
Saya kagum sebenarnya apabila melihat “lagaknya” mendeklamasikan sajak yang diciptanya sendiri pada usia sewal 6 tahun lagi. Hebat. Meremang juga dengar suaranya melontarkan sajak tersebut. Satu puisi tentang bangsa melayu dengan begitu sinis dan puitis, seolah-olah puisi berbentuk sindiran yang bertujuan “membawa harapan” dapat menyedarkan bangsa melayu kita. Sekarang ini adik ini sudah menginjak ke usia 9 tahun. Itulah Adi Putra nama diberi.
Saya rasa ada baiknya budak bijak ini dikurangkan daripada segi liputan media tumpukan kepada tumbesaran akal dan pembentukan isaniah. Sebabnya, kita tidak tahu apa perancangan orang Barat. Mereka hanya memerhati dari kaca televisyen dan media cetak tempatan. Bukannya kita hendak menuduh. Cukup sekadar kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Lihat apa yang terjadi kepada anak gadis bernama Sufiyah Yusof. Gadis bijak yang berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia seawal 12 tahun. Sekarang ini? Apa sudah jadi kepadanya. Hanyut ke lembah hina. Sayang sekali. Semoga Tuhan memberikannya hadiyah dan panduan kepadanya. Insyaallah. Begitu juga kepada kisah budak bijak dari Kedah, yang suatu masa dulu pernah menjadi anak angkat Ungku Azizi, sekarang ini hanya bergelar sebagai penebar roti canai sahaja. Kita tidak mahu lihat pisang berbuah dua kali. Cukup sekali, dua kali, tetapi tidak untuk kali yang ketiganya. Pihak-pihak yang berkaitan perlu menjadikan ini sebagai satu pengajaran. Rugi rasanya negara mempunyai aset besar sebegini tidak diberikan ruang dan peluang menjadi permata bagi membantu negara kelak.

Bayangkan, pada usia yang cukup-cukup muda sudah mempunyai semangat, impian dan matlamat dalam hidup. Adik Adi Putra mempunyai impian untuk mencipta satu setelit untuk kegunaan negara-negara Islam. Tinggi cita-cita budak ini. Kebiasaan budak bila ditanya soal cita-cita contohnya, kebiasaan jawapan yang terpacul dari mulut mereka, nak jadi bomba, polis, askar, cikgu dan doktor. Adik Adi Putra ini sama seperti kanak-kanak sebayanya yang lain suka makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.
Saya nak ajak anda semua layan sebentar, wawancara yang dilakukan oleh wartawan Kosmo bersama adik Adi Putra.
Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?
Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.Macam mana boleh terfikir?
Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?
Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?
Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?
Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam ‘kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil’. Sebab apa Adi kata macam tu?
Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.
Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?
200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?
Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?
Ilham datang waktu itu.Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?
Counter Strike, game tembak-tembak…Ada juga main game Meet the Robinsons.
Bila besar Adi nak jadi apa?
Adi nak jadi profesor matematik Islam.Adi tahu Adi terkenal sekarang?
Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?
Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?
Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?
Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?
Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?
(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?
Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?
Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?
Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.Doa apa?
Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?
Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.
Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.Adakah letih menjadi seorang genius?
Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.Apa ucapan untuk ibu dan ayah?
Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?
Adi baru belajar tahfiz – Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah.
Tapi saya agak musykil kalau nak dikatakan adik Adi Putra sebagai budak genius. Mungkin kalau digelar sebagai kanak-kanak Prodigy boleh diterima lagi. Kebiasaannya pemberita yang akan membawakan gelaran genius apabila berjumpa budak kecil pintar sikit, disebutnya genius. Pandai math disebutnya genius, pandai main muzik pada usia kecil dipanggil genius, pandai bercakap dan baca pada usia kecil disebut genius. Erm……rasanya elok budak ini dikategorikan sebagai PRODIGY. Pendapat anda semua bagaimana?

Sebabnya? Menteliti kita apabila bercakap soal genius, Adi Putra ni perlu kuasai FIZIK la, SAINS la..BIOLOGI laa…BAHASA MELAYU la..semua subjek. Bila dah kuasai kesemuanya sehingga jadi pro, baru orang kita puas hati. Tapi, pernah kita terfikir kanak-kanak prodigy, otaknya berfikir bagaimana? Bagi saya, nak letakkan seseorang itu sebagai genius bukan sesuatu yang mudah yang disangka, tapi tidak mustahil. Contohnya, Albert Einstein(manusia yang mengalami penyakit desleksia), Ibnu Sina, dan Leonardo da Vinci. Tidak semudah yang disangka untuk meletakkan seseorang itu sebagai genius dan bukannya mudah untuk mendapat gelaran genius.
von Neumann (1903-1957) pun merupakan kanak-kanak prodigy. Merupakan kanak-kanak yang bijak dalam matematik tetapi masih ke sekolah, sama seperti budak biasa. Tetapi menadangkan keluarganya datang dari latarbelakang golongan bangsawan, budak ini turut diberikan pendidikan tambahan private tutor. Bapa dia dari keluarga jewish yang kaya, jadi tiada masalah untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya. Ini kerana mereka telah mengesan kanak-kanak prodigy ini dan membangunkannya sehingga memaksimumkan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak prodigy ini.

Kalau tanya saya, budak ini boleh cuba untuk memasuki Massachusetts Institute of Technology (MIT). Kanak-kanak prodigy seperti ini patut diberikan pendidikan yang terbaik. Timba seberapa banyak ilmu di sana. MIT dibangunkan untuk memberikan kanak-kanak bijak seperti ini. Setakat ini ada lebih kurang 7-8 orang pelajar melayu (undergraduate) yang pernah belajar di MIT. Terdapat berpuluh-puluh orang pelajar melayu (post grad – master/phd) yang pernah belajar di MIT. Boleh semak di sini, Massachusetts Institute of Technology Alumni Malaysia.
Kalau ikut kepada keadaan sekarang, Adi Putra tidak akan dapat masuk mana-mana top universiti di US, UK atau mana-mana Universiti di negara Eropah lain. Sebabnya? Saya tahu anda lebih mengetahuinya. Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen nanti.

Adi Putra pernah menyuarakan cita-citanya menjadi negawaran ulung apabila menyatakan hasratnya untuk membangunkan negara dengan “bertemankan” surah Yasin dan Matematik. Lihat sahaja dia memberikan ‘tamparan maut’ kepada kualiti sistem pendidikan Malaysia dengan kenyataan sinis “Adi semasa sekolah dulu(Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) :
Adi macam “kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil”.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sangat tercabar dengan anak kecil dari Perak ini apabila menyebut :
“He sat on my chair just now. He looked so comfortable there that I started to worry that I may lose my job to this brainy boy.” (Bernama, 20 Disember 2005)
Sangat bagus. Maaf saya katakan. Kita kena ada budak bijak seperti ini untuk memecahkan kelompok fikiran kolot bangsa Melayu. Budak ini masih dalam proses belajar. Insyaalah kita doakan budak ini tidak “hanyut” dan menjadi manusia berguna untuk agama bangsa dan negara. Memang ada baiknya.
P/S : Kalau diberi bimbingan yang betul sesuai dengan kemampuan otaknya insyaAllah Adi Putra boleh pergi jauh. Harap adik Adi berjaya dalam hidup dan dapat berbakti pada negara kelak. Kena ada pakar yang berpengalaman dengan anak2 genius merencana masa depan budak ini daripada segi pendidikan yang dia patut terima. Jangan dibiarkan dia tidak sekolah dan belajar sendiri. Harap ibubapa Adi Putra boleh bekerjasama. Sebijak manapun mana pun Adi Putra, dia tetap perlu berguru.
PP/S : Ada yang kata ayah Adi Putra marah betul dulu, Menteri Pelajaran datang jumpa Adi semata-mata nak bergambar je. Betul ker?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- (Child Prodigy) Kanak-Kanak Paling Pintar di Dunia Belajar di Malaysia
- Masalah Kes Dera Kanak-kanak di Malaysia. Cegah!!!
- Berjaya atau Rombak Sistem Pendidikan Negara?
- Kes Liwat Anwar Ibrahim VS Adik Mohd Saiful Bukhari
- Pasukan 1Malaysia F1 Satu Impian Atau Fantasi?
- [JOM] Pendidikan Seks di Malaysia


{ 1 trackback }
{ 84 comments… read them below or add one }
Yang penting,biarkan Adi Putra ni buat apa yg dia nak buat..Jangan di kongkong..Tgk mcm kes ‘Sufiyah” tu..Parents dia terlampau mengongkong sehingga dia memberontak sampai mcm tu..
paparazi ini kerjanya buat cerita sensasi
bubuhla…geniusla..bagi cantik sikit cerita
seribu dalam satu, mak bapak sape yang tak risau tengok anaknya dibiarkan masuk ke darjah satu. Yela, masatu budak sekarang masih pikir nak main, kencing dalam seluar lagi
yang adi putra tengah pikir pasal negara
tak ker rosak otak budak tu nanti
======================================
itu antara syarat nak masuk sana atau kebanyakan universiti lain
nak masuk universiti kena masuk sekolah/ambik exam (tak kisahlah lompat kelas, tapi kena ada formal education jugak). Even adik-beradik sufiah tu pun ambik A-level sebelum masuk university.
sekarang ini mana-mana institusi pendidikan memerlukan proof dan qualification….
sebab untuk dia pun sudah jauh ke depan banding budak-budak sebaya dengannya……
sebab pemikiran macam Adi Putra satu dalam seribu
dah ada ini, kerajaan kena jaga betul-betul. Bagi saya soal diskrimanasi ini tolak ke tepi yang penting Adi putra boleh dijadikan salah satu aset kepada negara, siapa tahu.
pasal otak dan kemampuan dia.
kalau betul-betul mampu, jalan jer…
kesian juga adi n family sebab penat nak layan semua orang dan mereka pun perlu ada privacy
Adi ni genius dalam matematik je. boleh cipta formula, mengalahkan profesor matematik..tapi masih kanak2 dalam ilmu lain..
patutnye bagi peluang untuk kembangkan ilmu dia dalam math ni..pada masa yang sama, Adi kena belajar ilmu lain gak, cam agama, sejarah, sains dll..baru leh bawa hidup bila dah besar nanti..
Nama Adi Putra sama seperti nama tok guru pahlawan Melaka, Hang Tuah iaitu Adi Putra….
Bangga aku dapat anak Malaysia seperti Budak Adi ni, tapi jangan galakkan sangat si Adi ni bersama dengan Media sebab orang sanggup buat apa saje kerana Duit…
Seperti kata admin blog ni, kita tidak tau niat org barat…
agar budak genius ni dapat hidup dengan baik…
jangan masa kecil je cerdik, bila besar lain plak jadinya..
perumpamaan…
“harap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari”
kita peru bersyukur dengan anugerah ini kerana
budak genius ni lahir dalam rumpun kita semua…
alangkah baiknya, jika suatu hari nanti adi dapat jadi ulama Islam…
p/s:nnti aku bagi la komisen 10% kat dia hasil penjualan e-book…
institusi pendidikan negara kita x bagi peluang untuk budak genius camtu..x macam negara luar..
Berita dan media diharap jangan ‘over expose’ tentang keistimewaan Adi Putra supaya tak terjadi benda-benda yang kurang enak.
bdak ini bijak, cantik
tapi ending dia kurang sedap didengar
ayahnyalah penyebab utama sufiah jadi begini
kadang segan aku rasa dia cakap
mengalahkan orang tua
tapi pelat kanak-kanaknya still ad lagi
keep it rock boy
orang nampak kanak bermain bersama yang lain, tapi disebaliknya itulah yang membantu perkembangan mindak dan sahsiah kanak-kanak
kitra takde lagi ye
video2 porno dia tu
kalau betul alhamdulillah
septutnya kerajaan kena patut take advantage untuk kembangkan potensi budak ini…
nayala…budak tu kalau terus bagi exam SPM. kalau nak bagi exam, biarla…beperingkat daizamar
cuma zamn persekolahannya boleh disingkatkan
betul tak?
minda kelas 1, akhlah dan sahsiah juga kelas 1!
xpe..keja dulu..nanti awek cari ko

confirm dapat lagi ok + lawa + baik + setia..
berbaloi2..
(sama la kito..solo + single + bujang trang tang tang..
)
harap Adi Putra tidak jadi seperti.terus membantu bangsa, agama dan negara.
memang bernas budak nie,,,,klu lah dia msuk sekolah,,,msti jadi pemidato dah sekarang nie,,,,,
pemidato hebat,,,,,,
inikan anugerah tuhan, Senang ker nak dapat
tak mudah sebenarnya…bila dah dapat kita kena jaga betul2
akhirnya nanti faedah kepada negara juga….
inilah keajaiban ciptaan yg Maha esa..
kita harus bersyukur krn beliau dilahirkan dlm golongan org islam..
semoga beliau terus tahfiz al-quran selamayer..
itu akan mejadi pendidingyer di masa hadapan..
semoga berjaya adik Adi putra..
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.