(Arghh…) Hubungan Seks Sebelum Kahwin?

by Staff Berita Semasa on March 6, 2010

in Keruntuhan Akhlak

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

dara (Arghh...) Hubungan Seks Sebelum Kahwin?

Kasihan dan sedih betul, muda-muda, cantik-cantik, bijak-pandai, molek-molek pakaiannya tetapi kalau kalau disingkap sejarah hitam, rata-rata pernah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Sedangkan kes terbaru zina, melibatkan seorang ustazah….ulang suara. USTAZAH!!! Ustazah bertudung labuh lagi yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor.

Sedangkan ustazah yang ada ilmu agama yang tinggi dan mempunyai perwatakan yang baik, telah tergamak melakukan hubungan seks sebelum kahwin inikan pula pasangan kekasih muda yang masih mentah lagi berhingus, yang masing-masing dahagakan kasih sayang dan belaian. Inilah yang dinamakan kalau bertuankan nafsu. Nak tahu macam mana Ustazah ini boleh kena kantoi????

Maaf memang saya tak sediakan cerita-cerita lengkap sebegitu di sini. Boleh semak Berita Harian Metro atau pun “adik” kepada Harian Metro, Kosmo Online. Mereka ini selalu ke depan dalam cerita-cerita panas sebegini. Memang lengkap cerita panas mereka!! Tidak mengapa, kita abaikan kisah zina ustazah itu. Sekarang kita tumpukan dengan isu perbuatan hubungan seks sebelum kahwin.

Berkaitan dengan topik ini, saya suka ingin menyarankan anda semua melihat semula rakaman siaran rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang bertarikh 24 Februari 2010. Saya mendengar sendiri pengakuan kedua-kedua mangsa. Mangsa ker???? Hai….kesian anak gadis sekarang. Kedua-kedua gadis yang masih muda ini mengakui sendiri apa yang menyebabkan mereka tersilaap langkap sehingga melakukan hubungan seks, salah satu penyebab utamanya ialah mereka tewas di tangan pasangan lelaki mereka  yang menabur janji-janji manis kepada si gadis. Si gadis pulak cepat terlentok bila mendengar janji manissi jantan tu nak mengahwini si gadis tersebut. Tidak kisahla…si jantan keparat tu masih bujang lagi ker, sudah bersuami lagi ker.

Si jantan pulak mengambil kesempatan dengan melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Saya setuju dengan pendapat Encik Yahya Mohamad (Pengerusi Pusat Perlindungan Remaja-KEWAJA) yang mengatakan si gadis ini sebenarnya KELIRU dalam menunjukkan atau mentafsirkan cinta dan kasih sayangnya kepada teman lelakinya. Memang betul pun. Lebih-lebih lagi gadis yang baru sahaja mengenali apa itu kemanisan bercinta dan tiada pengalaman bercinta sebelum ini.

“Lelaki yang minta BUKTI cinta, adalah lekaki yang DAYUS. Sepatutnya teman lelaki itu perlu MEMBUKTIKANNYA & bukannya MINTA BUKTI kepada teman wanita di samping menjadi pelindung”

P/S : Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara  dan belum merasai sendiri hubungan seks sebelum kahwin sebagai kelompok ketinggalan zaman. Erm…………..

PP/S: Yang sudah bersuami, janganla…pula berkongsi masalah dengan rakan lelaki. Jangan sesekali. Ini kerana kebanyakan  lelaki bukannya membantu menyelesaikan masalah, tetapi lebih suka mengambil kesempatan dengan peluang yang dibuka sendiri oleh si wanita. Bukannya masalah boleh selesai atau reda, tetapi masalah yang lain bakal muncul.

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 14 comments… read them below or add one }

1 Anjang March 6, 2010 at 11:49 am

:ketawa …..Kalau Dah Kantoi Macam2 la Alasan….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

2 robiah March 6, 2010 at 5:38 pm

kepada remaja-remaja kat luar sana….ingat! berzina satu dosa besar olih itu jangan fikir tentang keseronokan dunia saja,fikir lah yang kita akan mati dan menerima pembalasan yang azab kelak.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 2 Thumb down 0

3 ANDATU March 6, 2010 at 10:13 pm

masa buat tak hingat :hilangsabar
dah besar panjang pun tak boleh nak pikir  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

4 Faidzah March 6, 2010 at 10:38 pm

sekarang ini trend bebudak sekarang keluar awal2 pagi nak buat projek. Mak bapak sepatutnya pantau  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

5 rayyan yon March 6, 2010 at 10:39 pm

remaja & yang tua pun same.kita tidak boleh BLAME remaja sajer.sedangkan nenek pun boleh kena tangkap berzina inikan remaja.yg penting pemikiran baik & buruk. :tembak :tembak   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

6 noel March 6, 2010 at 10:46 pm

sedangkan yang pakai tudung buat macam itu.inikan lagi yang brutal.bukan nak kata benda2 macam ni susah sikit yang penting hawa nafsu kena control.senang jer jadikan malaysia macam mesir zina jer sula curi jer potong tangan tak lama kurang la tu kalau undang2 ditekankan :setan :setan :setan :setan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 2 Thumb down 0

7 AV March 7, 2010 at 4:07 am
8 ibnmasir March 7, 2010 at 10:34 pm

bile ilmu x diamalkan. bile berpikir ikut nafsu… xkire pgkt, darjatmu…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

9 Fatin Pauzi March 8, 2010 at 3:12 pm

“Sedangkan yang pakai tudung pun buat, apetah lagi yang tak pakai tudung.”

Tak boleh pikir gitu. Sebab ramai je yang tak pakai tudung but masih baik berbanding yang pakai tudung. Zaman sekarang, dah payah nak nilai manusia dari luaran. Kekuatan iman dalam hati masing2, susah nak nilai dari luaran.

Walaubagaimanapun, nafsu memang selalu menang tanpa iman yang kuat.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

10 Atok.blog March 8, 2010 at 7:01 pm

Semue pihak harus mengambil prihatin..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 1 Thumb down 0

11 ibanez_swk March 10, 2010 at 12:15 am

:tembak susah juga kan mau nilai org dr luaran :senyumkambing :senyumkambing   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 ana March 14, 2010 at 2:07 pm

jangan salahkan sesapa….salahkan diri sendiri….dalam Al-Quran semua dah diberi petunjuk…sikit sgt yang ALLAH swt larang, banayk benda yg Dia benarkan hamba-NYA lakukan…tapi kenapa kita masih pilih yg Dia larang…???? kerana kita tak yakin dgn janji2 Allah…maka bertaubatlah…yakinlah yg baik dibalas baik dan buruk di balas buruk… terlepas di dunia bukan beerti kita selamat….dia khirat pasti nyata….semoga kita dirahmati oleh-Nya… :doa   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

13 anna June 10, 2010 at 1:55 pm

dunia nk kiamat. bertaubat sebelum terlambat!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 wuwu August 6, 2010 at 11:46 pm

:jangan :jangan
igatla fikir dlu sblum bwat..igat ksan jgka masa kn dtg..jgan hnya fkr kata2 manis d bibir saja..
krna ia akn mberi ksan yg mdalam apbila kta mysal nti..
stp org sdh dtntukn jdoh kta jagn la kta khianat dgn jdoh kta shgga la kta naik ke pelamin
:hilangsabar :hilangsabar   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: