BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


7 Syarikat VS Astro Malaysia Tawar TV Berbayar

by Staff Berita Semasa on March 25, 2010

in Berita Malaysia

Manala…agaknya menghilang 7 syarikat yang diberikan lesen untuk tujuan menyediakan stesen televisyen (TV) berbayar diharap dapat menekan dan terus memberikan saingan yang kuat kepada Astro Malaysia. Implikasinya cukup mudah. Dengan adanya alternatif bagi menyediakan TV berbayar ini, maka pelanggan akan mendapat layanan yang lebih baik daripada segi harga dan khidmat pelanggan mereka. Tiada lagi ISTILAH MONOPOLI untuk Astro Malaysia.

KUALA LUMPUR – Tujuh syarikat telah diberi lesen individu perkhidmatan aplikasi kandungan untuk tujuan menyediakan siaran sistem televisyen (TV) berbayar, selain Astro, sehingga Mac lepas, persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, namun begitu, sehingga kini belum banyak syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan Astro Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) sama ada kerajaan akan membuka peluang agar lebih banyak pengendali siaran televisyen berbayar beroperasi di negara ini. Mengenai siaran Astro yang tiada penapisan, Joseph berkata, oleh kerana siaran Astro dipancarkan melalui satelit, agak rumit untuk siaran tersebut ditapis sebagaimana siaran televisyen yang lain.

Beliau bagaimanapun berkata, Astro Malaysia mempunyai penapisan secara sendiri.

Siapa kata mudah nak lawan dengan Astro Malaysia? Memang susah nak bersaing dengan Astro Malaysia lebih-lebih lagi jenamanya sudah mula terkenal. Tetapi tidak mustahil. Dahulu MiTV pun boleh bungkus. MiTV menghentikan operasinya kerana capital investment untuk terrestrial pay tv infra sangat-sangat tinggi. Pada masa yang sama nak lawan dengan ASTRO Malaysia yang subscriber (pelanggan) mereka sudah pun ramai.

Kebanyakan rancangan TV popular, Astro Malaysia sudah ambil dahulu dan ekslusif untuk mereka. MiTV ingat boleh jual broadband juga mengguna infra yang sama dan eventually recoup investment mereka.  Sekarang ini pengguna mesti masih lagi mengimpikan yang mana Celcom, Digi mahupun Maxis berlumba-lumba menarik perhatian pelanggan dengan cuba memberikan yang terbaik kepada pengguna. Sama-sama kita nantikan nanti ye…

P/S : Kerajaan Malaysia mungkin boleh memberikan lebih banyak lagi lesen bagi mereka ini menyediakan stesen TV berbayar, tetapi tidak semua yang boleh bertahan lama. Susah-susah sangat, tiru sahaja sebiji seperti Astro Malaysia

UPDATE pada 29 Mac 2010!!

CYBERJAYA: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemberian lesen kepada tujuh stesen TV berbayar akan dikaji semula mulai hari ini dan jika didapati mereka tidak berkemampuan, ia akan ditarik balik. Kajian semula itu dijangka siap dalam tempoh dua bulan, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan lesen “content application service provider”, “network facility service provider” dan “network service provider” kepada stesen TV Berbayar Astro di sini hari ini. Beliau berkata mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika penerima lesen berkenaan tidak menggunakannya dalam satu tempoh tertentu, kedudukan itu boleh dikaji semula kerana terdapat pihak lain yang berminat.

Pemegang lesen berkenaan adalah U Television Sdn Bhd, Asiaspace Digital Network Sdn Bhd, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Fine TV Network Sdn Bhd, TM Net Sdn Bhd, MOL Media Sdn Bhd dan De Multimedia Sdn Bhd. Ditanya sejak bila lesen telah diberikan kepada tujuh syarikat itu, Rais berkata: “Ia berbeza antara satu dan tiga tahun.”

Dalam tempoh tersebut sebahagian sahaja sudah memulakan operasi, katanya. Kepada satu soalan, Rais enggan menyebut nama syarikat yang tidak aftif beroperasi kerana itu akan memberi gambaran negatif sedangkan mereka belum lagi memulakan operasi. “Untuk berlaku adil kepada orang ramai pula, mereka ini perlu menunjukkan prestasi kerana jika tidak, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) akan masuk campur dan menarik balik (lesen). Tak ada faedahnya jika diberi lesen, penerimanya tidak mampu menggunakannya,” katanya.

Mengulas tentang penyerahan lesen-lesen kepada Astro hari ini, Rais berkata ia adalah satu sejarah dalam dunia penyiaran kerana Astro, sebuah stesen penyiaran angkasa lepas, dapat diletakkan di bawah seliaan AKM 1998. Lesen-lesen itu terletak di bawah kerangka migrasi Astro daripada rejim Akta Penyiaran 1998 yang telah dimansuhkan kepada rejim AKM 1998.

Dengan perkembangan itu, Rais berharap stesen TV lain seperti RTM, Media Prima dan tujuh stesen TV berbayar berkenaan dapat menonjolkan identiti dan kreativiti ala Malaysia menerusi siaran mereka. – Bernama


{ 10 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mat asin March 25, 2010 at 8:29 am

Kan HSBB dah ada. Boleh tgk IPTV. Kalau ada saluran bola live mmg aku terminate astro punya servis. Macam hampassss.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 ibanez_swk March 25, 2010 at 6:10 pm

ASTRO memang patut diberi saingan,macam mereka saja mau kontrol semua…dah lah ceta tu saja ulang2,hujan hilang siaran..bayar tetap sama juga….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 mr_potato72 March 25, 2010 at 7:21 pm

kalau ada HSBB confirm bungkus astro.lagipun kebayakan orang nak tengok EPL je kat astro. Yg lain boleh download je kat torrent

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Permisi March 30, 2010 at 7:05 am

camnela stesen-stesen Tv berbayar tu nak bersaing dengan ASTRO… kebanyakan saluran satelit asing yang popular (bukan channel in house ASTRO mcm RIA, Arena, Ceria, Wah Lai Toi ) cam STAr channels, AXN, DIscovery n SPorts tu sume dah eksklusif untuk ASTRO sahaja… takde provider lain yg boleh offer saluran yg sama… tu yang agak susah bagi provider lain… channel ape je yg tinggal yg boleh diorang offer, kecuali channel yg kurang popular n second tier channel cam The TRavel Channel (as opposed to Discovery Travel), JimJam (as opposed to Disney/Cartoon Network), and Channel NEws Asia (instead of CNN/BBC)

lebih baik ikut peraturan cam kt Indo…tak boleh nak monopoli… sumer provider boleh offer mane2 saluran mcm ESPN, HBO or Star Sports, dn bukan satu provider aje yg monopoli…

yang mmbezakan antara provider kt sane adelah how they group their channels, their in house channels (mcm INDOVISION ade Vision drama, Vision Comedy, n Vision Sport, yg tkde di provider lain) and their pricing… tu aje…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 ibanez_swk March 30, 2010 at 8:38 pm

tulah pasal,mau bawa usul pergi ke parlimen ka?hehehe
mana boleh ASTRO saja mau kawal stesen tv berbayar…
apabila ada saingan kita mahu lihat yang mana menawarkan pakej yang sesuai….biar stesen tv berbayar yang ikut kemahuan kita sebagai pengguna,bkn kita yang ikut kemahuan ASTRO…
mcm MAXIS,CELCOM,DIGI…mereka ada saingan bagi pakej masing2,jadi kita mahu stesen TV berbayar pun macam itu juga…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 dennis April 18, 2010 at 8:36 pm

saya rasa Indovision seharusnya membeli ijin untuk bersiaran kat malaysia agar astro tak memonopoli, tapi sayangnya jika kerajaan malaysia memperbolehkan monopoli, indovision pun tak boleh berbuat banyak. indovision memiliki channel lebih banyak dibanding astro, so kuharap indovision akan menjadi saingan astro

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 sham August 15, 2010 at 11:00 pm

yg penting saluran sukan diutamakan..
punya la byk cerita di malaysia ni.sukan pon belambak..
majulah sukan utk negara menjadi moto.tp bila ada sukan je stadium kosong.promote melalui tv secara live.baru la rakyat exited nk g stadium..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 anep June 24, 2011 at 10:41 pm

Astro ni tutup je bagus. Due date lmbt lg tp potong pnye cpt. Dhla potong, bayar ttp kene byr. Mane ade low mcm tu. Yahudi kurafat je yg cari duit mcmni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Tergagah July 4, 2011 at 8:48 pm

tiru jer teknologi yg di gunakan… kandungan jer sendiri2… kalu nk lawan astro… x der cara lain …. system satelite vs system satelite

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 abg December 15, 2012 at 12:44 am

maharaja lawak 2012 di haram tayangan di astro…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: