Bandaraya: Perkhidmatan Akses Internet Terbaik Dunia

by Admin [ Master G ] on January 10, 2010

in Berita Santai

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Dunia sudah berubah. Bolehkah bayangkan hidup anda sekarang ini tanpa sambungan Internet(yang selalu pakai Internet). Kemudian, bolehkah satu hari jari jemari anda “tidak lagi berjoget” semata-mata ingin mendapatkan hiburan online mahupun informasi terkini di Internet. Walauapapun, itulah hakikatnya masyarakat moden hari ini yang mampu hidup tanpa sebarang jurang dan sempadan. Semuanya mampu diterokai dengan hanya….klik, klik, klik. Hanya terdapat segelintar negara di dunia sahaja yang mempunyai sambungan dan akses internet di mana-mana pelusuk negara mereka. Mari kita lihat senarai bandaraya yang mempunyai sambungan dan perkhidmatan akses internet terbaik dunia. Negara manalala yerk yang tersenarai? Untung rakyat mereka…….

6) Tallinn, Estonia

Tallinn, ibukota salah satu negara terkecil di Eropah – Estonia, mempunyai sambungan perkhidmatan Internet antara yang terbaik di benua Eropah dan merupakan negara yang mempunyai perkhidmatan akses Internet yang terbaik bagi negara-negara di Eropah Timur. Macam sukar untuk percaya pun ada. Tak sangka, disebalik terkenal sebagai pusat peradaban yang terletak di pertengahan bandar, indah dengan batu besar di tepi-tepi jalan, deretan gereja, runtuhan kota-kota bersejarah, kafe dan butik, sebenarnya ia merupakan bandar cyber. Sambungan wayarles sedia untuk diakses oleh mana-mana pengguna. Hampir setiap sudut kota kuno ini mempunyai perkhidmatan akses internet dan paling pentingnya tiada caj yang dikenakan.

Estonia memang boleh dikatakan gila dengan perkhidmatan Internet. Sehingga perkhidmatan akses Internet menjadi satu kemestian untuk diperjuangkan di Parlimen supaya ianya sentiasa di tahap terbaik. Semua sekolah, universiti dan pejabat-pejabat awam di sana memiliki sambungan internet secara percuma. Diulang sekali lagi PERCUMA. Malaysia bila lagi? Lebih daripada 90% daripada semua transaksi bank  di sana dilakukan melalui e-transaksi, membayar cukai secara talian, dan warga Tallinn membeli tiket bas dan bayar tiket parking pun melalui mesej. Hebat tak hebat mereka ini. Celik IT lah katakan. Dah gomen mereka yang ajar dan didik rakyatnya begitu. Perkhidmatan WiFi juga percuma di komuter kereta api.

Saya merasakan yang negara tersebut sepatutnya menukarkan namanya menjadi E-stonia. Ok tak?

5) Seattle, USA

Stylish Seattle, yang terletak di antara Puget Sound dan Lake Washington memang nampak cantik di waktu malam. Seattle adalah merupakan bandar utama dalam tugas dan peranannya menyediakan perkhidmatan akses Internet. Menurut Forbes.com yang melakukan bancian dan survey di 30 bandar-bandar besar di Amerika, Seattle mempunyai sambungan Internet paling meluas dan terbaik di Amerika Syarikat pada tahun 2009 yang mana penduduk di sana mempunyai peratusan tertinggi bagi pengguna Internet dengan sambungan Internet berkelajuan tinggi dan jumlah terbesar bagi wayarles di tempat-tempat awam.

Untuk kedudukan yang dikeluarkan Forbes, bandaraya Seattle berjaya menggulingkan Atlanta(bandaraya yang mempunyai sambungan Internet terbaik di Amerika pada tahun 2007 dan 2008). Amazon.com dan Microsoft, telah turut serta bekerja keras untuk menjadikan Seattle sebagai bandar yang mempunyai sambungan Internet terbaik di Amerika Syarikat.

4) Hong Kong, China

Sememangnya diakui Hong Kong, China adalah kota metropolitan dan merupakan pusat kewangan terkemuka di kawasan Asia-Pasifik. Sebuah syarikat penyelidikan IT, Gardin melaporkan pada tahun 2013, 80% daripada rumah di Hong Kong dijangka menikmati kemudahan Internet.

Hong Kong Broadband Network adalah merupakan penyedia perkhidmatan Internet paling terkenal  untuk akses berkelajuan tinggi di Hong Kong. Ia menawarkan akses internet sehingga 1Gbps, perkhidmatan TV broadband, perkhidmatan telefon dan lain-lain lagi. Perkhidmatan akses Internet di Hong Kong sangat cepat, stabil dan benar-benar murah. HKBN mampu menawarkan akses broadband dengan kelajuan 100Mbps pada kadar serendah US$34 sebulan. Renung-renungkanlah………………………….

3) Singapura

Bandar seterusnya adalah jiran terdekat kita sendiri, Singapura. Kemajuan Singapura tidak dapat disangkal lagi. 5 kali ganda lebih maju dan terkehadapan berbanding Malaysia. Itu hakikatnya. Singapura adalah merupakan negara kelima terkaya di dunia, dan merupakan salah satu negara yang mendapat jolokan Empat Harimau Asia (bersama Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan). Singapura juga salah satu negara yang mempunyai sambungan Internet yang terbaik di dunia dengan infrastruktur telekomunikasinya yang bertaraf dunia. Teknologi broadband yang dimiliki mereka ketika hasil sokongan kuat daripada kerajaan Singapura sehingga memasukkannya ke dalam salah satu tema utama daripada program Intelligent Nation 2015 (iN2015).

Menurut Gartner, ketika ini sambungan Internet bagi isi rumah di Singapura menjangkau 63%, dan dijangka mencapai 78% pada tahun 2013. Selain itu, bandar Singapura juga dipenuhi dengan kemudahan WiFi hotspot, dan rangkaian WiMax boleh dijumpai di pelabuhan.

IN2015 merupakan perancangan kerajaan Singapura, bertujuan untuk membina rangkaian nasional yang disebut Next Gen NBN yang akan memberikan broadband sangat tinggi daripada 1Gbps kepada seluruh rumah tangga dan agensi-agensi awam serta Wireless Broadband Network (WbN) di sekitar bandar Singapura

2) Amsterdam, Belanda

Kalau ditanya, bandar manakah yang merupakan Eropah yang paling santai di Eropah. Jawapan pastinya, Amsterdam. Amsterdam adalah bandar yang mempunyai sambungan Internet terbaik di Eropah Barat dan antara yang terbaik di dunia. Kalau di sana, anda mampu akses Internet sambil menunggang basikal tanpa sebarang gangguan. Macammana, santai tak?

Bagi caj yang dikenakan. Kalau warga tua, perkhidmatan Wimax sekitar €9,95 sebulan. Tidak kisah samada anda nak mendapat sambungan Internet untuk sehari, seminggu atau sebulan. Semua pakej seperti itu turut disediakan.

Sambungan Internet bagi isi rumah di sana sekitar 80% dan pada tahun 2013 dijangka terus meningkat menjadi 88%.

1) Seoul, Korea Selatan

Perkhidmatan akses Internet hampir ada sahaja mana-mana kawasan di Seoul. Seoul yang merupakan ibu kota futuristik bagi Korea Selatan dan menjadi buaian global kerana dibarisi dengan syarikat-syarikat gergasi dalam teknologi telekomunikasi seperti Motorola, Samsung dan KT Corporation. Seoul mempunyai kepadatan penduduk sehingga 10 juta orang dan merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar di dunia dan tidak lupa juga merupakan salah satu bandar yang paling maju daripada segi teknologi dan infrastrukturnya. Seoul menduduki peringkat pertama untuk Digital Opportunity Index, dengan sambungan internet bagi setiap isi rumah sehingga 83% dan dijangka meningkat sehingga 93% pada tahun 2013, menurut laporan terbaru Gartner.

Seoul adalah satu-satunya bandar di dunia yang boleh berbangga dengan Digital Multimedia Broadcasting MB, teknologi TV digital dan WiBro, wayarles berkelajuan tinggi. Manakala sambungan Internet daripada 100Mbps turut  akan ditingkatkan kepada 1Gbps pada tahun 2012, yang mana ia adalah sepuluh kali lebih cepat dibandingkan dengan perkhidmatan yang ada sekarang ini di sana. Manakala perkhidmatan wayarles di sana juga akan ditingkatkan kepada 10Mbs pada tahun 2012(10 kali lebih laju daripada perkhidmatan yang ditawarkan ketika ini)

P/S : Kalau di Malaysia, yang lebih hangat sekarang ini lebih kepada perang psikologi streamyx package vs p1 wimax berbanding prestasi sambungan Internet yang disediakan. Walauapapun, yang penting proses saya mengeluar artikel ini berjalan dengan lancar dengan bantuan Streamyx. Kalau Streamyx dapat menaiktaraf tahap kelajuan yang ada pada hari ini, lagi….bagus.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Caj Perkhidmatan Internet di Malaysia Akan Lebih Murah?
  2. [Tahniah] Malaysia Airlines, Syarikat Penerbangan ke-8 Terbaik Dunia
  3. Negara Yang Mempunyai Kekuatan Ketenteraan Terbaik Dunia ??
  4. Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini
  5. [TAHNIAH] Universiti Malaya Tergolong Antara 200 Universiti Terbaik Dunia 2009
  6. (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 21 comments… read them below or add one }

1 lala January 10, 2010 at 11:22 pm

ala..kalau nak servis internet yang lebih bagus..kenalah wujudkan persaigan..ini tidak..streamyx monopoli broadband..cuba bagi kat syarikat lain..cuba tengok telco je sekarang ni..kan bagus persaingan tu..sape yg untung..kita juga

2 jacks January 11, 2010 at 12:12 am

internet malaysia?????

:gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak

3 Shahrul January 11, 2010 at 2:09 am

Kerajaan Malaysia kedekut. Dh kita byr cukai kpd kerajaan, sediakanlah perkhidmatan yg menjadi keperluan rakyat. Rakyat nk guna internet yg stabil. Labur mahal2 pd sukan F1 boleh plak, tp rakyat nak masuk tgk pun mahal, jd tu bukan keperluan rakyat lah kn.

4 mesticun January 11, 2010 at 3:46 am

Atas kapal lapar pun laju akses internet.itu luar negara.Malaysia bila lagi nak buat macam tu.teringin nak rasa kelajuan yang tinggi.bebas dari gangguan jalur lebar.

5 mesticun January 11, 2010 at 3:54 am

Kelebihan kelajuan internet akan menyebabkan pihak penggodam mengambil kesempatan.sekejap je mereka dah boleh godam komputer kerajaan kita.mungkin ini yang menjadi masalah utama kita. :senyumkambing

6 mesticun January 11, 2010 at 4:02 am

Alasan basi kerajaan Malaysia.adakah kata internet lembap sebab guna kabel dari Taiwan.hampir 5 tahun kak cun menunggu.masih lagi nak guna kabel yang jauh dari Taiwan.

7 danzaimar January 11, 2010 at 5:01 am

betul gak tu….kena ada banyak syarikat yang menawarkan services, baru wujud persaingan..rate pun makin murah..kan??

8 danzaimar January 11, 2010 at 5:02 am

aik??apsal gelak sakan ni??konfius aku.. :ejek

9 danzaimar January 11, 2010 at 5:06 am

kadang-kadang keliru dengan visi dan matlamat sebenar Kerajaan ni..dalam keadaan ekonomi tak stabil pun, boleh bazirkan duit camtu je..

10 danzaimar January 11, 2010 at 5:19 am

wah..menarik tu..kt atas kapal layar boleh on line??agaknye bila la Malaysia nak jadi camtu?? :curiga

11 danzaimar January 11, 2010 at 5:24 am

betul gak cam kak cun cakap..kadang-kadang kelajuan internet ni memberi peluang hackers menggodam internet di negara kita ni..

12 Kliwon.blog January 11, 2010 at 8:42 am

Pergh..!!
kalau la M’sia ada sytem sebegini…
x ya potong2…

13 Pak Awang January 11, 2010 at 11:05 am

Masalahnya kalau letak harga mahal sikit pun takde masalah jikalau servisnya bagus. Ini jual barang sampah kat kita. Kemudian pilihan terhad. Takkan nak harapkan Celcom @ Maxis broadband
lagi hancusssss :ejek

14 mesticun January 11, 2010 at 3:15 pm

Mereka kalau masih ditakuk lama.sampai bila internet kat Malaysia ni tak laju.rasanya tunggu tahun 2020 pun tak laju.mereka cakap je laju. :ejek

15 mesticun January 11, 2010 at 3:27 pm

Celkom dan masih brokband.siap bawa promoter muda-mudi.lelaki berwajah kacak.si perempuan cantik jelita.cubit suami kalau tergoda :marah .bila ada had payahlah kita nak layari internet.negara lain tiada masalah pun buat tanpa had.

16 mesticun January 11, 2010 at 3:32 pm

nenek-nenek di korea selatan tu.layan permainan dalam talian ( online).bukan itu saja.bersembang ( chatting ) mengalahkan golongan muda dan remaja.isi rumah negara mereka semakin banyak yang dapat layari internet.

17 tak tahu January 11, 2010 at 6:25 pm

cam taik je tenet kat sini…bile la nak rasa tenet laju siot…

18 mesticun January 12, 2010 at 3:48 am

Tahun mungkin akan jadi kelajuan yang tinggi.kerana projek naiktaraf giat dijalankan.minta-minta lajulah. :lambai

19 mesticun January 19, 2010 at 3:41 pm

Mari kita semua katakan tidak pada kelembapan kelajuan internet Malaysia.minta2 lajulah tahun ni.kalau tidak lebih banyak iklan ”potong” keluar di TV. :gelak :gelak :gelak

20 mesticun January 31, 2010 at 9:12 am

Anak saudara di singapura rasa pelik dengan internet dekat sini.mana tidaknya.kelajuan tiada hebat sangat.

21 L4l43ee March 4, 2010 at 10:14 pm

apa kah bendanya intenet ne..??

pornhub redtube tube8 youporn???

is that internet??

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: