
Seperti biasa, kalau setiap hujung minggu kebanyakan akhbar akan menyisipkan sekali naskhah hiburan untuk pembaca. Ada kandungan yang ok, ada kandungan yang tidak senang untuk dilihat. Yang kadang-kadang kami terfikir sejenak, mereka nak jual akhbar atau nak mempertaruhkan tubuh badan artis Malaysia seksi atas nama untuk menarik perhatian pembaca seterusnya meraih keutnungan yang berlipat kali ganda?
- Kenapa semacam tiada tindakan yang serius daripada pihak berkuasa ke atas gejala ini? Kenapa?
- Gejala seperti ini masih belum serius lagikah?
- Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga artis Malaysia sudah berani berbogel barulah kita akan mula melatah? Adakah sampai begitu sekali tahap “timbang rasa” yang perlu”dibayar” oleh masyarakat Malaysia hari ini?
Kami sebenarnya sudah pernah mengeluarkan berita ini sekitar setahun yang lepas, bertajuk Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berpakaian Tidak Senonoh? Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini artis Malaysia seksi semakin berleluasa, pakai pakaian yang tak cukup kain ibarat seperti berada di “zaman batu”. Akhirnya penampilan kelompok artis Malaysia seperti ini dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, tinggal di bandar atau luar bandar. Semuanya dapat “merasa”.
Artis Malaysia Seksi : Kenapa Mereka Menjadi Semakin Berani?
Undang-undang & penguatkuasaannya sahaja, dah boleh kami katakan agak canggung. Manakan tidak, kalau artis lelaki buka baju contohnya terus sahaja dihukum. Tetapi apabila artis Malaysia (wanita) buka atas, buka belakang, buka bawah, memakai pakaian separuh bogel, “orang-orang atas” buat-buat tak nampak pula apa yang sedang berlaku dalam dunia hiburan ketika ini
Tentang hukuman artis Malaysia lelaki dihukum begitu, kami tidak pertikaikan. Yang menjadi percanggahan di sini adalah di mana letaknya keadilan & undang-undang yang ada sekarang ini berbeza-beza?
Artis Malaysia wanita tahu mereka jarang diberikan perhatian walaupun mereka memakai pakaian yang menjolok mata kerana merasakan mereka “cukup kebal” untuk dihukum. Betulkah begitu?
Artis Malaysia Seksi : Wartawan, Akhbar & Majalah Hiburan Mengagung-agungkan Mereka ?
Yang tidak tahannya, contohnya pada minggu ini mereka menghentam artis Malaysia seksi yang bertindak memakai pakaian yang menjolok mata di naskhah-naskhah keluaran mereka, tetapi pada minggu hadapannya kita sudah boleh melihat semula aksi gambar-gambar artis Malaysia seksi di kolam renang, memakai pakaian yang singkat atas, singkat bawah, dedah belakang dan terus menerus tayang badan tidak tentu hala. Mereka bebas untuk berbuat begitu berpakaian ala-ala fesyen di “zaman batu”
Hakikatnya, banyak lagi akhbar, majalah yang ada di Malaysia terus “memperjudikan” & merosakkan pemikiran pembacanya tanpa sebarang kawalan daripada pihak berkuasa & terus diberikan “imuniti”…

Jiwa muda & sikap nak cepat glamor yang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen memang tidak boleh dipisahkan, itu realiti hari ini. Tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Bahagian penting saja yang ditutup olehnya, barulah dikirakan sebagai seksi mengikut permahaman mereka.
Berpakaian seksi ini boleh diumpamakan seperti ini :
Makanan. Ya….diumpamakan seperti makanan. Kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat ataupun menjadi lemau.
Yang paling kami kesalkan beberapa respon & kenyataan artis Malaysia seksi kenapa “sanggup” berpakaian seperti itu. Ini antara jawapan artis Malaysia seksi yang cukup popular :
- “Selesa berpakaian begitu
- “Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian”
- “Keluarga lebih mengenali saya”
- “Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya”
- ” Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen”
- “Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja”
- “Seksi itu subjektif”
- “”Saya masih tinggal dengan keluarga, jadi keluarga saya lebih mengenali saya”
- “Saya pakai ikut kesesuaian majlis”
- “”Itu urusan antara saya dengan tuhan”
- “Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya”
- “Apa yang saya pakai, itu hak saya”
- Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!”
Kepada artis Malaysia yang berkenaan, anda sememangnya berbeza dengan orang biasa. Artis atau personaliti popular sentiasa menjadi perhatian & tumpuan, malahan ikutan kepada generasi muda sekarang ini. Jadi, sedikit sebanyak imej perlulah dijaga.
Artis Malaysia Seksi : Semua Kena Lebih Prihatin!!
Sebenarnya wartawan hiburan kena lebih prihatin dalam soal ini sebenarnya. Mereka kelompok yang boleh sedikit sebanyak mengawal gejala artis Malaysia “zaman batu” ini. Contohnya, kalau dah tahu ada sesi fotografi, anda boleh memberikan sedikit teguran supaya memakai pakaian yang elok mata memandangnya. Ini tidak, artis Malaysia memakai pakaian tak cukup kain, kalangan wartawan jugalah yang menangkapnya. Akhirnya “agen-agen penyampai” akan menyebarkan gambar-gambar ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Sebab apa, fulus……Sebab artis Malaysia seksi seperti inilah yang melariskan naskhah-naskhah keluaran mereka. Kalau begitulah pendekatannya, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai.
Tidak lupa juga kepada pereka fesyen yang perlu mengambil serius dalam mereka pakaian & memebrikan kepada kalangan artis Malaysia, umpama:
“Seperti arak juga, yang menyediakan pun salah, yang minum pun salah juga”
Yang sedihnya artis Malaysia yang berpakaian seksi itu orang Islam tetapi pakaiannya berjaya mengalahkan & menewaskan orang bukan Islam. Kadang-kadang dilihat sesetengah bukan Islam sendiri tahu sentiviti atau batas mereka apabila berada di khalayak ramai.

Jawapan kami mudah sahaja jika kita nak membanterasnya:
- Undang-undang & penguatkuasaan kena lebih adil & tidak mengikut bulu
- Artis Malaysia seksi melampau ini “digam” terus daripada keluar di TV untuk beri pengajaran kepada yang lain. SKMM, nak tunggu berapa tahun lagi untuk bertindak?
Sekarang ini berlambak gambar-gambar artis Malaysia seksi yang tidak tahu malu dijaja di media. Apa lagi yang boleh dilakukan & diharapkan kalau empunya diri pun tidak tahu malu dan tidak makan nasihat, jadi undang-undang yang lebih tegaslah adalah “cara mengubati gejala ini”
Sebab apa kami timbulkan isu ini? Sebab makin teruk gejala artis Malaysia seksi ini. Kami menegur bukanlah menyibuk ataupun cemburu dengan kepopularan artis Malaysia, jauh sama sekali :
“Tetapi azab Allah tidak mengenal siapa”
Akhirnya, apa yang kami nak katakan di sini, sebagai seorang muslimah, artis Malaysia tak patut berpakaian menjolok mata. Memang berpakaian adalah hak individu, tapi fesyen berpakaian yang menyentuh sensitiviti ummah tetap menjadi hak orang ramai untuk bersuara. Jika artis Malaysia ingin menjadi seorang publik figure maka hak artis Malaysia sudah direlakan untuk dikongsi ramai, maka jagalah hak tersebut agar tidak menimbulkan umpatan dan fitnah.
Cara bercakap, berpakaian dan bersosial juga menjadi sorotan mata dan penilaian ramai. Hal beginilah yang sepatutnya difahami dan disedari oleh kalangan artis-artis Malaysia yang mahu disanjung, dipuja dan dihormati ramai. Itulah sebabnya kami mengambil berat dan mengambil konsep ingat-memperingatkan antara satu sama lain.
P/S : Apa pendapat yang dapat anda kongsikan berdasarkan pemerhatian dengan trend artis Malaysia sekarang ini?

{ 71 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Ni lah golongan yang sesat lagi menyesatkan orang lain..di biar berleluasa menjadi ikutan para remaja.
dah sampai masanya tukar orang atas yang lebih prihatin..
fasha sandha insaf recently post…ustazah-ustazah yang cantik
sapa “orang atas” yang fasha sandha insaf maksudkan? diorang seksi meksi tu diorang le yg salah, apa kene mengena ngan org lain pulak.. sendiri mau ingat le… mak bapak dia mana?????? tak tau nak tegur ke marah ke ape-ape le.. kalau ada pihak amik tanggungjawap/amik tindakan, kang kata hak kebebasan manusia… diri sendiri, anak sendiri jaga le…
u r rite bebeh.. orang mcm fasha sandha insaf ni mmg suka letak kesalahan pd org lain. Sendiri tak pandai menari nk salahkn lantai lak. Singkat otak!!
Dalam hal ini kita seharusnya melihat secara positif dan negatif kerana cara berpakaian artis kita di malaysia mana ada peraturan atau sekata yang di buat khas untu mereka jgn salahkan mana – mana pihak kerana isunya moral artis tersebut.
Kalau sekali pun Jabatan Agama Ilsm kat mana mana negeri menguatkuasakan isu pakaian rasanya perkara ini akan berlaku kerana Di negara kita udang -udang hanya cantik di atas kertas sahaja tapi dari segi penguatkuasaan tak tahu lah apa nak di cakapkan
Cuba kita alihkan pandangan kita ke aceh di mana undang -undang dan penguatkuasaan berjalan serentak, Berpakaian menjolok mata maka di saman dan di arahkan ikut kursus kesedaran. Berpaian punk dan mengamalkan budaya punk di tangkap, di gunting rambut dan dihantar mengikuti kesedaran maka ni yang kita harus lakukan tapi persoalannya adakah kita ni negara Islam yang sebenarnya.
Pada sya golongan atrtis ini memang memberikan impak yang besar kepada masyarakat tapi kita sebagai masyarakat haruslah pandai membuat pilihan. kalau dulu zaman 1980an artis yang seksi dan keterlaluan akan di gam dan tidak di benarkan muncul di khalayak ramai dulu berambut panjang Tok Mat menteri penerangan dulu siap guntingkan namaun sekarang macamam mana.
Jadik kita sebagai peminant kenalah buat pilihan dan yang ada anak anak bagi bimbingan saya tak kata saya bagu tapi munculnya artis kerana kita yang mencipta mereka dan ada kalanya kita yang nak mereka begitu
Sebab sesuatu yng indah itu untuk tontonan tapi yang indah macam mana kita nak yang indah macam artis yang bertudang di mana dah ramai atau yang indah mcm artis yang isu di perkatakan seksi. Namun kita juga harus melihat kelemahan kita dan juga pakaian anak-anak gadis dan jejaka kita
wassalllam
x kisah pun!!
kak kak kat situ orang bangsa apa ehh????????? MELAYU !!!!!!.Melayu agama apa,Kalau agama islam,tak leh pakai cam tu,bedosa lah kak,,,,,,,,,,,,,,,, YOU ALL MAKE MALAY MANNERS FALL DOWN.
TAKPE, BN GALAKAN ARTIS MCM TU, TIADA BAJU LAGI BAGUS…..KAN BUNG MOKTAR
Ko jelous ehh..x dpt bini mcm dia…ahaha…nick name pun mampos bn…sakit lah ko ni..pee lah check hospital..ada short kot..aku tau niat ko.sakit hati kan.wahahawaha…cuba bini or anak ko artis..cam ner???AHAK..mesti diam nk mampos kan..
PERKARA BIASA LA BRO PAKAI SEKSI…..MANA TAU SANGKUT MENTERI BARANG NAIK…..KAN SYOK….
Pehal ko nih? Isu camni pun nak buat modal politik ker? Singkat tol la otak ko ni.
menteri yg jaga hal ehwal tayang menayang ni ape lagi…ambil la tindakan…gam je mereka ni jgn bagi kluar mana2 station tv free or paid..
Ni je ker idea yg ada? Apsal korang tak tanya diri sendiri dulu? Korang la yg kena gam/boikot artis ni jgn tgk filem yg diorang berlakon ke, apa ke.. Ni semua benda nak letak atas kepala org lain.
HARAP KEPADA KETUA KETUA AGAMA AMBIL ACTIONNNNNNNN???????
KATA NEGARA ISLAM,TP KETUA KETUA ISLAM TK AMBIL TINDAKAN BERLANDASKAN ISLAM PUN,MACAM MANA ORANG NAK MENGHORMATI KETUA KETUA AGAMA KAT SINI,MACAMANA MACAMANA MACAMANA????????? MALAYSIA KU SEKARANG NIIIIIIII.KALAU TAKUT JANGAN JADI KETUA AGAMA.PENAKUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
Saya rasa kalau jumpa Artis berpakaian dan berpenampilan seksi usah layan atau tanya. Kalau tanya tentu jawapannya menyakitkan hati. Ingat lagi Liena Hangat yang baru baru ni di tanya wartawan semasa dia ada show diPahang.
” Saya pakai seksi tapi masih tahu batas-batas agama”
Kalau pakai seksi terdedah sana-terdedah sini, itu tahu batas agama ke? Mungkin setakat tahu saja tapi tak amalkan.
Sorang lagi tu “Anak Pontianak” ditanya kenapa pakai seksi
” Saya dibayar untuk seksi OK”
Sebenarnya golongan artis ni ada EGO dan Proud masing-masing.
Harap JAKIM dapat bertindak terhadap artis-artis ni kerana ini juga dibawah bidang kuasa mereka.
Bolehlah bagi kaunseling terhadap artis artis ni yang kekadang tu bukannya muda lagi pun.
Cukup bukti, keluar kat paper, panggil terus.
Kalau tengok sekarang ni JAKIM dah bertindak dengan cemerlang:
- serbu kedai jual arak kat umat islam
- serbu kedai yang tak halalan toyibah
- serbu acara ratu cantik
- bagi kaunseling kat orang islam yang minum arak
- bagi kaunseling kat orang islam yang tak puasa
tambah satu lagi bagi kaunseling kat artis artis yang degil ni.
Bila ditanya oleh pemberita mengenai sesi kaunseling kepada artis-artis ni kita nak dengar apa pula jawapan mereka. Mungkin
” Oo.. saya tak tahu selama ni haram” tak ada la jawapan yang merapu dan pelbagai…
lelaki tutup aurat
artis perempuan pulak semakin seksa
alah…biarlah dia
bukan diorang menyushkan korg pun
duit pakaian bukan mintak korg pun
Biarlah ko kata..
agama menyeru kita untuk mengingatkan antara satu sama lain.
Bender tu jadi dosa kepada kita umat islam.
Mmg kita x pakai duit dorg. Tp dorg menyusahkan kita diakhirat kelak sbb dosa bawak org sekali berdosa dengan mereka2 tu.
~memangla mereka tak minta duit kita.. tapi kalau bala menimpa tak kira siapa.. semua terkena…
~boleh cakap kubur lain2.. tapi di akhirat kelak mereka salahkan kita..kenapa xtegur mereka.. tak pasal2 kits sama2 masuk neraka…
klau dorg pakai pakaian sopan pun dah kre OK…lgpun bju mhl2 tp mcm xckup kain nak wat pe…lgpun kan ssama mnsia di wajibkan menegur ssma mnsia apa yg salah….dah tau salah kita biar je lm2 dunia nie penuh ngan mksiat & mslah…
kenapa artis sahaja disalahkan? padahal ramai lagi yang diluar sana saya tengok ramai je yangs eksi. takde pun yang tegur
kak mashitah oi.. artis tu public figure. kite yg laki ni kalu terpandang turut berkongsi dosa. nak elak pun susah kalu kat sume tmpt terpampang gmbr2 seksi die. bg bad influence kat budak2 bwah umur. m’jadi salah satu punca kes rogol berleluasa. merendahkan martabat wanita. memalukan bangsa melayu dan negara malaysia sbg negara islam. menghina ajaran islam tu sendiri. ko bg komen mcm tu seolah2 mengalakkan @ menyokong perbuatan artis tu. nak kongsi dosa dgn die skali ke? jaga akidah awak tu lg pntg dr backup artis pujaan. selemah2 iman, cuba la menidakkan dgn hati
ini adalah jawapan atau persoalan orang jahil…
bila berlaku sesuatu…dia akan persoalkan pada orang lain….
sudah la naik bosan dengar cerita mcm ni.. esk mati kubur masing2 sendiri mau igt la…
sudah la bosan dengar cerita mcm ni… esk mati kubur masing2 sendiri mau igt la..
Kat Malaysia ni kalau ikutkan kat drama tv @ filem tak leh nak dressing seksi sangat tu yang kalau kat luar diorang belasah pakai seksi
lepaskan geram kot
Inilah salah satu sebab rakyat menolak cara pemerintahan sekarang…kerajaan sekarang perlu buat sesuatu…kalau tidak rakyat meluat….benda macam ni kena ambil berat sama….banyak perkara yang kerajaan pejam mata…kena celik la oooiii…pak-pak menteri yang melayu islam tu…jangan lupa solat…..you all ada kuasa…guna kuasa tu….ini tidak ..tumpang sekaki pulak lagi….
nak wat camner…artis2 glamour di ajak joint party diorang….baru menang maharaja lawak…datang mamat bawak borang n joint party diorang….baru boleh dapat “datuk…..” aku tengok aflin n partner dia tu kelat je…macam pakse rela je….mana2 artis yang insaf di “gam” xble masuk TV….kejor dek jabatan agama….alasan buat ceramah tanpa tauliah….padahal diorang tak buat ceramah je…just jadi jemputan dan menceritakan pengalaman jadi artis and mengapa mereka terbuka untuk mendekati islam….tu je…itu disekat…pakai dedah sampai nampak buah dada or bulu kemaluan tak de di gam pun….bodoh punya kerajaaan….
Kepala pemerentah perlu ditukar.. Dia ni Punca segala tahyul ,segala hantu. segala sesat kat malaysia ni..
kenapa artis wanita melayu dan islam,suka pakai pakaian yg seksi dan mendedahkan segala benda yg x sepatutnya di tunjuk kat org lain, terutamanya anak2 dara,mak2 janda, isteri2 org dan jg mak2 serta nenek2..mak ayah diorg x marah ke? suami x larang ke?
Sebab diorang tak famous
So terpaksa main dedah2 untuk UP kan nama diaorang.
Lagipun jealous lah Hollywood and Bollywood, pelakon wanita diaorang ada rupa and sexy.
So diaorang pun nak join lah, nak dapat title sexy, baru rasa diri steady!!!!
ARTIS MALAYSIA TAK LAKU, SO KALAU SEKSI KIRA OK LA DAPAT PIKAT JANTAN KOTE BESAR…..KUI
artis Malaysia skrg ni dah memang dasar suka tayang. seksi la kononnya. SEKSA mata orang yang tengok. menjatuhkan maruah. Yang dpt title nenek pun tak reti2 nak sedar..tak takut ALLAH (untuk artis beragama ISLAM)
Filem , artis bebas……….nak buat apa
kerana
Kementerian penerangan ibarat mayat hidup
tak berapa berfungsi langsung
semakin lemah….
Zaman tok mat bagus …..menteri disiplin artis
lembaga penapis filem pun mati terus
gaji mahal-mahal tapi tak nak kerja menapis filem…
baik tutup terus jimat duit rakyat
dah nama nyer artis ..
pakaian pun macam artis…
badan pun macam artis…
tayang untuk semua org tengok lah..
promosi…
kalau tak promosi tak laku nnt.
tunggu sampai nyawa dekat halkum baru nak berubah gamaknya.
suka hati dia lah
kan kubur masing-masing
BN=Baju Nipis..baru sexy bro..haha
Artis pompuan seksi sbb nk kejar datuk kaya….kmdian artis lelaki pulak,kejar gelaran datuk yg mana sekarg ni rata-rata artis veteran dapat…apa nk jdi la..pejuang keamanan dpt apa?
Ulamak pulak buat ceramah demand bayaran…sedangkan nabi dakwah/menyampai free je…kalau la nabi demand jugak…kaya raya zuriat dia dpt royalty hasil jualan Al Quran….
habis tu ulama tak makan ke?. tiada tempat tinggal?..yang minta bayaran lebih-lebih tu terserah pada allah akan ilmu disampaikan.. nabi pun bekerja. jangan hina nabi!!
Nabi tidak mengharapkan apa-apa keuntungan dari dakwah yang disampaikan,serta AL-QURAN bukannya dikarang atau direka oleh Baginda S.A.W. Jadi tidak timbul isu royalti atau komisyen disini kerana royalti dan komisyen hanya diberi kepada mereka yang menghasilkan atau mencipta sesuatu dengan tujuan mendapatkan keuntungan.Walaupun Nabi dikurniakan dengan pelbagai Mukjizat ,Baginda tidak pernah menggunakan kelebihan ini untuk mengambil kesempatan serta menggunakannya untuk kepentingan diri,sebaliknya Baginda berusaha seperti umat biasa untuk mencari rezeki dengan berniaga dan sebagainya.Tidak perlu membuat perbandingan dengan Nabi dalam hal remeh dan sampah sarap sebegini.Inilah padahnya manusia bertuhankan nafsu serta berajakan duit ,asal sahaja menjadi duit maruah serta harga diri tidak lagi dipeduli biarkan sahaja nafsu menguasai diri .Apabila hidup menjadi tunggang -langgang dan tak ketahuan arah mulalah hendak menuding jari kepada orang lain untuk dipersalahkan.Kepada orang sebegini adalah diingatkan,maut akan datang menjemput anda tidak kira semasa anda berharta atau tidak, serta muda atau tua,beringatlah dan bertaubatlah sementara ada kesempatan ,insaflah .
woi Toler kau jgn kurang ajar…
Saya setuju benar kata-kata anda!
Di sekolah kita didik budak2 suruh jadi baik..tutup aurat…artis yang mangkuk hayun pulak pi ajaq dedah aurat…sakit hati aku….malu la wooiiii…jgn pikir dunia saja artis yg mangkuk hayun woiii…pikir nak mati sama…kalau dah hukum kata HARAM…yang pi buat… untuk apa…kiamat dekat dah ooooiiiiii…….jangan dok tarik orang lain jadi macam artis yang mangkuk hayun…kalau nak pakai baju tak cukup benang..pakai dalam bilik sorang2…sudah…
Artis oh artis..bila jiwanya dah sebati dengan kehidupan seksi, katalah camner pun..buat dono je..hadoiiii..dunia oh dunia..
INILAH YG DINAMAKAN NEGARA ISLAM.??
KEMUNGKARAN BERLELUASA DIDALAM NEGARA KITA..APAKAH TINDAKAN KERAJAAN ??
KERAJAAN PUSAT TIDAK BOLEH KE BUAT AKTA DAN KERAJAAN NEGERI TAK BOLEH KE BUAT ENAKMEN YG MENGATASI MASALAH ORG ISLAM YG SELAMBA LANGGAR HUKUM ALLAH DENGAN PAKAI PAKAIAN SEPERTI BERBOGEL SEDANGKAN PEMIMPIN2 NEGARA MEMBERITAHU KEPADA NEGARA LAIN..BAHAWA MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM..
Memang Malaysia negara Islam pon.
Member2 aku dari negara China yang Islam sumer tak makan babi kat negara dorang (China). Tapi dorang makan je ayam dan daging walau tak halal. Sebab apa ye?
Ko dah bayar zakat pendapatan, kena bayar income tax lagi tak? Ada tak negara lain (yang bukan Islam) yang tak perlu bayar income tax kalau bayar zakat.
Ada tak negara lain di dunia ni yang tak bagi bawak daging babi dalam lunch box kat sekolah?
Ko dah pegi haji ke belum?
Mulut jangan celupar sangat nanti Allah tarik nikmat tu.
Seronok dapat kumpul ramai-ramai kat dalam neraka dan jadi bahan bakar api neraka.
syok la hang dpat lepak ngan depa kat neraka sana tuh
KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI
Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia
ini lagi berdasarkan hadith Rasulullah: Diriwayat oleh
Abu Hurairah:
Rasulullah bersabda: “Api neraka mengadu kepada Allah
dengan berkata;”Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku
memakan di antara satu sama lain.”Lalu Allah
membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada
musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya
mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,”
Riwayat Bukhori
MAKANAN PENDUDUK NERAKA
Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan
ini tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah:
“Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon
yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula
menghilangkan lapar.” Al Ghasiyah 6-7
MINUMAN AHLI NERAKA
1. Hamim(air yang mendidih)
Firman Allah:
“Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh
orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di
antaranya dan di antara air yang mendidihh yang
memuncak panasnya.”
2. Ghassaq(nanah dan darah)
Firman Allah:
“Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di
sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah
dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali
orang-orang yang berdosa.” Al Haqqah : 35-37
3. Sadid (air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli
neraka)
Firman Allah: “Dihadapan mereka ada neraka Jahannam,
dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar
dari tubuh ahli neraka.” Ibrahim 16
4. Air seperti Tembaga cair
Firman Allah:
“Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan
diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih
yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang
paling buruk dan tempat rehat yang paling hina.” Al
Kahfi 29.
PAKAIAN AHLI NERAKA
1. Pakaian dari api
Firman Allah:
“Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang
bertengkar,mereka saling bertengkar mengenai tuhan
mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka
pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang
mendidih ke atas kepala mereka.” Al Hajj 19
2. Pakaian dari minyak tar
Firman Allah:
“Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka
diliputi oleh jilatan api neraka.” Ibrahim 50.
BAHAN BAKAR API NERAKA
Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin
yang kafir dan engkar kepada Allah,batu-batu termasuk
patung berhala.Firman Allah;
“Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang
keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang
diperintahkanNya.” At Tahrim 6
PENDUDUK NERAKA
Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti
penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke
dalam neraka,aku mendapati majoriti penduduknya adalah
wanita,” Riwayat Bukhori.
(typerisalah.blogspot)
p/s:Kalau tak nak jadi bahan bakar api negara, apa keperluan nak tayang segala yang sulit dan peribadi dekat jantan jongos?
ala… bia la de… tak guna nak tepekik telolong kat sini… ilek…. kita cakap a diorang balas b, kita cakap c dia bilang d la pulak….
wah sakan nampak gaduh ni…. a’a btol de, teman setuju… diorang nak bogel pon teman lagi suka… tak payah teman nak pegi lorong belakang mati dah…. sama je phesyen nyer, agak2nya diorang tiru phesyen tu kat situ kot? best, best….
camni de bior teman cite skit… ( cecita, cecita), pasal korang dok gaduh 2 nie teringat teman mase kecik2 dulu, teman TERbaca kisah seorang pemikir….
berjalan2……… sambil berfikir dengan perasaan tak puas hati kat Dia Yang Maha Kuasa… Kenapa?, kenapa kejam dan tak adilNya Dia, bila dia turunkan bala semua penduduk akan kena…. kalau banjir… sekampung banjirnya… kalau gempa…. ramai yang matinya…. Dia tak kira dah, yang buat onar ke, yg tuk aji ke, ulamak ke, ULar dalam semak ke, labi-labi ke, cipan ke semua Dia sapu, nape Dia tak bagi je bala tu kat orang2 yg buat onar je? tak adil betollah…. tak pueh ati betol la tulang belikat dia…..
jalan punya jalan…. sampaila dia kat satu pokok rendang tak berbuah….. lagu hattan la pulok… letih punya pasal duduk besandarlah beliau kat pokok tu….. hanyut…. hanyut…. ermm… memang hanyut pun… dalam lautan mimpi kata si boboi….
tiba tiba………..
adoi! celaka punya kerengga…. ada di gigitnya ketiak aku….. mana ko, mana?…. abis di pijak pijaknya menantang tu… sekor demi sekor…. tak puas ati ni… di bakarnya sarang kerengga kat dahan pokok tu…..
ha! puas hati aku…. kambing gurun punya kerengga…. ada digigitnya ketiak aku…. cuba la bagi salam ke apa ke…. kalau tak nak bagi salam pun bagi la kete poshe ke apa ke, nanti aku mati boleh aku bawak kete tu kat dalam kubur sana….. dan dengan tiba tiba jugak…… tersedarlah dia….
SUBAHANAULLAH….. yang gigit aku sekor je…. abis satu kampong kerengga aku bako…… ish, ish, ish….. terjawablah soalan2 yang selama ni dia dok pikir bersungguh2….
salam… kenkawan sume…. sume sume aku sayang…. sbb aku tau ramai yg beragama kat sini kan….dan buat yg islam tu sedara2 aku gak…. kawan… kita semua bertuhankan yg Satu kan… semua ikut Sunnah Wal Jammaah kan… setau aku la tak ada mazhab umno ke mazhab pas ke mazhab pkr ke…. kita semua naik haji kat mekah kan… dan bila kita mati….. Dia tak tanya dan dia tak tengok pun, kita anut mazhab umno ke pas ke dap ke pkr ke….Dia dah cakap terang dan jelas…. Dia tengok KETAKWAAN kita…. kan… kan….. dah la tu….
bukan apa teman sedih tengok kita semua dah jadi macam ayam laga dah…. udoh le….
teman paham yang ada ilmu tu nak betolkan yang kurang berilmu….. tapi teman tengok dan teman rasa bukan macam tu caranya…..
jom kita balik ke zaman Rasullullah s.a.w. dulu…. macam mana dia berdakwah? macam ni ke? memang…. ramai orang islam…. tapi dirang tak paham sayang, pasal islam tu…. jadi tugas kita kalau nak bagi diorang paham bukannya menjadikan diorang musuh…. tapi jadikan kawan…. ajar dengan lembut… teman tak pandai…. teman bukannya ulamak, ular dalam semak yea la kot…. akhlak nabi kita sempurna sayang…. ikut la cara dan sunnah dia… first apa yang dia suruh org buat apa… dan bagaimana dia buat?… ikutla cara dia….. bukan nya dengan memaki hamun…. sekian…
artis malaysia poyo
Negara demokrasi.
Bebas mengeluarkan pandangan@berdemonstrasi.
Bebas mengutuk samada kutuk kerajaan atau kutuk pembangkang.
Bebas nak pakai pakaian apa pun.
Bebas nak makan apa pun.
Bebas nak pangkah parti apa pun.
Bukan ke ini negara demokrasi yang diingini oleh kebanyakan rakyat Malaysia?
Wei artis y bodoh bangsat . Koe igt peminat ske ke koe pakai bju x cukup kain ? Kite ada agama . Jgn ikut org barat . Dia org tu dd compom ahli nerake . Brubah la slagi ade waktu . Jangan ckp dh tua bru nak brubah . Ajal maut dtgn Allah . Mne koe tahu koe mati bile dh tua ?? Kalau dia nak cabut nyawa koe skrg pon boleh . Bile2 mse . Jgn nanti dh dseksa dkt nerake bru nak myesal . Pnh bce x kisah benar . Sowg prempuan . Y dh mati . Tpi hidup smula ?suami dia mimpi isteri dia pggil dia . Si suami pon mgajak tok imam mgali kubur smula . Sbb mimpi dia tu . Tpi ada y magatakn mimpi mainan tido . 3hari bturut2 mimpi . Last2 , gali juga kubur si isteri itu . Hidup . Tapi . Tangan hangus tbkr . Si isteri mgatakn . 3hari dkt kubur . Bagai 3000tahun . dia myuruh si suami nasihat wanita diluar sne spaya mnutup aurat . Aurat itu wajib . Agama sye x la brape tggi . Tpi , sye mahu nsihat ssame islam . Msyarat brt
org mukmin y sempurna imanya ialah y trbaekk akhlknya…
yess ni yg aku sukung sagat2 menteri2 msia ni..well done my ministerrr keep it up..:_)
tak mengapa rakan-rakan ni sume cume sementara…kita BOSS kt Malaysia ni, tak guna terpekik terlolong kt sini..banyak yg menyakitkan hati dan mata sebenarnya..kita mampu ubah ni semua..tunggu PRU13 nanti..kita ubah semuanya yg kita mahukan..InsyaAllah..
moga ALLAH beri hidayah pd mereka… mnusia smakin jauh dgn ALLAH,,,
Dalam hal pakaian ni pikir-pikirlah sendiri…dan yang bertanggungjawab bukan saja menteri tapi mana pi pejabat agama? takda undang-undang ka tentang pemakaian ini?
Jadilah mereka semuanya bodo. tak reti apa yang dikata dalam alquran… suruh tutup aurat tak mahu. pastu duk tayang2…
menyampaikan apa yang ustaz azhar selalu cakap….
Golongan artis kan dah jadi idola masyarakat m’sia skrng ni. Gaya dia ditiru, kehidupan dia ditiru, fesyen syaitan seksi dia pun jadi ikutan ramai. Ada menteri yg jaga halehwal agama pun sama jugk, suka artis. Ada ketua ulama’ pun mungkin suka artis seksi jgk. Menteri2 pun ramai yg kawin artis. Sultan2 melayu pun minat artis luar dan dlm negara. Oleh itu,…Kita jangan pelik sikit masa lagi ada diantara golongan artis tak kira jantan, betina, pondan akan berjalan2 dlm keadaan bogel tanpa seurat benang pun, selamba tanpa segan silu di tengah2 bandaraya, kotaraya metropolitan dan bandaraya bersejarah…. Lepas tu sultan2 dan raja2 akan berebut2 nak anugerahkan pingat kebesaran DATUK kpd golongan ini kerana berjasa kpd negara, mengharumkan nama negara dan melonjakkan nama negara dimata dunia. Tapi kalu aku jadi sultan aku akan bagi pingat PGBC…..(@#$%^&*+=-!/). kih…kih…kih…keh….kiok…
membiarkan benih iman yg telah d semai tanpa taat kepada Allah, atau.. mambiarkan diri bergelombang dengan akhlak KOTOR & asyik dgn kelazatan dunia hingga lupa akhirat….LALU… MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DARI ALLAH…..’HARAPAN’ ITU ADALAH SUATU KEBODOHAN….sama2 kita fikirkan dan …..taubat….
contohilah yang teladan yang baik… h
contohilah teladan yang baik.buang yang keruh ambil yang jernih.
Kepada sesiapa sahaja yang membaca, terutama artis tempatan, kalau nak berpakaian seksi tu baik tak payah pakai baju terus. Kan senang. Tunjuk semua terus.
susah nak cakap..dunia artis kita di control oleh datuk-datuk yang berjawatan tinggi ..mereka suka tengok artis kita seksi atau buka baju terus pun tak apa la..yang artis kita semua gedik-gedik..
artis wanita seksi mgkin sebab rasa megah kulit badan cantik. kalau kulit badan sprti leher, dada, paha, kaki, n lain2 ada parut hitam ke, panau ke, kurap ke, mesti malu nak tayang kan. entahlah..kpda yg suka pakai seksi, insaflah..
Kebebasan tu menguji keimanan seseorang. Kalau undang-undang terlalu khusus, tenaga penguatkuasaan yang lebih akan diperlukan. Undang-undang yang menghalang obscenity, kurang sopan atau khalwat sudah memadai. Kalau nak halang sangat wanita dedah aurat kenalah ada undang-undang halang orang lelaki pakai shorts atau cawat(bodybuidling) atau tak pakai baju t shirt sekali (di tempat riadah), baru adil. jangan jadi macam pak arab pelancong di malaysia. isteri tutup habis, lelaki pakai shorts macam orang putih .
dear matkasim..1.penguatkuasaan mmg perlu spy diorang ni x melampau..ni ngara Islam beb..klu nk ikut sgt holywood tu bole blah pegi sana..penat mak bapak cikgu didik anak2 jln ke syurga, depa ni dok buat keje setan tarik pi neraka plak..(mudahan mereka dberi hidayah suatu hari nanti) 2.pak arab pkai short coz dibenarkan dlm mazhab diorang.. bkn tjuan suka2 dedah aurat.. 3. lelaki xpkai baju..xde msalah.. bukan aurat pun..4. dlm mazhab kita mmg la lelaki x bole pkai short..dosa ttp dosa..tp rasanya kesan xla seteruk tengok pompuan dedah aurat sana sini..buat naik nafsu syahwat perogol2 je.. sudahnya dicekup je sapa yg dapat..klu kena kat budak2 lg kesian.. xde rsa bsalah ke artis2 seksi skalian..mnyumbang kpda jnayah rogol yg makin mjadi2 kat malaysia ni??
pasal artis seksi bangat ni…dah lme dah…isue ini…sbg org islam …adalah dituntut…berpesan-pesan ke arah kebaikan…ingat-mengingati…hindari kemungkaran & kebathilan…kita bole je bagi pendapat…artis itu sendiri mesti bijak buat keputusan…nak seksi?…dedah2 atau sebaliknya…masyarakat hanya bole menilai…artis itu sendiri yg sewajarnya…memikirkan…apa yg harus dipraktikkan…bukan x bole seksi…setakat baju feet …biasalah…jngn pula sampai selaak2 kain…nampak paha…sometimes…yg nampak underware pun…ade…sampai …anak lelaki i tengok…pun…istiqfar…geleng kepala…pd artis yg seksi melampau…terutama…yg beragama islam…bnyk2lah ingat…tuhan…fikir fasal maruah…setidak-tidaknya malu…pd muhrim…dan rasa tanggunggjawab pd ibu-ayah…maruah mereka turut tercalar…bukan …itu caranya…untuk popular…fikir2kan…
suka masa Dato Mohamad Rahmat menjadi menteri penerangan artis lelaki rambut panjang pun kena gam dan pakaian artis wanita x da la teruk sgt…