Ini merupakan sambungan daripada artikel krisis politik di Thailand. Setakat ini, selepas 4 hari berlaku pertemburan antara pihak tentera Thailand dengan kumpulan Baju Merah, sudah 30 orang terkorban dan 220 cedera. Ada lagi beberapa gambar disertakan di bawah ini memaparkan keadaan sebenar dan suasana pertempuran di Bangkok, Thailand.
Semalam, Kerajaan Thailand telah meluaskan perintah darurat ke lima wilayah lain bagi membolehkan pasukan keselamatan mengawal kekacauan yang ada kaitan dengan bantahan kumpulan ‘Baju Merah’ di Bangkok. Ini bermakna sejumlah 23 wilayah kesemuanya diletak dalam perintah darurat sejak 7 April lalu.
Kerajaan Thailand juga menggesa pemimpin ‘Baju Merah’ supaya menyerah diri, dan mengumumkan Isnin dan Selasa sebagai hari cuti.
Sementara itu, para pemimpin ‘Baju Merah’ menggesa semalam agar diadakan rundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak sebagai pengantara, selepas keganasan selama empat hari menyebabkan 30 orang terkorban dan 220 cedera.
Kumpulan Baju Merah meminta :
- Kerajaan Thailand menghentikan tembakan dan mengundurkan askar yang mengepung tapak bantahan
- Mahu diadakan rundingan dengan kerajaan dan PBB bertindak sebagai pengantara
Jawapan Kerajaan Thailand pula :
- Kerajaan Thailand bertegas operasi tentera akan diteruskan
- Tentera Thailand tidak perlu diundurkan kerana ‘pihak berkuasa tidak menggunakan senjata terhadap orang awam’.






























{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }
ada hikmahnya berlaku banjir sekarang, asik perang je negara diorang. tengok mcm acheh lepas banjir, keadan jadi lebih baik….semua org bersatu..