Bisnes MLM VS Skim Cepat Kaya di Malaysia

by Admin [ Master G ] on December 23, 2009

in Persoalan Masyarakat

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Kalau inilah kesudahannya, bukanlah ia boleh dikatakan satu skim pelaburan yang menguntungkan tetapi adalah lebih tepat dipanggil skim peleburan. Rata-rata sekarang ini, ramai yang terjebak dengan skim piramid aka bisnes MLM, dengan harapan memperolehi pendapatan tambahan seterusnya cepat kaya dengan cara yang paling mudah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, harga barang naik tidak setimpal dengan pendapatan yang mereka perolehi. Konsep Bisnes MLM sekarang ini sudah tidak jauh beza dengan skim-skim cepat kaya.

Kalau tanya saya, minat atau tidak bisnes MLM? Oh tidak sama sekali. Jiwa saya bukan jiwa MLM. Pujuk la macam mana pun. Pintu hati saya belum terbuka dengan bisnes MLM. Sahabat saya sendiri baru hangus RM2,500 selepas mendaftar tempoh hari, mungkin dsebabkan dipujuk dengan janji-janji manis, ditekan, dipaksa dengan cara halus untuk menyertai group MLM mereka. Kalau tanya sekarang ini, apa perkembangan tentang bisnes MLM rakan saya tu, akhirnya berhenti setengah jalan. Mungkin saya boleh kongsikan 5 sebab mengapa saya tidak berminat langsung dengan Bisnes MLM ini. (saya tidak katakan semua, tetapi sebahgiannya besarnya begitu).

  • Kebanyakan bisnes MLM sekarang ini terlalu bergantung kepada orang bawah. Sifat kebergantungan inilah yang membuatkan saya tidak pernah berminat untuk menyertai bisnes-bisnes MLM di Malaysia. Tidak pernah sama sekali.
  • Satu lagi, yang saya tidak berapa suka cara sesetengah ahli-ahli MLM yang menekan dan memaksa dengan menghantar SMS dan kerap kali menghubungi prospek  supaya menyertai bisnes MLM mereka. Kalau boleh, hari itu mereka brainwash, hari itu juga mereka mahu prospek ini masuk dan daftar bisnes MLM mereka.
  • Disebabkan ia melibatkan wang yang banyak untuk kita laburkan ketika  membayar wang pendaftaran, kita kena pastikan terlebih dahulu adalah diri kita betul-betul bersedia daripada segi masa, komitmen, kewangan, kesabaran dan sebagainya. Adalah lebih baik, kita yang tawarkan diri untuk masuk MLM daripada kita masuk bisnes MLM  disebabkan tekanan orang atas MLM atau nak ambil hati punya pasal. Bila dah masuk, kita kenalah komited. Selepas dah masuk, upline ajak pula downline beli pangkat. Kononnya boleh jadi cepat kaya.Ini sebenarnya sudah menyimpang jauh daripada Akta Jualan Langsung 1993.
  • Bisnes MLM ini penuh dengan dunia kepura-puraan. Bukan semua. Hakikatnya memang ada. Kereta mahal-mahal yang dibawa semasa untuk konvensyen bukan milik mereka sebenarnya. Ia hanya digunakan untuk memancing mangsa terbaru bagi menyertai team bisnes MLM mereka.
  • Dan……bukan semua individu boleh menjalankan bisnes MLM, termasuk saya sendiri. Terus terang saya katakan di sini.

Saya bercakap bukan sekadar atas dasar kapasiti untuk mengutuk mana-mana Multilevel Marketing di Malaysia. Yang mana ok, saya takkan sentuh. Ini kerana saya sendiri pernah menghadiri sendiri konvensyen mereka selepas dipelawa rakan saya. Tempat konvensyen? Di Berjaya Times Square. Pejabat syarikat ini terletak di Bangunan Hong Leong. Mesti ada yang dapat tangkap syarikat MLM mana yang satu kan. Kalau dapat tahu, telankan sahaja.

Kepada semua penggiat dan kaki MLM, bukan saya nak kutuk kata MLM anda tidak bagus. Kalau kamu rasakan ia cukup bagus, go on. Lagipun sudah ada yang berjaya hanya dengan bisnes MLM anda bukan? Tetapi apabila berjumpa dengan prospek anda…biarla beretika.

Yang menjadi persoalan besar ketika ini kerana sudah terlalu ramai yang tertipu. Terbaru, sebuah restoran terkenal dengan Bisnes MLM yang berkonsepkan pelaburan didakwa melesapkan kira-kira RM26 juta hasil pelaburan 17,000 ahlinya sejak awal tahun lalu. Tengok? Tak ker aniaya mereka ini. Rata-rata yang menyertai Multi Level Marketing ini adalah golongan yang berpendapatan serdahana dan inginkan pendapatan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Tidak dinafikan golongan yang seperti ini sudah kelabu asap ketika menyertai bisnes MLM sehingga tidak terfikir kesan jangka panjangnya nnati.

Berkonsepkan skim pelaburan piramid, restoran yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang itu menawarkan beberapa pakej pelaburan bermula dengan pakej emas serendah RM3,000 hingga platinum bernilai RM33,000 seunit. Namun, penipuannya terbongkar apabila ada antara pelabur membuat laporan polis selepas tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata 62 mangsa datang ke pejabatnya membuat aduan mengenai penipuan itu dengan 25 laporan polis dibuat di sekitar Lembah Klang. Berdasarkan aduan, skim terbabit mempunyai 17,000 ahli yang dijanjikan pulangan bulanan lumayan tetap berbentuk wang, komisen dan baucar makanan sejak ia mula beroperasi awal tahun lalu.

Mangsa perlu melabur RM3,000 hingga RM150,000 bagi melayakkan mereka mendapat pulangan lumayan dengan konsep lebih besar pelaburan, lebih banyak keuntungan. Namun, mangsa hanya menerima pulangan pada peringkat awal pelaburan dan menyedari ditipu apabila syarikat itu tiba-tiba menghentikan pembayaran keuntungan yang dijanjikan sejak Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani mengesahkan menerima laporan dan menyerahkan kes terbabit kepada Bank Negara Malaysia untuk siasatan selanjutnya.

Salah seorang mangsa(Lim) : Berumur 30 tahun, kini berputih mata apabila pelaburannya RM144,960 lesap berikutan gagal mendapat pulangan selepas enam bulan melabur. Beliau diperkenalkan dengan pelaburan berkonsepkan kad prabayar itu melalui seorang kawan. Ia dikatakan memberi keuntungan bukan saja berbentuk mata bonus yang boleh ditukar untuk makan dan minum di restoran itu, malah mendapat pulangan bulanan mencecah ribuan ringgit. Tertarik dengan ganjarannya, beliau dan 14 ahli keluarga termasuk saudara-mara melaburkan wang dalam pakej platinum dan emas secara berperingkat. Ini kerana mereka mendakwa pelaburan ini sah dari segi undang-undang. Lim mengatakan yang  keuntungan itu dipanggil ganjaran iklan bulanan dan dia sekeluarga hanya menerimanya beberapa bulan pertama sebelum pengurusan restoran itu memberi pelbagai alasan dan mengelak diri daripada bertemu pelabur.

Salah seorang mangsa(Magen) : Berumur 41 tahun, rugi sehingga RM36,100 daripada wang simpanannya apabila tertarik dengan skim yang diiklankan di sebuah akhbar tempatan. Dengan dijanjikan keuntungan bulanan RM1,500 sehingga lima tahun, tanpa ragu beliau melaburkan wang simpanan dan hanya menerima pulangan untuk enam bulan pertama. Selepas itu, tiada sebarang berita mengenai pelaburan terbabit hingga diberitahu seorang kawan restoran itu, ia telah mengalami kerugian.

P/S : Hidup di dunia konsepnya mudah sahaja. Mana boleh kaya dengan begitu cepat, yang pentingnya teruskan usaha, usaha dan tawakal. “Bukan senang nak senang dan bukannya susah nak susah”.

Anda Berminat Menyertai MLM?

View Results

Loading ... Loading ...

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. (MEWAH) Senarai Kereta Orang Kaya(VVIP) di Malaysia
  2. Kadar Dividen dan Bonus ASB 2009, 8.55 sen seunit
  3. Isu Kadar Tol di Malaysia. Plus oh Plus
  4. Peniaga Kecil Melayu di Malaysia Susah Nak Berjaya?
  5. Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia
  6. Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 25 comments… read them below or add one }

1 jacks December 24, 2009 at 2:13 pm

MLM ialah perniagaan tindas menindas…
aku melabelkan geng MLM ni setan.. hahaha :ketawa
sebab cara diorang adalah merasuk, memperdaya, merayu, menipu, menindas dan lain lain lagi lah yang negatif!!! :gelak

orang atas menindas yang di bawah… rasanya tidak pernah sedetik pun di hati dan fikiran sesetan MLM ini ingin membuat orang lain kaya melainkan untuk mengkaya diri sendri…

pujuk rayu sesetan MLM ni seringkali di perkuat dengan melobi otak mangsa diorang dengan kemewahan… diorang akan datang berkempen dengan naik cardinal la,, BM 5 series la,,, banglo la,,
memang kerja setan semua tu… :duit :duit :duit

sedangkan dalam islam sendiri pun tak ajar sikap riak macam tu..

syukur Alhamdulillah!!! semuanya bertudung!!! berdiri di tepi banglo yang siap ader swiming pool!!! berdiri di tepi BMW…..hahaha..ha.. sambil mengunakan method Agama dan bangsa!!! haha..ha.. nice one!! Haiyo!! Haiyo!!! Haiyo!!! Haiyo!!!
lepas tipu yang lain seagama dan sebangsa!! hahaha..ha..
orang kita memang lawak!!! :gelak :gelak :gelak

serius aku bukanlah seorang racist tapi sentiment yang diguna utk iklan agak melampau.. kepada yang pernah hadir sebarang forum, seminar pasal benda ni mesti tau!! bahawasanya yang diorang sangat mementingkan bumiputra…. CEO MLM ni pun melayu + islam….
rasanya tu sumer batu penanda jer… yang bodoh pun akan terbeliak ooo. betulll betull!!! hebat! hebat!!.. :duit :duit

ni contoh jer!!! haha..ha…

http://en.hai-o.com.my/new/about_directors.asp

http://en.hai-o.com.my/new/about_senior_management.asp

hentikan penindasan!
hentikan kapitalism!
hentikan pendarahan di otak tu!

takder jalan mudah untuk kaya dan senang melainkan merompak, mencuri, menyamun, menipu, menindas!!!

agak2 klu semua orang di dunia ni masuk MLM, yang last2 tu nak jual kat saper plak?? :curiga

2 Fatin Pauzi December 25, 2009 at 4:19 am

Sayang betul, orang Melayu selalu merosakkan mana-mana industri yang ada kat dunia ni. Bila masuk orang Melayu je, mesti rosak industri tu.

Orang Melayu masuk MLM, rosak industri MLM dengan sifat riak mereka, penipuan mereka, suka paksa orang. Orang Melayu jg, bila dengar untung beribu, modal beribu, beria nak masuk. Kalau modal murah, tak rasa nak masuk pulak. Sebab ingat untung tak beribu. :ketawa

Orang Melayu wat Google Adsense, ada pulak pertubuhan yang mewujudkan klik2 GA. Masing2 tolong klik iklan GA kawan2. Macam tu jugak dengan Nuffnang. Rosak satu lagi punca pendapatan orang lain selama ni till GA dah ketatkan syarat.

Orang Melayu perosak industri… Jangan jadi salah seorang daripada mereka.

3 Aminjohar December 26, 2009 at 5:16 am

Mailah MLM jenis apa pun, takda afford takkan dapat apa2x.

Lebih baik hasilkan produk/servis melalui kemahiran yang ada pada diri tuk dimanfaatkan/menjimatkam masa orang lain yang menggunakannya.

Kerja sendiri walaupun hasil tak seberapa janji saling redha meredhai sesama pelanggan.

Rezeki pun berkat.

4 Pak Awang December 29, 2009 at 3:37 am

Haha….tu yang aku kelakar
pasal NN, dahla buat benda bodoh
kecoh2 pulak tu
kalau kena libas akaun NN baru tahu

5 fadli December 29, 2009 at 3:39 am

wah..sadis mendengar yang kene tipu.sepatutnya perlu selidik dahulu perniagaan yang ingin mereka ceburi.latar blakang,dikenlai ramai ke x,kukuh ataupun tidak,rekod jenayah dan sebagainya.dah comfom barulah sertai.

6 nur ash December 29, 2009 at 11:28 am

~hem..cakp pasal perniagaan sume org nk berjaya..sekarg ni dh banyak perniagaan internet MLM..xtaw mana 1 blh dipercayai..sume bg bukti ahli dorg berjaya..tp kalu kita try msti xda apa2 untung pon..so kepada sesiapa yang baru nak try..berhati2 la dgn perlaburan yang anda wat..jgn sampai meyesal dh xda guna..buat syarikat2 MLM yang suka menipu orang, bawa2 la bertaubat..ikhlaskan diri untuk membantu sesama insan bukan menindas insan lain..

7 roletcha December 29, 2009 at 11:34 am

mlm nie mmg betul….ada sorang kawan sy mmg hidup mewah..tp bila tanya dia cam ne leh sampai tahap cam 2 dia cakap…mmg susah..susah sangat..kena rajin..tebal muka n kena ada skill jugalah….n betul kata admin..ada sesetengah ahli mlm diorang push untuk join..mmg rimas2…tp ahli dorang ni mmg pandai memjuk ..sapa yg x kuat boleh termelabur gak tau..

8 nur ash December 29, 2009 at 1:20 pm

~kalu sape brani tanggung risiko my akn brjaya gk nt..adat dalam berniaga..mula2 mmg byak dugaan..tp sape yg diatas2 bgla ptujuk kt yg baru nk mula ni..tp jgn plak paksa2 org.. :curiga

9 salehudin December 31, 2009 at 1:48 pm

macamana perniagaan vemma builder, boleh caya tak ? tiap hari aku terima email dari orang yang tak dikenali, dia kempen sungguh2, ini perniagaan global marketing lah, bukan skim cepat kayalah, halal lah , di iktiraf oleh AJL lah dan bla bla….

10 Fatin Pauzi January 1, 2010 at 6:57 am

Vemma Builder tu, bisnes yang betul. Tapi, orang yang ada modal banyak dan kuat je boleh survive. Sebab bisnes dia memerlukan mentenen bulanan yang tinggi. Jadi, kalau banyak modal nak menten tiap2 bulan, so oklah join Vemma. Tapi, kalau bayar tiap2 bulan, tak buat apa2, berat jgk tu. Tak dapat ape2 la even dibayar tiap2 bulan. Sebab bayaran bulanan tinggi.

11 Wan January 7, 2010 at 1:32 pm

Setahu saya syarikat MLM yang sah di sisi undang-undang tidak mengambil pelaburan dari ahlinya. Bonus dibayar kepada ahli berdasarkan jumlah jualan yang dibuat. Tidak dinafikan dalam keghairahan untuk cepat kaya, ada kumpulan penaja yang memujuk ahli baru supaya membeli produk dengan banyak, harga beribu-ribu ringgit. Kata mereka supaya ahli baru tersebut cepat naik pangkat. Itu strategi yang kumpulan tersebut dan tidak ada kena mengena dengan syarikat MLM. Mereka mengajar ahli baru supaya melaksana strategi yang sama. Kebanyakan ahli baru menghadapi masalah untuk mendapatkan kenalan yang sanggup “melabur” beribu-ribu ringgit. Setelah beberapa kali mencuba dan gagal, mereka akan berputus asa, kecewa dan seterusnya membina tanggapan buruk terhadap industri MLM. Yang patut disalahkan di sini ialah usahawan MLM, bukan industri MLM. MLM hanyalah satu kaedah pemasaran produk, BUKAN PELABURAN. Mamak yang menjual kain dari rumah ke rumah menggunakan kaedah pemasaran tersendiri, mirip SLM (Single Level Marketing). Bezanya cuma produk yang dipasarkan adalah produk sendiri.

Jika ingin menceburi diri dengan MLM, lakukan dengan cara yang betul iaitu MEMASARKAN produk. Bila produk dipasarkan, tidak timbul isu maintain. Jika produk tidak dijual atau dipasarkan, bukanlah perniagaan namanya. JIKA AHLI “MELABUR” DENGAN MLM, HARAPAN UNTUK GAGAL CERAH.

12 Wan January 8, 2010 at 3:17 am

Saya tidak pasti restoran yang dimaksudkan dalam berita yang disiarkan. Pada awal tahun lepas disiarkan berita mengenai dua restoran terkenal yang dikatakan menjalankan bisnes MLM dan menipu para pelabur. Pihak Kerajaan mengeluar kenyataan bahawa kedua-dua syarikat tersebut bukan menjalankan bisnes MLM tetapi pelaburan berteraskan skim berkepentingan.

Ini kes orang lain makan nangka, orang lain kena getah.

13 Wan January 8, 2010 at 3:25 am

Fatin,

Kalau diteliti betul-betul taklak banyak modal, sama seperti 2 kotak rokok sehari. Ramai yang mampu beli 2 kotak rokok sehari. Mentenen yang disarankan itu untuk kegunaan sendiri, tiap-tiap bulan perlu beli dan ambil untuk kekalkan tahap kesihatan diri. Kenalkan kepada orang ramai, kalau ramai yang masuk dan beli untuk kegunaan sendiri, dapatlah bonus. Kalau tak ada yang masuk, jaga kesihatan tetap dapat. Kalau tak jaga kesihatan, bila sakit nanti belanjanya lagi banyak.

14 siswaniaga January 8, 2010 at 3:33 pm

salam. Dalam menceburi apa saja bidang yang hendak diceburi mestilah dengan ilmu dan skill. Baru lah boleh berjaya. Dalam menceburi MLM, sistem duplikasi @ sistem tiru apa yang diajar oleh upline adalah amat penting.Seandainya kita dapat tiru cara upline kita bekerja, anda boleh berjaya. Yang penting dalam MLM adalah DUPLIKASI SISTEM yang diajar oleh UPLINE anda. ANDA juga kena RAJIN BERUSAHA dan KURANGKAN BERGANTUNG kepada UPLINE anda. Jangan MALAS dan BUANG SIKAP EGO yang ada dalam diri kita serta BERSEDIA UNTUK DILAHIRKAN SEMULA…

15 mesticun January 13, 2010 at 3:51 am

:ejek :ejek :ejek Jom sertai kita.hari ni masuk.esok boleh dapat untung :duit :duit :duit .kaya-raya tanpa kerja susah payah.ayat yang sama kita selalu kita dengar.kaki-kaki MLM kebanyakkan mulut kena manis dari gula. :marah :marah :marah

16 siswaniaga January 14, 2010 at 3:04 am

salam. sape suruh masuk MLM tanpa perancangan. Dalam apa jenis selaipun perniagaan memerlukan strategi untuk memulakan perniagaan. Bak kata pepatah , Gagal merancang, merancang untuk gagal.

17 mesticun January 15, 2010 at 2:57 pm

Selalu kita dengar.mereka yang gagal tu.pakai main ikut je.ada tak buat apa-apa.nak kata duduk saja.

18 siswaniaga January 15, 2010 at 3:18 pm

salam. Dalam MLM KIta kena jadi peniru yang hebat dan ikut sistem. Gagal tiru cara upline bekerja, hasil kurang.

19 Brahem January 15, 2010 at 4:18 pm

Kadang-kadang ramai juga downline yang tak mampu nak ikut. Upline suruh invest berpuluh ribu agar cepat naik pangkat dan dapat bonus banyak. Barang yang dapat banyak-banyak tu nak kena jual juga. Tak kan nak biar begitu.

20 siswaniaga January 15, 2010 at 10:31 pm

salam.ikut kemampuan anda untuk memulakan MLM….

21 jacka$$ January 17, 2010 at 11:15 pm

ko ni mesti antara org gagal dlm mlm kan… :lambai teruskan usaha mencari rezeki tpt lain… lagak ko ni mmg amat x sesuai dlm dunia mlm… selamat berjaya

22 mesticun January 18, 2010 at 3:01 pm

:kacak :kacak :kacak Sebelum nak sertai sesuatu perniagaan mahupun skim.kenalah selidik dahulu.benarkah…benarkah pendapatan yang diwar-war.cuma pandai buat ayat manis baik tak payah. :berangan :berangan :berangan

23 mesticun January 18, 2010 at 11:26 pm

Pastikan produk MLM tu orang mampu beli.ini tidak, harga mahal nak jual juga.pastikan dahulu produk elok ke tak elok.ada kelulusan kementrian kesihatan malaysia tak.silap hari bulan.anda pula yang kena. :ketawamanja :ketawamanja :ketawamanja

24 greenish January 29, 2010 at 11:35 am

:senyumkambing mnusia yg sering mngutuk bisnes org pn xkire mnindas ke?hm,klu nk tau link yg jacks bold kan tu lah MLM yg byk mnaikkn bgsa mlayu ni klu nk bnding dgn MLM lain…alhamdulillah,setakat ni mane yg join dgn tekad hati xprnah lg gagal mlainkn mnusia mcm u…siswaniaga,i stuju dgn u. stiap biz ade naik turunnye…terpulang pd kkuatan hati pd pmimpin n sikap duplicate.anyway,siapa yg berminat jom la join income yg bole mnambah pndapatan..dlm Islam sndri pn mmg digalakkn kite berniaga… :senyum insyaAllah klu kite x tindas org n jujur,pjgla rzeki kite utk berjaya dlm biz…

25 greenish January 29, 2010 at 11:51 am

mnusia yg sering mngutuk bisnes org pn xkire mnindas ke?hm,klu nk tau link yg jacks bold kan tu lah MLM yg byk mnaikkn bgsa mlayu ni klu nk bnding dgn MLM lain…alhamdulillah,setakat ni mane yg join dgn tekad hati xprnah lg gagal mlainkn mnusia mcm u…siswaniaga,i stuju dgn u. stiap biz ade naik turunnye…terpulang pd kkuatan hati pd pmimpin n sikap duplicate.dlm Islam sndri pn mmg digalakkn kite berniaga… insyaAllah klu kite x tindas org n jujur,pjgla rzeki kite utk berjaya dlm biz…

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: