Jual Tanah Kampung Baru Boleh Jadi Orang Kaya Baru (OKB)?

by Staff Berita Semasa on February 23, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

kampungbaru3 Jual Tanah Kampung Baru Boleh Jadi Orang Kaya Baru (OKB)?

Baru-baru diberitakan kerajaan ingin menjadikan satu-satunya kawasan kampung di tengah-tengah kepesatan pembangunan di ibu kota Kuala Lumpur iaitu, tanah Kampung Baru untuk dijadikan kawasan pembangunan komersil. Wa…jadi orang kaya baru mereka ye? Benda kalau dilihat pada sudut jangka panjang amat berbaloi. Tetapi seeloknya perlunya win-win situation dan jangan ada golongan dan penduduk yang tertindas.

Menang sorak, kampung tergadai, akhirnya tiada apa yang dapat dibanggakan.

Sebab apa saya katakan begini, sebabnya senario yang sama sudah terjadi sebelum ini.

Cuba lihat Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinchi sudah pun menjadi milik KONGLOMERAT orang bukan Melayu. Ini senario dan realiti yang berlaku sekarang ini. Hari ini yang ada, hanya nama sahaja kampung-kampung ini pada Stesen LRT dengan mengambil Kampung Abdullah Hukum sebagai contoh. Sehinggakan kita tidak dapat mengenali lagi bahawa asal usul kawasan tersebut adalah kampung orang Melayu dan tanah-tanah ini adalah hak milik orang Melayu pada asalnya.

Yang menyedihkan dan memalukan lagi apabila melihat MidValley dan The Garden yang dibina langsung tidak menunjukkan penyertaan orang Melayu dalam pembangunan di sana. Penduduk asalnya pula telah dipindahkan ke flat-flat KOS RENDAH sekitar ibu negara. Ini yang ingin saya tekankan. Pembangunan tidak salah, jika tempat dan caranya,  jangan sampai ada golongan yang teraniaya.

Ini permulaan kenyatan Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR – Pemilik tanah Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar.

Setiap pemilik tanah boleh menjadi jutawan. Potensi itu tinggi tetapi terpulang kepada mereka. Kalau ada juga pihak yang menghasut, itu tak betul ini tak betul, jadi seperti pengalaman saya di Kampung Kerinchi, akhirnya projek itu tergantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Debat Antara Universiti Piala Menteri Pengajian Tinggi di sini.

Baca yang ini pula…..

KUALA LUMPUR: Pemilik tanah Kampung Baru diharap tidak terkeliru dengan bayaran RM4 juta yang bakal diberikan kerajaan sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata harga sebenar bayaran yang akan diterima penduduk adalah bergantung kepada keluasan tanah masing-masing.

“Kalau harga sepenuhnya jika kawasan itu telah dimajukan dalam RM20 bilion kita dibahagikan dengan lebih kurang 5,000 pemilik, kita dapat lebih kurang RM4 juta (seorang). Tapi kita mesti tahu daripada 5,000 tu ada tanah yang kecil, yang besar, jadi tak semestinya seorang dapat RM4 juta,” katanya selepas merasmikan Taman Tasik Datuk Keramat di sini.

Raja Nong Chik berkata bayaran RM4 juta itu hanyalah harga rambang dalam memberi gambaran kepada potensi pembangunan itu kelak. Sebelum ini laporan mengatakan bahawa pemilik tanah Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.

Ini adalah berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar. Raja Nong Chik dalam sidang media itu turut berkata elemen atau ciri-ciri kampung Melayu turut akan dikekalkan pada pembangunan semula Kampung Baru itu kelak selain menambah elemen moden.

“Yang pasti ciri-ciri kampung Melayu tu akan dikekalkan tapi dengan cara yang modenlah. Tak bolehlah kita buat rumah kampung, kalau buat rumah kampung di situ, takdalah harganya sampai RM20 bilion,” katanya.  Beliau berkata kementerian akan berbincang dengan ‘stakeholder” khususnya pemilik tanah Kampung Baru berhubung perkara itu selepas jemaah menteri meluluskan konsep pembangunan di kawasan itu. “Saya sendiri akan ”turun padang” ke kampung baru untuk dapatkan maklum balas tentang cadangan (pembangunan) itu sebaik sahaja jemaah menteri meluluskan konsep pembangunan ini dalam masa dua bulan lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan kementerian akan menubuhkan satu badan yang mengendalikan pembangunan Kampung Baru itu yang mana badan tersebut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Dan akhirnya………….

Semua penduduk Kampung Baru perlu bersetuju dengan pembangunan semula kawasan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan cadangan itu secepat mungkin. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, bagi melaksanakan sesuatu projek pembangunan secara komprehensif di sesuatu tempat, kerajaan perlu mendapatkan persetujuan semua penduduk kawasan berkenaan.

“Tapi kalau ada yang masih menahan, kita terpaksa cari kaedah undang-undang dan sebagainya,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata kerajaan mungkin mengkaji satu undang-undang mengikut majoriti, iaitu jika 80 peratus penduduk di sesuatu kawasan bersetuju dengan projek pembangunan, maka 20 peratus lagi terpaksa menurut atau akur dengan keputusan membangunkan kawasan itu.

“Kita sedang kaji undang-undang itu bukan hanya untuk pembangunan di Kampung Baru, malah di kawasan lain yang juga tertahan pembangunannya,” kata beliau dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan TV3 sebelum ini.

Raja Nong Chik berkata jika cadangan pembangunan semula Kampung Baru itu terlaksana, pemindahan sementara sebahagian penduduknya mungkin akan dilakukan. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji penduduk Kampung Baru tidak akan dipindahkan dan kebajikan mereka akan terpelihara. Bagaimanapun, mereka mungkin terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi membolehkan kerja pembangunan Kampung Baru dijalankan dan kajian berhubung perkara itu sedang dilakukan, katanya.

kampungbaru2 Jual Tanah Kampung Baru Boleh Jadi Orang Kaya Baru (OKB)?

Belum siap yang lain, mahu dibangunkan pula yang lain. Sepatutnya bangunkan dahulu Plaza rakyat, pastikan tiada projek terbengkalai di Lembah Klang sebelum gatal tangan untuk mengambil tanah Kampung Baru untuk tujuan pembangunan. Bukan mudah untuk mendapatkan sebidang tanah, lebih-lebih lagi di kawasan tanah Melayu di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur.

Kalau ikutkan banyak lagi, tempat-tempat lain yang masih sesuai untuk tujuan pembangunan komersial di Kuala Lumpur. Lihat apa yang terjadi di beberapa tempat di bawah :

i) Kawasan penduduk Melayu di Jalan Ampang (lenyap dengan KLCC dan taman-tamannya)
ii) Kawasan penduduk Melayu di Cendana (lenyap dgn bangunan-bangunan )
iii) Kawasan penduduk Melayu di Jalan Raja Laut (lenyap juga dengan bangunan-bangunan)
iv) Kawasan persekitaran tepi-tepi Kampung Baru
v) Pasar Kampung Baru pun dah terbiasa orang panggil Pasar Chow Kit, sebenarnya itulah dia Pasar Kampung Baru… Chow Kit cuma di Jalan Chow Kit itu sahaja…

Dan tidak lupa juga kepada Warisan Sejarah Penjara PUDU pun dalam proses untuk dirobohkan untuk membina bangunan komersial. Mungkin boleh dilihat kepada kerajaan Melaka untuk dijadikan contoh yang mana penduduk Kampung Morten Melaka. Identiti Kampung Morten contohnya tidak pun dihapuskan atas nama pembangunan. Malahan dibersihkan dan dicantikkan lagi. Ini salah satu contoh Kampung di tengah-tengah bandar Melaka.

kampungmorten Jual Tanah Kampung Baru Boleh Jadi Orang Kaya Baru (OKB)?

Mungkin penduduk Kampung Baru boleh buat satu konsortium yang mana bertanggungjawab untuk mencari pelabur datang melabur di kawasan mereka. Ataupun lagi baik, mereka buat sendiri dengan modal terkumpul bersama. Yang pentingnya ada kesepakatan dan bersatu.

Kampung Baru perlu dimajukan mengikut acuan sendiri. Tidak semestinya dengan terbinanya bangunan-bangunan pencakar langit baru  boleh diiktiraf atau dikira sebagai satu kemajuan. Maju memang maju tapi kalau orang Melayu setakat boleh tengok saja nak buat apa? Pembangunan di luar kemampuan orang Melayu itu untuk siapa sebenarnya?

Minta maaf, saya katakan. Sekarang ini kerajaan Malaysia  sudah kekurangan dana. Sepatutnya negara menjadi semakin baik, tetapi banyak pula bajet yang dipotong ketika ini. Terbaru….claim pun semua dah dipotong  dan perbelanjaan setiap kementerian dan jabatan dipotong 40%. Daripada membelanjakan kewangan negara untuk pembelian tanah Kampung Baru, ada baiknya perbaiki rumah-rumah usang, cat balik flat-flat yang ada di sana. Kan itu lebih baik? Bukannya musnahkan warisan kita.

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 21 comments… read them below or add one }

1 azali February 23, 2010 at 11:32 am

jual pn ok jge…
leh la org kg baru yg susah g haji ni…
duit lebih beli rmh lain ni…
simpan asb pn ok…
leh gune duit ni utk pelajaran ank2…
hidup ni hanya sementara…
bkn leh bawa mati pn tanah tu…
:grin:  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 Syukris February 24, 2010 at 10:07 am

banyak lgi tempat2 y leh dbangunkan knp kampung baru~plaza rakyat terbengkalai bleh je dibangunkan~
kampung baru bleh djadikan tempat pelancong asing datang,,xperlupn buat pencakar langit bagai,,buat mcm kampung portugis kat Melaka,,buat kampung 2 sbagai kampung warisan dan budaya melayu,,bangunkan sektor pelancongan kat situ  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 Mursyid February 24, 2010 at 10:45 am

Bagi aku pembangunan masih banyak lagi yang boleh dibuat selain di KB tetapi kalau KB tiada, takkan jumpa lagi suatu tempat seperti ini lagi selepas ini.
lesap ditelan pembangunan. setuju pendapat syukris.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 Pocong2 February 24, 2010 at 2:17 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 Anak Kampong Bahru February 24, 2010 at 3:13 pm

Aku rasa kalau kerajaan nak beli dengan harga yang ditawarkan RM2000 sekaki persegi tu dah munasabah dah…lagi pun lagi lama tunggu lagi susah…dah berlapis-lapis dah nama..last-last nanti bagi bagi dapat sorang sekaki persegi….. :roll:  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 roletcha February 24, 2010 at 3:42 pm

klu bg aku…setiap pemilik bakan mendapt 4 juta sy kirakan ia berbaloi…mmg la kita seolah2 mengadai maruah..tp inilah satunya2 cara untuk kita (melayu) untuk keluar dari kemompong…setuju kata azali..dapat duit trus beli aset..rumah…keta..lebih buat simpanan..4 juta 2 banyak oooo…..kira boleh hidup sennag jugak,…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

7 ibanez_swk February 24, 2010 at 6:38 pm

rm4 juta ok lah tu,klu saya pon mau juga….
beli 10 buah rmh pastu sewa ok juga lah hahahah  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 http//www.duniaar... February 24, 2010 at 7:39 pm

ini dia satu lagi cara kaya..!!!!
hahahaha  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

9 h February 26, 2010 at 5:58 pm

RM4 juta tu anggaran purata nilai tanah kat situ. Betul la cakap Raja Nong Chik. Ikut keluasan tanah jugak. Lagi besar tanah kat situ, lagi mahal la. Boleh jadi lebih dari 4 juta. Kalau kecik tanah tu, murah la sikit. Tapi murah-murah pun tak lari 1~2 juta gak. Orang melayu pun, kalau dah dapat duit berkepuk-kepuk jangan la pergi beli kereta baru sampai 4 ~ 5 bijik, joli-joli. Duit yang dapat tu labur la dalam mana-mana saham, beli lot tanah baru, beli aset. Baru la boleh jana income balik.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 Anak Kampong Bahru February 27, 2010 at 4:16 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 Waji_ws/786 April 2, 2010 at 12:50 am

ok la 2…
RM 4 juta wooooo…bkn 4 ribu  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 luncaitepen April 24, 2010 at 4:59 pm
13 tanpanama May 30, 2010 at 11:58 pm

:tembak undilah barisan nasional lingkop reta melayu…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 amin June 1, 2010 at 2:57 am

aku x sokong bg hak bukan melayu sebanyak 40 peratus..n pembangkang pon same jer..2 kali 5…ikut telunjuk DAP..x lame lagi abis orh melayu n islam  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 1

15 haikal June 6, 2010 at 2:08 am

Bg aku lak, duit senang nak cari beb. Kampung baru adalah satu-satunya warisan orang melayu yg tinggal skg. 4 juta mmg banyak… dan adakah harganya setanding dgn warisan nenak moyang kita. Kampung baru adalah tempat yang bersejarah dan takkan sanggup nak gadaikan semunya disebabkan duit. Duit sekejap je leh abis tapi warisan turun-temurun utk anak cucu kita mcm mana? Kalau nak bangunkan boleh, biarlah warisan melayu diperlihara dan utk kuota 40% bukan melayu mmg aku x setuju lgsg, kalo leh 100% hak melayu. Sebab lama2 kaum2 asing akan rampas semuanya cikit demi ckit percayalah. Cubalah kalo kita mintak kuota 40% bumiputra kat tempat bukan melayu seperti petaling street, kepong & lain2.. diorang nak kasi tak! mampus diorang nak kasi. So fikirkanlah…pertahankanlah dan perliharalah hak warisan org melayu nenek moyang kita yg dari dulu mempertahankannya sbb ini aje yang tinggal peninggalan utk org melayu dan kampung melayu adalah kawasan yg berdaulat. Janganlah disebabkan duit, abis semuanya digadai. Aku bukan nk apa, cuma aku sedih jika suatu hari nanti kaum melayu akan dipinggirkan dan lgsg x ada peninggalan org melayu. Dan kalo leh, buatlah cam kat kampung morten melaka…warisan langsung x diganggu cuma dibersih dan dipercantikan aje. Dan aku mmg sokong 100% kalo nak buat kemajuan utk kg baru dan pendapat aku lebih baik kalo umah yg usang diperbaharui dan dicat semula. Sediakanlah pelbagai kemudahan bagi menarik pengunjung dan pelancong dtg kat kg baru pasti kampung baru akan meriah dan bukannya memusnahkannya.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

16 satria June 6, 2010 at 2:10 am
17 batista June 6, 2010 at 2:12 am

Kemajuan mmg digalakkan tapi warisan perlu dilindungi.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

18 Mr Musykil June 6, 2010 at 11:20 am

Sokong Kg. Baru perlu dimajukan…tapi kenapa ada syarat 60-40? Mcm ada yang tak kena ni…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

19 aiman June 6, 2010 at 2:47 pm

Betul mcm ada agenda yang tersembunyi…. apa perlunya sangat 60%-40% sampaikan asyik mentanang-tanangkan kan duit 4 juta tue…ingat penduduk kampung baru ni mata duitan ke! kalau nak tolong membangunkan penduduk kampung baru pun biarlah fikirkan nasib org melayu dan jgnlah nk fikirkan duit aje. sbb nie aje tanah warisan orang melayu yg tggl yg lain hilang sbb dikuasai oleh kaum asing selepas dijual. Fikirkanlah takkan kita nak lihat tanah kita sendiri dikuasai kaum lain. memang kerajaan ckp kaum melayu akan diutamakan tapi sampai bila? Aku hrp penduduk kg baru tetap pertahankannya walau apa yg berlaku. kalo kerajaan nk sgt 60%-40% utk bangunkan kg baru, marilah kita pakat2 dan berkerjasama bangunkan kg baru bersama-sama…insya’allah pasti berjaya. Aku x sokong 60%-40% dan aku harap biarlah 100% hak melayu sbb ini adalah hak kita. Fikirkanlah!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

20 L&N June 8, 2010 at 12:48 pm

ini bg aku laa…
1) kalo 4juta tu korang kata byk… bg aku 4 juta tu sikit je..
buat pe nk amik 4 juta tu sedgkan owg kg baru boleh dpt dari 4juta dgn 1 name… dh la bg 4juta…pastu ade syarat² lak tu kalo nk guna duit tu….sape yg suka?

2) pasal 60%-40% lak… nape isu ni ttbe je muncul sedgkan dulu x kluar lak isu 60%-40% ni…
dulu masa tahun 2006 nilai tanah kg baru cume rm700 1 kaki persegi…tp kerajaan nk amik dgn harga rm350 1 kaki persegi… sape yg nk jual…??? dan masa tu x timbul pon isu 60%-40% ni…Tapi bile nilai tanah naik hgga rm2000-rm4000 1 kaki persegi…ttbe timbul isu 60%-40% ni…nape?? mesti la ade agenda lain…agenda ape…?? itu aku x tau…

3) pembangunan lak… aku sokong kalo nk mmbangun kan tanah kg baru… sbb ape… cume owg² kg baru sahaja yg tau nape mereka nk kan pembangunan…. tp kalo nk membangun kan tanah tu… biar la dgn cara yg betul… byr la dgn harga yg berpatutan…. penuhi kehendak owg kg baru… brape hrga yg mereka nak kan…kalo mereka nk kan rm3000 1 kaki persegi… berikan… bukannye kerajaan x dpt keuntungan selepas mmbangun kan kg baru ni nnt…boleh dpt 10x ganda dari nilai tanah yg kerajaan beli… tol x??

so sblm nk mmbngun kan tanah kg baru… buat la survey dulu…buat bancian dulu… buat research tgk peratusan bape ramai yg nk mmbangun atau nak jual….jgn main redah je…. bile main redah jee… tu yg kene tembak kat PWTC tu…. tapi bg aku ramai yg nk jual tanah kg baru ni…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

21 momo July 7, 2010 at 12:54 pm

Masyarakat melayu telah banyak melahirkan cendiakiawan berjaya didalam banyak bidang termasuk berbagai pengurusan ternama yang berjaya. Ini adalah suatu cabaran bagi bangsa melayu membuktikan yang kita boleh melaksanakan pusaka kita sendiri. Mengapa masih mempertikaikan kebolehan bangsa sendiri sedangkan sekian lama bangsa melayu telah membuktikan yang kita mampu menerajui kerajaan sejak merdeka. Harapan diberi peluang jika benar untuk menolong bangsa.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: