Adun Bagan Pinang Daripada Barisan Nasional Meninggal Dunia

by Admin [ Master G ] on September 4, 2009

in Belasungkawa

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.  Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi. Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.  Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

P/S : Bagi yang beragama Islam, sama-sama kita sedekah al-fatihah untuk Allahyarham dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Adun Bagan Pinang, Isa Samad Jadi Taruhan Barisan Nasional
  2. [RASMI] PAS Tersungkur, Barisan Nasional Menang Di Bagan Pinang
  3. [DUN Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam Se-Malaysia?
  4. [GEMPAR] Kerajaan Barisan Nasional Hampir “Tumbang” di Dewan Parlimen !!!
  5. Pilihanraya Kecil DUN Kota Siputeh Akhirnya Diistihar Kosong!!
  6. (Al-Fatihah) Tan Sri Mohamed Rahmat Telah Meninggal Dunia


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 4 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang October 5, 2009 at 6:51 am

Syokla…bila ada pilihanraya aja
kita mesti dapat gula2
pastu bila undi
kita tolak BN
haha :gelak :ketawa

2 danzaimar October 5, 2009 at 4:05 pm

apa-apa pun..sebagai Muslim, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah..moga rohnya dicucuri rahmat Nya..

P/S: kt kubur takde soalan parti politik mana kan??huhuhu :ejek

3 Usahawan_Kecil October 9, 2009 at 10:20 am

al fatihah kat arwah adun bagan pianng..
kt kubur xdew pilihan raye tpi still adew soklan tnye jawab..
haha!!

4 Mat Nuat October 10, 2009 at 4:23 am

Al-fatihah buat allahyarham..sedarkah kita bahawa ramai rakyat malaysia yang meninggal dunia disebabkan heart attck? kita yang muda2 ni pun boleh kena bila da sampai ajal..so bawak bertaubatla…

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: