About
Berita Semasa (BS) tiada sangkut paut-dengan mana-mana laman di Internet. Diwujudkan dengan harapan setiap isu dan berita yang dipaparkan kepada umum dapat diperbincangkan dan berdiskusi di antara satu sama lain dikalangan pembaca setia Berita Semasa
Berita Semasa Online ini percaya yang setiap masyarakat hari ini semakin bijak untuk diberikan ruang seluas-luasnya membincangkan sesuatu isu semasa atau laporan berita terkini yang menjadi bualan di media cetak mahupun elektronik tanpa disekat kebebasan hak mereka bersuara. Jadinya, setiap berita mahupun sesuatu isu semasa di Malaysia akan dipaparkan ke laman Berita Semasa dengan harapan ia bakal menjadi perbincangan berilmiah dikalangan pembaca setia Berita Semasa sehingga mendapat kata sepakat dan titik pertemuan yang terbaik walaupun berlainan fahaman politik, agama, bangsa mahupun latarbelakang.
“Pelbagai sekatan yang melulu sejak dari kecil sehingga ke peringkat dewasa inilah yang merencatkan pertumbuhan dan perkembangan manusia pada hari ini”
“Tidak perlu fanatik terhadap politik, tetapi kita kena ambil berat tentang politik dan isu semasa hari ini. Kerana…apa-apa yang berlaku akan berbalik kesannya kepada kita sebagai rakyat Malaysia”
Yang pastinya, kami tidak memihak pada mana-mana individu mahupun fahaman politik dengan harapan laman ini menjadi medium yang cukup bebas untuk anda bersuara dan menyuarakan pendapat.
Tidak sependapat dengan mana-mana komen mahupun terhadap penulis BS sendiri, bukan bermakna “bergaduh” atau tak suka tetapi lebih menjurus untuk memberikan ruang kepada pembaca lebih bebas berfikir (self esteem) dan menilai sesuatu isu & perkara ke arah yang lebih baik. Setiap manusia tiada yang sempurna, tapi mampu bergerak ke arah yang lebih baik…..
Berita Semasa Online adalah merupakan laman yang memaparkan pelbagai informasi baik daripada segi berita sukan, berita dunia, berita ekonomi, berita pendidikan, berita Malaysia, berita automitif dan isu berikatan Kakitanagn Awam & swasta yang menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia umumnya dan pembaca di Berita Semasa amnya. Hiburan Malaysia juga akan diselitkan di laman Berita Semasa ini kerana ia juga sebahagian daripada berita yang menjadi tatapan masyarakat hari ini. Tetapi bukannya cerita gosip semata.[Kalau yang ini bukan kerja laman Berita Semasa. Harap maklum]
Pastinya kewujudan laman ini bakal mempereratkan lagi ikatan silaturrahim dan persaudaraan dengan harapan mengumpulkan seberapa ramai pengguna dan komuniti di Internet.
Anda dijemput juga untuk melanggan :
- Sertai Fan Berita Semasa di laman Facebook
- Sertai & menjadi follower Twitter Berita Semasa
P/S : Oleh itu, jika anda sudah mengetahui kewujudan laman ini, diharap dapat menyebarkannya dan mewarwarkan dikalangan komuniti terdekat anda.
Sekian.
Salam Informasi,
Admin & Co Founder,
Berita Semasa Online
www.beritasemasa.com

Ruangan Komen Untuk Berita Ini Telah Ditutup. Harap Maklum.