
Cukuplah sampai di sini sahaja krisis politik negeri Perak ini yang telah berlanjutan berbulan-bulan lamanya. Rasanya rakyat Perak amnya dan rakyat Malaysia umumnya sudah muak dan penat dengan isu ini. Dan sudah tiba masanya mahkamah yang ADIL LAGI BIJAKSANA mengadili dan menyelesaikan secara perundangan berhubung kes politik negeri Perak untuk memilih Menteri Besar Perak yang sah.
Setelah tertangguh lebih 2 bulan lamanya sebelum ini, Mahkamah Persekutuan akhirnya akan memutuskan keputuan pengadilan pada 9 Februari depan berhubung kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah. Samada Datuk Seri Zamry atau pun Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Kes krisis politik negeri Perak ini akan didengar oleh lima hakim yang terdiri daripada :
- Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif,
- Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria
- Hakim Mahkamah Persekutuan
- Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin
- Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff
- Datuk Abdull Hamid Embong.
P/S : Panel tersebut menangguhkan kes tersebut pada 5 November tahun lalu selepas mendengar hujah kedua pihak
UPDATE !!!
Hari ini tanggal 9 Februari 2010 bersamaan hari Selasa, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan dan menentukan siapa Menteri Besar Perak selama ini. Sebelum itu, daripada pemerhatian dan analisan kasar yang dibuat oleh anda semua, siapa yang menjadi pilihan anda sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan diumumkan tidak lama daripada sekarang.
Jika Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menang, kemungkinan besar Dun Negeri Perak akan dibubarkan dan Pilihanraya bagi Negeri Perak berlangsung tidak lama lagi. Manakala jika situasi memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, segala urusan rasmi dan pentadbiran akan berjalan seperti biasa.
KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN [UPDATE]
Rayuan Nizar ditolak sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan dan memutuskan Datuk Seri Zambry adalah Menteri Besar yang sah. Semua panel 5 hakim sebulat suara menolak rayuan Nizar dengan keputusannya, 5-0
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Adalah Sah !!
- Krisis dan Isu Politik Negeri Perak, Apa Kesudahannya?
- [BULAN MAC] Pilihanraya Negeri Perak?
- Keputusan Pemecatan Anwar Ibrahim September 1998. Sah!!!!
- [VIDEO] Respon Perdana Menteri di Parlimen, Isu Royalti Minyak Kelantan
- McCurry Dapat Hak Penggunaan “Mc” Mengatasi McDonald


{ 7 comments… read them below or add one }
walaupun mahkamah nnti menetapkan Ir Nizar MB yg sah. ia buknlah keputusn yg baik. n pasti Ir Nizar n anggotanye akan mohon dun dibubarkan…
cuba cari cra penyelasaian yang lebih terbaik mengatasi mslah ini secepat mungkin :smile: .skiranya kes ni tk selesai2,ini akan menampakkan lagi kelemahan kerajaan yg memerintah ngeri tersebut.yg brtepuk tngan ialah pihak pmbangkang.”Adakah kita ni bnr-bnr lyak brglar pemimpin”FIKIR-FIKIRKANLAH….
mmm…how to tell the true story…???actually saya sebagai rakyat negeri Perak rasa amat malu dgn konflik yang berlaku di negeri kelahiran saya sendiri..yang rugi…adalah bangsa kita sendiri.. tanganilah secara profesional dan adil.rakyat semakin matang menilai mana yang benar,mana yang salah..
Betul Nizar hilang kuasa sebelum ini. Tetapi mengikut perlembagaan Nizar hanya boleh dilucutkan kuasa di DUN. Maksudnya satu undi tidak percaya mesti dijalankan. Kesilapan BN ialah mereka sepatutnya menunggu sidang DUN sebelum usul undi tidak percaya dijalankan dan 3 org itu mengundi menentang Nizar (dan istihar keluar PR)
Tetapi yg berlaku ialah Sultan melucutkan kuasa MB. Ini bertentangan dgn undang2. Tun M pun setuju. Hakikatnya Sultan tidak ada kuasa utk memecat MB, walau apa pun alasannya. Sultan hanya boleh memperkenankan/tidak memperkenankan aje.
Tapi ini adalah bergantung kpd tafsiran undang2 seorang hakim. Sebab itu kita dapati hakim Mahkamah Tinggi lain keputusannya dan hakim Mahkamah Rayuan lain keputusannya. Aku tentunya akan setuju dgn pendapat Hakim Mahkamah Tinggi dan sebaliknya lah bagi geng BN.
Masalahnya ialah jika perlucutan kuasa ini diterima, dikatakan Malaysia sbg negara Komanwel akan dirujuk pada masa depan oleh negara Komanwel lain jika kes sama berulang. Sebab itu kes ini mendapat perhatian lawmakers dr negara2 luar.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.