Sekarang ini bukan main mudah lagi artis Malaysia nak dapat gelaran Dato’. Sana Dato’ sini Dato’. Artis Malaysia pun dah ramai sekarang mampu memiliki gelaran Dato’. Nyanyi sini, gelek sana, berlakon sana, mengacara sini. Sana sini dalam bidang industri hiburan dah melayakkan mereka mendapat gelaran Dato’. Persoalannya sekarang, apa sumbangan mereka sebenarnya? Kami masih lagi tercari-cari sumbang mereka? Berjasa sangatkah mereka ini (artis Malaysia)?
Kalau rentak sebegini diteruskan, tiada nilainya gelaran yang ada pada gelaran Dato’ itu sendiri di Malaysia hari ini. Ini bukan soal orang itu artis Malaysia tidak berhak memiliki Dato’, tidaklah sampai begitu sekali. Artis Malaysia yang layak diberikan kami tidak persoalkan, tetapi yang menjadi persoalannya sekarang satu demi satu artis Malaysia yang kami rasakan tidak layak langsung menerimanya. Itu pendapat kami. Tetapi apa boleh buat, itu sudah keputusan “pemberinya”.
Tiada lagikah calon yang lebih sesuai untuk diberikan gelaran Dato’ ini dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang dah berjaya menjulang nama Malaysia dan terus-menerus menyumbang bakti kepada masyarakat. Apa yang mahu dikejar sebenarnya?
“Kuantiti atau Kualiti”
Katakanlah tiada penerima yang layak pada tahun itu, kenapa perlu diberikan juga kepada yang lain? Itu belum termasuk gelaran Dato’ yang dikatakan “dibeli” pada sekian-sekian harga yang ditetapkan, Wallahualam.
Sebenarnya dah lama dah gelaran Dato’ yang’ jadi bahan gurauan & persoalan kalangan rakyat jelata. Jadi, kami berharap sangatlah jawatankuasa bahagian protokol istana dan semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lebih prihatin, perlu telus serta teliti dalam memastikan masalah itu tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej institusi diraja. Majlis Diraja perlu ambil perhatian jika institusi di raja mahu terus di pandang tinggi oleh rakyat jelata.
Peluang Sudah Terbuka Luas Untuk Artis Malaysia Berbanding Profesion Lain?
Kalau dahulu jarang-jarang artis Malaysia yang dapat gelaran Dato’. Sekarang? Boleh digambarkan seperti :
“Kalau baling batu di karpet merah Anugerah Skrin, pasti kena dekat datuk-datuk daripada kalangan artis Malaysia”
Sampai begitu sekali. Kalau diberikan pilihan, kami lebih gemar memilih untuk hapuskan sahaja amalan feudalisme ini. Bagi kami tiada kebaikan apapun. Malah lambakan gelaran Datuk hari ini makin membezakan taraf seseorang. Kalau betullah nak hargai artis Malaysia contohnya dengan bagi bintang atau apa-apa sekalipun, berikan sahaja tanpa ada gelaran apapun.
Gelaran hanya diberikan kepada individu yang mempunya jawatan yang tinggi dalam negara yang dipegangnya. Misalnya :
- Datuk Menteri Besar
- Datuk Panglima Angkatan Tentera
- Datuk Perdana menteri…
Bagi kami apabila taraf dah berbeza-beza, panggilan pun dah mula berbeza-beza :
- Dalam majlis tempat duduk kena beza-beza
- Makan kena beza-beza
- Layanan kena beza-beza
- Sampai tindakan oleh pihak berkuasa pun akhirnya kena beza-beza
Tidak betul begitu. Pemberian pingat and gelaran ini ada di mana-mana, termasuk di negara-negara sosialis dan komunis. Jadi ia bukan suatu benda yang asing & janggal. Masing-masing ada pingat dan darjat kebesaran tersendiri. Cuma bezanya di sini terletak kepada cara pemberiannya. Terus-terang kami katakan, terdapat dua negeri yang “terlalu pemurah” memberi gelaran Dato,
- Pahang
- Melaka
Negeri yang amat susah memberi gelaran Dato seperti
- Perak
- Selangor
- Kedah
- Negeri Sembilan
- Johor
- Kelantan
- Terangganu
Persoalan Disebalik Pemberian Gelaran Datuk Kepada Artis Malaysia
Mereka yang diberikan gelaran Dato’ adalah mereka yang betul-betul menyumbang kepada Negeri dan Negara. Yang betul-betul telah memberi impak kepada masyarakat. Tahniah kepada negeri yang begitu selektif dalam memilih mereka yang patut diberikan gelaran Dato.
Artis Malaysia yang dah dapat apa boleh buat, itu rezeki mereka. Yang akan terus dipersoalkan selepas ini, adalah trend seperti ini akan terus berlaku terutamanya melibatkan artis Malaysia lagi bagi tahun-tahun seterusnya?


{ 36 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
sekarang ini orang xpandang sangat la datuk-datuk ni, terlalu mudah dpt title ni, dah xde value sebab dah banyak amat yang bglar datuk tapi sumbangan nth hapeh2
Lepas ini berduyun2lah masyarakat cuba nasib jadi artis, mana tau kot2 dpt tempias gelaran datuk walaupun xde menabur apa jasa pun
tidak dinafikan mungkin itu rezeki mereka.. tetapi kalau nk tgok sumbangan mereka terhadap negara Malaysia.. mcm x de ape2 pon.. rasanyer ada yang lebih layak untuk gelaran itu.. dan tak dinafikan ada segelintir yang membeli gelaran itu… ape2 pon… senyum je ler…. nak cakap banyak.. kang kena saman.. ngeee
Gelaran dato yang paling susah diantara lain-lain negeri ialah sebenarnya ialah Terengganu diikuti dengan Kedah dan Kelantan dan seterusnya.
Sekarang ni, gelaran dato’ boleh dibeli dengan wang ringgit. Gelaran Dato dari Terengganu adalah paling susah. Siapa yang dapat gelaran dato’ dari negeri Terengganu adalah yang berkualiti.
Ape lah sangat dengan Gelaran Datuk ni….. lambat laun semua orang dapat gelaran datuk…. (Datuk yang bercucu lah)… hahahahaha
Beri saya bawang besar 2 kilo, kunyit serbuk 2 bungkus dan jangan lupa gelaran Dato’ 5 kilo. Ap yang kita sebok sangat pasal mereka ini, kalau mereka sendiri yang mahu jatuhkan title mereka itu sudah dikira baik dan Alhamdullilah…… tak payah mengabih boreh (kata Pak Cik N9) kito ajo.
saya setuju…terlalu mudah tuk berikan gelaran Dato’…apa2 pun jgn menyusahkan rakyat dah……..Rakyat di utamakan…,pencapaian di dahulukan…
Nnt Zizan pon bleh dapat Dato’ haha
Perlu jaga la kualiti dato’² ni..ni simbol raja² melayu punya anugerah..dulu sapa yg dapat kire mmg power laa..mmg kite semua akan bersetuju..
cuba bandingkan Khairi Jamaludin dgn AC Mizal @ Eizlan Yusop @ Fazley.. sapa lg bg sumbangan besar or siknifikan kat negara.. aku takde la minat KJ ni, tp ni je aku ingat..
NNt satu hari nnt, org dah tak respek dah kat anugerah yg sultan² bg.. Patik hamba yg hina mohon mencadangkan
TQ
awak tak perlu kata ‘ patik yang hina ini..manusia Allah cipta bukan taraf hina.. yang berdosa adalah..
Dpt gelaran dato, mengajar individu tersebut menjadi riak, sebab tu ramai belia /generasi sekarang sibuk dak menjadi artis. klu menang/kalah mesti ada mengalir airmata, sedangkan kerja terkinja2 tu menyebabkan org ramai alpa. Bila glamor dpt title dato. Itu yg menyebabkan org2 kita membenar anak2 melibatkan diri dlm program tv, tak caya tengok rancangan tv 9, majoriti anak2 bangsa melayu beragama islam. Klu program keagamaan memang digalakan.
Ek..eleh….DATO’….ceh… bebulu dada aku dengar gelaran2 macamtu. Tambah2 lagi bagi kat artis2 ni. Apa lah jasa mereka??????…. Oii… raja2…. sultan2 melayu kayu…. kow ni kira nak bagi je ke… ataupun berapa harga seketul yg puak2 tu bayar pingat sampah yg kow bagi tu…
rilek yop..kang xpasal2 ke dalam ko kang..
ada aku kesah….
kesian,..Ni la sistem pemerintahan msia. Skit2 ugut kedalam. Klu nk dikira mana hak rakyat bersuara, mngeluarkan pendapat dn membangkang. Slama2nya rakyat akn dikongkong oleh undang2 rimba. Rakyat akn jadi tambah bodoh.
ntah la… semua manusia sama sahaja, yang membezakan hanyalah TAQWA!!!.. Saidina Umar yang mengusai 2/3 dunia semesa pemerintahan dia pun heret tali kuda yang dinaiki oleh pembantunya.. cukuplah..gelaran tak boleh menjamin seseorang dari azab Allah! Tak boleh mendapat keamanan dari azab kubur! dan kemungkinan paling lama akan dihisab!! Sahih??
Apakah YB KJ lansung tidak boleh dipertimbamngkan untuk anugerah ini. Beliau tidak ada sumbangan ke kalau hendakdibandingkan dengan dato Ambiha bos bersih 2.0
Kalu aku jadi raja, pingat yg di buat dari taik kering pun aku tak bagi kat Kairi tuh. Usahkan anugerah dato.
datuk 2nd class
pernah saya bangkitkan dalam satu majlis penting tentang anugerah ini, kenapa golongan menghayalkan kita mudah diberi gelaran dato’, sedangkan tok imam yg menikahi kita dan tokoh agama tempatan tidak diutamakan? berapa ramai imam dan bilal yg telah mendapat gelaraan berkenaan jika dibandingkan dengan jasa yang telah mereka beri pada kita dan penduduk kampong berbanding dengan orang yang mengajak kita khayal dan alpa tentang solat serta hiburan semata2, cuba kita renung renungkan bersama lojiknya…. wallahu aqlam
kalo ‘sir’ kt uk mmg prestige giler kalo dpt..bkn calang2..xpun mcm jimmy choo..rilek je si pembuat kasut..
Seharusnya pemilihan gelaran penting mcm ni ada badan bebas untuk memantau dan menilai prestasi dan latar belakang seseorang sebelum diberikan sebarang penganugerahan. Gelaran datuk dah tak der makna kat negara ni..
Hangpa ingat sultan bagi gelaran ni free ke, tiapx tahun yg terima gelaran ni kena beli meja untuk jamuan hari lahir atau menyumbang tenaga semasa majlis hari jadi sultan yg terlibat. Jimat sikit kos yg pihak istana kena keluar kerana bagi gelaran tiada elaun tapi majlis rasmi kena ikut jika tidak gelaran ditarik balik. Fikirkanlah……………
Pahang paling murah hati bg gelaran datuk..yg ni mmg aku setuju sgt2..
Sbb kt Pahang la ada Fiesta untuk artis(Fiesta Media Idola) negeri lain mane ade buat….hehehe…
kepada insan-insan yang diberi gelaran datuk yang berkualiti pun tidak dapat merealisasikan impan semua rakyat yang dahagakan kesenangan. kebahagiaan, kasih sayang dan kesejahteraan hanya 15 % sahaja…. yang lain kumpul harta untuk katung mereka. Harta kekayaan x dapat membantu mereka diakhirat nanti melainkan sedekah amal jariah mereka yang diambil kira…………….ya allah tunjukan kepada mereka jalan-jalan yang diredhai, wallahu aqlam,tq.
kepada insan-insan yang diberi gelaran datuk yang berkualiti pun tidak dapat merealisasikan impian semua rakyat yang dahagakan kesenangan. kebahagiaan, kasih sayang dan kesejahteraan hanya 15 % sahaja…. yang lain kumpul harta untuk katung mereka. Harta kekayaan x dapat membantu mereka diakhirat nanti melainkan sedekah amal jariah mereka yang diambil kira…………….ya allah tunjukan kepada mereka jalan-jalan yang diredhai, wallahu aqlam,tq.
Datuk cap kangkung….made of malaysia……jasa xde kat negara…dpt Datuk…tui…tui…
Gelaran ‘Datuk’ dianggap lambang prestij/gaya hidup dan agak berharga terutamanya di kalangan ahli perniagaan. Bagi penjawat awam/artis yg menerima gelaran tersebut ianya mungkin merupakan satu liabliti besar, di mana mereka dianggap golongan hartawan dan sentiasa didatangi oleh peminta derma dsb. Dgn gelaran Datuk, agak menyukarkan kebanyakkan pihak dari segi layanan protokol dalam sesuatu majlis. Tidak hairanlah ada setengah2 Datuk menyembunyikan gelaran mereka bagi mendapat privasi seperti rakyat kebanyakkan.
Syok kan dapat title datuk…bila org panggil silakan Datuk…rasa kembang semuanya..jalan pun automatik jadi tertib..makan pun sopan, minum pun seteguk seteguk aje…past tu suap sup sikit-sikit, aduh sopannya…bak kata nenek sopannya cucu aku makan… Tapi bila dapat micropon haa..haa apa dah jadi???…boleh bertukar watak dan color..mcm sumpah-sumpah….kejap hijau kejap coklat kejap pink….huwaaa huuwaaa..
pinjam kata2 nabil…lu pikirla sendiri.
kalau masalah ni tidak dibendung sekarang tidak mustahil 10 tahun lagi bila kita jalan di pasar2 malam, 80% adalah insan bergelar dato ;p
Aku mmg tak puas hati Shah Rukh Khan dpt dato’ gak..Apa kehalnye? Dia tu rakyat Malaysia ke?? Ada naik nama M’sia ke? Kalu stakat blakon sini, baik bagi ke artist Hollywood yg blakon kat M’sia nih..Jessica Alba ke..Dato’ Jessica Alba..Kan lagi cun! Bukannya aku benci SRK..Aku tgk je cite2 dia tapi seriously…Bagi gelaran just sbb dia popular, thats not a good enuf reason..Adoiii…
Artist yg aku rasa layak, sorg je..Ct Nurhaliza..Aku bukan peminat dia tapi aku kagum ngan kejayaan dia.. Mmg dia layak..
Baik laaa bagi ke Prof2 university yg hebat2.. Ramai lagi yg layak..
Mmg betullah..Title dato’ ni dah makin kurang value.. Aku kesian tol org2 yg btol layak.
AC Mizal pun dapat dato? Jual gelang xlaku pun dapat dato ke? huhu
Patut bagi gelaran datuk pada Ustaz dan para Ulama’ kat luar sana mereka berdakwah menyebarkan islam.
Negeri yang amat susah memberi gelaran Dato seperti
Perak
Selangor
Kedah
Negeri Sembilan
Johor
Kelantan
Terangganu
saya sokong pada negeri ini kerana berfikir untuk beri gelaran dato..yang betul2 berjasa patut beri gelaran ini.bukan untuk kepenting dirisendiri..gelaran dato boleh di beli anggaran RM200 ribu ke atas.
bru je tngok mhi d tv3..tkejut malek ridzuan dh jdi datuk…huhu
Antara yg sy rasa layak mendapat title Datuk/Dato’ atas sumbangan kepada negara dan diketahui/diakui dunia (masakini):
Sukan:
Datuk Nicol Ann David
Datuk Lee Chong Wei
Lakonan:
Datuk Seri Michelle Yeoh