Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?

by Staff Berita Semasa on December 10, 2009

in Bongkar Penyelewengan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

sprm2 Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?

Tugas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebagai Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah pun berlalu. Kini hanya tinggal sejarah. SPRM pun sudah mendapat Ketua Pesuruhjaya yang baru iaitu Datuk Abu Kassim Mohamed yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tetapi hasrat Datuk Seri Ahmad Said untuk berehat dan menumpu sepenuhnya kepada urusan keluarga  setelah berhenti secara mengejut “mungkin agak terganggu” dengan pendedahan terbaru daripada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mendakwa bekas Ketua pengarah SPRM Datuk Seri Ahmad Said terlibat dalam salah laku dengan mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta. Wow!!

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mencabar Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya membuat laporan polis sekiranya apa yang didakwanya sebagai palsu. Beliau bersedia membogelkan semua penyelewengan dan salah laku Ahmad Said, bukan sahaja dengan projek runding langsung dengan perbendaharaan negara itu tapi apa jua yang membabitkan diri beliau sendiri sehingga integriti SPRM dilihat tersangat kotor dan buruk.

Yang memeranjatkan sekiranya benar dakwaan yang dibuat oleh S Manikavasagam ini, di mana tali leher yang dibekalkan berharga sehingga RM1,000. Katanya lagi, projek membekalkan uniform dan cenderamata itu bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah memberikan kontrak yang dianggarkan bernilai RM 7.5 juta ringgit melalui rundingan terus serta meluluskan pembelian HEAD TO TOE kepada hanya satu syarikat iaitu Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak.

Anda boleh terus baca dakwaan yang dibuat oleh S Manikavasagam di bawah ini:

Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd adalah pengeluar barangan logam seperti Pewter, Tembaga, Perak dan Emas dan adalah pembuat barangan seperti cenderahati, pingat-pingat dan keperluan peralatan pakaian seragam yang hanya dibuat dari logam seperti pip, crown, star, collor dot dan lain-lain. Mariwasa Kraftangan telah memperolehi kontrak pembekalan HEAD TO TOE walaupun mereka tidak mengeluarkan peralatan-peralatan seperti berikut :

a. Topi Peak Lelaki
b. Bawler Hat Wanita
c. Songkok
d. Baju/seluar Istiadat
e. Baju/seluar Mess Kit
f. Baju/Seluar Bush Jacket
g. Baju/Seluar Kerja
h. Tali pinggang Kuliti. Stokin
j. Tudung
k. Pelbagai jenis kasut
l. Handbag Wanita
m. Tali leher
n. Aggauletter
o. Serta Lain-lain Jenis Pakaian.

Juga di fahamkan Mariwasa Kraftangan telah menggunakan beberapa syarikat lain bagi mendapatkan keperluan-keperluan ini di mana di antaranya adalah bukan pembuat/pengeluar tetapi ianya hanya orang tengah. Di antara syarikat-syarikat yang digunakan adalah seperti BENA YAKIN ENTERPRISE. Di antara barangan yang diperolehi dari syarikat ini adalah seperti:

a. Topi Peak Lelaki
b. Bawler Hat wanita
c. Songkok
d. Berbagai Jenis Kasut
e. Barangan Sulaman
f. Aggaulette

Bena Yakin Enterprise adalah sebuah Perniagaan jenis Enterprise dengan hanya nilai modal RM2.00, tetapi memperolehi tempahan bernilai hampir RM 1 juta. Yang lebih menghairankan ialah Mariwasa Kraftangan, pembuat barangan logam juga diberi kontrak JAHITAN PAKAIAN. Syarikat yang menjahit iaitu MAROZ TAILOR berpusat di Kuala Lumpur adalah bertaraf ‘High Class’. Bagi Peralatan seperti Kasut dan tali Pinggang Kulit, Kementerian Kewangan “Treasury” menghendaki bekalan diperolehi dengan syarikat yang ada ‘Central Contract’ dan bukannya diberi kepada pembuat barangan logam yang kemudiannya perolehi daripada sebuah lagi Perniagaan Enterprise.

Kini, tiba masanya Perdana Menteri menjelaskan kepada Rakyat Malaysia kenapa Ketua Pengarah SPRM ingin berundur serta :

a) Apakah Dasar sebenar Kementerian Kewangan mengenai perolehan Rundingan terus?
b) Mengapakah kesemua perolehan oleh SPRM atau BPR sebelum ini tidak dibuat secara tender atau Sebutharga?
c) Apakan hubungan Isitimewa Mariwasa Kraftangan dengan Ketua Pesuruhjaya MACC /BPR) dan
d) Bagaimanakah Kementerian boleh meluluskan perolehan Rundingan Terus terutamanya ‘Head to Toe’ kepada satu syarikat

Saya difahamkan:

a. Kementerian kewangan tidak membenarkan pemberian Kontrak dengan secara Rundingan Terus atau Direct Negotiation. Kelonggaran hanya diberi dalam keadaan berikut :
i. Peralatan yang hendak dibeli hanya dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat berkenaan dan tidak boleh diperolehi di pasaran terbuka “open market” atau “off shelf”
ii. Peralatan yang hendak dibeli dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat kepada spesifikasi kerajaan yang khusus atau “specific requirement” mengikut keperluaan pengguna
iii. Keperluan kerahsiaan peralatan tersebut seperti alat komunikasi pasukan elite yang menggunakan frekuensi khas agar tidak berlaku ‘tapping’ atau ‘jamming’
iv. Lain-lain keadaan yang mengambil kira keperluan kerajaan.
b. Pakaian Seragam Angkatan Tentera Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Imigresen, BOMBO, JPA, Maritim Malaysia, RELA dan lain-lain diperolehi secara Tender terbuka dan Sebutharga terbuka bagi setiap jenis peralatan yang melengkapkan pakaian seragam.
Tidak pernah sehingga kini kita ketahui Badan-Badan beruniform di Malaysia member Kontrak perolehan Keseluruhan peralatan Pakaian Seragam kepada SATU SYARIKAT SECARA ‘HEAD to TOE’. Ini adalah kerana tidak ada satu syarikat di Malaysia yang membuat atau mengeluarkan semua jenis peralatan seragam dan kebanyakan peralatan tersebut boleh diperolehi dari berbagai sumber dan ada yang ‘of the Shelf’.

Saya juga meminta Perdana Menteri agar dekelasifikasikan Perjanjian atau Kontrak-kontrak pembelian segala peralatan melibatkan bekas Ketua Pengarah SPRM tersebut semasa beliau berada di SPRM. Pihak Kerajaan juga tidak seharusnya melindungi salah laku Kakitangan Kerajaan yang didapati mengugat Integriti Negara. Sudah tiba masa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia diletakkan dibawah pengawasan Parlimen. Saya juga akan mencadangkan bahawa suatu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan–tuduhan rasuah/pecah amanah yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Malaysia.

Harapan Berita Semasa sendiri, tuduhan ini tidak betul sama sekali. Dalam pada masa yang sama dakwaan seberat ini perlu disiasat setelus-telusnya untuk mencari kebenarannya. Kalau betullah apa yang didakwa, integriti SPRM yang diberikan harapaan baru selama ini  akan “jatuh terduduk”. Janganlah ia nanti menjadi sehingga  jadi perumpamaan sebegini:

Harapkan pagar, pagar pula makan padi

Berita Semasa sempat membuka topik mengenai berita pengunduran Datuk Seri Ahmad Said di Facebook, lihat apa kata mereka :

sprm Bekas Ketua Pengarah SPRM Terlibat Dengan Salah Laku?

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 3 comments… read them below or add one }

1 BabyMocha December 10, 2009 at 8:57 am

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 honeyy December 10, 2009 at 9:16 am

manusia bila dah kaya akan jadi tamak haloba.. nauzubillah :tunggu  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 ballroom dancing instructional dvd May 16, 2010 at 1:52 am

Many thanks for publishing about this. There is the lot of great tech information on the internet. You’ve got plenty of that info right on your own site. I’m amazed — I try to maintain the few blogs pretty up-to-date, however it is a struggle sometimes. You’ve done a strong job with this one. How do a person take action?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: