Nampaknya masih ramai lagi yang kami dapati yang memohon tidak mengetahu status permohonan mereka melibatkan bantuan RM500 1Malaysia ini. Adakah anda orangnya. Walaubagaimanapun, kerajaan mengatakan masalah tersebut akan diatasi secepat mungkin….dan dalam pada masa yang sama memberikan “bayang” bantuan seperti ini akan diteruskan setiap tahun….
Bantuan RM500 1Malaysia Akan Diteruskan Setiap Tahun Jika…
IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bantuan RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata bantuan RM500 secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.
“Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan. Terdahulu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merasmikan program seminar transformasi keusahawanan Mara di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, Ahad.
Mengulas lanjut, Shafie berkata bantuan yang diberikan kerajaan itu tidak mengira kaum sebagai usaha membantu rakyat golongan miskin.
“Ini (bantuan RM500 1Malaysia) bukan bermotifkan politik, kita beri bantuan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Lagipun duit kerajaan mencukup untuk biayai skim ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kelewatan rakyat di Sabah menerima bantuan BR1M, Shafie berkata ia tidak dapat dielakkan berikutan kawasan yang sepatutnya menerima bantuan itu terletak di kawasan pedalaman.
“Kawasan (yang terima bantuan) jauh bukan mudah untuk bawa jumlah wang yang besar bawa ke tempat yang terpencil. Bagaimanapun kita akan laksanakan dan diharap penerima dapat bersabar,” katanya.
Tambahnya lagi, bantuan itu akan disalurkan kepada mereka yang layak sehingga April depan dan rayuan masih terbuka bagi pemohon yang gagal terpilih menerima wang tunai RM500. – BERNAMA
Cuma cadangan kami kepada pihak kerajaan ubahlah mekanisme berbanding “kaedah konvensional” yang digunapakai setakat ini bagi menyerahkan bantuan RM500 tersebut kepada penerimanya dengan cara :
- sewa kanopi
- bayar elaun perjalanan ahli parlimen Barisan Nasional
- perbelanjaan dekorasi semasa diadakan majlis penyerahan oleh ahli parlimen Barisan Nasional
- replikasi RM500
- diadakan majlis penyerahan
“Mengapa mesti menyusahkan diri, sedangkan ada cara yang lebih mudah daripada itu? “
Ini kerana ia juga melibatkan angka penerima yang agak ramai. Apabila kami melihatkan senaraian kalangan pembaca Berita Semasa melalui laporan berita Semakan Keputusan Permohonan BR1M RM500, masih ramai lagi mengalami masalah untuk mengetahui samada status permohonan mereka diterima tau tidak menyebabkan mereka terus tertunggu-tunggu sehingga ke hari ini. Apatah lagi nak mendapatkan cek RM500, jauh sekali.
Ada satu aduan yang kami terima secara terus yang mana proses untuk menerima bantuan RM500 1Malaysia ini agak menyulitkan dan kami ingin kongsikan di sini :
- Mula-mula sekali seperti yang diketahui beliau mesti mendaftar di LHDN
- Dalam masa 2 minggu dah dapat surat pemberitahuan yang mana permohonan bantuan RM500 1Malaysia telah pun berjaya. Kemudian dalam surat tersebut mengkehendaki beliau pergi ke Pejabat Daerah. Dalam pada masa yang sama beliau membawa jirannya yang merupakan bapa tunggal.
- Sampai sahaja di Pejabat Daerah tersebut, mereka beranggapan akan mendapat bantuan RM500 1Malaysia tersebut. Tetapi malangnya kedatang mereka ke sana hanya bertujuan untuk mengisi borang sahaja.
- Tak cukup lagi setakat itu sahaja. Mereka dikehendaki pergi ke Pejabat UMNO di Majidee berjumpa dengan Dato Shahril
- Sampai sahaja di sana, Dato Shahril berucap dan mereka mendengar ucapan tersebut, kemudian barulah mereka mendapat bantuan RM500 1Malaysia tersebut.
- Akhir sekali mereka dikehendaki pergi ke bank dan untuk tunaikan cek bantuan RM500 tidak boleh sebarangan. Hanya bank-bank terpilih sahaja yang dibenarkan
- Inilah harga yang perlu dibayar semata-mata untuk mendapatkan bantuan RM500 1Malaysia
Ini membuatkan kami terfikir bagaimana agaknya, makcik/pakcik yang tiada kenderaan. Bukankah ini menyusahkan kena pergi satu tempat ke satu tempat?
Mungkin selepas ini kerajaan patut menyediakan portal BR1M yang boleh memberikan kemudahan kepada pemohon bagi membuat semakan permohonan mereka daripada masa ke semasa.
P/S : Pemberian Bantuan RM500 1Malaysia satu langkah yang baik daripada pihak kerajaan, tetapi mekanisme yang digunapakai semasa pemberian & pengagihan kepada penerimanya agak canggung. Harap diperbetulkan pada masa-masa yang akan datang.
[poll id="264"]



{ 75 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
rasuah paling mahal kerajaan bagi stakat ni
kat kampung saya aku ada 3 org nenek yg duduk satu kawasan rumah(rumah lain2 tapi alamat sama). saya juga yang kena isikan borang tapi sampai hari ni belum terima jawapan.harap diorang dapat laaa. sejak merdeka undi kapal layar tu…..
apa nak buat memang besar penyelewengan yang depa buat
Pemberian dari rakyat kepada rakyat…bukan dari siapa-siapa.
Jangan perasan diri dermawan ikhlas.
nampak sangat dah desperate mengharap supaya terus mendapat kuasa….kalau da dpt renew lagi 5 tahun akan dilupakan rakyat hingga dekat nak pilihanraya lagi
sudah berpuluh2 tahun dok lagu tu gak, cari la idea lain utk menarik perhatian rakyat
rakyat makin pandai
kerajaan pulak aku tengok makin bengap
ketara sudah pembahagian Br1m adalah untuk memancing undi. Menagih simpati rakyat bila melihat parti kian merosot. Dulu menafikan, sekarang kata kalau BN menang next election BR1M diteruskan tahun tahun. Janji politik. Putar belit. Biarlah rakyat Malaysia menjadi pengadilnya. Orang ulu pun dah tahu ini semua pancing.
Berhentikanlah memperbodohkan rakyat. Pembahagian BR1M adalah satu cara halus merasuah rakyat untuk menyokong BN, takut disebut RASUAH. Tapi semua rakyat Malaysia bukan bodoh lagi, faham dah… BR1M adalah duit rakyat untuk rakyat tidak untuk undi.
apa yang di beri kita ambil. tapi kalau cakap ‘BUKAN MOTIF POLITIK’ memang cakap macam orang BODOH.
hrp ini usha murni kerajaan untk mmbntu rakyat. tp kurang b’setuju klau ks tiap thn sbb drpd beri wang baik bg subsidi kat rakyat..setidak2nya hrg barang utama dpt gak dikurangkan dipasaran & sekaligus hrg brg lain gak akn dpt dikurangkan…. lgpun rsnya xp’lulah wat mjlis besar2 & ramai ahli politik yg turun padang untk menyampaikan bntuan nie….kat c2 pun dah nmpak penggunaan wang yg banyak.. (kebelakangan ini banyk sgt ‘duit’ dihulurkan untk rkyat tp keberkesanannya xtau la mcm ne…cth baucer rm200 utk pelajar U, Rm100 utk sek rendah, Leptop untk sek rendah dll…..) tp kebanyakanya, apa yg diberikan oleh krjaan tidak digunakan sebaik mgkin oleh golongan sasaran..
makin besar subsidi makin besar kepala la pembekal..asyik nk naik harga jela..lg baik bg terus je pada rakyat..xpyh la subsidi..
Betul tu..bg kt rakyat terus mcm BR1M ni..klu subsidi byk pn org kaya gak yg sapu subsidi tu byk2 spt petrol dll.pendatang pn amik kesempatan klu subsidi byk dan makin byk la aktiviti seludup barang subsidi keluar negara..
subsidi ke pmberian duit ke pd aku semua 2 mmang rkyat kurang b’kemampuan b’hak dpt sbb 2 wit rkyat…lgpun kan krjaan ada ramai pakar2 ekonomi… slm ini aku ingtkan subsidi dibrikan b’pndukan kenaikan hrg pasaran dunia..br aku tau upanya melalui pmbekal…hahaha…
Memang bermotif politik pun… hanya si bangang sahaja yang percaya itu untuk kebajikan rakyat semata-mata. Aku kelmarin mujur kena ambil baucar pada hari ahad. Kalau kena hari bekerja macam orang lain-lain tu.. lagi menyusahkan.
sebenarnya kerajaan x pernah sesekali mengeluarkan SUBSIDI yg selalu dicanang2kan dan kerap kali dikatakan mahu ditarik balik tu..
minyak,gula,tepung,minyak masak semua tu propaganda saja semata2!!
sebenarnya dari duit yg dikatakan ‘SUBSIDI’ tu lah laluan utama mereka2 ni merompak hasil kekayaan negara dan membiarkan rakyat merempat!
mcm p’nah dengar la br2 nie…klau xsilap subsidi gula… hrg pasaran jatuh subsidi naik hrg gula tetap sma…so sebenarnya ada ke x subsidi yg dickpkan 2??? entahlah susah nak ckp tntang duit sekarang sebab banyak sgt penyelewengan oleh menteri2 sekarang tp hukuman mcm xsetimpal lak….
bukan tu saje..slama ni pon malaysia mmg dpt harga dari brasil jauh lebih murah dari pasaran..kalo ikutkan harga dari pengeluar sana baru je +-rm1.80/kilo..so kalo tgk harga sekarang rm2.50,harga pengeluar rm2.80 subsidi kerajaan rm0.30?
ape kejadah kalo barang harga bawah rm2 tu tetibe ade subsidi pulak rm0.30?korg tengok la beza tu berapa dh…
tu la jd masalahnye sekarang..yg cekau sume duit tu..org yg monopoli gula kat malaysia ni la.pastu tibai lg duit ‘subsidi’ tah memane je lesap..
masalah masalah!!!
semua ni ada kepentingan bagi orang-orang, kroni-kroni mereka. kalau tidak mengapa tak banyakkan pengimport gula, penyiar tv satelit dan lain-lain. kenapa bagi mereka monopoli sesuatu barangan. jadi barang mereka boleh naikkan sesuka hati
kalau rase rasuah halal la kau makan ???? lagi bagus kau Husnuzhon…boleh mkn duit tu…nak undi parti cap teko ker ape ikut lh…tp jaga niat tu..kau pos kt sinie berape ribu dh org bc komen kau….misti kau suka kn…bertuahnya manusia…
Sudah-sudahlah tu nak mempermainkan rakyat,Dah 54 tahun di beri peluang memerintah baru kali ni nak bagi macam macam kat rakyat.Itu pun pasal pakatan rakyat yang mula dulu nak beri macam-macam kalau dapat takluk Putrajaya.Dulu, kononnya nak hapus roadtax motor,punya ler sedap hati rakyat bila dengarkan janji manis itu.Hari ini apa dah jadi dengan roadtax motor…insuran pulak dikenakan secara mengila bila roadtax kurang.Sewaktu nak naik minyak dulu,rakyat disogok dengan wang saguhati yang boleh diambil dipejabat pos …Apa dah jadi dengan duit tersebut…minyak terus naik tanpa memikir beban yang ditanggung oleh rakyat.Pasal sekarang dah masuk fasa piliharaya maka macam-macam janji manis yang dibuat untuk rakyat.
Semata-mata nak dapatkan bantuan RM500, kos yang terpaksa ditanggung mereka di pedalaman yg tidak berkenderaan dan yg terpaksa keluar ke bandar dengan menyewa atau membayar tambang, paling tidak mungkin boleh mencecah RM 50 atau lebih.. Mmg sangat tak praktikal cara sekarang ini..
awat kecoh2 nak dapat BR1M ni?
ayah aku dah lama habis pun duit rm500 tu
sabar ajalah. Ada rezeki adalah tu, takkan ke mana punya
Boleh tak daripada bagi RM500 tu, kerajaan lantik mana2 pusat bertauliah dan latih yg miskin tegar dgn skill yang boleh digunakan untuk mencari kerja dan memajukan diri.
Contohnya, latihlah mereka menjadi pemelihara lembu. Bagilah pinjaman modal dan tanah. Pada masa yang sama, lantiklah penasihat dan pemantau supaya mereka tidak menggunakan pinjaman yang diberikan utk perkara sia2 seperti membeli kondo, kereta mewah dan melencong ke luar negara. Sekadar pendapat saya
nanti bila aku cakap kerajaan sekarang bodoh ramai pencacai BN yang marah pulak……
kan lbh baik beri pancing drpd terus mberi ikan sekurang2 nya raktyat dpt berdikari dlm apa jua keadaan sekalipun.masih ramai lg yg masih di beri subsidi tetapi tidak tahu mengunakannya.akibatnya kerajaan sendiri yg menangung hutang yg banyak.
mslhnya skim mcm nie dh dibuat…diberi lembu @ kmbing.. x sempat nk biak..dh dijual lembu n kmbing tu..apa nk dikata??? tipikal melayu…
PKFZ RM 12bilion
Komisyen Submarine RM500juta
repair MRR2 RM70juta
Pampasan jambatan bengok RM 257juta
PSC Naval dockyard RM 6.75 bilion
Projek angkasawan RM40 juta
RM17 bilion subsidi kepada IPP
Monsoon Cup RM800 juta setahun
Perwaja Steel rugi RM2.56 bilion
Repair bangunan Maltrade RM120 juta
Projek lembu NFC RM250juta……
kalo tadak perkara² cam diatas…jangan kata rm500 , rm1000 pun boleh kasi setiap tahun kepada rakyat
semua untuk kroni mereka. takut kalau nanti jatuh tersungkur, mereka ada duit untuk terus hidup mewah.
Sampai kiamat malaysia tak maju klau inilah sistem digunapakai untuk sampaikan bantuan. Dapat rm500 dgn kos rm150.
Gula RASUAH dari kerajaan rakan dagang israel. Apa istilahnya ia tetap rasuah apabila semua pemberian dikehendaki balasan. Kantoi ayat minta balasan ialah KALAU ANDA TOLONG SAYA, SAYA AKAN TOLONG ANDA. Takkan SPRM tak tau ini unsur RASUAH. cuba yg cakap ni kontraktor kelas F. Mau sah2 masuk penjara 20 thn dan sebat kan. Ini benda asas dlam istilah RASUAH. Hakikatnya, kenyataan dari pemberi sudah dinyatakan mohon balasan jadi apa tunggu lagi. Mmg sah2 lah ianya RASUAH.
Kerajaan pimpinan Najib makin terdesak..huhu
sblm nie kata bukan gula-gula pilihanraya….apa da….ckp xserupa bikin.
Shafei Apdal buat lawak jenaka macam kumpulan senario, dia kata susah nak bawa duit banyak2 masuk kawasan pedalaman sabah. Tu sebab kena suruh semua rakyat keluar berhimpun disatu tempat. Aku nak tanya la dia ni sikit, berapa lori yg kena bawa duit tu masuk pedalaman????… Abis tu dia cuma nak keje senang je ke, taknak fikir kesusahan rakyat yg tua2, orng2 tak sihat, masalah pengangkutan, pastu nak kena tukar cek tu di bank dan macam2 kesusahan rakyat lagi. Aku nak bagitau kat menteri yg dah jadi sorang ahli baru kumpulan lawak senario ni,… kow guna je ATM (angkatan tentera m’sia) sebagai tukang hantar dan bahagi duit2 tunai tu kpd rakyat dipedalaman sabah s’wak. Bagi keje kpd puak2 tentera la sekali sekala, lagi pun dah ramai anggota ATM ni yg dah semakin buncit perut, banyak rehat. Tak payah la puak2 menteri duk sibuk2 nak jadi tukang bahagi duit tu dan nak buat majlis ceramah kpd rakyat. Tak pecaya kpd tentera ke???… Permudahkanlah hidup rakyat…..
betul tuuu….dari tentera buncit perut, bagi jer mereka keje angkut duit d perdalaman utk BRIM, at least risiko rompak kurang.
Saya setuju Anti….terutama pasal tentera buncit perut @ BOROI…beberapa tahun yg lalu saya pernah ke Thailand satu kelainan yang saya tengok…kat sana kalau kata kan polis..tentera susah nak tengok yang berperut BOROI…tak caya cuba pergi ke sempadan Malaysia Thailand…tengok dengan penguatkuasa mereka (Tentera dan Polis) dengan pakaian mereka..susuk tubuh mereka tak macam kat Malaysia..ada polis dan tentera yg berperut BOROI (terlebih berat badan). Bagi polis..macam manalah agaknya dengan mereka kalau nak kejar penjenayah dan dengan tentera pula tak menunjukkan langsung package badan tentera….TERUTAMA DENGAN MEREKA YANG BERPANGKAT TINGGI…tak caya cuba buat kajian confirm 70% mereka yang berpangkat tinggi ni tak menepati standard…ada yang terlebih gemuk…perut BOROI secara tidak langsung mengubah pandangan orang ramai dengan mereka. Tak payah suruh berlari 100 meter lahhhhh…suruh berlari 40 meter pun dah tak larat…..silap-silap PITAM!!! jadi ada eloknya mereka ni lebihkan kerja kemasyarakatan..contohnya mcm Anti candangkan ni lah….dan satu nak pesan kepada JABATAN PERTAHANAN dan POLIS DIRAJA MALAYSIA lakukan sesuatu berkenaan isu ini….rasanya kalian tentu sekali ada STANDARD peraturan tentang ini…so..KUATKUASAKAN dan bermula dengan mereka yang berpangkat tinggi..kalau mereka gagal menepati standard yang ditetapkan…buang saja daripada tugas…TAK KIRA apa pangkat sekali pun….
bodoh punya komen… ko pernah kah masuk pendalaman sabah sarawak ni… klau sume askar di kerahkan ke seluruh bahagian sabah sarawak sape nak jaga malaysia….. seluruh semenanjung tu dah sama besar dengan sarawak la wei… blum plus sabah lagi…..
Banyak cerdik otak kura2 kow,.. Kow tau ada berapa batalion ATM di m’sia ni?… Dalam 1 batalion tu ada berapa platun?… Dlm 1 platun tu ada berapa konpeni,?… Berapa anggota plk ada dlm 1 konpeni?….Cuba kow kira plk berapa Batalion PGA ( PPH ) ada dlm m’sia ni????…. Kow kira pulak dgn jari2 kaki kow berapa jumlah bahagian pedalaman yg ada di sabah dn s’wak???….. Orang tak cerdik macam kow ni memang layak ditipu puak2 BN sampai kiamat…. 10 keturunan akan datang kow pun akan tetap bodoh macam kow selagi kow tak berubah.
aq tdk la arif sangat pasal jumlah batalion tentera ni seperti otak cedik tolol kow itu… tapi kow lah sendiri kira ada berapa bahagian pendalaman yg ada di sabah sarawak ni, klau kow tengok peta mmg senang la kow ckp… tapi klau kow tak pernah masuk pendalaman sabah sarawak kow jgn pandai2 ckp….. wahai keris berkarat tolol…. 1 lg aq bukan penyokong BN seperti yg kow sangka… cuma tertarik beri maklumbalas pada komen kow, ….
Saya sangat tertarik dengan cadangan saudara, walau bagaimanapun saya tiada pengetahuan struktur-struktur organisasi Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi, saya percaya organisasi ini mempunyai cabang Kejuruteraan dan Perubatan.
Saya tidak mahu menyentuh cabang Perubatan, tetapi lebih tertarik kepada cabang Kejuruteraan. Jika di Amerika Syarikat, mereka mempunyai cabang Corps of Engineers. Cabang ini tidak hanya bekerja di dalam kem-kem tentera, tetapi bergiat aktif dalam kerja-kerja kejuruteraan pembinaaan infrastruktur awam, mahupun infrastruktur di dalam kem tentera. Selain itu, mereka juga bergiat aktif merancang sistem pencegahan bencana alam dan pemuliharaan alam sekitar.
Oleh kerana mereka sudah dilatih dan terlatih menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, saya pasti cabang ini tidak kekok jika berada di dalam situasi perang yang sebenar. Mereka tahu bagaimana hendak membuat kubu pertahanan , ataupun membina jambatan dengan menggunakan bahan-bahan yang berada di sekeliling mereka dengan pantas. Mereka juga boleh berfikir dengan pantas dan tepat, apa langkah yang perlu diambil jika berlaku pencemaran radioaktif dan sebagainya.
Angkatan Tentera Malaysia memerlukan Jurutera-jurutera Profesional yang ramai di dalam organisasi mereka dan berfungsi seperti diterangkan di atas. Kabinet Kerajaan Malaysia boleh dikecilkan dengan menghapuskan Kementerian Kerja Raya dan digantikan dengan ‘Malaysian Army Corps of Engineers’.
Apa ke hal mamat ni keluar topik plak ni!!!!
Nak bagi tiap2 tahun BR1M jika BN masih memerintah negara. Dah berapa hutang negara sekarang?…. Akhir2 ni dah cecah RM 465 bilion. Tak lama lagi akan cecah 1 trilion. Kalau terus bagi lagi 5 tahun BN memerintah akan capai lah ke jumlah 1 kuadrilion. Siapa yg akan tanggung semua tu?. Negara kita akan jadi Greece.
BRo.. ini hanya janji untuk menghadapi PRU13, bohong saja tu. Supaya rakyat sokong terus.
bro semua politik memang mcm ni,tapi kalu pembangkang tu baik tak paya,menyusahkan rakyat je.sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang,jangan nak mengharap bantuan orang lain kita kena berusaha sendiri.sekurang-sekurangnya,kerajaan barisan nasional tu mengotahkan janjinya,bukan mcm pembangkang tau menabur janji je 1 pun tak ada dilaksanakanya.ko fikir la bro.ok bro aku nak bg ko contoh PTPTN pembangkang,dia nak bagi percuma kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS,ko tak fikir ke tu,semuanya tu mengarut,e2 duit kerajaan,klu pelajar-pelajar tu tak nak bayar mcm mana kita nak menjana ekonomi negara kita pendek kata la.HUTANG TETAP HUTANG.
ramai yang masih belum dapat…….bila telefon LHDN dah lulus …tapi tak tahu kat mana nak ambik …….bantuan seratus pun tak dapat lagi untuk anak sekolah……………bila dah menang nanti ………langsung tak bayar…..tak habis nak menipu rakyat…..mentang2 laa rakyat tidak boleh bersuara….bersuara sikit..tangkap…macam sial
Ni kisah benar:
baru2 ni adalah org dikawasan pedalaman sarawak yg dpt duit sebab kerajaan ambik tanah mereka untuk buat jalan.
sepatutnya mereka boleh dapat awal (bulan 12) tetapi ada 1 YB tahu yg duit akan dihantar terus ke rumah panjang dan YB tu bertindak mendelaykan sebab dia nak adakan majlis serah duit tu. Untuk pengetahuan, YB tu xde kaitan pun dengan duit tu sebab yang menguruskannya adalah jabatan kerajaan yang lain.
Bijak sungguh YB tu sebab nampak mcm dia yang prihatin dengan membina jalanraya dan menghulurkan duit tu.
Yang paling best, org2 rumah panjang tu bersorak2 mengucapkan “terimakasih BN”. hahahaha..
Memang begitu pemimpin BN, cari nama saja. baik letak miang rengas saja tempat duduknya. Biar dia kegatalan , cekap pulang. haha……
Aku belum dapat lagi walaupun dah lulus tapi surat belum sampai lagi…takpelah..takde rezeki lagi
kera jaan dah xde duit. tp tunjuk kt rakyat mcm byk je duit. yg musykil ni dr mana kera jaan dapt duit gula2 ni? jalan betul ke jalan xbetul? set2 org kampung xterpikir ke @ ada yg was2 dgn duit ni…? xde pulak yg nk pulangkn balik rm500 ni pada kera jaan…
apalah rm500 sangatkan kl dapat perintah 5 tahun lg kan…sudah la jgn pikir rakyat bodo mcm lembu dlm kondo tuh…
suami aku sampai sekarang masih belum dapat apa2 keputusan lagi…macamana nak buat rayuan yg dh berakhir pd 10hb.feb lps…orang rumah aku cuba tel talian hotline tu tdk aktif…aku pun x fhm mcmn krajaan buat…nape x buat msk trs ke akaun bank saja lg sng…entahlh aku pun x tau nk kata apa lg…dlm family aku sorg pun x de dpt lg…menanti durian x gugurlh jawabnya….
Bank-in saja RM500 tu kedalam akaun penerima….kan memudahkan kerja, kalau kerajaan ikhlas dan tak mahu apa-apa balasan.
lebih baik kerajaan turunkan harga minyak petrol, barang keperluan dan tol drpd bg RM 500.. BN=barang naik
yang sebenarnya:
“Ini (bantuan) bermotifkan politik, kita beri bantuan kepada rakyat supaya mereka mengundi kita. U help me, i help u. Lagipun duit UMNO mencukup untuk biayai skim ini,” katanya.
buat duit rakyat macam umno dan BN yang punya pulak
Politik semua ni, habis PRU tadak lagi da bantuan rm500 + RM100 ni
lepas PRU, akan keluar news duit tidak mencukupi..bantuan terpaksa dihentikan
dah boleh baca
Tak paya ko fikir sangat pasal duit,klu ko rajin bekerja ko akn dapat lebih dari RM500,jangan buat kerja yang haram pula,ko kena fikir pasal keselamatan negara kita malaysia,kerjaan UMNO dan BARISAN NASIONAL.
bokan bermotif politik konon………kalau betol, bagi terus je la wit tu, xpayah la nk kene pegi tadah teling dengar ceramah politik pulak sblm dpt BRIM…
tak ada’ motif politik’ tu buat pundi kencing aku berguling-guling ketawa
aku dpt BRIM xyah tadah telinga pon..
pukul 3pm g pejabat.beratur jap,dpt vaucer,tunaikan dlm pejabat skali.kol 3.15 dah kluar bwk duit rm500..simple jer…..xyah g bank pn..engkau ni hantu byk sgt dgr cerita xbetul kot….
engkau ingat semua org amik duit kat pjbt macam kau ke..ramai org kena gi beratur dulu dgr ceramah…yg ni dari pengalaman aku..
salam. saya nak tanya sikit mengenai BR1M. Baru-baru ni saya telah menziarahi kawan saya seorang ibu tunggal yang mengidap penyakit kanser payudara dan status nya amat menyedihkan. menyewa sebuah rumah.
Bila di tanya mengenai BR1M beliau mengeluh dan berkata beliau tak layak untuk mendapatkannya.
Alasan LHDN : Tiada nama dalam JPN. Adakah patut begitu! Pemegang IC warganegara malaysia tidak ada dalam data JPN. Apakah ini bermakna pihak JPN tidak telus dalam menjalankan kerja hingga nama tercicir?
Bila di talipon pihak LHDN disuruh buat rayuan semula. Gunalah logik sikit
seorang ibu tunggal menyara 2 orang anak mempunyai penyakit yang kronik lagi nak naik turun pejabat LHDN ? sedih sungguh.
Nak mohon rumah bandaraya pun sussah. Rayuan dah dibuat dengan orang yang ada title datuk pun tapi habuk pun tarak. sampai saya cakap nak pergi rumah dia pun saya boleh bawa kalau tak percaya. Tapi hampeh sepatutnya ziarah lah itu kah yang dikatakan ahli parlimen turun padang melihat masaalah dan bantu rakyat?
Kalau boleh pantaulah betul-betul pengagihan BR1M tu kepada yang patut. Janganlah sampai nak dapat nama himgga sanggup perabih duit nak buat majlis penyerahan BR1M. Lagi baik buat majlis panggil semua orang yang gagal dapat bantuan tu dan selidik sendiri apa permasaalahan mereka hingga gagal memperolehi BR1M? itukan lebih afdal dan nampak keberkatannya. Terima kasih
salam,
saya cite lari tajuk sikit ni tapi mungkin tempat luahan yang sesuai,
pernah tak rasa kawin ni membebankan, selalu nya personal loan yang pertama mesti untuk belanja kawin dan masa tu jugak kredit kad akan langgar dinding, so saya cadangkan kerajaan subsidi rakyat malaysia untuk kawin, sebab semua masalah loan kete dan rumah ni terlalu kompleks untuk diselesaikan dalam masa terdekat, 2x pilihanraya pun belum tentu boleh setel.
pada perkiraan saya, ada 200 ke 250 ribu pasangan ( 400-500 ribu orang) yang berkawin dalam setahun, jika seorang dapat RM5000 @ sepasang RM10000 maka subsidi kawin ni maksimum setahun adalah 2.5 billion, nilai 2.5 billion ini adalah bersamaan dengan wang ihsan BR1M RM500 tu, sedangkan semua bersyukur dapat duit RM500 tapi dalam hati mesti cakap sikit sangat mcm celah gigi.
Urusan perkahwinan dalam islam adalah mudah dan tidak membebankan. cuma budaya kita yang menjadikan perkahwinan tuh seolah-olah menekankan kita dari segi kewangan.
Harap juga kalau kerajaan dapat mencontohi kerajaan Libya dahulu dimana pelbagai subsidi diberikan kepada pasangan yang baru kahwin.
Jika subsidi ini terlaksana maka faedahnya pasangan dapat menjimatkan RM200 sebulan selama 10 ke 20 tahun bergantung kepada jenis pinjaman. Ini lebih baik berbanding BR1M RM500 sekarang.
Jika pasangan baru kawin dah berhutang, maka keperluan rumah tangga terutamanya tangga rumah makin sukar untuk dicapai, akan tetapi jika pasangan baru berkawin tiada hutang, maka lebih cepatlah mereka menukar status dari penyewa rumah kepada pemilik rumah.
Bagi mengelakkan orang2 yang dah sedia kaya juga menerima subsidi ini, saya menyarankan juga supaya penerima subsidi hanya menetapkan wang hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan hanya RM5000, jika wang hantaran lebih RM5000, maka sebagai penalty pasangan tersebut perlu menghadiri kursus AKPK ( Agensi Kaunseling Kredit rasanya). Rasional kenapa RM5000 ialah orang kaya akan segan nak menetapkan hantaran serendah RM5000, maka mereka akan malu untuk menerima subsidi ini.
Nk bagi RM500 je tapi replika duit besar gabak mcm menang Final Raja Lawak. wakakaka… memg lawak la puak UMporNO ni…
Persoalan seterusnya ialah mampukah majlis perkahwinan ini dilaksanakan dgn wang hantaran RM5000,
Sudah semestinya mampu sebab pihak perempuan sudah ada Rm5000 dalam tangan, pihak lelaki hanya perlu menyediakan tambahan RM2000 ke 3000 sahaja lagi, pada zaman sekarang agak mudah untuk menyediakan RM2000-3000 dengan mengikat perut 2 ke 6 bulan dan bantuan keluarga dan adik beradik.
saya ada beberapa cadangan lagi contohnya tapak perkhemahan kenduri yang disediakan kerajaan, jika tapak perkhemahan kenduri disediakan kerajaan, lebih banyak belanja kawin dapat dijimatkan sebagai contoh tak perlu lagi hias bilik pengantin, tak perlu buat pelamin sebab makan beradat dah cukup, dapat mengelakkan trafik jam sebab susah nak parking ( tiap2 kali saya pegi kenduri mesti jam sebab rumah kampong rapat2) dan paling penting takde yg terpaksa repair rumah supaya elok sikit masa kenduri.
ko ni tibe2 highlight tentang kawin2 ni mesti ko nak kawin kn dlm mase terdekat ni???
hahahaha orang mcm ni la xley dijadikan pemimpin…ade kepentingan sendiri..your’s idea is crap! kawin mudah je.mas kawin yg wajib n rukun2 nya..
kalau pakatan rakyat dapat memerintah RM 1000 akan diberi kepada berpendapatan rm 3000 ke bawah. Rm 200 kepada pelajar sekolah. Lepas tu hatga minyak petrol akan jadi rm 1. 50 seliter manakala diesel rm 1.20 seliter. Warga negro dan China akan dihalang masuk ke Malaysia. Pelacuran akan disekat. Hudud akan dilaksanakan secara berperingkat.
tak yah byk komen, PRU13 ni pangkah mane yg korg rs leh ubah nasib negara..igt,lihat & nilai manifesto serta pemimpin yg bkl dipilih..
Apa? Hukum hudu akn dilaksanakan?.. ko mmg bangang la… dr dulu.. parti pembangkan heboh nak buat hudud. .. kalau betul dia nk buat.. x pyh tggu dia dpt mmerintah malaysia ni.kecoh nak bt hudud sedangkan negeri d bwh parti sendiri pun x juga buat hudud. Kalo betul knapa x dilaksanakan dulu negeri yg ko perintah!!.. laksana dulu hudud tu tgok berjaya atau tdk… ni tak…. mencanang1 dunia tp buat kat negeri sendiri pun x berani…. mcm sial!
Niat kerajaan untuk bagi Rm 500 ni bagus tetapi cara bertugas Penjawat Awam yang mengendalikan pengagihan wang tersebut menyebabkan wujudnya beberapa masalah:-
1) Pemohon yang lewat menghantar borang BR1M akan mendapat dahulu vaucer atau disenaraikan di Fasa 1 atau Fasa 2 berbanding Pemohon yang menghantar borang BR1M lebih awal yang mana mereka masih belum mengetahui statusnya sama ada tersenarai di Fasa 3 atau Fasa 4, 5 atau 6
2) Datuk Shafee Apdal cakap masalah kelewatan ini hanya berlaku di Kawasan Pedalaman Sabah tetapi sebenarnya di Kawasan Pinggir Bandar seperti Di DUN N9 Tamparuli juga berlaku.
3) Kakitangan yang mengendalikan / mengagihkan tidak cekap dan kurang bijak.
4) Untung bersih dari Bantuan yang diberikan sekitar RM 200 selepas tolak kos minyak kereta / kos tambang bas / kos tambang teksi bagi Pemohon yang terpaksa berulang alik 8 ke 9 kali semata-mata untuk bertanya status permohonan mereka.
Harap kerajaan dapat bagi Perhatian terutama kepada Rakyat di Sabah yang benar-benar memerlukan BR1M. Jangan terkejut kalau-kalau dalam PRU 13 ni Rakyat Sabah tiba-tiba berubah angin dari memilih Bantuan Najib (BN) ke Pilih Kerajaan Rakyat (PKR).
ape la bodoh kerajaan bagi duit kat rakyat rm500.00 ni..ni smua rasuah utk rakyat ..patutnya jangan bagi se sen pon duit kan rakyat sebab rakyat malaysia dah kaya dah tak heran ngan duit 500.00.baik bagi kat kat negara luar cam indonesia ke,somalia ke,,.mereka lagi menghargai..
Ya Tuhan, ape nak jadi dengan negara yang aku duduk ni. Terang-terangan diaorang cuba suap rakyat sendiri. Harap rakyat sedar dengan ape yang berlaku ni, jangan main ikut je. Halal ke tak duit tu, wallahualam….
Kepada Shana, pak cik dah baca komen tersebut. pak cik harap Shana boleh ajukan terus kepada Aduan Rakyat atau Bersama Mu di TV3. Pak cik juga harap orang yang bertanggungjawab, kaji balik peranan dan tugas mereka. Kepada Shana, teruskan usaha nak bantu dia, jangan mengalah. Kami ini pun terkena jugak. dah lama dah berlaku. Tapi kan, pak cik tak puas hati, orang kampung pak cik, saham Felcra dapat, kebajikan masyarakat dapat, duit zakat dapat, skim tanah berkelompok dapat, bantuan apa apa pun dapat, bantuan 500 pun dapat, bantuan mesin tebu pun dapat, Adoi mak. lagi dia ada tanah getah kat kg lagi. Anak dia dah boleh pakai Inspira sekarang. Dunia sekarang dah terbalik kerana banyak orang tidak melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Orang lama-lama ini memberi kesan kepada orang muda terutama belia terutama pak cik. nak belajar pun susah, nak minta lagi susah. Sekarang, Kami semua golongan belia yang tinggal kat bandar, berhijrah, mak bapak kami orang susah dulu, tunggu masa nak balik kg. Bagi kami orang yang dah boleh mengundi tahun nie sedang menunggu bila tarikh pilihan raya tu. Tahun ini, adik adik pak cik dah boleh mengundi. ada 4 undi baru dah, habis belum kira, sepupu2 pak cik dah berapa orang, sedara sepupu, kawan-kawan seangkatan, ahli keluarga. Dulu-dulu orang lama mengundi dah takde, banyak dah jalan dah. sekarang dah sampai masanya untuk orang baru, generasi baru mengundi dan menentukan hala tuju tanggunagjawab itu nak diserahkan pada siapa. Koi menanti pengumuman tarikh keramat tersebut.
kalau bagi duit terang2 mcm tu bukan rasuah namenya..bagipun pada org yang susah je..klu tak ssh buatpe ambil kan.bagi aku mmg bagus kerajaan buat mcmni..boleh meringankan beban org yg ssh.ape yg mendatgkan kebaikan aku sokong je
“kalau bagi duit terang2 bukan rasuah namanya”.. definisi baru maksud sebenar rasuah dari si mangkuk hayun penyokong UMporNO. Kenapa tahun 2009 dan 2010 dulu masa memula jadi PM tak bagi duit ni?…sebab masa tu PRU jauh lagi kan???
Rakyat masih buntuuu…..sapa tak mahu duit…..tapi sampai sekarang kita tak tahu dari mana dana utk semua ni….KWSP kah….Tabung Haji kah….Tabung rakyat kah…ataupun Tabung Umno??????? jangan Tabung Taukeh Balak dah…..la….mintak jauh semuanya….
cik abang oi,orang da bagi ambil je la,anji duit tu halal.
saya mohon agar dapat kiranya bantuan rakyat 1 malaysia diteruskan pada tahun 2013 hendaknya. amin.