BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?

by Staff Berita Semasa on September 1, 2009

in Berita Pendidikan

Setuju atau tidak, sistem pendidikan dalam sesebuah negara perlu dilaksana dalam adunan yang terbaik supaya mampu melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Pendidikan adalah sangat penting bagi pembinaan sesebuah masyarakat.  Kenyataan seperti ini pastinya dipersetujui. Jikalau tidak bersetuju kerana mempunyai pandangan lain, dipersilakan untuk memberikan pandangan di ruangan yang disediakan di bawah.  Jadi tidak hairanlah bagi kerajaan di sesebuah negara amat mengambil berat kepentingan pendidikan untuk diberikan kepada rakyat.

Pastinya bagi belanjawan setiap tahun, pastinya perbelanjaan untuk pendidikan menjadi keutamaan dana sering mendapat dana yang besar. Yang menjadi persoalan hari ini, sistem pendidikan yang bagaimana yang harus dilaksanakan sebenarnya. Adakah sistem pendidikan yang ada pada hari ini, berjaya atau perlu dirombak secara besar-besaran? Seringkali kita mendengar betapa pelbagai pandangan diutarakan bagi memperbaiki sistem pendidikan negara. Namun, sehingga kini, usaha untuk merealisasikan pandangan-pandangan itu masih terlalu jauh apatah lagi untuk melihat hasilnya.

Rungutan-rungutan yang diterima pula mempunyai pelbagai sifat. Daripada rungutan terhadap sistem pendidikan itu sendiri sehinggalah kepada mutu guru, kandungan pelajaran, kaedah pengajaran, tumpuan pendidikan dan sebagainya. Segala rungutan ini akhirnya amat mengelirukan masyarakat dan menimbulkan ketidakyakinan ibu bapa terhadap dunia pendidikan itu sendiri. Setuju atau tidak, itulah realitinya. Pada masa sekarang ini, tiada masa lagi untuk menuding jari sebaliknya bertindaklah.

Baru-baru ini kita telah mendengar pelbagai usaha bakal dijalankan untuk memperbaiki mutu sistem pendidikan negara. Paling terbaru adalah usaha untuk menghadkan jumlah matapelajaran yang boleh diambil pelajar. Begitu juga usaha untuk menilai semula matapelajaran teras. Semua ini adalah usaha-usaha yang dialu-alukan. Sememangnya, perhatian yang diberikan kerajaan terhadap meningkatkan keupayaan pelajar amat digalakkan. Namun, tidak begitu pasti adakah usaha-usaha yang dicanangkan ini mengambilkira kebajikan dan masalah yang dihadapi pelajar lemah di sekolah?

Kenapa kami berkata sebegitu? Apa yang diperhatikan sekarang ini pelbagai usaha penambahbaikan mutu pendidikan lebih banyak menyentuh atau menjurus kepada pelajar yang mempunyai kemampuan belajar yang baik atau dalam bahasa mudahnya, pelajar yang pandai. Namun, langkah-langkah untuk memperbaiki sistem pendidikan untuk pelajar lemah jarang sekali disentuh. Adakah ini bermakna pelajar sebegini tidak diiktiraf dalam dunia pendidikan negara?

Sebelum berbincang lebih jauh, elok juga kita memahami apakah yang dimaksudkan sebagai pelajar yang lemah. Untuk tujuan ini, kami ingin merujuk pelajar lemah kepada pelajar yang tidak begitu menyerlah dalam pelajaran atau tidak dapat menguasai pelajaran yang diberikan kepadanya. Secara umumnya, mereka ini menguasai kemahiran asas pembelajaran (3M) iaitu membaca, mengira dan menulis namun mereka adalah pelajar yang jarang sekali memperoleh ‘A’ dalam pelajaran. Dengan kata lain, mereka ini seringkali dirujuk sebagai ‘pelajar tidak pandai’.

‘Pelajar tidak pandai’ ini disebabkan oleh pelbagai punca. Ada di antara pelajar ini yang sememangnya sudah sedia menghadapi masalah ketakupayaan pembelajaran (learning disabilities). Ada pula yang menghadapi masalah sikap dan tidak ketinggalan juga pelajar yang sememangnya tidak menyukai sesuatu matapelajaran akibat daripada pengalaman pembelajaran yang tidak baik atau tidak menyeronokkan.

Walaupun pelajar lemah ini tidak menyerlah dalam pelajaran dan mungkin, setiap kali peperiksaan hanya mendapat markah ‘cukup makan’ namun ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai potensi atau kemampuan untuk berjaya. Namun malangnya, dalam keadaan kini, potensi atau keupayaan pelajar ini tidak dikenalpasti kerana sistem pendidikan kita lebih banyak menumpukan kepada pelajar yang berkeupayaan tinggi. Hasilnya, jarang sekali kita mendengar masalah atau nasib pelajar lemah ini terbela setelah gagal atau hanya mendapat markah minima dalam peperiksaan utama.

Oleh kerana inilah maka kami menimbulkan persoalan diskriminasi dunia pendidikan terhadap pelajar-pelajar lemah ini. Apakah yang terjadi kepada mereka selepas tidak memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan? Adakah program-program atau perancangan yang khusus dilakukan untuk pelajar ini? Atau mungkinkah mereka hanya dibiarkan menentukan nasib mereka sendiri? Jika ini benar terjadi maka tidak hairanlah pelbagai masalah yang berkait dengan dunia remaja semakin berleluasa kini.

Kami percaya, dalam dunia pendidikan negara ini, terdapat perancangan tertentu untuk pelajar yang kurang menyerlah dalam pelajaran. Jika tidak masakan kerajaan memperkenalkan sekolah vokasional atau sekolah kemahiran yang lainnya. Namun, berapa ramaikah pelajar lemah yang berpeluang memasuki sekolah begini? Pasti tidak semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memasuki sekolah kemahiran itu. Apa pula yang terjadi kepada pelajar yang tidak terpilih itu? Ini pastilah menimbulkan persoalan terhadap perlaksanaan dasar-dasar atau perancangan yang tidak menepati sasaran yang dikehendaki.

Pada pandangan kami, semua anak atau pelajar adalah istimewa. Ini bermakna, tidak kira mereka itu pandai atau tidak, mereka adalah istimewa. Istimewa di sini pastinya ada kaitan dengan keupayaan si anak atau pelajar itu. Keupayaan ini tidak semestinya merujuk kepada keupayaan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semata-mata. Ini juga bermakna, kita sebagai golongan dewasa hendaklah bijak mengenalpasti keupayaan anak atau pelajar itu dan seterusnya membangunkan keupayaan tersebut ke tahap tertinggi.

Misalnya, jika pelajar tidak mampu cemerlang dalam pelajaran, maka keupayaan lain yang dimiliki pelajar tersebut mestilah dikenalpasti. Kemungkinan besar pelajar ini pandai dalam lukisan atau musik. Maka, kelebihan itulah yang perlu digilap. Inilah yang berlaku kepada beberapa insan ternama di dunia. Misalnya, siapa yang tidak mengenali Albert Einstein (14 Mac 1879-18 April 1955). Einstein menghadapi masalah disleksia yang menyebabkan beliau mempunyai daya ingatan yang tidak baik dan sentiasa gagal menghafal walaupun satu perkara yang mudah seperti mengingati bulan-bulan dalam satu tahun. Walaupun Einstein mungkin tidak dapat belajar dengan baik namun sumbangan beliau dalam dunia saintifik dan teori sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Begitu juga dengan penulis terkenal Agatha Christie (15 September 1890-12 Januari 1976). Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, namun ini tidak menghalang beliau untuk menjadi kreatif dan belajar untuk menulis. Hasilnya, beliau telah berjaya menulis pelbagai buku misteri yang terjual sehingga 4 billion naskah di seluruh dunia. Malah tulisan-tulisan beliau itu telah menjadi sumber ilham ramai penulis muda di seluruh dunia.

Contoh yang disebutkan di atas menunjukkan betapa manusia mempunyai pelbagai keupayaan dan keupayaan itu perlulah digilap. Dalam dunia pendidikan negara, perbezaan keupayaan ini sememangnya diakui wujud namun sejauhmana usaha-usaha untuk mengenalpasti dan memupuk perbezaan keupayaan itu dilaksanakan masih lagi menjadi tanda tanya.

Apa yang sangat diperlukan kini adalah usaha-usaha campurtangan awal (early intervention) dalam pengenalpastian keupayaan pelajar. Ini haruslah dilakukan seawal mungkin dan seterusnya kaedah pendidikan yang menjurus kepada keupayaan itu mestilah dilaksanakan dengan segera. Jika ini dapat dilakukan maka keupayaan semua pelajar dapat digembeleng dan diarahkan kepada jalan yang baik. Seterusnya ini membuktikan betapa kita mengiktiraf ‘keistimewaan’ yang dimiliki setiap pelajar. Samada sistem pendidkan yang ada pada hari ini dikatakan berjaya atau perlu dirombak, terpulang kepada perancangan dan budi bicara pihak berwajib. Dijharap sistem pendidikan negara mencapai aras yang terbaik di masa depan. Mudah-mudahan.

[poll id="7"]


{ 17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 yazidsalikan October 5, 2009 at 5:30 am

aku berharap sistem pendidikan dapat diromabak semula agar pembelajaran kepada student adalah kepada masa hadapan bukan hanya kepada kelulusan periksa sahaja.. skrg punye style pembelajaran adalah “study 4 exam only”… :serabut

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Pak Awang October 5, 2009 at 6:48 am

Ala…”CEO” sabah sarawak apa kisah dengan masalah rakyat
yang penting diorang dapat kaut hasil balak kat sana
PPSMI tu pun satu, satu kerja yang sia2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 nonon October 7, 2009 at 7:45 am

sekarang ni memang dah jadi trend… study for exam only…habis exam, buku-buku tak diendahkan…bahaya jika lama-lama camni…
nanti kita punya students takde kualiti just ada quantity je…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 danzaimar October 6, 2009 at 4:00 pm

sewajarnya sistem pendidikan dikaji semula..selaras dengan keadaan semasa…supaya semua pelajar tidak ketinggalan dalam serba serbi keadaan… :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 nonon October 7, 2009 at 7:50 am

betul…saya setuju
kaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran
supaya semua pelajar tak kira
dibandar atau luar bandar
dapat diselaraskan dalam semua aspek

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 nonon October 8, 2009 at 2:09 am

adakah sistem pembelajaran kita
dah berjaya sebelum ini?
kita sudah lahirkan ramai
pakar-pakar dalam pelbagai bidang…
tapi kenapa sekarang ini jadi begini?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 nonon October 8, 2009 at 2:11 am

kemungkinan juga perubahan
dalam sistem pendidikan
sedikit sebanyak menjatuhkan
kualiti pendidikan kita…
perlu dikaji…
perlu diteliti…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 nonon October 8, 2009 at 2:13 am

negara kita mempunyai
kelebihan berbanding orang lain
kita ada pelbagai kaum
dan dari semua kaum
mempunyai keistimewaan tersendiri…
kenapa tidak kita kaji kelebihan
pelbagai kaum ini
untuk dijadikan panduan bagi meletakkan
sistem pendidikan kita lebih ‘up’
dari orang lain….
termasuk juga dari sabah sarawak….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 nonon October 8, 2009 at 2:15 am

dan juga perlu digilap
kelebihan yang kita ada
sejak dari umur 7 tahun…
banyakkan program
bagi memastikan orang-orang kita
berjaya dan menjadi pakar
dalam bidang yang kita ceburi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Mat Nuat October 10, 2009 at 4:12 am

Sebut sahaja Sistem Pendidikan di malaysia..ramai yang tringatkan kembali pristiwa perhimpunan memansuhkan PPSMi.Program PPSMi ni secara tidak lansung boleh memberi kesan terhadap pelajar2 luar bandar yang kurang terdedah dengan bahasa inggeris ni..so tukar balikla kpd bahasa melayu..kita tengok seperti di china dan jepun…di sekolah2 mereka ,mereka lebih utamakan bahasa kebangsaan mereka..semangat inila yang kita mahu…denagn wujudnya PPMSI ni secara x langsung boleh merencatkan progam bahasa budaya bangsa dan mencabar sestengah pihak yang memperjuangkan bahasa Melayu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 reen October 12, 2009 at 6:21 am

:hormat
saya mengharapkan sistem pendidikan negara di rombak semula terutama dengan mata pelajaran teras. Jadikan pelajaran agama Islam teras kepada semua pelajar Islam. Jika mereka gagal mereka tidak boleh meneruskan pelajaran untuk ke IPTA . Ini sepatutnya telah lama berlaku. Tahniah kepada siapa yang boleh menjadikan PAI ini sebagai mata pelajaran teras.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Mat Nuat October 12, 2009 at 6:30 am

Tahniah kerana cadangan anda sangat bernas..Memang btul sepatutnya kerajaan menjadikan subjek Agama IsLam subjek yang wajib bagi seluruh pelajar Islam….Kalau ada ja pelajar yang dapat fail…x ble masuk ke tingkatan/darjah seterusnya…ha,barulah boleh membentuk pelajar yang berakhlak mulia…tapi pelajar2 pun kena ingat..belajar Agama IsLam bukan semata-mata nak lulus periksa tapi mereka harus memperaktikkan dalm kehidupan seharian agar dapat membentuk diri menjadi insan yang kamil. :bangga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Chua November 14, 2009 at 1:25 am

Saya harap, PPSMI diteruskan bagi yang sudah Absorbe dengan suasana pembelajaran begini dan bagi mereka yang kurang atau ketingalan/atau lemah dalam bahasa english apa salahnya kerajaan menubuhkan dua sistem pembelajaran, terpulang kepada ibubapa dan pelajar yang memilih untuk memasukkan anak2 mereka samada dalam PPSMI atau kepada bahasa malaysia sepenuhnya.Bukan ke BM adalah matapelajaran yang wajib LULUS tutk memastikan seseorang pelajar itu lulus,jadi tidak timbul PPSMI tidak memertabatkan bahasa kebangsaan.Sampai bila malaysia mahu jadi negara maju ? kalau takut untuk melakukan TRANFORMASI untu kebaikan SEMUA pihak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 MAKNYAH March 22, 2010 at 10:41 pm

:hormat :peace :setan :tembak :tepuk :gelak :ejek

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Backyard Wrestling DVD May 16, 2010 at 1:06 am

This is wonderful facts on blog!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Sokong PPSMI August 31, 2011 at 4:39 pm

PPSMI dimulakan secara beransur-ansur sejak 2003. Masa tu ramai yang tak bersedia. Ramai yang komplen.

Skarang 2011. Dulu anak saya baru lahir, sekarang dah umur 7 tahun. Sejak 2003, saya latih anak saya untuk berkomunikasi dalam English. Suratkhabar kat rumah saya beli yang English sahaja. Pendekkata, saya lebih dedahkan english berbanding Bahasa Melayu. Alhamdulillah, skarang ni dia dah selesa dengan english.

Jiran saya pun ada anak umur sebaya saya. Dia ni hobi asyik nak komplen. Bila timbul isi PPSMI nak diadakan balik, sibuk dok komplen.

Kan bagus kalau sejak 2003 dulu dia tanamkan azam dan berusaha macam apa yang saya buat. Skarang ni, anak saya nak belajar dalam BM pon boleh, English pon boleh.

p/s: sekadar cerita rekaan. moral: pikir la sendiri ye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 hampa February 16, 2012 at 10:53 am

education malaysia ketingalan,sistem yg lama..desakan sistem pendidikan IPTA di rombak..nk ikut kan sistem IPTS stkat ni banyak yg mengunakan sistem barat..lebih bermutu biar pon mahal tp berquality..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: