
Berita harian dua dalam satu. Akhirnya, cakap-cakap siapa yang bakal menjadi calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang bagi Barisan Nasional telah pun terjawab dengan pemilihan Tan Sri Isa Samad. Dalam pada masa juga, Bandar Port Dickson diistiharkan sebagai Bandar Tentera Darat.
Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang akan dilangsungkan pada 11 Oktober ini berikutan kematian Azman Mohd Noor daripada Barisan Nasional. Yang pastinya pemilihan Isa Samad sebagai calon tidak mengejutkan ramai pihak masih sayangkannya sehinggakan mesyuarat Umno Bahagian Teluk Kemang pada 10 September tidak dapat menyembunyikan sokongan kuat mereka dengan sebulat suara mencalonkan ketuanya itu walaupun Isa Samad pernah disabit dengan politik wang pada 2004 dan digantung keahlian sehingga Jun tahun lepas.
Walaubagaimanapun, kita tunggu dan lihat sahaja pertembungan di natara calon Barisan Nasional dnegan calon PAS pada 11 Oktober ini. Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang ini merupakan pilihanraya kesembilan sejak pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac tahun lepas
P/S : Oleh itu, kita perhangatkan lagi demam Hari Raya Pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama dengan cara mengundi calon pilihan anda di ruangan undian yang telah disediakan seperti di bawah .
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [RASMI] PAS Tersungkur, Barisan Nasional Menang Di Bagan Pinang
- Adun Bagan Pinang Daripada Barisan Nasional Meninggal Dunia
- [DUN Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam Se-Malaysia?
- [GEMPAR] Kerajaan Barisan Nasional Hampir “Tumbang” di Dewan Parlimen !!!
- Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh Akhirnya Diistihar Kosong!!
- Undi Pos Tentera Semasa Pilihanraya Sering Dijadikan “Talian Hayat”?


{ 19 comments… read them below or add one }
dah jadik orang tua karat, laku lagi ker?
hai…UMNO dah takde calon snagat ker, sampaikan pemimpin yang kotor pun dipilh semula
ada lagi ker yang nak undi diorang
betul ker?
jawab sikit org PD?
mesti korang tak percaya
tak habis-habis muka dia aja……
ye, mmg panas
sebab panasla..tak ramai orang tau
media kerajaan takkan sebut punya
orang2 PD taula…..niepun membe aku yang cite
isa samad diminta clearkan kes khalwat VVIP ini ms kantoi kat hotel
walaumacammanapun kita tunggu orang PD jawab
tu pun kalau ada
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.