BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Belanjawan 2013 : #TanyaNajib di Google Hangout 3 Oktober 2012

by Staff Berita Semasa on September 24, 2012

in Malaysian Insider BM

Malaysian Insider : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan satu lagi sesi #TanyaNajib pada 3 Oktober 2012 untuk membolehkan rakyat bertanya mengenai Belanjawan 2013, yang akan dibentangnya di Parlimen Jumaat depan.

“Saya menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari kawasan bandar mahupun luar bandar, pakar dalam bidang tertentu, para atlet, artis serta warga asing yang tinggal di negara ini untuk sama-sama menyertai sesi #TanyaNajib mengenai Belanjawan 2012 itu nanti,” katanya kepada Malaysia Insider

Belanjawan 2013 : #Tanya Najib 3 Oktober  Pada 9 Malam!!

Sesi itu akan bermula pada pukul 9 malam. Dalam entri terbaru blog 1Malaysia, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pembentangan Belanjawan 2013 dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat mengenainya.

“Oleh sebab itulah, saya mahu terus berinteraksi dengan anda semua bagi mendapatkan maklum balas mengenai Belanjawan 2013 selepas ia dibentangkan,” katanya.

Najib berkata Belanjawan 2013 dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat. Menyedari hakikat bahawa Belanjawan 2013 kali ini akan memberi inisiatif yang sangat besar kepada negara, Perdana Menteri berkata beliau melihat penganjuran sesi #TanyaNajib kali kedua itu memberi manfaat sangat baik kepada semua.

“Untuk penganjuran sesi #TanyaNajib: Belanjawan 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum.

“Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan,” katanya kepada The Malaysia Insider

Najib Razak dilihat telah menjawab sebahagian daripada soalan menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara. [Sumber : The Malaysian Insider]


{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }

1 Anuar September 24, 2012 at 4:15 pm

Mungkin inilah masa yang terbaik untuk kita mendapatkan info bagi menjawab segala teka-teki tentang belanjawan 2013..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: