Saya mendapat email daripada salah seorang penuntut Malaysia yang sekarang ini belajar di Indonesia. Rintihan dan masalahnya tidak pernah dilayan sebelum ini. Mungkin tidak pernah menyangka yang Pelajar Malaysia di indonesia terpaksa berhadapan dengan situasi dan masalah kosĀ sara hidup yang tinggi dan dalam masa yang sama elaun yang diberikan pihak penaja tidak sepadan.
Pastinya, pelajar Malaysia di Indonesia ini tidak inginkan pun kemewahan seperti yang dinikmati oleh pelajar-pelajar tajaan di negara lain, tetapi cukuplah pihak penaja yang bertanggungjawab tidak “menganaktirikan” mereka. Itu harapan anak muda ini…………
Sangat menyedihkan apabila memikirkan mungkinkah pihak atasan JPA dan MARA memandang rendah negara Indonesia sehingga mereka beranggapan kos hidup di Indonesia lebih murah berbanding Malaysia. Mereka salah sama sekali.
Dengan elaun yang diberikan kepada pelajar Malaysia di Indonesia hanya serendah RM1000 sebulan dengan sewa bilik mencecah sehingga RM600 sebulan, suara dan petisyen yang telah berkali-kali kami utarakan tidak mendapat maklum balas sama sekali, bahkan mereka tidak pernah menghantar wakil melihat sendiri dan menilai kos sara hidup pelajar Malaysia di Indonesia terutama pelajar perubatan yang tinggal di Jakarta, Indonesia. Kami mengalami tekanan yang berterusan apabila memikirkan masalah wang yang tidak pernah selesai, apatah lagi tidak semua ibu bapa pelajar yang mampu menghantar wang tambahan.
Walaupun ekonomi Malaysia lebih baik dari Indonesia, banyak perkara yang harus kami tangani di sini terutama berkaitan :
- Isu permit tinggal yang mahal
- Tempat tinggal yang mahal
- Makanan yang kurang bersih yang menyebabkan kami terpaksa mengikat perut akibat tidak mahu makan sebarangan.
Sedangkan pelajar tajaan di negara lain mampu menghabiskan musim cuti mereka dengan melancong mengelilingi Eropah, membeli barangan mewah termasuk masing-masing mampu membeli iPhone malah masih dapat menyimpan wang untuk dibawa pulang ke Malaysia setelah selesai program ijazah mereka.
Tujuan saya menulis disini adalah sekadar untuk berkongsi dengan para pembaca yang lain tentang betapa kecilnya diri kami disini sehingga pihak atasan yang bertanggungjawab seperti Jabatan perkhidmatan Awam(JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang enteng permohonan kami agar elaun dinaikkan supaya kami dapat belajar dengan selesa. Intan - Pelajar Malaysia di Indonesia
P/S : Sekarang ini, contohnya MARA sememangnya diakui kekurangan dana bagi menampung pengajian pelajar Malaysia di luar negara termasuk juga di Malaysia. Mungkin kepada peminjam-peminjam MARA sebelum ini, bertanggungjawablah dengan bantuan yang diberikan sebelum ini dengan membayarnya tanpa perlu disuruh.
PP/S : Diharap pihak JPA dan MARA rajin-rajinkanlah diri turun padang jenguk dan sudi-sudikanlah dengar rintahan dan masalah mereka ini.




{ 10 comments… read them below or add one }
Rintihan pelajar Malaysia buat tak entah je.semua berpendapat begitu.tukar ringgit ke rupiah.sekelip mata boleh nampak jutawan.namun hakikatnya kos disana tetap tinggi. :call :call :call mesticun(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
group ni memang sesuai… rintihan..(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Makanan disana bukan semua kita boleh makan.ada halal dan haram.haram tak payah nak ceritalah.
kena ambil perhatian.biar makanan tu mahal.janji halal dan selamat untuk dimakan. mesticun(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
yeke mhl??? kwn ak siap bole hire maid lg ngan dwit jpa kt indon tu,…
kalo jakarta ak x tau la,…kalo bndung tu,…erm,..sewa umah rm600??? kt cni pn mhl,..share reramai r,..pakat,..ak pn umah sewa sumbat 10 org je cni,..nk sribu daya,…
x silap ak mara bg rm700 sbulan,…ak kt m’sia pn blnje rm400lbey je sbulan,..btol ke x cukup????? son(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
wah..elaun RM1000 x cukup utk survive kat indonesia?? kira byk la tuh penaja kasi….aku penah study kat UK (yg tukaran MYR ke GBP sgt tinggi – GBP1 = RM7 dlu], dpt tajaan pun bknnya byk mana, blh je idup.
aku cuma sewa bilik kecik, siap share 2 org lg…mkn pun ala kadar spt roti or beli bhn mentah masak sendiri…
jd student nih xleh la nk mewah2…kena la paham ajai(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
hu2..saya budak tajaan gak..
nak kata senag x juga..nak kata sush xjuga..
lumrah hidup la..da biasa hidup sush..
tapi ada satu sem..
memg xcukup duet..saya terpaksa pinjm duet ngan kawan2 sebyk 4 juta..sebb maslh dokumen..terpkse rasuah..pas 2 beli brg lab sebb fakultas xsediakn brg lab..hampir berjuta beli brg lab..xpercaya sila survey sendr..saya pun hairan sistem indonesia..bayar byk yuran tapi kene beli brg sendr..nak mintx famili pun xboley sebb keluarga saya sush..terpkse kurang bhgn mknn..sewa rumah pun mahal..sepatutnya indonesia murah..nie sampai 400rggt sewa rumah..cekik nak bayar nya..tapi habes duet bayk kat dokumen perjlnn la..rasuah jgn cakap la ..nauzubillah..klu mereka setel kan aslh pembyrn perjlnn elaun xyah naekkn..tapi klu xsetelkan saya mintax hanya elaun perkakas n buku naekkan..maslh dokumen banyak pakai duet..kami mahasiswa bukan pekerja..terutama keluarga yg sush..klu dimalaysia memg boley bajet..tapi kat cinie nak bajet sush..klu nda xfahami..cubalah duduk di sini..hidup disini asal ada duet semua jalan.. pelajar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
agaknya tak berbeza di malay pun macam tuh juga ,,,,,,ada duit semua lancar,,,,q ada bisnis sikit kat malaysia tapi dulu q masuk malay dgn pasport pelancong setelah q tengok q butuh masa yg agak lama tuk membolehkan bisnis saya berjaya lepas itu q tanya pada seorang kawan apa saya boleh buat permit dengan pasport pelancong,,,,dgn nada gembira kawan saya cakap…bolehhhh asal harga cocok pastu q tanya berapa hari siap,,,dia jawab 2 minggu siap janji tambang ada,,,pas tuh q buat ternyata betul 2 minggu siap tapi kerana bnyak permit palsu yg beredar pas tuh saya coba tuk balik indonesia dgn permit tembak itu ternyata memang original tak ada problem dng itu permit sampai saya ulang alik indonesia maysia sampai sekarang,,,,ternyata duit di mana pun jadi raja tak hanya di satu negara tapi di semua negara ingat kau orang tak indonesia saja ada duit semua ok di mana pun sama..
mas x(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
kepada sesiapa yg xtau…sewa umah di indonesia bg sorg adalah dalam lingkungan harga rm400-600 sebulan..bagi seorang…bukan satu umah rm600…cuba bayangkan klo dalam satu umah yg cuma ada 4 bilik (saiz sederhana,,xla kecik sgt namun xla besar) harganya sampai mencecah rm2400 sebulan..xrasa melampau ke??tu baru cite duit sewa umah..even melampau pon sewa umah kat jakarta..nak wat camne,,dah hidup kt negara org..dah mmg rate harga umah camtu..kne la bayar gak..tapi mintak sgt pihak penaja tolong la memikirkan kesepadanan duit elaun yang diberikan dengan kos student kat sini..terima kasih mara n jpa!! aku(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
jangan cepat melenting boleh x?? buat Mas x,,ngga ada siapa pon yg ngomong di malaysia ngga ada rasuah..ngga ada siapa pon yg juga ngomong di dunia ini selain indonesia ngga ada korupsi..terus…it is free for you to say everything based on your opinion and experienced..we do not compare about this issue of corruption between indonesia or malaysia..i think it’s better for you to find another link.. aku(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
mss x sila baca komen saya benar2 ya..saya tidak menkritik negara indonesia..tapi saya menjelaskan keadaan kemanakah duet saya habes..dimana2 ada korupsi..sekian
harap pihak tajaan sila pertimbangkannya keluhan kami..pelajar dari jakarta,medan bandung dan seumpama nya..tidak cukup dengan elaun yang diberikan bukan sebab kami mahu enjoy..tapi dengan duet i2 lah pelajar2 tajaan tidak merasa beban..jika tidak mahu menaikkan elaun itz ok..tapi berilah kami elaun rumah per tahun..hulurkan tangan ringan kan beban..
des sem banyak barang lab kene beli..nasib baik la ada pkpmi..boleh pinjam2..tapi sampai bila?? pelajar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0