Rasanya, semua dah tahu pasal isu ini.Isu mengenai pekeliling dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.
Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid
Namun begitu, kita perlu melihat dari segi aspek populasi.Sekiranya di sesebuah tempat itu mempunyai hampir 80% komposisi penduduk Melayu beragama Islam,rasanya, perkara ini tak salah.Sekiranya komposisi penduduk di sesebuah tempat itu kurang penduduk beragama Islam, ia mungkin menjadi satu gangguan secara tidak sedar.
Namun begitu, semua sudah maklum bahawa Agama islam adalah agama rasmi Malaysia.Ini tidak perlu dipertikaikan.Pendapat kami, isu-isu begini, kalau tidak diperjelaskan, ia memang mengheret kepada masalah politik dan agama yang tidak berkesudahan.Pendapat kami, pengamal agama lain perlu menghormati agama islam dan begitulah sebaliknya.
Kita tidak pernah bising mengenai pengamal agama lain yang membuat perarakan dan sebagainya.Mengapa pula kita sebagai seorang beragama islam,tidak berani untuk menyuarakan pandangan mengenai perkara ini? Malangnya, melayu tidak semestinya Islam.Melayu merupakan bangsa.Ia bukanlah penentu faktor masuk melayu, bermakna masuk Islam.
Pada kami,ianya tidak salah menggunakan pembesar suara untuk membaca ayat-ayat al-quran untuk didengari bagi sedikit sebanyak, menyedarkan kita bahawa kita ini masih Islam di dalam hati.Bukan hanya islam di dalam IC.Ini pandangan kami, apa pula pandangan anda?

{ 112 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
YA ALLAH sampai mcm tu sekali….xkn sampai mcm tu sekali..klu mengganggu kenapa x keluarkan larangan utk azan berkumandang sekali????YA ALLAH YA TUHAN apalah akn terjd kpd islam pd zaman hadapan nnt…..
Yang ni paling aku tak setuju, dah termaktub dalam perlembagaan, agama rasmi Malaysia ialah ISLAM..mereka tak berhak untuk menyentuh tentang agama lain, bayangkan kalau kita menhalang agama lain melaksanakan aktiviti mereka…aku takut malaysia akan jadi seperti Turki satu masa nanti….
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid..korang faham tak arahan tu dr FATWA NEGERI..
x sangka pulak milosuam nak komen kat sini..tp milosuam,arahan tu arahan dari fatwa negeri,aku faham..mcm kata admin, kita ketepikan isu politik dalam isu ni.Kau sebagai org islam, takkan ko tak ada perasaan langsung?
Selama ni, ko memang terganggu ke dengan bacaan ayat al-quran sebelum azan subuh?bagi aku, biarlah lah ada.sekurang-kurangnya aku boleh bgn awal nak solat.tak de pulak rasa aku terganggu.kalau orang agama lain tu, aku tak tahulah.
aku takdelah alim mana, tapi xdela sampai bab agama ni pun nak dikompromi.macam isu gereja tu,blog ko tak sentuh langsung isu ini.khalid mcm takde pendirian langsung.
aku sokong hassan ali dalam perkara ni.hatta kalau nik aziz pun berdiri sama dengan hassan ali tegaskan perkara ini, aku sokong..kita nak menyokong biarlah dengan akal.jgn terikut dengan emosi semata-mata..”don’t get too emotionally intact”..
ya allah..sampai sebegitu skali al-quran dipertikaikan,seburuk-buruk peranggai saya..sejahat-jahat saya..saya masih lagi membaca al-quran..mendengar ayat suci ini berkumandang setiap subuh.
Ini la akibat kalau pemimpim yg kita pilih untuk memimpin kita bukan islam…jadi pada org Islam yg tidak mau d anak tiri kan d tanah sendiri.. Mari kita sama2 memilih pemimpim yg mulia yg boleh membimbing kita d agama rasmi kita islam…..
Ni mufti Penang yang putuskan.
Ilmu aku tak sedalam mufti Penang, jadi aku tak berapa nak komen. Sebab ni melibatkan bab agama.
Cuma setakat ni aku tak jumpa lagi penjelasan dari pihak mufti. Tunggu dan lihat…
Perkara ini adalah salah umat Islam sendiri kerana gagal meletakkan agama Islam sbg agama yg dihormati.
Saya setuju pndangan admin mengenai populasi penduduk ..jika ingin kan azan dimainkan pada waktu awal pagi..pada pndangan saya ia cuma ritual yg menunjukan kita adalah org islam sedangkan byk perkara yg harus kita utamakan dlm amalan islam itu sendiri..mmg benar ini negara yg diperintah oleh org islam dan undang2 melindunginya..tapi sampai bila kita nak bergantung kepada kuasa lebih2 lagi kuasa yg dimiliki oleh politikus2 tinggalan penjajah..biarlah islam itu dilihat sebagai satu agama yg penuh dgn kasih sayang sesama manusia
Sememangnya Al Quran itu sedap di dengar tapi kenapa dipancarkan melalui corong pembesar suara pada sepanjang waktu. Negara kita dah merdeka berpuluh tahun tapi berapa ramai yg telah kita islamkan hatta jiran kita yang bukan muslim. Adakah kita ceritakan kepada jiran kita itu tentang kebaikan Islam? Adakah kita berdakwah seperti nabi dan para sahabat? Kita hanya memasang kaset bacaan Al Quran tapi seorang pun jiran kita tidak kita jelaskan maksud ayat ayat yang di pancarkan. Adakah itu cara nabi ? Tahukah kita bila mati nanti jiran kita akan persoalkan kita semula mengapa kita tidak ceritakan segala kebaikan dan keindahannya agama Islam. Nabi berdakwah dari sebahagian kecil umat menjadi majoriti penduduk Mekah dan Madinah memelok Islam. Dakwah kita pula pasang kaset di perdengarkan kepada awam melalui corong pembesar suara. Adakah kita jaga perasaan orang yang beribadat di dalam masjid., orang sakit yang uzur, anak kecil yang sedang tidur, jiran yang bekerja sebelah malam dan tidur pada siang atau sebaliknya. Tepok dada tanya iman.
Setau aku lah Turki sekarang dah hebat tegakkann syiar Islam, setiap 5m radius je ada berbijik masjid (dr pengalaman orang yg pernah lawat Turki
). Mungkin zaman Kamal Attaturk yang sekular tu Turki tak bebas nak praktikkan Islam
Aku rasa ada banyak twisted facts pasal JAIS check DUMC. Pengarah JAIS dah cakap diorang tak serbu pun, masuk pun lepas dapat kebenaran organizer dan cuma 10 min je dalam church. Tapi sekarang church cakap JAIS “pecah masuk”. Dah lama heboh ada church kat PJ yang berdakwah dekat orang Islam untuk masuk kristian. Tapi ada tindakan serius oleh pihak berwajib ke nak halang kegiatan ni??? Sekarang ni dah terlampau ramai Islam yang murtad. Setakat murtad tak kacau orang takpe jugak, ni menghina Allah dan Nabi SAW lepas tu orang Islam lain tak terlibat pun kena maki hamun jugak. Diorang dengan bangga mengaku murtad dalam grup-grup facebook.
Lagi satu kenapa staf-staf Baitulmal tak boleh lebih aktif pergi cari sapa penerima asnaf zakat / golongan yang layak dpt zakat macam staf Baitulmal zaman Khulafa’ ar Rasyidin?…. Ini duk goyang kaki kat pejabat tunggu orang pulak yang datang. Lainla kalau duduk zaman kuno takde pengangkutan. Memang betul semua hadis-hadis Nabi SAW tentang umat Islam akhir zaman. Semuanya macam buih. Ramai tapi takde kualiti.
Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri: “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). : Dr Asri
aq sokong dengan kenyataan milo suam. . . banyak2 kan laa bace hadis, dengar ceramah agama sebelum main taram komen
Hadis sahih daripadaa Abu Hurairah r.a, beliau mendengar Junjungan Besar Nabi Muhammmad saw bersabda (mafhumnnya):
“Islam itu mulanya dagang (ghariban) dan akan kembali akhirnya dagang (ghariban). Maka berbahagialah orang-orang yang dagang ketika itu.”
(Riwayat Imam Muslim)
Tak campur isu kerajaan PP nak larang bacaan Al-Quran guna microphone. Cuma memikirkan nasib Islam di negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Siapakah Nur Azman Bin Abdullah @ Beginda (atau Beginda Anak Minda), calon PKR tuh?
kita x boleh memberontak sgt2. . . bacaan al quran sebelum subuh bukanny wajib. . lgpon majlis fatwa pp dh buat keputusan. .. byk prosedur dh mmg diorg lalu. . bukan senang nak buat keputusan cmni. . then. . maybe bacaan tu meganggu kejiranan. . . Pulau Pinang tu negeri ramai org cina. .bukan Islam. . . kite kene hormat. . sedangkan dlm hadis nabi pon ade menyatakan bahawa seseorang itu akan mendpt dosa sekiranye die membace al quran sehingga menggangu org disekitar nye yg ini (sedang sembahyang). . . so. . nak buat bende sunat. . . kene laa pikir environment. . .
Takyah cite panjang2 .. Inila padahnya sbb beri kuasa pada DAP dan inilah padahnya bila Pas tak mahu bergabung dgn Umno. Dap adalah sgt jelas perjuangannya iaitu utk menghapuskan hak org melayu n org islam di bumi malaysia ni. Aku adalah penyokong PKR tp sgt keliru skrg kemana hala tuju. Aku juga benci dgn perjuangan umno skrg yg terlalu taksub dgn wang ringgit. Pas pulak sibuk dok taksub dgn Nik Aziz, sbb nk aziz laa Pas n Umno xleh bergabung. Semua org Melayu kene faham skrg knp Umno-Pas itu perlu lupakan segalanya n duduk sebumbung.. Tak lain n x bkn iaitu utk memperkasakan org Melayu, itu saja. Jika kedua parti ini bergabung percayalah Melayu pasti sgt gagah n utuh. Tp kenapa masih tk nmpak semua nii? Bayangkan jika PKR menang PRU13 nanti, pasti DAP akn bermaharajalela sbb skrg pun mereka dh tunjuk belang. Kalau Azan/baca quran pon dh nk dihalang percayalah satu hari kita takkn dengar lagi semua itu di bumi bertuah ini. Semua dh lupa ke apa Karpal singh ckp dulu, langkah mayat dye dulu kalo nk tubuhkn negera islam! UMNO-PAS henti2 lah menyombong n tunjuk pandai, lakukan seme ni utk Melayu.. Bkn utk poket korang. Im sick of all this..
1. Marah sebab baca quran tak boleh guna mic. Tapi tak pernah marah bila bilangan jemaah dari dulu tak pernah bertambah.
2. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi, yang marah itu sendiri tak pernah baca quran guna mic.
3. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi yang baca guna mic pun tak pernah nak tahu apa makna ayat-ayat bacaannnya.
4. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi tak sedar orang lain marah juga sebab bacaannya salah tajwid, makhraj dan taranum.
5. Marah sebab tak boleh guna mic. Tapi ahli keluarga sendiri yang malas pergi masjid tak pernah nak marah.
MILO SUAM….KO FAHAM TGAK LARANGAN NI DIMANA? LARANGAN NI DI BUAT DI PULAU PINANG. WALAUPUN MAJLIS FATWA NEGERI YG KELUARKAN,PASTI ADA ARAHAN HALUS YG DATANGNYA DARI KEPIMPINAN NEGERI. SAPA YG LUPA ARAHAN UTK MENGADAKAN PILIHANRAYA MASLID KALAU BUKAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI. TAPI IKUT TELUNJUK SAPA KALAU BUKAN LIM GUAN ENG?
MILO SUAM,APA PERASAAN KAWAN HINDU KITA KALAU TINDAKAN MEMBAKAR COLOK DITANGGA2 FLAT YG TERANG2 MENGGANGGU ORG LAIN….DI ARAHKAN HARAM? KITA BOLEH BUAT TAPI KITA MENGHORMATI MEREKA. ISU KAT SINI MEREKA SEMAKIN KURANG AJAR KERANAN MEREKA DI BER LALUAN …DIBERI KUASA…. INGAT APA KATA ANUAR IBRAHIM KETIKA MAJLIS DI DEWAN HOKKIEN? INI MALAYSIA ,BUKAN MELAYU PYNYA,MALAYSIA INI CINA PUNYA….INDIA PUNYA…
tu lah yg akan jd bila sesebuah negeri dipegang oleh org yg bukan islam…tp ada juga yg nk sokong…aku x faham..bila bab2 macam ni timbul x de lak nk kata hina islam…malah lg disokong n di ikut…apa nk jd dah..duniaaa
KENYATAAN MUFTI PERLIS: Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. “Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.
Isu :
1. Perlis dah lama kuatkuasa larangan tersebut. Kenapa tak jadi isu? Sebab Perlis diperintah UMNO?
2. Jabatan Agama Perlis ikut telunjuk sapa? Rosmah? Najib? Palanivel?
3. Mana Umno Perlis menyorok dalam isu ini?
yer..saya pun sokong ini…
kalo jirannya ramai non-muslim,x payahla baca..kita nk agama sebagi sesuatu yang klihatan baekk, bukan sebagai mengganggu, tu yang ramai murtad dari masuk islam…dan jangan sentiasa bangga dan riak sbg org islam,,nnt Allah tarikk nikmat ni…guna palaotak sikett..duk cakapp agamaa byk2..tp yang lainn tinggal smapi daif naif ko ingat Allah suka…darjat yang kaya tuu lbh tinggi dari yangg meskin…tapi yang kaya dengan aamal sekali…bl byk ank melayu mrogol, ragut,bunuh makpak senndiri,liwat anak muriid,rasuah, zakat x sampai sesaran,x ssanjung ilmu,jual neggara…cuba bgtau aku mcmn aku nak bangga.. cukuplah dengan azan,pcaya la laungan azan tu yang pengting, AlQuran nanti baca sama2..
rasanya makin ramai la susah nak bangun kalo tiap pagi sunyi sepi, makin kurang la jemaahnya.. kalo sendri x baca quran, sekurangnya dengar orang lain baca pun dah cukup baik.. kalo x dengar orang baca, macam mana nak tahu maknanya. kita belajar quran pun dengar dulu baru baca dan cari maknanya.. kalo dah tau salah bacaan, tegur la, jgn kedekut ilmu.. camne anak2 nak g masjid kalo masing dibuai mimpi walaupun dah masuk waktu subuh, kalo terjaga pun dh time azan aje, solat kat rumah ajela kalo x sempat..
disiplinkan diri bagun solat subuh, bukan bagun bila ada dengar org baca quran, tapi disiplinkan diri bagun subuh sebab solat tiang agama dan kerana Allah. jadi apa salahnya kita bangun awal baca quran sementara tunggu azan subuh seperti mana org yg selalu baca quran di masjid.
Sengalnya la komen ni.. Anak2 ko tak bangun subuh pun nak salahkan masjid ke? Hurm.. So mat/ minah rempit yg makin ramai ni.. Masjid gak la puncanya eh?
Salam….
Saya pernah mendengar ustaz beritahu jika kita mengaji al-Quran dengan suara kuat dan menyebabkan kawan kita yang sedang tidur terjaga, ianya dikira berdosa.
Dan al-Quran juga tidak boleh dibaca dengan kuat sehingga menyebabkan orang yang sedang bersolat di sebelah kurang khusyuk kerana keutamaan solat lebih tinggi daripada al-Quran.
Selain daripada itu, ianya dibolehkan samada dibaca dengan kuat atau perlahan; tamsilannya seperti bersedekah secara terang-terangan atau sembunyi.
Dalam hal ini, memang sewajarnya tak boleh gunakan pembesar suara di masjid semasa membaca al-Quran. Berbeza dengan azan kerana maksudnya untuk memanggil orang ke masjid…
Semoga kita semua jelas di dalam perkara ini.
Wassalam,
Wan.
satuju dengan komen ini.
cuma dilarang guna mic je kan, bukan wajib. zaman nabi tak ada pun mic. cuma zaman moden je org mula mengaji pakai mic. jadi isi yg penting adalah kita mengaji dan solat bukannya mic jadi keutamaan.
Assalamualaikummm…..
kita ni klu nk komenn kna fkir2 jgkk, bkn main hentam je…klu xde ilmuu,cri ilmu…baik diamm klu xthu,klu xthu kna belajar..Bab2 agama bkn benda main2, msti ikut hadis dan al-Quran..bkn ikut perasaan, benda baik bg kita x smstinyee baik pada org lain..Perasaan sesama Islam pn kna jagaa, ni kn pula orang bukan Islam…
Memang betul kalau tak cukup ilmu tak perlu komen lebih-lebih. Bukanlah isu besar menggunung tak boleh pasang bacaan alQuran dekat mic. Pasang aje dalam masjid/surau sekadar didengar jemaah yang ada. Lainlah kalau isu sekarang ni larangan menunaikan solat fardu ke…..
kalau arahan tu dikelauarkan olih jawatankuasa fatwa negeri tentu dah awal2 kecuh….taklah senyap jer macam ni…tiba2 jer…macam ada signal dari bawah meja supaya arahan ini di keluarkan…..
kerajaan lain2 negeri perlu ikut contoh yg baik dari kerajaan negeri p.pinang ini…termasuk juga kerajaan n.klantan dan kedah…kerana kerajaan negeri ini dikuasai olih kuasa politik org melayu saperti p.pinang yg dikuasai olih org cina dap yg racist maka keluarkan arahan yg sama yg agama2 lain selain agama islam dilarang sama sekali memukul gendang,loceng atau bunyi ape sekali pun dan perlu dilarang samasekali berarak di jln2raya samada mengalu2kan kematian seseorang atau berarak membawa atau memikul tandu patung yg sememangnya terang dan nyata ia menganggu org lain….
faham2 jer lah segolongan melayu skarang ni…..
kononnye berfikiran terbuka dan berpandangan jauh kehadapan….kah kah…
kononnye nak jadi jaguh dalam persamaan hak…konon nya jer lah…..
tapi yang sebebarnya mereka tu dah jadi alat bagi pihak2 yg ingin sangat lihat islam khususnya org melayu bertelagah sesama sendiri…hingga melayu jadi lemah….
kemungkinan golongan melayu ni ..tinggal nama jer melayu…tapi hati dah hitam ….
mungkin juga melayu ini hanya tinggal nama jer melayu tapi pegangan pada ketuhanan sudah terkeluar dari islam…mungkin mereka2 ini yg murtad saperti yg di perkatakan….dan mereka ini kerana tertakluk pada undang2 mlaysia ..mereka tidak bolih tukar nama…dan terus guna nama melayu islam…tapi mereka ini menjalankan aktiviti yg melemahkan org islam…dgn bertopengkan nama melayu islam…dimana yang sebenarnya apabila larangan menukar nama itu telah menjadikan mereka lebih mudah mendekati org2 melau islam utk kerja2 pemurtadan …
Salam.cuma nak share.rasa penggunaan pembesar suara ketika subuh dah lama dilarang kerana mengganggu penduduk lain.bukan kat penang je.cuma kat penang jadi isu.kenapa ekk?
salam bro,wa anak jati perlis.tp wa dah mnetap kat slangor,mmg btl apa yg mufti perlis n majlis fatwa pp buat tu.wa pun jahil gak bab agama,tp wa suka baca dlu statement depa sblum wa boh..wa sokong mufti perlis majlis fatwa pp..allahuakbar..
salam bro,wa sokong statement lu..
mentri DR.Z dlm berita tadi…” Fatwa itu mgkin dipengarui oleh kpmpinan PP”…Isu mcm ni dah ade sejak zaman Rasulullah lagi DOKToRRRRRRRRRRRRRRRRR….Adoiiiiiii…….dortorr beli dari Sintok keee?:)
Xpelah, kita bersangka baik..dia maybe xpernah belajar…maafkanlah dia..
Assalamualaikum semua rakyat malaysia..pada saya membaca al-quran pakai pembesar suara ni tak salah asalkan kita tahu akan hadnya…jika azan pula ianya diharuskan akan semua manusia khasnya mereka yang beragama islam tahu masa solat..namun kita juga ingat mengapa & kenapa mereka yang memasang speker yang besar-besar dalam kereta sampaikan menembusi bunyi berbatu-batu malah pernah membuat orang hampir pitam kerana tekanan deria bunyi yang terlampau deras ketika sebuah kereta tersebut melaluinya, namun perkara tersebut tidak dipersoalkan langsung pada pihak berkuasa tetapi kenapa pula soal agama islam (soal bacaan al-quran) nak disalahkan???
tu kena tanya JPJ bukan Jabatan Agama Islam.
aku setuju….lagi pun buat apa melalak subuh2….islam2 nun sana tak bangun pagi pun nak sembahyang…sbb baru baru balik dari pub disko….dah murtad dah semua….cakap besar ja…konon nak sembahyang….buat apa sembahyang tunjuk2 tapi tak ikhlas….buat kerja haram…….sembahyang ja sorang dalam bilik……buat kerja ikhlas …bantu ma bapa kita yang dah tua….tak berkira kerja….melayu skrg melatah kalau bab agama sbb dorang ni ego nak mampus tapi stail hidup mcm org kafir….sory k….hang tengo la hidup islam skrg….mcm nak kiamat………
pm bunuh altantunya?
A L T A N T U N Y A D I B U N U H P M?
xyh gaduh2…kt link nie uztad azri da jelaskan segala2 nya…klo xpaham gk xtau la pe nk kata…
http://www.malaysiakini.com/news/172926
Assalammualaikum…salam dimuliakan umat isalam yang beriman… Hamba sokong pendapat tuan hamba…apa yang dibuat oleh pihak yang dikatakan menjaga kebajikan orang-orang islam… duduk dalam econ…cakap tunjuk pandai…aja tapi tiap tiap tahun kira berapa banyak yang dapat dikutip oleh badan tersebut dijangka lebih kurang 200juta atau lebih ….satu angka yang boleh dibagi sama rata. beli pekakas baru kenderaan baru dengan duit tu..massalah allah…yang sepatutnya nya menerima macam pemintah sedekah…terpaksa merayu pada pihak tersebut..konon nak siasat itu ini layak tak nak beri makan masa berbulan …yang memohon tu dah lah miskin nak tunggu satu sebulan tentu mereka dah mati….yang duduk di situ gaji besar dan selesa ,mereka-mereka tu tak layan orang susah jagi lagi senang pergi ugama lain mereka tolong dengan niat buruk….tapi tak salah pada pandangan hamba..sebab ornag islam sebangsa tak tolong akan keluar kenyataan mereka tak mohon dengan betul salah tulis alamat, salah isi borang dan macam-macam lagi ..inin perkataan orang-orang munafik….sambung dilain kali
Assalammualaikum….keras betul penangan tuan hamba…kesurau nak tunjuk dengan orang taman aku sembayang…tapi hati keras macam batu…jadi jaguh kampung melalak nak tunjuk sebagai pembela ugama islam\\\\tuan hamba nak tahu yang melalak tu ada cerita sebelum melalak\\\\lihat di tv. satu cerita aipkan orang satu cerita malu kan kawan satu malaysia….tup..tup..jadi jaguh ugama…betul ke…mereka ini…nak jadijaguh periuk nasi dadalah…dah pemerintah bukan orang islam…kenalah ikut kalau suruh terjun sungai mereka ini terjun….dah tertulis orang bukan islam tidak akan berlaku adil dengan orang-orang islam… itu pun mereka keluar kenyataan pemimpin boleh dari orang bukan islam…dengan syarat ada orang islam dibelakang mereka …kah….itu pun tak tahu… ikut aja. jangan bising….kalau tak bagi gunakan jangan gunakan….dah duduk dibawah orang bukan islam …mana ada pemerintah bukan islam berlaku adil…lihat cina nak puasa pundi larang…ah….ah….semuga orang-orang yang menggundi orang bukan islam bertaubat dan minta ampun kerana dengan undi mereka inilah membuatkan perkara ini terjadi..wassallam….semuga hamba diampunkan allah..allah hukbar…
BUAT KERJA IKHLAS….PASTU SEMBAHYANG BYK2….MATI KARANG HATI PUN TENANG…..SBB BN TAKUT NAK MATI SBB DUIT JUTA2 TAK HABIS LAGI…..
Rasa-rasanya kalau kerajaan BN yang memerintah keluarkan larangan ni pasti juak-juak pembangkang terutamanya PAS baring atas jalan berdemonstrasi. Nampak sangatlah puak pakatan ni jadi tunggangan parti DAPig. Besok lusa laungan azan pun ditala je dalam masjid macam Singapork. Heran betul …..undilah lagi parti DAPig. Malaysia ni negara islam…..pulau pinang ni masih dalam malaysia …tapi kesian ….maruah agama islam nampaknya secara terang-terang dicabar sedikit demi sedikit.
Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)
ASSAlammualaikum….hamba tak kisah sebab itu negeri orang bukan islam .Orang islam hanya sebagai rakyat…takkan tak tahu…siapa yang duduk diatas…lim guan…..ah…ah…kenapa nak melalak…masuk berita masuk tv.keluar internet…buat penat aja…dah negeri orang cina…ikuta aja lah lain kali orang p . pinang sebelum mengundi…fikirkan lah dah terjadi baru nak tunjuk jaguh…porah….mereka tu….undi lah orang kafir.lagi…..Hamba harap pergi kelantan …negeri orang melayu ni pun dikacau…oleh orang orang yang gila kuasa….pergi terengganu ..negeri banyak duit hasil dari minyak, tapi keluar tv rakyar miskin..apa ni..mana pergi orang ugama dan badan jaga orang islam.fikirlah sendiri. Jumpa lagi…allh ampunkan hamba dengan tulisan ini….
kpada mereka2 yg jahil bab2 agama x payahlah komen lebih2…nanti nmpak kebodohan sndiri….klau dok kt kg ke @ kawasan yg majoriti islam,pasanglah tiap2 hari pun..org x kisah,tgk tmpat lah…klau dh x paham agama jgn nk komen lebih2,baik dok diam jer…
Laungan azan waktu subuh dengan pembesar suara bertujuan untuk mengerakkan umat Islam solat Subuh. Ini telah dilakukan sejak dahulu di mana-mana di Malaysia. Jangan pula kerana komplen bukan Islam sampai terkencing ketakutan. Takut hilang kepercayaan atau kalah pilihanraya? Tapi kalau perarakan Tok Kong atau paluan gendang hari Depavali , Thaipusam di depan masjid , umat Islam mana berani protes? MAIP …? Seolah-olah ini negera mereka. Perasaan terjajah belum hilang lagi bagi orang-orang di Pulau Pinang . Masih suam-suam lagi sejak di merdekakan Inggeris. Apalah salahnya memberitahu sebagai alasan ini soal asas yang menyentuh sensetiviti umat Islam di Malaysia yang menjadi penduduk asal dan majoriti penduduk di Malaysia. Datuk nenek Kamu rata-rata bermustautin dalam aggaran tak samnpai 100 tahun .Pergerakan nya tak putus-putus hingga sekarang . Contohnya melalui visa pelancong yang hilang dan terperap di hotel-hatel murah atau mewah, menyerap melalui pulau-pulau kecil , di tengah-tengah kampung Cina atau di Restaurant India dsb. Sepatutnya pihak berkenaan menyedarkan sejarah kaumnya . Mungkin inilah diantara anjuran kominis yang berbulu ayam dalam BN atau PR atau arahan langsung dpd Ketua Menteri sendiri kalau nak berbaik-baik . Jika tidak susahlah sikit. Ingat, jangan buat-buat lupa.
En abdullah..skrg isunya pedengarkan bacaan al quraan dng mic awal pagi bukan azan yg dipertikaikan..baca dulu sebelum comen..
Stuju sgt2….
Hal ni sebnrnye dipolikkn je lebih..mcm isu kalimat allah..konon nak jadikan tentangan hebat rakyat dr kalangan islam, strategi dan tanda2 PRU13 makin dekat ni, lame2 redalah isu ni..jadi sejukkkk je..nak komen pasal agama kene nilaikan diri masing2..ini tidak..yg wajib x buat yg sunat dikejarkan..
Sebab tu la isu ni diperbesrkan..perlis umngok perintah x jd isu pun hal ni?…sbb tu la umngok ni pencetus huru-hara…batu api YG PATUT DI TOLAK BULA2..yg konon nak tunjuk hebat pasal larangan mic ni…MEH TENGOK DAN DENGAR SENDIRI KETUA UMNGOK SENDIRI NGAJI QURAN DGN BETOI PAKAI SPEAKER MCM KONSERT KT KLCC TU?
Laungan azan waktu subuh dengan pembesar suara bertujuan untuk mengerakkan umat Islam solat Subuh. Ini telah dilakukan sejak dahulu di mana-mana di Malaysia. Jangan pula kerana komplen bukan Islam sampai terkencing ketakutan. Takut hilang kepercayaan atau kalah pilihanraya? Tapi kalau perarakan Tok Kong atau paluan gendang hari Depavali , Thaipusam di depan masjid , umat Islam mana berani protes? JHEAIPPP …? Seolah-olah ini negera mereka. Perasaan terjajah belum hilang lagi bagi orang-orang di Pulau Pinang . Masih suam-suam lagi sejak di merdekakan Inggeris. Apalah salahnya memberitahu sebagai alasan ini soal asas yang menyentuh sensetiviti umat Islam di Malaysia yang menjadi penduduk asal dan majoriti penduduk di Malaysia. Datuk nenek Kamu rata-rata bermustautin dalam aggaran tak samnpai 100 tahun .Pergerakan nya tak putus-putus hingga sekarang . Contohnya melalui visa pelancong yang hilang dan terperap di hotel-hatel murah atau mewah, menyerap melalui pulau-pulau kecil , di tengah-tengah kampung Cina atau di Restaurant India dsb. Sepatutnya pihak berkenaan menyedarkan sejarah kaumnya . Mungkin inilah diantara anjuran kominis yang berbulu ayam dalam BN atau PR atau arahan langsung dpd Ketua Menteri sendiri kalau nak berbaik-baik . Jika tidak susahlah sikit. Ingat, jangan buat-buat lupa. Mereka yg tak suka dengar Quran berkumandang ialah syaitan atau murtad. Tapi kalau hanya sekadar perlahankan sikit soundnya saya pun setuju. Cuma nya yg tak setuju hal sekecil itupun nak bincang dlm Majlis Syura . Inilan pertanda umat Islam boleh diuji dg pelbagai tohmahan seperti berlaku mutakhir ini.
“Laungan azan waktu subuh dengan pembesar suara bertujuan untuk mengerakkan umat Islam solat Subuh.” ==> setuju
isu skrg adalah bacaan al-quran, bkn azan..majlis fatwa dah bincang, sbgai rakyat dlm negeri itu, ikot je lah..negeri lain xyah nk byak komen kalo ilmu pon ala kadar je..serah kpd yg selayaknya utk bermuzakarah..
p/s:fatwa kebangsaan pasal merokok = HARAM, XDE SAPE2 NAK BANGKIT KE?SENYAP LA PLAK…
betul la tu majlis fatwa penang buat. kalo x tahu jgn ckp byk. blaja agama x abih cbuk nk komen byk2.
jangan terus melabelkan DAP sebagai punca masalah sedangkan ia adalah keputusan majlis fatwa negeri. bukannya DAP yg buat fatwa. Umno memang suka memanipulasi isu, yg tak berkaitan pun dikaitkan sedangkan tak berfikir panjang seolah-oleh memperkecilkan masyarakat agama lain. janganlah sampai kita umat islam dilihat sebagai masyarakat yg tidak bertolak-ansur dengan masyarakat agama lain semata-mata kegilaan parti politik umno yg suka memanipulasikan isu.
keputusan majlis fatwa tak ada kene mengena dengan DAP. yg ada kene mengena adalah umno yg cuba memburukkan kerajaan negeri menjelang pru13.
keputusan tersebut adalah melarang membaca al-quran menggunakan mic. bukannya melarang kita daripada membaca al-quran. daripada kita dengar sahaja org baca quran, lebih baik kita baca sendiri. Mic hanya benda, dan yang utama adalah umat islam terus membaca al-quran. jangan asyik mendengar tapi kadang2 ada umat islam yg tak hafal surah al-fatihah. lagi pun kalau kita tak dapat dengar orang membaca quran sebab tak ada mic, jadi rajin2 lah pergi masjid atau surau dengar org baca quran, sebab yg dilarang adalah penggunaan mic, dan semua boleh membaca quran mcm biasa di masjid atau surau, tak jadi masalah pun.
bagus pendapat anda….ini tidak..masjid x penah pergi..kalo pergi pun sebab nak masuk tv,PAStu bising x dapat dgr bacaan Quran..baca sendiri x nak kan….
“Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Islam agama yg menyenangkn.
zaman nabi pun tak ada mic. jangan nak komen mencarut dan kecoh mcm umno. kat perlis pun tak kecoh, kalau perlis DAP mungkin umno kecoh kat media konon dia lah pembela islam sebenar. jd ketepikan politik, sebab keputusan ini tiada isu politik tp isu agama. jadi kalau tak tahu dan jahil agama, pergilah jumpa ustaz/ustazah atau rajin2 pergi masjid dan tanya pada mereka yg tahu tentang agama, jangan terima bulat2 dari ustaz umno yg boleh jadi apa saja pakar bila ada isu.
Kesaksamaan agaknya ialah melayan samarata, samarasa, sama banyak. Rumah kita barang-barang asal harta pusaka usaha kita beli sendiri.Tetamu datang pandai memuji, lincah dan merenget jadi anak angkat nak itu nak ini duduk ditengah pentas , lagi ajak kawan –kawan . Baju di badan cantiknya beli di mana , pun nak. Umur sudah dewasa timbul keinginan nak kan pasangan hdup. Tuan rumah buka peluang minta lah apa saja. Si anu tu siapa, saya nak . Rupanya isteri muda tuan rumah baru lepas kahwin. Janji sudah dimeteri . Untuk buktikan ketelusan nak tak nak terpaksalah…….. . Anak kecil, anak pingitan ibu tua di dapur gigit jari. Masaalahnya Dia tangan kosong dapat macam-macam. Kita darah daging Nya duduk di penjuru rumah , perut kempes, kurus dan terdidik dg sifat pemalu. Bapak sebagai tuan rumah bersandar di kerusi empuk ketawa hisap ceruk mata kabur , pening-pening lalat.
pendapat saya,..adalah tidak sewajarnya tindakan tersebut..
seperti yang dikatakan di atas…bacaan al-quran menggunakan pembesar suara sememangnya dari dulu-dulu lagi..tak kira di mana pun…
Salam. Sebagai orang biasa yg masih kekurangan ilmu dlm agama, saya tak pernah dengar mana2 ulama @ cendekiawan islam menyarankan untuk baca ayat2 suci menggunakan pembesar suara. Tapi saya benar2 faham dan yakin kita berdosa jika buat kezaliman, makan harta rakyat, tidak amanah sbg pentadbir negeri @ buat negeri mcm negeri bapa kita sendiri. Saya teringat pd sahabat yg baru balik pulang dari luar negeri. Rindukan laungan azan, tetapi di Malaysia laungan azan tidak di endahkan oleh sebilangan ramai dari kita. Kita dengar tapi hati kita sampai kepada seruan itu. Pernah di selatan tanah air kita, bacaan rasanya tak berapa baik selepas subuh itu di tambah lagi dengan speaker yg tidak diselenggara dengan elok, kita yg mendengar pun tak paham apa2, sakit telinga adalah. Berbanding dengan bacaan oleh seorang pelajar di asrama agama penuh di selatan tanah air juga ketika majlis sekolah terbuka, surah Ar-Rahman yg dibacanya jelas dan sampai kepada hati pendengar. Jgn buat benda mengikut2 dan menunjuk perasaan. Sahabat…. kita tak nampak wajah kita sendiri. Orang lain nampak, kat man taik lalat, ada bulu, ada ketuat ke. Sebab tu kita guna cermin. Cermin lah dulu diri kita sendiri sebelum mencerminkan diri orang lain. Wallahualam.
1. pe kejadahnya nak baca al-quran dgn mic pun tak boleh nih? masa umno memerintah penang ok je baca guran guna mic? kafir takut ganggu tido pagi2 ke? bagus kan pagi2 ada org tlg kejutkan?
2. padan le muka rakyat muslim penang yg sokong dap/pkr/pas. sapa suruh korang sokong, terima le akibatnya. daripada nak jadi alim macam pas, terpaksa baca quran senyap2, macam mana nak sampaikan dakwah? benggong le korang ni
3. Pas.. apa berani buat? takkan diam je kot? penakut le pas ni kan sebab tu aku malas dah nak sokong pas ni, tabur fitnah kat ceramah pandai, kalau org cuba sekat ajaran islam, penakut pulak..pirahhh…ingat org umno tak alim ke? ingat kalau sokong pas tu kira baik ke? hehehe…
sila betulkan diri sendiri sbelom memberi komen..wsalam..
Assalamualaikum, hamba tarik balik dan mintamaaf banyak2 diatas keterlanjuran terutama kpd pihak JHEAIPP krn terpbawabawa arus kejadian di Selangor.
hahaha… awk silap laa… dulu2 mana ada org guna mic….
SALAM, tapi ada dalil Nabi Muhammad menyeru jgn diangkat2 suara ketika membaca al-quran sehingga menggangu / menyakiti org lain…aku bukan ahli majlis fatwa, so xnk komen panjang…refer kpd yg lebih LAYAK sesuai dgn ILMUnya..
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;.
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.co?m/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
(Sumber: Fitrah Islami Online).
Salaam & Regards.
Amri el Wahab.
perkara sunat apabila dilakukan sehingga menggangu org lain akan menjadi haram. baca al quran tu sunat je. bukan wajib pun. blaja biar habis dulu. jangan nak ikut akal ke lebih. ikut la sunnah dan al quran.
Saya tak boleh nak komen tentang fatwa atau hukum berkaitan menggunakan pembesar suara ni tapi, Singapura dah lama menggunapakai peraturan ini dan tak l;ama lagi azan pun tak boleh menggunakan pembesar suara sebab di negara jiran tu dah lama amalkan. pulau pinang pun akan ikut jejak amalan abang dan sepupu mereka dan bukan setakat pulau pinang jer ianya akan dikuatkuasakan keseluroh negara apabila mereka menguasai parlimen nanti mereka memang ada matlamat dan agenda yang telah lama diatur, dulu menggunakan senjata tidak berjaya, dan sekarang menggunakan kuasa politik yang sah dari segi undang-undang dan perlembagaan negara. Hanya kita orang melayu masih bercakaran sesama sendiri tuduh menuduh hina menghina dan caci mancaci sedangkan ada golongan yangb sedang bersedia dengan tanggok yang kukoh ditangan mereka untuk menanggok apabila air telah benar-benar keruh akibat kita bercakaran sesama sendiri. Berfikirlah secara waras bukan dalam semangat dendam kesumat
Pasal bacaan ayat alquran dilarang dah ramai yg bising. Tapi bila kita tgk brape ramai plak yg berjemaah di surau/masjid xde plak yg bising? Penuh pun bila hari jumaat, solat terawih & hari raya. Isu ni sengaja di politikkan sbb negeri pakatan yg memerintah. Kalau negeri di bawah kerajaan senyap sahaja contoh senang aje. Sape yang mansuh/hapuskan sekolah agama rakyat suatu ketika dulu?
“Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
SO,PADA MEREKA YANG XPUAS HATI NGAN FATWA NIE..SILA BACA BANYAK KALI HADIS DIATAS..AND THEN KALO HEBAT SGT,BOLEH FIGHT HADIS ATAS..INGAT…ATAS NIE HADIS SAHIH..BELAJAR DULU SEBELUM BERKATA..
*ingat le,sesiapa yang menghina hadis Nabi Muhammad,dia telah menghina Allah..kerana setiap kata2 Rasullullah tue dari Allah..
ayat “Dah tak kisah” sudah mula keluar oleh orang melayu sendiri…lepas ini “NEGARA MALAYSIA” sendirilak tak kisah..BAGUS, hidup MELAYU…….Dapat bonus RM600, hidup islam tergadai…hancur melayu hari ini..
Bacaan al-quran sebelum suboh hanya dalam lingkungan 5 – 10 minit je. Memanglah tak wajib tapi dah menjadi amalan sejak dulu lagi. Bukannya soal wajib atau hadis yang menegahnya tapi maruah Islam tu sendiri. Memanglah arahan dikeluarkan oleh Majis Ugama Islam Pulau Pinang, tetapi gesaan tu tg dari mana, kalau tidak dari DAPig. Di negeri-negeri lain kalau adapun arahan dtg dari Majlis Ugama Islam itu sendiri tapi tiada gesaan dari Kerajaan BN.
Sedih betul….maruah umat Islam dicabar sedikit demi sedikit oleh orang bukan islam dalam negara Islam sendiri. Bertambah-tambah sedih disokong pula oleh orang-orang Islam yang kononya memperjuangkan Islam tapi ….hampeh !!!! Isu gerakan memurtadkan orang-orang Islam…kenapa orang-orang ni diam je…
ape bukti nie gesaan DAP,pastu ada ke bukti mengatakan tiada gesaan dari BN..BN kan ada MCA..so,ape cer bro..Nabi tgglkan Al-quran,hadith dan sunnah..bukan tgglkan adat..nak bercakap maruah,Islam ajar tolak ansur..tgk balik Sirah Rasullullah..sekarang nie berkaitan Hadith yg sahih dibahaskan..bukan perkara biasa amalkan..Perliskan dulu buat..dipersetujui Raja Muda Perlis..Rajakan ketua agama..Mcm pengharaman Poco2 le..dah mmg jelas haram..tp korg plak mcm2 alasan..xde dalil plak tue..
Isu ini telah dipolitikkan. Kat Perlis dah lama dilaksanakan larangan tersebut, tapi kenapa pada waktu itu tiada bantahan dan tidak diperbesarkan? Disebabkan larangan itu berlaku di negeri yang di tadbir kerajaan DAP Pulau Pinang maka semua orang nak jadi hero kononnya nak mempertahankan Islam. Orang yang faham agama tidak akan menyalak dan mempertikaikan larangan tersebut.
saudara. Bagaimana pula negeri perlis yang dah lama mengharamkan mengaji guna speaker waktu subuh. Sedangkan negeri tu majoriti melayu, diperintah melayu dan dikuasai oleh BN
ASSALAMUALAIKUM…….Selamat berpuasa dan selamat berbuka….Memperdengarkan bacaan ayat Alquran sebelum waktu suboh telah lama diamalkan di negara ini, bertujuan untuk memberitahu waktu suboh dah dekat dan bangunlah untuk buat persiapan bagi mendirikan solat suboh, tak kesahlah kemesjid, disurau atau dirumah, hanya mereka yang tak suka dikejutkan pada waktu suboh sahaja marah dengan suara bacaan Alquran diwaktu mereka sedang didodoi manja oleh syaitan dan iblis supaya menarik selimut dan teruskan tidor…….. Dan dalam azan suboh juga diperingatkan lagi dengan seruan MENDIRIKAN SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDOR. Dah nak buat camner lagi memang mereka tak suka mendengar ayat-ayat Alquran atau seruan kearah kebaikan……..itu dah sifat semula jadi keturunan mereka………soal baca hadis tu….sapa-sapa pun boleh sekarang ni….guan eng ke,…sapa-sapa lah…….asalkan jangan orang umno jer…..sebab orang umno semua tak betul……… tak pandai……tak………..alaaaah bermacam-macam tak lagi lah…… (Tapi kena renongkan dan hayatilah balik ayat dari surah” Al-kafirun”
itu benda sunat bro…penah sekali member aku org india tanya aku, apesal itu perempuan melayu pakai seluar pendek, dlm islam kena tutup aurat kan. Malu gila beb. Itu baru maruah tercabar
pak wan pencen xhabis mengaji kitab lagi nih..
dah terang2 banyak dalil kt atas tu..buka hati buka minda..ikut islam yg dibawa nabi. bukan islam nenek moyang melayu atau ape jua bangsa..
lemah betul aku kalo baca komen orang ” x ngaji skoloh nih”!!
Seghonok baca apa yang hampa bahaskan sehingga lupakia ni sapa no….bertaki, berbahas pasai bunyi bising daghi sughau atau masjid…..kesimpulan nya yang saya dok peghati… haramlah hukum nya mnggunakan pembesar suara sehingga mengganggu kenteraman masyarakat sekeliling………baghu saya nak faham……jadi kepada tok-tok bilal jangan lah baca quran guna speaker dah, haram hukumnya (depa dok kata la)……Tapi saya nak tanya juga seperkara yang pernah anak saya jadi sawan satu ketika dulu….sebab oghang ceghamah politik menjeghit, terpekik memaki hamun entah hapa-hapa dibelakang dapoq ghumah saya, anak saya umoq setoun dok lena sedap…. tiba-tiba menjerit teghepa tang mak dia teghuih tak sedaq, anak saya jadi sawan, teghuih saya bawak anak bini pi ghumah mentua yang jaghaknya empat kilomiter tapi dok dengaq lagi oghang menjeghit memaki hamun tu..tapi alhamdulillah tak laghat anak saya …… yang saya tak paham nya hak ni boleh pulak ….tak ganggu orang, halal……mungkin ada nas-nas yang depa dok gunapakai kot……..saya ni oghng jahil mana tau….. La ni… kalu nampak oghang dok pasang pentas dan khemah kat dapoq ghumah saya tu….awai-awai saya angkut anak bini pi tempat lain, tidoq lah ghumah adik beghadik yang lain……….nak tunggu aman…. pukoi satu kot…habih ceghamah bunyi motor pulak dah…..macam litaq lumba tengah-tengah malam……. polis mana boleh masuk campoq, tak demokrasi la polis ganggu anak-anak muda bawak motoq macam oghang hilang akai tu…. yang parking keta ikut kepala depa jer…..ghumah oghang atau jalan laluan oghang ka depa tak peduli…sebab waktu tu depa la……. ghaja……
nie tanda nya islam penang dlm kejatuhan tgn DAP …
sengal tu pn ko tak nmpk ke,,,,,
silap haribulan penag jd cam hongkong plak…azan dlm masjid shj…
Saudara serindit…..saya memang tak tamat lagi mengaji…masih belajar banyak perkara…tang hadis nabi menegah sahabat kerana membaca quran dengan suara yang tinggi kerana waktu itu orang lain pun sedang beribadat dan ada yang khusuk membaca quran juga termasuk lah nabi SAW. Disebabkan suara bacaan itu mengganggu tumpuan orang lain lalu Nabi SAW menegur supaya tidak mengganggu tumpuan orang lain. Sedangkan yang kita bincangkan disini adalah bacaan ayat Al Quran di masjid atau surau sebelum masuk waktu suboh. Bacaan yang biasa diamalkan diMalaysia ni sebelum waktu suboh adalah bacaan TEROHIM yakni hanya beberapa potong ayat AlQuan, zikir, tasbih dan selawat keatas nabi bukan nya bacaan seperti tilawah tu…….dan bukan juga dengan cara memasang kaset atau rakaman sedangkan orang yang tukang pasang tu bersembang perkara yang tak memberi faedah……”BANYAK PERKARA YANG SAYA NAK BELAJAR DENGAN SAUDARA SERINDIT” kerana saya masih jahil………
Adik bersetuju dengan arahan JHEAIPP. Adik berharap selepas ini konsert-konsert dan jom heboh perlulah juga mengguna pakai peraturan seperti ini. Bagi adik, aktiviti ini lebih mengganggu ketenteraman awam dimana diadakan acara tersebut. Sakit telinga…. adik.
Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;.
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan… zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.co?m/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
(Sumber: Fitrah Islami Online).
Salaam & Regards.
Amri el Wahab.
*Credit to Zai Ham @ http://www.malaysiakini.com/news/172975
Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)
*klu rsa diri tu lebih hebat dari Nabi Muhammad S.A.W, silakan sila berikan komen yg menafikan kenyataan d atas!! terima kasih
Dah tak yah gaduh gaduh…
Mufti: Larangan guna mikrofon bukan isu politik, tapi arahan Nabi
August 15, 2011GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.
“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.
Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.
Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.
Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.
“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.
“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.
Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu
salam…saya heran la,org bca Quran guna mic kna larang,tp yg org dok tyg aurat xpula kena larang…sedangkan tyg aurat tu kn lebih mengganggu ketenteraman awam…cuba kita lihat,bila bacaan Quran guna mic kena lrg,sya yakin dan psti msti ramai org yg telajak tdo smpi telepas sbuh…tp bila org yg tyg aurat kena lrg,sya yakin dan psti msti kes jenayah rogol akan berkurang…kita fkir la,msh bnyk lg bnda2 yg patut kena larang berbanding bacaan Quran guna mic tu….
Bila manusia menafikan kebodohannya,maka hadith nabi dilawan..dalil2 kuat dah ada..nampaknya manusia akhir zaman makin menampakkan dirinya…sering melawan dan menafikan hafith dan sunnah Rasullullah..dgn ini org yg menafikan fatwa diatas telah MENAFIKAN HADITH RASULLULLAH..menafikan Ulama tinggalan Rasullullah..ingatlah..jgn sesekali memberikan pandangan kurang kehormanian tentang Islam kepada non muslim..
Saya tambah sikit..ada ilmu, baru kita boleh melontarkan pandangan sebernas mugkin..
Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok
pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan ‘rempah ratus’ menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.
Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.
Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.
Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu ‘mengganggu’ suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.
Kerakusan media ‘membelasah’ pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?
Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu ‘meminggirkan Islam’ dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?
Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.
Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.
Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu “Pengharaman Poco-Poco” Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.
Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?
kt malaysia…org2 melayu umno mmg mudah diperkudakan…gune isu agama…je dh nk mengamuk gila bab…marah sana sini…tp biler bab hiburan pn gila bab…enjoy tak ingat dunia…hahha…tergolak den…tp biler sebut Be End tgh gadai maruah negare…buat2 senyap lak…kes murtad(kt malaysia takde hukum hudud)…buat2 senyap gak…BIler sekolah Agama Rakyat disekat…buat2 senyap gak…biler ulamak2 dihina…buat2 senyap lak…(oops dihina oleh org melayu islam umno)…tp bile bab kt penang..kt selangor..kt negeri2 pakatan…suare mmg lantang..mmg kuat…(iye la den paham..kt malaysia nie..islam milik melayu islam umno)….jadik kene ikut melayu islam umno punyer keputusan…bukan ikut al-quran dan sunnah….kalo melayu islam unmo kater benda yg takde kebaikkna utk melayu islam umno…make takyah buat…hanye yg dapat buat imej melayu islam unmo nampak baek je buat….itulah ilmu islam…dr sudut pandangan melayu islam umno…padahal kalo kire…lesen arak,judi…pelacuran…hiburan..kelab2 mlm…asal melayu islam umno bule jer cakap…nie tuk org2 bukan islam….kiter kena bertolak ansur….eh..pelik la den…org melayu islam umnok nie…mmg hebak la…terbaek…renung2kan dan selamat beramal…
divert:
kt malaysia…org2 melayu umno mmg mudah diperkudakan…gune isu agama…je dh nk mengamuk gila bab…marah sana sini…tp biler bab hiburan pn gila bab…enjoy tak ingat dunia…hahha…tergolak den…tp biler sebut Be End tgh gadai maruah negare…buat2 senyap lak…kes murtad(kt malaysia takde hukum hudud)…buat2 senyap gak…BIler sekolah Agama Rakyat disekat…buat2 senyap gak…biler ulamak2 dihina…buat2 senyap lak…(oops dihina oleh org melayu islam umno)…tp bile bab kt penang..kt selangor..kt negeri2 pakatan…suare mmg lantang..mmg kuat…(iye la den paham..kt malaysia nie..islam milik melayu islam umno)….jadik kene ikut melayu islam umno punyer keputusan…bukan ikut al-quran dan sunnah….kalo melayu islam unmo kater benda yg takde kebaikkna utk melayu islam umno…make takyah buat…hanye yg dapat buat imej melayu islam unmo nampak baek je buat….itulah ilmu islam…dr sudut pandangan melayu islam umno…padahal kalo kire…lesen arak,judi…pelacuran…hiburan..kelab2 mlm…asal melayu islam umno bule jer cakap…nie tuk org2 bukan islam….kiter kena bertolak ansur….eh..pelik la den…org melayu islam umnok nie…mmg hebak la…terbaek…renung2kan dan selamat beramal…
kenapa enko perfect sngt ke!
kenape ko nk marah…pahit sgt ker nk telan kebenaran nya….hahaha
Saja nak mencelah, apa jadi dengan fatwa pengharaman rokok?? Banyak orang buat benda haram ni sekarang mcm tkde apa2 je..dalam kawasan masjid pun dengan bangga hisap rokok…
BERLAGAK LA MUSLIM…..AGAMA LAIN TAK PUN BISING2 NAK SEMBAHYANG…..MCM BAGUS SGT…..
aku setuju beb….
senang cerita…pemimpin2 umno bn ni memimpin dgn cara pecah dan perintah…..dgn org melayu lubuk umno, mereka cakap lain …masuk lubuk sokongan 50-50, mereka cakap lain….masuk lubuk pembangkang akan cakap lain….
masuk kampung cina mereka cakap lain….masuk kawasan keling akan cakap lain….
Bab menakut2kan org melayu pemimpin2 umno bn ni cukup pandai dan berani…
main isu dan sentimen yg sensitif..macam hal kat atas yg jadi isu tu lah….
sampai org melayu satu mlaysia marah….
tujuan nya mudahh….supaya majoriti org melayu akan terus menganggap mereka adalah jaguh melayu islam..dan terus sokong mereka….
itu taktik lama mereka yg masih bolih digunakan..org2 melayu luar bandar. pinggir bandar, felda, felcra..memang kuat terpengaruh….lebih2 lagi sebab org melayu mudah terpedaya pada hal2 sensitif macam tu…cepat melenting, menepis dan menghunus keris..ini fakta dan kenyataan sikap org melayu..dan pemimpin2 umno bn selalu berdoa supaya sikap org melayu dlm hal ini akan terus tidak berubah dan mereka akan berusha utk mengukuhkanya…
jadi mereka begitu mengharap supaya sokongan majoriti melayu tak kan berubah…..
dan yg sebenarnya dlm hal2 yg dijadikan isu olih mereka itu…itu hanya cubaan utk mengekalkan kuasa…dan tidak ikhlas langsung dlm apa yg di bangkitkan…yg pemimpin2 umno bn ni mau adalah supaya majoriti org melayu jadi panas…
kalau pemimpin2 umno bn ni iklas ..kenapa hal semakin ramai org islam murtad yg disuarakan olih mufti perak itu mereka persoalkan dan seolah2 mau mufti perak tu tutup mulut……
sebab dlm isu murtad yg dibangkitkan olih mufti perak tu….yg bertanggung jawab adal mereka sebagai pemerintah…sedangkan mereka tak buat apa2 utk mengatasinya….
faham2 jer lah….
jadi niat mereka bersuara dlm satu2 isu memang tak iklas….
hanya ada kepentingan ..mereka akan bersuara….
itu lah cara org umno….
aku setuju beb….
senang cerita…pemimpin2 umno bn ni memimpin dgn cara pecah dan perintah…..dgn org melayu lubuk umno, mereka cakap lain …masuk lubuk sokongan 50-50, mereka cakap lain….masuk lubuk pembangkang akan cakap lain….
masuk kampung cina mereka cakap lain….masuk kawasan keling akan cakap lain….
Bab menakut2kan org melayu pemimpin2 umno bn ni cukup pandai dan berani…
main isu dan sentimen yg sensitif..macam hal kat atas yg jadi isu tu lah….
sampai org melayu satu mlaysia marah….
tujuan nya mudahh….supaya majoriti org melayu akan terus menganggap mereka adalah jaguh melayu islam..dan terus sokong mereka….
itu taktik lama mereka yg masih bolih digunakan..org2 melayu luar bandar. pinggir bandar, felda, felcra..memang kuat terpengaruh….lebih2 lagi sebab org melayu mudah terpedaya pada hal2 sensitif macam tu…cepat melenting, menepis dan menghunus keris..ini fakta dan kenyataan sikap org melayu..dan pemimpin2 umno bn selalu berdoa supaya sikap org melayu dlm hal ini akan terus tidak berubah dan mereka akan berusha utk mengukuhkanya…
jadi mereka begitu mengharap supaya sokongan majoriti melayu tak kan berubah…..
dan yg sebenarnya dlm hal2 yg dijadikan isu olih mereka itu…itu hanya cubaan utk mengekalkan kuasa…dan tidak ikhlas langsung dlm apa yg di bangkitkan…yg pemimpin2 umno bn ni mau adalah supaya majoriti org melayu jadi panas…
kalau pemimpin2 umno bn ni iklas ..kenapa hal semakin ramai org islam murtad yg disuarakan olih mufti perak itu mereka persoalkan dan seolah2 mau mufti perak tu tutup mulut……
sebab dlm isu murtad yg dibangkitkan olih mufti perak tu….yg bertanggung jawab adal mereka sebagai pemerintah…sedangkan mereka tak buat apa2 utk mengatasinya….
faham2 jer lah….
jadi niat mereka bersuara dlm satu2 isu memang tak iklas….
hanya ada kepentingan ..mereka akan bersuara….
itu lah cara org umno….
ni la jadi nya malaysia kalu di perintah oleh orang bukan islam. Kalu tak di cegah dari sekarang, mungkin akan datang bukan di pulau pinang je….. Malah 1 malaysia akan kena. Jadi, mulai sekarang pandai2 la jaga malaysia ni terutama perdana menteri malaysia.
Sebenarnya isu ini tak perlu diperbesar-besarkan.. ISLAM ITU INDAH DAN ISLAM ITU SENDIRI BERMAKSUD KEDAMAIAN. Apa yang penting di akhir zaman ini umat islam perlu mencari ILMU dan memperkasakan IMAN dalam diri masing2 serta berjihad sehabis-habisnya dalam melawan hawa nafsu di samping berusaha mencari kebaikan dalam diri SAUDARA seagama serta memperbetulkan kesilapan dan kesalahan secara BERHIKMAH dan bukannya mencari keburukan semata-mata yang akhirnya menyebabkan musuh-musuh ISLAM tersenyum lebar dan bersorak gumbira melihat permusuhan sesama ISLAM DI BUMI MALAYSIA TERCINTA INI.
La ni mengaji pakai microphone di persoalkan. Sometime aku tanya diri aku jugak. Org2 Islam cukup takut dgn fatwa dan sejak2 ni byk fatwa2 yg merapu di keluarkan . Mcm kes membaca Alquran sebelum subuh . Zaman Nabi dulu pun tak ada mic, azan tak pakai mic . Kalau mcm ni lah berterusan , akhirnya azan tidak akan lagi kedengaran sbb azan menggunakan mic bukan sunah nabi. Aku ni tak la pandai sgt tapi umat2 Islam kena ada logic nya jugak . Semakin hari suara Islam makin di tindas …… Tak kan sesiapa yang pandai agama duduk diam je . Klw pasal politik bukan main lagi lantang . Ni pasal Islam ni , boleh berpeluk tubuh & tunduk ?? Hairan nar !!! . tak lama lagi PP akan menjadi S’pore. Di mana Islam tak bersuara dan di tindas . Org2 yg buat fatwa tu , Credibility nya boleh diguna pakai ke . Buat fatwa sesuka hati. Aku panggil fatwa mcm ni FATWA SHOK SENDIRI !!!!
Bangkit la UMNO. Bangkit la PAS. Bangkit la KEADILAN . BERSATU la . THIS IS OUR COMMON GROUND …….. Nak defend parti2 politik bermatian bukan nya dpt bawak ke akhirat pun . Ni soal KEISLAMAN kita . Tak kan tunggu siapa nak bukak mulut dulu . Klw gaduh boleh tuduh sesama sendiri KAFIR . Ni DAP tekan kita , tak kan parti ISLAM , TIGA lawan SATU ….. tak leh nak menang . Mana peginya Keislaman kita
So, boleh tutup mata bila ada dosa-dosa besar dalam org-org umno islam penindas bangsa sendiri utk kekayaan? Kau ni pemelihara Islam ke pemelihara maksiat? Islam tu pemelihara kebenaran, mana pendirian kamu?
Mana boleh tutup mata. Takkan la kita nak bersekongkol dengan UMNO tuh. Tak mau aku.
Jangan risau, kita akan kuat dengan DAP. In them we hope. Pegi mampus UMNO. Hidup DAP. Hidup Ambiga.
Jangan lah bergaduh perkara ini…Pakai microphone dan xpakai microphone itu bukan isu2 yang penting. Yang penting kita hidup peacefully and not disturb other..that is the most important….
umat islam zman skrg dh brpech belah.. apa guna umno , pas , dap pkat dok lwan rbut krusi? siapa jdi pemerinth, kalau dia x jalnkn tgungjwb nya dgn adil n saksama, kt akhirt nti blasan mnanti.. sma lh gk dgan kita semua.. setiap org ada tgungjwb msing2.. kita sbgai rkyat perlu fkir sndri kalau xnk diri ni diperbodoh kn.. skrg sbuk isu bacaan ayt2 suci aL-Quran mggunkn alat pmbesar suara.. knpa salah pula?? dekat ngri kelantn pun ok ja.. ni sbuah negara islam.. semua negara islam yg lain jdikan negara malaysia sebagai idola.. ptut nya ngara malaysia prlu ikut hkum islam yg sbtul nya.. nti xlah byk bala yg mnimpa.. Allah dh murka dgan manusia.. sbb 2 dtrik semua nikmat.. cm conth sfat malu.. Allah dh trik.. sbb pa.. cz x ikut hukum Allah.. ni lah akibt nya.. knp perlu ikut undg2 brat? ni sbuah ngara islam.. so kna lah ikut hkum islam.. org sllu kata yg hkum islam 2 kjam lh.. xkjam pon.. ianya sebagai prigtan kpada umat islam yg lain.. dan nti dkat akhirat nti akn trlepas siksaan nya.. kn yg 2 bgus.. dlam masa yg sma dpat kurgkn kadr jenayh.. itu lah Allah dh kata Islam itu agama yg indah.. Islam adalh agama yg dredhai NYA.. stiap hukum 2 adalh dri Allah.. Allah yg tntukan semuanya.. knpa msti nk pertikaikan?? dh brpa kali tkar prdana mnteri tp tetp xdpat nk ikut hukum n undg2 Allah.. berat sgt ka.. yg mningkt stiap kali tukar perdana mnteri ekonomi negara n byk pmbhuruan.. tp yg kekal x brubh2 adalh undg2.. skrg malaysia dh merdeka.. knp xbly nk tukar undg2 bru?? tukr undg2 tersebut kpada undg2 Islam.. bru lh hidup dirhmati selalu.. sma2 lah kita umat islam rnung2 kn blik apa yg kita buat spnjg hyat ini.. hrap2 sntiasa di jalan yg dRedhaiNYA ..
ada beberapa sebab kenapa Umat Islam dilarang membaca al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu sebelum subuh;
1. mengganggu orang yang tidur tapi tidak perlu sembahyang iaitu wanita yang datang haid.
2. mengganggu kanak-kanak kecil (belum tau apa2) yang sedang tidur. nanti yang susah mak bapak juga.
3. mengganggu org yg bangun tahajud untuk sembahyang ataupun ingin tidur sebentar sebelum menunaikan sembahyang subuh.
Oleh itu, ustaz saya menerangkan sekiranya hendak baca al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum azan subuh adalah memadai dalam 5-15 minit sahaja untuk membangunkan orang2 yang perlu sembahyang dan bergantung kepada keadaan tempat itu dan pastinya Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ada sebab tersendiri mengeluarkan arahan itu. pada pendapat saya untuk mentarbiah umat islam dkt dgn al-Quran adalah ketika mereka celik dan sedar bukan ketika mereka sedang tidur.
masalah nya disini .. melolong 5 kali sehari.. bermakna hari2 subuh lg tu… cukupla yang dalam sahaja dengar… kita bukan senbahyang mau tunjuk2… sedangkan agama lain bukan hari2 buat perarakan.. apa kata jika umat lain seperti hindu, budda, kristian menunaikan sembahyang mereka bising pasang spiker besar, apaka kalian akan rasa? oren?
musuh islam adalh islam sendiri… kerana Allah bukan mencipta manusia untuk membenci dan membunuh sesama sendiri…. kerna membunuh adalah ajaran manusia yang takut kehilangan kuasa maka dikeluarkan perintah ini agar mereka kekal berkuasa….