Ya…sedikit sebanyak bantuan RM500 ini dapat meringankan bebanan kewangan rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya persiapan ibubapa untuk sessi persekolahan 2012 pula nanti…
Borang bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, akan keluar pada bulan hadapan, bulan Disember 2011 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang permohonan bantuan RM500 tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.
Bantuan RM500 ini adalah merupakan pengumuman daripada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011 lepas. Dijangkakan bantuan RM500 ini akan mula diagihkan bemrula januari 2012 secara berperingkat-peringkat.
- Borang permohonan secara online pun disediakan
- 3 juta isi rumah dijangka terlibat dengan pemberian bantuan RM500 ini dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Tempoh selama 14 hari bekerja memproses semua permohonan yang layak
- Kepada yang pemohon yang berjaya memperolehi bantuan RM500 ini, pembayaran akan dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik
P/S : Walaubagaimanapun, Kerajaan dah bagi, rakyat ambil. Ada di sini merasakan mereka berhak dapat bantuan RM500 ini?
UPDATE pada 1 Disember 2011!!
KUALA LUMPUR – Proses pendaftaran untuk permohonan insentif borang Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3000 Ke Bawah akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran permohonan borang bantuan rm500 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.
Menurut Ahmad Husni, bantuan RM500 itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.
“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



{ 119 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
nak tanya,pe syarat penerima bantuan?mest b’keluarga ke?kalo nk ikut isi rumah,dok bujg rmai2 kira isi rumah gak ke?confirm la xdpt kalo dok 5 org bujg gaji memasing rm2000,isi rumah rm10000..zzzz
haizzz, hang kena fhm
rm3000 nie di kira pendapatan seisi rumah
maksud nyer.
sekeluarga.. bukan bujang2 trang tang2x
lepas tu kena tengok pulak yang dah berkeluarga tu
jumlah kedua2 sekali kurang 3000 or lebih 3000
kalau lebih dari RM3000
maka tak dapek laaaa..jang
hahaha..mmg xdpt la nih?xpe la..lebih rmai lg memerlukan..=D..thx for the reply @Anti Kapitalis
bujang pun ade family hapa…tiap2 bln kena kirim duit kt mak bapak..yg x kirim tu,x tau lah~
kl g2 kuarga bpk kau la yg dpt 5ratuih tu sbb dia da ada family…kau xdapek la sbbb kau tu dikira bwh family dia la..
aku dongar klu nak mohon rm5oo ni syarat2 ea :
- bekeluarga
- pendapatan bwh rm3ooo (keseluruhan)
- mempunyai bilangan anak paling kurang 5 orang
yang lain aku x tau.ni pun aku dgr2 jo
aku baca tadi kalau yang bujang ada tanggungan contohnya tanggung mak pak ke..adik beradik ke sebab yatim piatu..layak r mohon..tak lama lagi diorang akan buka ‘talian panas’..rajin2 ler tepon tanya…
kalau xsilap sistem ini akan link skali dgn e-kasih kan?
so kalau nama xde dalam e-kasih xdpt ker?
gula-gula rasa buah sugus namanya…kanak-kanak gembiranya dgn rasa buah…suugus..suugus..sungguh enaknya…..
saya setuju juga kerajaan bagi bantuan sedemikian, kesihan orang kampung, yang mana anak ramai, bolih lah dikatakan rezeki, kalau difikirkan balik, memang wajar, kerajaan bolih memberi bantuan kepada negara lain yang menghadapi bencana, tapi kerajaan pun tak lupa juga kepada rakyat sendiri, tks kerajaan malaysia.
setuju !! dapat meringankan bebanan orang yang kurang berkemampuan.. janganlah… tetiba orang yang terlebih mampu pon dapat jugak.. paham2 sudah…. kesian pada orang2 yang betol2 daif.. tapi x dapat pembelaan sewajarnya
sokong 100% sokong jangan tak sokong.
kan kene isi borang…..yang tak mampu je dapat…yang terlebih mampu tuh takkan die bagi kot….
tapi bagaimana dengan jumlah pendapatan isi rumah lebih rm3000 tetapi kurang rm4000 tetapi tanggungan ramai…anak 5 orang then menjaga ibu@bapa yang sudah tua???
dio kato tigo ribu kabawoh jo…bkn lobih atau lobih sikit…lain la kalau dio kato tigo ribu dan lobih sikit baru la ekau tu termasuik juo…masoalah tanggungan ramai tu ekau kono la buat pat taim la plok…jgn maroih yo…komen jo ni……
Tu kena tunggu budget 2013, kalau BN tak dapat tawan semua negeri semula. Kalau dah dapat tawan semua negeri (kecuali Kelantan lah), usahkan bantuan RM500/=, bonus pun tak tentu lagi…..
kalau boleh bantuan tersebut dibagikan kepada mereka yang betul2 layak jangan pilih bulu sebab kadang2 kalau orang tu ada orang dalam maka orang2nya ja yang dapat….. ini tidak patut lah.
alhamdulillah…dapat kurang beban awl taun depan…
bantuan Rm500 ni utk “RM3000 ke bawah” atau “RM3000 dan kebawah”? bagaimana yang gaji ngam2 RM3000?
rasanya p’dapatan isi rumah rm3000 dan ke bawah.tp kne la p’dapatan suami+isteri=rm3000 dan ke bwh.kalo xphm gak,dgn kata len nye adalah:
Private Overload Function get_Gaji()
Dim gajiSuami,gajiIsteri,IsiRumah As Double
Dim dapatBantuan As Boolean
IsiRumah = gajiSuami + gajiIsteri
if(IsiRumah <= 3000) Then
dapatBantuan = True
Else
dapatBantuan = False
End If
Return dapatBantuan
End Sub
Botak chin! tak faham kah?gaji yang bermula dari $ 3000 kebawah.kalau gaji $3000.05 lebih 5 cent tak dapatlah atau nyawa-nyawa nyamuk untuk dapat $ 500. Lu pe rompak aje lah botak chin Utk tolong orang susah macam botak chin 80-an .
cerito dio lobih kurang begini…kalau dio kato tigo ribu kabawoh artinyo bermula tigo ribu dan kabawoh la tu….. lain la plok kalu dio kato bawoh tigo ribu…artinya bermula 2999ringgit dan 99 sen dan kabawoh….kalau pendapatan ekau ngam2 tigo ribu….ekau pk la sendiri…. sepekaro lai yg ekau kona pk…yg dikiro tu gaji ko pendapatan………
Perlu daftar dgn LHDN dl ke sebelum ambil borg permohonan?gaji sayg bwh drpd 2k..dan xpernah lg dikenakn cukai pendapatan..
Jangan risau dan pergi daftar dengan LHDN, lepas itu ambil RM 500. Tahun 2013 tengok slip gaji kena potong cukai pendapatan RM 20 sebulan dan setahun RM 240 dan akan meningkat seterusnya hingga mati, sebabnya gaji dah naik ke RM 3000 lebih dan data kat LHDN dah ada mana nak lari, zakat pula tak pernah bayar. Krj bagi RM 500 sekali saja dalam tempoh 5 tahun, dia ambil RM 1000 lebih dalam 5 tahun, lepas 5 tahun umum perkara yg sama RM 500 diberi sekali lagi untuk pancing undi kat pilihanraya. Sebenarnya rakyat yg tampung RM 1000 tu bukannya kerajaan, dia hanya umum shj kerana krj tahu RM tsb akan dapat balik, rakyat juga yg kena. Kerajaan pandai atau tak, itulah dasar kapitalis ciptaan barat, zakat tidak diwar-warkan tapi cukai pendapatan yang dipromosi lebihx. Fikirkanlah………
betuj gak ee
salam semua… terima kasih tak terhingga kepada kerajaan malaysia.. dengan cara ini terhapuslah sedikit kemiskinan yg di alami oleh masyarakat di malaysia, jika ini pun di salurkan dengan tepat dan betul.. bagaimana nasipnya yg suri rumah.. dan tak berdaftar e-kasih?serta tak berkerja? layakkah menerima bantuan ini.. perdapatan keluarga sebulan rm2200.. belum tolak semua belanja keperluan rumah dan bil bayarn bulanan..
Kalau tak berdaftar dengan e-kasih boleh mendaftar di laman web jabatan kebajikan masyarakat. Boleh minta tolong ketua kampung buat laporan untuk e-kasih. Tapi E-Kasih ni untuk yang betul2 miskin sahaja sebab orang jabatan kebajikan masyarakat akan datang ke rumah untuk membuat bancian. Kalau tak tergolong dalam miskin tegar, nantikan aje borang yang dikeluarkan oleh LHDN.
Kelantan bagi sumbangan RM85 ribu kepada pemain bolasepak Kelantan sedangkan pemain kelantan tak tutup aurat pon.
PAS sokong ke atau tak sokong nak mencegah? Patutnya PAS wajibkan pemain dia tutup aurat duluuntuk membolehkan diorang ni dapat imbuhan xtra. Barulah nampak bersungguh-sungguh. Barulah boleh jadi teladan kepada orang-orang yang belum terbuka untuk terima PAS, seperti aku ni.
Xyah le nak bagi isu penjualan arak, disko, judi sumer tu aku dah tahu. BN memang aku tahu takleh pakai gak. Tapi PAS ni tak nampak solid. Yg aku nmpak pakai kopiah ngan simpan janggut je.
lari tajuk daaa…. cuba jgn sesuatu isu tu sangkut dgn politik fed up aku dgr… pas.. umno dlm ruangan nie…eeeiii
memang g2 la perangai org PaS, kl kena batang idung sikit mulo la nk fedap..salah org je yg dio nmpk….aku sokong pendapat kau tu bab BN memang xleh nk harap dan PaS plk xleh nk harap langsung……sbb tu la aku kuar PaS masuk UMNO aku x masuk BN, hehehehehe…..
apsal dlm isu semasa pun nk msuk politik… aku xsokong mne2 sbb bg aku sm sja… umno n pas kl x ego dgn pendirian msg2 xberpecah gini lah…
Bantuan RM500 mana cuku
kurang2 bagila 500 sebulan pun jadilah…..harga barang “semakin naik”
camana nak beli camry kalau 500 je
kurang2 500 sebulan boleh cover intallment kereta Proton yang mahal tak padan kualitinya
dh tau x cukup ada ati nk beli camry… baik ko naik beca jer confirm jimat.. myk xguna monthly x pening fikir bayo…
BETUL TU NO NAME KALU DAH TAKDER DUIT UAT CARA TAKDER DUIT. NAEK BECA BAGUS GAK EXERCISE……JIMAT GILER HEHEHEHE
sebelum ini puak2 pembangkang
kalau kerajaan buat cadangan walaupun dah bagus
kerja nak kutuk je memanjang
tapi bila kerajaan keluarkan bonus….
diorang inilah yg mula2 beratur dimesin duit…sebelum subuh dia dah beratur dah
talam dua muka
spesis tak tahu malu betul..
hahaha..betul2 tu..talam bermuka2 diorg tu..mata duitan semua..kalau bab nak kena bayar itu ini, mula salah kerajaan..kerja xmau..ada hati nak hidup senang lenang..hadui..tu laa masyarakat malaysia..sudah diberi..kata xcukup, xdiberi kata kerajaan kejam..,bersyukur je laa..yg kaya tu , xreti2 nak bagi peluang ni pada yg miskin ke? kalau bab2 belanjawan ni xyah laa masyk kan plitik..kutuk sana kutuk sini, tengok2 hangpa yg mula2 hantar borang mintak rm500 ni kot…hahaha…
Bgs 2..
bersangka baik je…
nak tau, pendapatan isi rumah kira gaji kasar ke pokok?
bab geliga mmg x dinafikan la..umpan 500 so ramai la yg serah diri kat LHDN lps ni x bley lari dari byr income tax dah la..
sama kes mcm ptptn baru ni offer ‘ujrah’…turunkan bunga lagi 2% untuk kesan peminjam yg hilang haha
biasanya gaji kasar (campur gaji suami isteri) kalau 3k ke bawah kira lepas la….
yela aku sokong klu kjaan nk bg bntuan kat rkyat sbb mmg tu la tangungjwb sbg pemerintah…tpi kenapa bila dh hilang sokongan bru gelabah nk bg itu ini..masa tgh kuat dulu lupa…jgn tolong rkyat untk raih undi semata2 rkyat dah muak dah….
Terimalah Wang hak rakyat ini seadanya, tapi apa cerita GST? kalau beli barang 13,000 duit 500 dah habis bayar GST itu pun kalau 4% . Betul lah Tun maha korup cakap belanjawan 2012 1 Kali tembak 2 ekor burung jatuh memang putar belit punya cakap lah.
betul juga tu saya setuju setiap pemberian sabsidi dari kjaan adalah datang dari rakyat sendiri, tapi kita kena ingat kjaan ambil dari rakyat sedikit dan ada juga dia pulangkan balik sedikit pun janji ada bagi balik, jangan tak bagi lansung. itu lah cara kjaan nak tolong orang berpendapatan rendah.
salam…..kenapa susah sangat nak bagi duit bukannya nak bagi tiap2 bulan pun duit tu bagi je duit tu macam bagi duit raya kat semua orang yang bekeluarga terutama yang ada anak berdaftar kat sekolah …..pergi LHDN nak ambil cuti lagi!
betul2 sye stuju 100%
ko igt senang2 ke nak bg wet cam tu jer..ade bpe rmai org kat mlysia ni oii..byk ctik muka ko org dah bg betis nak peha lak..
betul tu zack..tu namanya ingt isi perut sendiri ja..ingt rakyat malaysia ada 20 ribu ja kot..
setuju sgt2…dpt meringankan beban yg memerlukan…
lg 1 kola anak 3 gaji kurang 3k bole dpt ker?
kena isi borang jugak….ke??
LHDN dh kopak duit aku lebih 10k
kalau gaji kasar kita rm 3014 DN Bekeluarga…..camne tu????….
pandai tol dorg ni….kan…
kalu berniaga sendiri takde slip gaji blh jgk ke mintak bantuan 500 ni.gaji isteri dh seribu lbh.aku punya pendapatan lbh kurang 2 ribu lbh.LHDN dpt semak ke tak,mase isi borang tu nanti kita letak je pendapatan isi rumah 2500 je..tlg bg pendapat……
sekurang2 nye ko carum lah dlm kwsp… xpun de penyata bank ko simpan bln2 pendapatan ko…
Kalau baki pencen rm 600 berkeluarga cam mana ada hak ke,x de pdapatan lain
pk2blk..buat apa sng skrg walhal nt xpsal2 aku kna byr cukai tiap2 bln.bkn besar mna pn fedah yg aku dpt,time nak plihan raya bru nmpak itu ini.politik jer lebih..
kepada semua penerima janganlah terlalu gembira sangat. ingat tak dulu waktu kerajaan umumkan pemansuhan yuran sekolah..akhirnya waktunak masuk sekolah macam macam yang kena bayar.ada udang di sebalik batu.kalau kerajaan benar ikhlas tak apa ,kita berterima kasih banyak banyak. memang patutpun rakyat dapat,sebab kita pun ada hak.PM umpama bapa bagi sebuah keluarga yang sanggat besar..takkanlah kita nak bezakan anak anak kita bila kita dapat rezeki.harap haraplah selepas bagi 500,janganlah barang naik, minyak naik dan naik naik naik.kita harus ingat,duit 500 sekejap jak habis. tapi barang yang dinaikkan sampai bila bila pun kita tanggung..contohlah gula naik 10sen sekilo, tapi kedai kopi naik 10sen juga secawan, kita dapat fikir sekilo gula boleh buat berapa cawan air kopi..nanti siapa yang untung.fikir fikirkanlah,..janganlah main sorong tarik..
betul pendapat anda baru2 ni adik ipar saya mendapat bantuan kwamp rm200 tapi bila dah di ambil kena potong rm40 untk yuran tahun depan…apa maksud pm kita kata hari tu yuran di mansuhkan…cuba cakap yang betul nanti rakyat malaysia tak percaya kat kerajaan malaysia tau…
Yuran sekolah tu tak banyak. kurang dari RM 10 pun.
Yuran PIBG, belian buku tulis, belian buku kerja tak termasuk yuran sekolah ye. Harap maklum. Necktie anak2 pun bukan termasuk dalam yuran sekolah. mana ada kerajaan bagi buku sekolah free kecuali buku teks melalui skim pinjaman buku teks.
Rakyat tidak percaya tapi undi juga sebab tahun depan harap dapat bonus dan bantuan lagi.
budaya umpan ni bukan dalam politik ja..even kita mak ayah pun..nak anak dapat num 1, mesti bagi hadiah kan..umpan dan ganjaran benda yg sama…jadi xkira siapa pun jadi kerajaan..akan buat benda yg sama..perrcayalah..normal lah tu..kita sebagai rakyat..pantau ja..org nak kasi..kita amik kalau penuhi syarat..kalau xdapat..redha je laa..xdak rezeki..normal laa tu nak PRU biasa laa..xpayah laa nak gaduh2 parti2 politik ni..hadui..
kalau nak rm500 tu nak tengok bilangan anak ke? tak pa kepada rakyat malaysia buat la anak banyak2 agar dapat rm500 tu….(ramai anak murah rezeki)….
RM 500 / 365 hari setahun = RM 1.37 sehari = gula2 dr kerajaan hampeh
bagi gula2 pun nak kena isi borang… huhu
betul tu bro..hehe..
kenapa labuan dan sabah kebanyakan orang filipin dapat orang tempatan tak diberi peluang pun sedangkan orang tempatan lagi perlu dibantu mengapa orang filipin pula dapat?
keraja tak suruh hang beli gula2 hang ambil duit tu hang p derma kat masjid xpayah dok hampes2 mak hang masa zaman dia muda nak dapat rm500 sebulan pun susah hang duit banyak boleh la cakp pandai cuba hang datang buat keja jadi nelayan hang ingat senang ka nak dapat duit kerajaan bagi hang pelajaran bila dah pandai hang jadi bodo pulak langsung yak berterima kasi kat kerajaan bagi hang pelajaran sekurangnya hang tidak buta huruf bangang punya budak.
kalau nak income anda dapat kena trace dengan LHDN dipersilakan memohonnya. hehe
kalau boleh, harap LHDN akan buka kuanter kat kawasan2 kampung dan pendalaman utk mengelakkan org2 kampung tertipu nanti..
IPOH: Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.
“Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar membabitkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion… Untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.
Beliau berkata, kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.
Katanya, pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terbabit serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.
Ahmad Husni berkata, proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan semua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengedar borang permohonan palsu.
“Kita tidak mahu ada golongan tertentu yang cuba mengelirukan bakal penerima insentif ini dengan mengedarkan borang palsu bagi mengaut keuntungan,” katanya.
Beliau berkata, proses pendaftaran haruslah melalui saluran yang betul dan tidak melalui orang tengah.
“Kita akan menghantar pasukan sukarelawan ini ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk proses pendaftaran,” katanya. – BERNAMA
Kenapa kerajaan malaysia x ikut macam negara jiran (singapura) rakyat sana tiap tiap tahun dapat duit bantuan minima SGD 200 .Bergantung pada pendapatan.Semua yang berumur 18 tahun keatas mereka dapat makumat dari pada kad pengenalan ,CPF,LHDN yg mana pernah berdaftar mereka akan salurkan ke akaun saperti dlm maklumat .Kan bagus .Hingga kan sesiapa yang menetap di luar negara akan di oskan cheque mengikut alamat di dalam Kad pengenalan .Renong renong kan la….
apa kata awk mohon jadi rakyat negara berkenaan sebab macam best ja bunyi tu awk suka pentadbiran sana..lain negara lain pemerintah..kadar cukai, pembangunan, mentaliti dan usaha rakyat disetiap negara berbeza..jadi pendapatan dan pencapaian serta perancangan negara2 pun berbeza….saya bangga menjadi rakyat mlaysia!!..
apa2pun, kalau perlu bantuan, isi je la.. dapat 500.. mcm SBPA jugak.. nak naik gaji, kena la redho dgn syarat2 nya.. papepun, kerajaan skang memang terbaik..!!
salam…terima aje la bantuan yg d beri tu…brsyukur la…..utk pengetahuaan walaupn anda x mndaftar d lhdn…sbenarnya rekod anda sudah ada cuma blum d failkn lg….dan walaupn anda lari mmbayar cukai skrang….tunggu la d hari tua anda bila ingin mngeluarkn kwsp anda…anda akan tau nnti…skian..
betul2..apa laa cukai xmo bayar..tapi bantuan mahu..pastu sibuk pulak ngaku jalan raya pembangunan semua pakai duit dia..padahal cukai xpernah bayar..
nk tnya yg dpt bantuan 500, gaji kasar suami + isteri atau gaji pokok suami + isteri? tq
nak tnye sy brgji 1500 n istri sy x bkrje,n sye xde slip gji,gji pun x msuk bnk just by hand n bru brkawen adakh sy layak utk mdpt bntuan 500 n adakh sy jg akn d kenakn cukai walaupun pndptan sbln sye only 1500,pls respon nak tau sgt tq…
klu ank sowang ley ka
berduyun-duyun org dtg ambik borang. elok jugalah sebab selama ni, tak pernah pun nak datang LHDN sebab tak nak bayar cukai..
pada hal sepatutnya, kita kena jugak buka akaun kat LHDN walaupun memang tak layak kena cukai..
sekali nombor IC di simpan oleh LHDN, habis semua akaun ceti pun mereka boleh trace
siapa sedialah semua
umpan RM500 jek, tapi dapatan kerajaan seklai ganda daripada apa yang mereka berikan
tunggu jela..urat income tax datang.
haha….rakyat terkena lagi
mcmane klu syg dh kahwin tp tiada anak lagi … layak dapat ke…. ??
Pembetulan fakta. Lhdn takley trace akaun korang kat bank mana2 & takley kacau pun akaun tu sbbnya dilindungi akta.
Kalo isi rumah rm3k ke bwh, sah2 tak kena cukai. Kalo bujang takde apa2 tanggungan pun, gaji >rm2500 baru kena cukai. Jd jgn takut. Apply je.
Pasal menda ni sbg pancing undi tu aku tak nafikan. Coverlah mcm mana pun dah terang lagi bersuluh. Pasal tiba2 thn ni umum bantuan mcm2? Sbb pru dah dkt. Kan..kan?
setuju
BETUL CKP ORGAYARCUKAI… KITER SETUJU MMG DIOWG NAK PANCING RAKYAT TAPI KITER TIME JER DAH REZEKI DIKATAKAN… HEHEHEHE
Bersyukur juga dapat bantuan RM500 kalau layak tu. Tapi adakah perkara ini akan berlarutan sampai bila-bila atau adakah perkara ini buat yang pertama kalinya dan juga yang terakhir kalinya. Di risaukan ramai orang mengharap akan bantuan ini setiap tahun. Adakah negara kita ini mampu melakukannya untuk setiap tahun. Di harap agar dapat memberi garis panduan terlebih dahulu sebelum borang-borang diagih-agihkan agar tidak membazir borang. Kalau sudah tidak layak, janganlah di bagi borang tersebut.
TO En Yassin…
byar income tax tu bkn byak sgt pon..niatkan sedekah dapat gak pahala dari mengate..kala memang patut individu dikenekan income tax..nape xtanye syarikat2 besar yg xbayar income tax g beli aset leh jadikan hutang..so incometax jadi kurang..
klu xnak bayar incometax yang byak tu..baik la dijadikan sumbang ke badan2 kebajikan, skoloh pondok n tahfiz abik resit dan kemukaan pada LHDN incometax anda boleh dikurangkn..
macam gampang kerajaan UMNO ni
kerajaan PAS dan PKR lagi gampang mcm boleh di kata kan penyamun pengkianat ugama pengkianat negara pun ada pertama jual kalimah allah dan boleh plk di main2 kan nama allah swt, kedua cuba nak jual sabah plk siap janji sabah kat org sulu org pas plk menjadi talibarut atau subahat sama la nak jua, aku cadangkan klu polis dapat sapa yg jadi pengkianat negara dan menyebabkan perang dan kematian aku cadangkan org itu baik tembak bagi mati klu tangkap pun tak guna nanti dia cuba ambil peguam klu nak tutup kes baik tembak saja.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua….
Sy nak tanya la, jumlah isi rumah bmaksud gaji pokok @ gaji bersih bulanan ketua kluarga shj @ di campur dgn gaji si isteri sama??? Jika si isteri yg bkerja…..lg 1, jika suami sy seorang Tentera (ATM) adakah layak utk memohon???
Assalam semua..borang secara online boleh photostat ke atau memang kena guna yang asal sahaja?boleh ke buat pembetulan dengan liquid kalau ada kesilapan semasa mengisi borang??
terima kasih.
bagaimana pulak dengan yang bekerja sebagai askar yang berpendapatan kurang dari rm3000 dpt ke tak?isteri plak suri rumah
bagaimana pulak dgn yang bekerja sebagai askar?dpt ker tak?gji bawah rm3000.isteri plak suri rumah saja.
apa yang aku boleh kata…”berhati hati sebelum terkena..”
Salam,
Kawan bekerja sebagai buruh dikilang..gaji asas kawan RM1200 campur O.T dapat dalam 1800 ~1900 sebulan. Bini kawan jadi jaga, dapatlah gaji 900…campur OT ade ler dalam 1100…anak kami 5 orang dan ada yang OKU…Dengan rumah sewa, belanja sekolah, upah orang jaga anak2 termasuk menampung anak OKU…anda semua boleh bayangkan…betapa peritnya hidup kami…Mendengar ada bantuan kerajaan..saya dan bini pergi ke pejabat LHDN…dipendekkan cerita, Kata pegawai LHDN…
AWAK TAK LAYAK!!! Lebih dari 3000..tak LAYAK!!!
Pasangan muda…1 anak pun boleh dapat…pakai bergaya, kereta cantik boleh dapat.
Tapi kami yang melarat hidup perit, naik moto buruk ini dikatakan tidak layak..
Terima kasih kerajaan Malaysia!!!…Terima kasih Najib… semoga “keadilan” kamu diadili di akhirat kelak.
senusantara, awak kata anak ada OKU, awak cuba pergi ke jabatan kebajikan masyarakat untuk dapat duit bulanan anak yg OKU tu. Saya bukan apa sebagai 1Malaysia kita harus tolong menolong, lg pun saya prihatin dgn anak awk yg OKU tu. Saya pun ada anak saudara juga yg OKU, tp tiap2 bulan dia dapat duit bulanan dr JKM. Saya harap awk bersabar, saya pun isi borang BR1M juga tp tiba2 x ada dlm rekod.
fikir dalam-dalam rasannye taknak ambil lah bantuan ni walaupun layak,kesian kerajaan yang memerintah nak cover balik duit tu..penyudahnye kesian kat rakyat pula terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi secara drastik akibat kenaikan harga barang akibat dari kenaikan cukai..ye tak?tp nak mcamana perkara telah dilaksanakan..berserah pada yang maha esa..semoga semua rakyat mlaysia bertambah kaya dan dapat mengejar arus kemajuan
bila dapat mohon…minyak pun naik…bayar balik juga…macam tu~~~
daripada bagi bantuan sekali sahaja ini, adalah lebih baik membuka peluang-peluang dan kemudahan,serta pemantauan yang efisyen dalam pembangunan ekonomi bagi golongan pendapatan bawah rm3000 ini,sekaligus dapat memanfaatkan golongan intelektual dan professional pelbagai bidang yang ramai dikalangan rakyat malaysia
Tengok la sendiri berapa ramai yg mohon dari yg x mohon..nak jd negara rakyat berpendapatan tinggi konon..!!mimpi bulan jatuh kt riba la..250 tahun lagi pun belum tAu
saya isi borang BR1M, tp mcm mn x ada dlm rekod? sedangkan keratan dlm simpanan saya, saya merayu supaya pihak tertentu buat semakan balik. Saya bukan apa, saya bersuara mungkin ada yg senasib dgn saya di luar sana.
mak saya isi borang BR1M. Sudah diluluskan oleh kerajaan.
Tapi surat itu terlewat kirim ke rumah saya.Malang, tarikh sudah luput.
Kalau mak saya ingin ambil balik RM500 bolehkah ? wang itu akan transfer kepada orang lain kah jika tak ada pi ambil?
saya sudah memohon tetapi tiada jawapan lagi.
I dengar yg tak de ibu bape pun sudah dapat mohon…ade pulak anak kerja di luar negara dah lebih rm3000 di campur sekeluarga pun dapat mohon juge..macam borang ni senang di tipu je???kerajaan tak periksa betul2 ke ni??
Jika anda tidak menerima surat itu, bagaimana untuk memeriksa internet. . .Apakah URL. .
TERIMA KASIH
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pendapat saya, pemberian BR1M kepada setiap ketua keluarga dalam satu rumah banyak membantu rakyat. Tahniah kepada PM kita dan kerajaan Malaysia. Tetapi pemberian RM500.00 kepada golongan yang berpendapatan RM3000.00 ke bawah sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan. Ada yang berpendapatan sedikit sahaja melebihi RM3000.00 tetapi tidak layak untuk menerima BR1M. contohnya gaji kasar RM3010.00 dan potongan hutang dan bayaran bank , rumah dan kereta. Bukan hendak suka-suka berhutang tetapi di atas keperluan. Dan sedangkan ada yang gaji RM3000.00 ke bawah tetapi tiada banyak potongan tetapi tetap mendapat RM500.00. Malahan mempunyai banyak simpanan di Bank. Kajian terperinci harus dinilai semula dan tiada kata dua untuk kami menyokong kerajaan Barisan nasional.
apesal mmy yg layak x dapat..ape cer n ade ramai lagi yg layak pun x dapat…
macam mane nak semak br1m erk nak taw dpat kew tidak mm…pning dh mencari nye adessss
macam mane nak tgk name bejaya atau tak????
nak tannya adakah RM500 lagi ada sambung ,bolehkah bagi saya jawapan.terima kasih.
mcm mane nak semak nama org yg bejaya ke tak???
KENAPA NAK ISI UNTUK REMAJA 21 TAHUN KE ATAS BAGI BR1M 250 UNTUK BUJANG TAK BOLEH. TIADA TANGUNGAN KATANYA. TOLONG CHECK BALIK SISITEM
mcm mne nk isi borang BR1M ,lalui on9 ni ??
jenuh cri xjpe …
bantuan please …
Saya hairan kenapa bagi ibu tunggal (jumlah anak 5 orang kebawah atau keatas) yang pendapatan rm3500 ke bawah tidak berkelayakan menerima BR1M. Dan bagi orang bujang (ada pendapat tetap) yang dimenyara anak saudara atau siapa-siapa anak yang disara boleh mendapat bantuan – adakah pihak LHDN pasti perkara tersebut. Pihak LHDN sepatutnya menyiasat perkara tersebut. Pihak kerajaan hendaklah kaji semula kos-kos yang ditanggung oleh ibu tunggal terhadap anak-anak yang dibawah usia 20 tahun yang masih menuntut.
saya nak tanya wakil kawan2 ada seorang kawan ni di tinggal kan si suami ni tapi si suami ni dah buat permohonan untuk satu keluarga la,yang teraniya si isteri tak dapat 500 tu bila di buat permohonan,permohonan tu di tolak atas alasan ketua keluarga dah daftar…padahal dapat 500 si suami dah rembat tak bagi kat anak bini…siapa nak jawap tu kalau ada situasi yang mcm ni…kesimpulannya si isteri n anak2 gigt jarilah,kata nok tolong orang susah…sapa nak jawap tu?????????
kiungchewyinyin@yahoo.com.my
Trima kasih kapada kerjaan, karana banyak membantu rkyat malaysia,dengan ini saya minta kerjaan. menurunkan kan harga barang keperluan harian. trima kasih.
Rumah panjang jagaan saya, kawasan, P.205 SARATOK/DUN.N,34 KRIAN. ALAMAT RUMAH, NANGA GONG, ULU SENULAU, BUDU, KRIAN SARATOK.jumlah pintu bilik,17 pintu bilik. jumlah isi rumah 98 0rang. nerima BR1M 100%. Terima kasih kepada kerajaan.Satu perkara yang saya hendak katakan disini. memohon kerajaan, membuat jalan kampung untuk kami. sepanjang 700 meter, dari rumah pantan ke rumah saya. permohonan sudah diluluskan pilihananraya DUN 2011. kalau sudah di luluskan, Saya harap projek ini dimulakan secepat mungkin. SALAM 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. TERIMA KASIH.
TIDAK PERNAH SYA TERIMA APA APA SURAT. HARAP ANDA BUAT BERITA DENGAN PERIKSA DULU INFORMASI LHDN, CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
saya nak semak permohonan saya lulus ke tak ?
tak dapat buat semakan pun….
hi….hanya Allah je yang tahu apa yang sy luahkan bg rakyat m’sia dah orang tak nak tahu apa sy nak buat kan ….
adakah kerajaan nak tambat hati rakyat semata-mata kerana PRU 13 ini?
tapi macamana pun Alhamdulillah nikmat Allah yg sedikit ini dapat membantu sy dan anak sy sedikit sebanyak….syukur kepada kerajaan kerana telah membantu rakyat m’sia dalam keadaan yg susah ini…
sudah lama tak dapat surat.bolehkah saya tau macam mana check status online?