajaan akan membayar semula pelaburan mereka? Jika tiada jaminan ini apa pula akan dilakukan oleh syarikat2 tadi bagi mengelak bankrap. Adakah jaminan bahawa mereka tidak akan mencipta data palsu untuk mengeluarkan saman?
Masalah nya pada pengguna jalanraya tu sendiri. Trend kt Malaysia ni semua nk cepat.Lagi2,kalau jenis baru dapat lesen.pecut macam xhingat.Kalau abg2 n akak2 yg bru balik keje lagi la haru.so,jgn la salahkan gov or sape2.salahkan diri anda!
pd saya ianya bgus coz diorg pasang kamera di kwsan yg slalu mngalami kmalangan,bkn tmpat yg ssuka hati n kat situ dpt jgak tahu knapa slalu trjadinya xcden n dlm masa yg sama dpt mngawal n mgurangkan ksalahan trafik..
Sekiranya kerajaan hendak melaksanakan projek seperti ini, mereka seharusnya membaiki jalan raya dahulu, juga memaksa proton membuat kereta yang lebih baik mutunye. Ape guna import kereta cc besar dimana bawanye hanya 110km sejam!!! lajulah sedikit untuk lorong laju mungkin 130km sejam ke! tak ada logik, hanya keuntungan sesebuah syarikat saje yang mungkin bersangkut paut dengan politik…..
boleh jek nak saman tapi lalu hiway x perlu byr tol lar~ sbb bila org byr tol itu dh jd hak pengguna yg menggunakan hiway tersebut n sepatutnya x boleh disaman~ saya pernah kene saman di lebuhraya, sampai rumah baru perasan polis tipu…dekat kertas saman bukan ditulis hiway kilometer berapa, tapi ditulis nama jalan atas (bersilang/flyover) hiway tersebut~ nyesal sign~ huhu~ setahu saya kalo fight dekat court (kes saman di hiway yg ditulis pada kertas saman dgn betul), x payah byr pun saman tuh~
ok lah..tu…. kalau asik bawak kereta slow utk jalan jauh…kena selalu berhenti kt rnr la jawabnyeee… utk kt kita juga…asik makan..lambat sampai.. yg paling penting… bila bawak kereta slow sgt…nanti ngantuk…pastu langgar la pula kereta orang lain atau divider…
nak kerja ngan syarikat kamera tu,,
nak share untung jugaak!!!
undang2 diwujudkan untuk mengawal tigkah laku manusia. sbb manusia penuh dgn hawa nafsu. klu tak nak ada undang2,pergi la cari tempat@negara yg diyakini anda blh buat apa sj tanpa dikenakan tindakan.blh buat perbandingan, di mana lbh baik utk tinggal. untung rugi tu asas berniaga.yg akan slh jika pelaksanaan tdk ikut undang2.
sblm kena speed trap,amaran (signboard) dh ada.jika hati cerah,selamat dari awa,jika sebaliknya,byr lah saman.
jgn hidup asyik nk slh kan org lain. mcm tu, hidup nyusahkan org, mati accident lagi susahkan org.polis,bomba,plus etc,ambulance semua kena kerja psl ada org tak nak hidup dlm undang2.
fikirla kebaikan utk org lain sama.
sebelum meletakkan kamera speed trap kerajaan seharusnya memikirkan keperluan rakyat bukan hanya memikirkan dari satu sudut sahaja.
kalau diikutkan peredaran zaman dan kearah negara maju, Kerajaan patut buat satu lebuhraya bertol tanpa had laju utk mereka yg mempunyai kereta yg berkuasa tinggi atau kereta yg mempunyai ciri2 keselamatan utk memandu laju. Dgn adanya lebuhraya ni mungkin leburaya yg lama blh lah digunakan oleh kenderaan2 berat dan kenderaan yg kurang ciri2 keselamatan.
Walaupun ada speed trap bas2 tetap juga bawa laju, tak kena speed trap ke? Bas kan bawa byk nyawa daripada kereta!
apasal la suh rakyat bawak slow?bawak laju kena saman. menteri bawak laju ok ja…bukankah mereka jgk perlu ikut peraturan? konvoi bawak PM najib bertolak dari sungai petani bawak cam pelesit selisih ngn kereta aku atas highway kira speed tu dalam 160-170kmph..aish bleh plak camtu?parti mna menang diorang la kerajaan so fikir2 la….