
Pejam celik, pejam celik sekejap rasanya masa sudah berlalu. Pada 26 Disember 2009 ini, genap 5 tahun tragedi tsunami 2004 di Aceh, Indonesia. 5 tahun bagi kita yang “tidak terkesan” mungkin merasakan tempoh yang cukup sekejap tetapi bagi orang-orang Aceh sendiri mereka melalui tempoh-tempoh yang sukar dan bagi memulakan kehidupan baru selepas terjadinya tragedi tsunami 2004 di Aceh
Kini, selepas 5 tahun berlakunya trajedi tsunami di Aceh 2004, kawasan sekitar sudah berubah wajah. Syukur rasanya kerana Tuhan memberikan kekuatan kepada mereka. Walaupun sampah sarap dan kesan-kesan runtuhan sudah dibersihkan, kehancuran emosi masih kekal bagi sebilangan penduduk yang masih tinggal. Rumah-rumah di sekitar Aceh sudah mempunyai mempunyai tandas dan bekalan air paip. Masjid Baiturrahim yang berusia 125 tahun sudahpun dibaik pulih dengan indah. Penduduk Aceh kelihatan lebih makmur sekarang.
Sesuatu yang Allah SWT uji tu ada hikmah dia. Kalau tidak berlakunya tragedi tsunami 2004, daerah Aheh ini akan kerap kali bergolak dengan GAM(Nak tubuh negara Islam ala-ala 1500 tahun lepas punya model). Lagipun di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut, Allah memberikan bencana pada sesuatu kaum di suatu tempat itu yang kemudiannya akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Bencana tsunami telah mengorbankan lebih banyak bilangan wanita kerana tidak ramai yang tahu berenang, kalau ada pun sibuk memimpin tangan anak-anak mereka ketika melarikan diri daripada ombak besar yang melanda. Tragedi Tsunami 2004 berlaku di Aceh Indonesia adalah merupakan bencana tsunami paling buruk berlaku dalam pada zaman ini. Sesungguhnya gempa berukuran 9.15 pada Skala Ritcher, iaitu yang kedua paling hebat pernah dicatatkan dan ia adalah 1,500 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan ledakan bom atom di Hiroshima.
Dalam kekalutan suasana dengan orang ramai lari bertempiran meninggalkan rumah mereka, ombak tinggi menggunung melepasi pokok kelapa yang mara sama pantas dengan kelajuan jet pejuang, menghancurkan kehidupan penduduk di penjuru barat pulau Sumatera ini dan kawasan sekitar Lautan Hindi, mengorbankan sekurang-kurangnya 226,000 nyawa.
Berbagai-bagi cerita dan kisah disebalik bencana alam yang dahsyat ini. Antaranya, kapal yang kelihatan daripada jauh seperti sebahagian daripada bangunan yang memang ada di persekitaran kampung di pinggir Banda Aceh walhal ia terdampar di situ berbatu-batu jauhnya dari kawasan pantai ekoran gempa bumi dahysat. Masjid Baiturrahim terselamat, sedangkan disekelilingnya lenyap dilanggar ombak besar tsunami. Itu hanya sebahagian episod duka yang terjadi 5 tahun yang lalu semasa berlakunya tragedi tsunami 2004.
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell yang meninjau kawasan persekitaran semasa terjadinya tragedi tsunami 2004 di Banda Aceh dari udara pada Januari 2005, mengibaratkan bandar raya itu “seolah-olah dilanda serangan senjata nuklear. Hancur musnah segala-galanya”
Kalau dahulu, kapal PLTD Apung I yang terdampar di situ itu kelihatan janggal di tengah-tengah kehancuran dan kemusnahan. Mangsa-mangsa yang selamat kelihatan berlonggok di dalam khemah-khemah yang diuruskan oleh badan-badan amal. Sekarang, pemandangan dari bahagian atas dek kapal itu menunjukkan persekitaran baru yang tersusun rapi selepas tragedi tsunami 2004 di Aceh, dibina hasil bantuan kira-kira US$6.7 bilion yang mengalir masuk ke Aceh. Dari segi luaran, memang jelas pembinaan semula Aceh tampak lebih baik, tetapi apa yang dilihat bukanlah keadaan sebenar.

{ 10 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kakak dan mak aku pi lawat acheh 2 bulan lepas… 2 kali dah depa pergi… kakak aku kata ramai worang putih kat sana… dan kapal yg TERsangkut tu… masih ada lagik!!!
Amalan agama kat sana macam mana yer?
5 tahun dah berlalu.. tinggal lagi 2 tahun yang tak pasti apa lagi nak berlaku.
sebab tsunamilah kita boleh tengok ramai yang turun tak kira apa agama bantu untuk hulurkan sumbangan dan keperihatinan masyarakat dunia
nice site, first time masuk sini, menarik :tepuk
tahniah kepada pemilik laman ini
satu bencana yang amat mengamit pandangan dunia.Yang terkorban lebih 500,000 orang.Malaysia juga terkena tempiasnya.semak2 la bekalan diri ini adakah Allah memberikan balsaan kepada kita ataupun sebagai peringatan seupaya kita tidak lalai..
Kalau ikutkan sejarah, Acheh merupakan pusat lahirnya alim ulama’ terkenal.
aku x dapat banyangkan keadaan tsunami 2….subahanallah….sekurangnya2 sapa yang masih hiduo ada pengalaman yang bermakna unutk diceritakan untuk anak cucu dorang nanti….wallahulam
Semoga mereka mengamal agama yang sebenar.tak lupa pada penciptanya.sesungguh manusia itu terlena dengan benda keduniaan.mereka dapat bantu yang cukup untuk keperluan.
pemimpin juga yang memegang peranan.untuk membimbing ummah.tegakkan keadilan rakyat.tingkatkan ilmu agama.jangan disebabkan aceh serambi makkah jd kita lupa diri
peristiwa dunia yg amat3 dasyattttt !
yeye ! smbl cite smbl nangs lak kang !~?