BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Undi) Berita TV3 vs NTV7 vs Astro Awani

by Staff Berita Semasa on May 13, 2010

in Berita Malaysia

Saya nak ajak anda flashback semula semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kalau anda perasan, tarikh penamaan calon 17 April, dan hari mengundi 25 April. Dan ketika diumumkankan keputusannya Barisan Naional berjaya memperolehi majoriti 1725. Okey…FULL STOP!! Mungkin secara kebetulan…..dalam rencah pilihanraya.

Sekarang ini saya nak mengajak anda untuk mengundi mana satu yang menjadi pilihan anda semasa menonton berita. Samada laporan yang ke udara dari berita TV3 atau Berita NTV7 atau Astro Awani atau Berita TV1 atau Bernama TV? Mana satu?

Hari-hari saya menantikan laporan berita yang seimbang yang membolehkan rakyat Malaysia berfikir dan menilai. Dalam erti kata mudahnya, impikan media massa yang bebas di Malaysia. Tetapi sampai bila? Bukanlah minta media massa di Malaysia suruh menyokong parti politik mana, fahaman mahupun ideologi. Cuma cuba dan cubalah cerita dan sampaikan berita dan  maklumat yang sebenar-sebenarnya kepada penonton…….

Macam mana nak membina pemikiran yang semakin bercambah dan belajar untuk membina pemikiran yang matang, sedangkan jikalau media masa yang ada di Malaysia masih lagi menyekat dan tidak megeluarkan berita yang asli.

Cuba lihat apa yang berlaku di Thailand, taikun telekomunikasi daripada Thailand ini  telah menggunakan stesen TV miliknya untuk membakar perasaan rakyat Thailand? Hampir setiap minggu akan ada pesanan dan ucapan yang datangnya dari Thaksin sendiri melalui stesen TV miliknya untuk memastikan Geng Baju Merah terus menghuru-harakan negara Thailand. Lihat?

Kita beralih pula dengan negara USA dan negara-negara Eropah yang lain, pemikiran dan penilaian mereka adalah jauh lebih baik dalam menilai baik dan buruk sesautu perkara mahupun berita yang diterima….Pokok pangkalnya berikan peluang kepada mereka BERFIKIR.

Saya tidak mahu cerita lebih dalam lagi. Cukup sekadar kita lihat perbezaannya. Hari-hari ada sahaja pengumuman. Kalau semasa pemilihan presidenAmerika, Barack Obama dahulu beliau siap memaparkan segala dana, penyumbang dan cash flow semasa berlangsung kempen pilihanraya. Rakyat boleh nampak, rakyat Amerika boleh menilai dan rakyat Amerika boleh membuat keputusan  berdasarkan maklumat yang jelas. Inilah yang dinamakan, kalau di kampung saya istilahnya adalah transparency.

Mungkin masyarakat Malaysia yang tinggal di bandar tiada masalah. Banyak pilihan. Tiada masalah nak memilih melihat laporan berita daripada mana samada dari berita TV3 atau Berita NTV7 atau Berita Astro Awani atau Berita TV1 atau Bernama TV. Kemudian membuat perbandingan di Internet atau apa sahaja medium yang membantu mereka untuk mendapatkan maklumat.

P/S : Bagaimana mereka yang tinggal pedalaman? Erm………………

[poll id="78"]


{ 11 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 AinFarisha May 13, 2010 at 9:49 am

Suka tengok buletin utama sebab nampak moden. Tak suka TV1 sebab nampak kuno, pakaiannya…..Rumah takde Astro

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Badrul TV May 13, 2010 at 11:55 am

Tengokla…TV3 tu, tengok boleh, caye jangan. Sepuluh berita yang sampai, satu sahaja yang boleh telan beritanya. BERITA SUKANNYA :senyumkambing :gelak
TV1? Lagilah……………………. :tembak
Aku vote NTV7

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 akmalcyber May 13, 2010 at 11:57 am

:tepuk TV3:::::::. Best tu… Montaj :joget & pemilihan warna amat penting dalam menyampaikan berita yang ingin disampaikan kepada penonton(”,)..yang penting..sumber maklumat tu yang harus kite tahu..ok :peace

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 fiqq May 13, 2010 at 1:33 pm

btol2 kate mr.badrul skong2 :ketawa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 fiqq May 13, 2010 at 1:35 pm

tgk bernama kol 12 mlm…ke awani ntah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Polis May 13, 2010 at 6:10 pm

Media kita takut,xbrani bersuara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 pedangtimur May 14, 2010 at 12:21 pm

Rasanya stesen2 TV di negara kita perlu bersikap berkecuali. Tidak menyebelahi mana2 pihak. Macam SPR jgk..Berita yang disampaikan perlu telus dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. Tapi perlu pemantauan oleh pihak yang bertanggungjawab. Asalkan tidak keterlaluan dan melampau. Kalo dibiarkan mereka ni bebas, nanti menimbulkan masalah pulak. Perlu diingatkan, apa-apa yang kita lakukan perlu ada batasan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Tukung Komen Pintar May 20, 2010 at 9:26 pm

ntah la korang nie..dah bagus contoh korang bagi..negara mcam..thailand..dah sah2 bergolak..korang nak media yg tahu memporak-perandakan keadaan cukup2..la keadaan di internet..nie..korang kalo balo..sila bagi sedikit la peluang kerajaan untuk memerintah lebih terus..kalau condemn terus menerus…apa yg korang nak bagi tahu anak bangsa korang…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 muskamil January 16, 2011 at 6:23 pm

semua siaran berita bagai ada ‘kekangan’ utk menyampaikan maklumat yang betul lagi asli..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Joe January 31, 2011 at 7:37 pm

Joe: Berita Astro Awani sangat padat, merangkumi semua liputan(liputan meluas), adil untuk semua lapisan masyarakat, kurang iklan, sentiasa update & terkini, jelas/tepat dan mantap. Jadi secara peribadi, saya memang sangat suka mendengar berita di Astro Awani. Sumber maklumat yang adil untuk semua lapisan masyarakat dan tepat adalah hak untuk semua.  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 gila kuasa July 22, 2012 at 8:41 pm

montaj berita awani nmpk brsemangat. cuba tgok montaj berita2 di singapore..jd kn contoh utk menarik minat org menonton berita selain isinya yg tidak berat sebelah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: