Melihat trend dan gaya hidup pengguna hari ini, maka salah satu desakan konsumerisme yang semakin hangat diperkatakan adalah budaya berhutang bentuk baru iaitu kad kredit. Mula-mula berjanji dengan diri sendiri tidak mahu berbelanja lebih. Tetapi apabila sudah lama menggunakan kad kredit akhirnya “terlebih belanja” dan “memakan diri”. Dalam situasi seperti ini, kita tidak patut salahkan perkhidmatan kad kredit semata kerana kerja mereka hanya berkisar kepada keuntungan semata-mata disamping menggalakkan rakyat supaya berhutang.
Yang masalah besarnya pengguna kad kredit yang sering lupa diri ketika berbelanja sedangkan hakikatnya diri tak mampu nak membayar semula. Kalau pandai guna, pandai bayar tidak mengapa. Masalahnya yang tidak pandai menguruskan perbelanjaan kad kredit masing-masing…..sehinggakan muda-muda lagi dah muflis kerana kad kredit. Kasihan….
Kebanyakan nak guna kad kredit sebab apa sebenarnya ?
- Mahu menggunakan ketika kecemasan. Bentuk kecemasan yang bagaimana?
- Guna ketika mengisi minyak
- Sambil berbelanja teruja dengan mata ganjaran yang ditawarkan yang hanya dijadikan tarikan oleh pihak bank sahaja
- Guna ketika melancong ke luar negara
- Lain-lain?
Dahla…caj kad kredit turut membebankan pengguna yang rata-ratanya kebanyakannya terdiri daripada golongan yang berpendapatan serdahana ditambahkan lagi dengan pelaksanaan yang terbaru oleh pihak kerajaan yang mengenakan caj sebanyak RM50 yang pastinya meninggalkan impak yang besar kepada pengguna kad kredit seperti menambahkan lagi beban (hutang) kepada pengguna yang suka berhutang. Apa signifikannya kerajaan buat begitu?
Di atas kertas kerajaan mengatakan untuk mengelakkan rakyat daripada berhutang dan boros berbelanja. Ya…..SAYA SOKONG KENYATAAN INI. Tetapi hakikatnya duit rakyat diambil secara halus untuk menambahkan dana dan tabung kerajaan. Kenapa tidak diperbetulkan sisitem kad kredit itu sendiri?
Ada pula trend sekarang di mana terdapat segelintir bank (tak perlu saya sebut bank yang mana. tetapi hati-hati) yang menghantar terus ke kediaman anda mengatakan permohonan kad kredit anda telah diluluskan. Tidak pelu terkejut. Memang terdapat modus operandi seperti itu padahal ada yang tidak berniat apatah lagi cuba memohonnya. Cuma kita sendiri perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Sekarang ini bank pun dah permudahkan urusan dan syarat permohonan kad kredit sejak satu dekad lalu iaitu pada tarikh 28 Julai 1999, institusi perbankan melonggarkan kebenaran pemilikan kad kredit dengan individu yang mempunyai pendapatan RM1,500 sebulan layak memiliki kad kredit.
Baru-baru ini ramai golongan muda yang muflis kerana kad kredit…..
MELAKA: Ismail Sabri , Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas, yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi.
Beliau menasihati pengguna supaya bijak berbelanja dan menguruskan kewangan dengan baik bagi mengelakkan mereka diisytiharkan muflis. – BERNAMA
Persoalannya sekarang apakah apabila kita melihat angka-angka seperti ini adalah masih lagi sesuatu yang normal atau ia satu angka yang perlu dibimbangkan dalam keadaan negara hari ini? Itu yang diisytiharkan muflis kerana kad kredit, bagaimana pengguna yang sedang bergelut dengan masalah hutang kad kredit ini? Walaupun kad kredit bukan faktor utama yang menyumbang kepada muflis, namun pendidikan yang berterusan perlu diberikan kepada penggunanya disamping satu kajian terhadap had maksimum pemegang kad kredit itu sendiri. Sekarang ini kebanyakannya akan mohon bank yang lain pula had maksimum kad kredit yang sebelumnya telah penuh. Akhirnya ada individu yang mempunyai 5-7 kad kredit.
“Tiada duit buat cara tiada duit, elakkan belanja melebihi kemampuan”
Tetapi nak buat macammana bank-bank di Malaysia sudah “kawtim” dengan Bank Negara Malaysia dan kerajaan supaya bank mereka terus dapat beroperasi dengan baik dan mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Salah satu cara nak pastikan Return on Investment (ROI) kekal setiap tahun adalah dengan cara memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi penghutang termasuk memaksimakan pinjaman, permudahkan permohonan kad kredit dan sebagainya….
Akhirnya pengguna yang gagal menguruskan kewangan sendiri, berbelanja tak ingat dunia terperangkap dengan permainan sendiri muflis kerana kad kredit. Ada pengguna kad kredit di sini? Apa pandangan dan respon anda degan isu penggunaan kad kredit di Malaysia?





{ 19 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
bak kata pepatah melayu ‘ ukur baju di badan sendiri ‘ … kalau dah tau tak mampu jangan la pakai… Jangan hanya kerana nak bergaya , diri sendiri yang merana,.,,, :berangan
sendiri mau ingat laaaa…… fikir dulu kemampuan diri sebelum berbelanja…
kebanyakan melayu yg dok muflis pasal kad kredit ni..dh susah nk buat loan and nama dh black list kt bank.kalu chinese muflis plak tetap kaya raya bukan sebab kad kredit ni tapi pinjam loan juta2 pastu takleh byr bank isytihar muflis kt dorg.duit pinjam loan tu park atas nama famili or bisnes partner dorg.dorg still leh pakai kete besar2 dok rumah besar2..migrate kuar negara..very smart!! :senyumkambing
Sebenarnya penggunaan kad kredit ini adalah sebagai menampung keperluan yang tidak mencukopi sebagai saya kakitangan awam tengah bulan pendapatan dan berkurangan kesan kenaikan harga barang2 keperluan, bukan kegunaannya untk bermegah2, keperluannya terutama untk minyak kenderaan berulang alik ke pejabat, disamping keperluan makanan utama yang boleh dikredit di hyper market, bagi mereka yang baru bekerja dan tidak ramai tangunggan mereka kurang berhadapan masaalah2 tersebut tetapi mereka yg mempunyai tangunggan anak2 yg sedang belajar dan tangunggan keluarga akan berhadapan situasi tersebut.
Byk mana pakai, bayar ler byk tu jugak. baru ler tak berhutang. ini asik nk bayar minima aja, maunya hutang tak bertambah.
aku nak vote dlm site ni.. tapi tak der kategori plak.. hahaha
Pengguna kad kredit?
-Ya
-Tidak
jawapannyer ialah.. ya pernah dan tidak lagi… bekas pengguna ajer…
saya tersangatlah bersetuju dengan komen ini…. samalah seperti saya yang merupakan kakitangan awam bergaji rendah… menggunakan kad kredit adalah untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat… tetapi gaji takde perubahan…
Husband sy dulu ade kad kredit. Dia x guna. Dijadikan cerita kad kredit kena curi dan ade out standing bil RM900. Dia buat report polis sejurus dapat tahu kad kredit nya diaktifkan. Kejadiaan ni berlaku pada tahun 2006. Oleh sebab dia x nak bayar bil yang bukan dia guna dan time tu dia masih lagi belajar di IPT, dia pun x hiraukan masalah ini. Sekarang ni hutang kad kredit dia dah mencecah RM8K ++.. :nangis …
Sy amat simpati dgn Puan. Suami puan tidak mahu membayar kad kredit kerana perbelanjaan itu dibuat oleh pihak ketiga.
Sy pernah mengambil sim telefon bimbit TM Touch. Sebenarnya sy tiada telefon pun – dlm perancangan hendak beli telefon. Apabila bil sampai panggilan dibuat mencecah RM100. Sapa yg call tu ?? Sy belum lagi beli telefon.
Sememangnya sy tidak mahu bayar RM100 tu sbb itu bukan panggilan yg sy buat : TETAPI …. TETAPI sy buat tindakan bijak ( BIJAK ke ?? Ntahlah).
Sy bayar RM100 tu dan tutup talian telefon. Kemudian dtg bil lagi. Sy byr lagi dan selepas itu tiada bil telefon TM Touch sampai.
Kalaulah sy tidak bayar dan buat tidak tahu …. maksud sy tidak potong talian telefon tu dan tak beli telefon ….. agaknya beribulah yg sy kena bayar rentetan tidak menjelaskan bil RM100 yg dibuat oleh jembalang.
Kalaulah suami Pn membayar RM900 (sy tidak tahu kemampuan kewangan suami Pn, hanya mengandaikan suami Pn mampu) dan terus menutup kad kredit tersebut (sy juga tidak tahu kemampuan kewangan suami Pn melangsaikan baki kad kredit, hanya mengandaikan suami Pn mampu) sudah pasti masalah ini tidak berlaku.
Apa-apa pun sy amat bersimpati dgn Puan, semoga masalah yg dihadapi dapat dirungkai sebaiknya.
pakai card tu bek2 la.. ukur baju pada badan sendiri.. ikut kemmpuan…
Jangan harap le aku nak ambil Kad Kredit.tak berani le
nak hutang2.klu x mampu buat je tak mampu.alasan nak cepat isi minyak konon.
Ali ridha menulis Berita Terkini….Nasi lemak telur rebus
kumpul je la kalo nak beli brg mahal2… hahaha..
sebaiknya pakai sekeping kad da cukup. jgn gatal gatal nak pasang 2 ke 3. lain le kalo ada sugar mummy ke sugar dady.. lagipun mana ada kad free for life. kerajaan dan kenakan caj RM50.00. kalo boleh kerajaan ni waive kan le RM50.00 tu tahun depan. so far utang kad aku da cecah 47K. tunggu payment masuk dan settle kan sumer kad. pastu potong kad kad ni. tinggalkan sekeping je kad yg limit paling tinggi. sorry bank. aku pakai untuk terdesak je. kah kah kah..
nasihat saya kalu bole bila guna kad kredit tu untuk apa sekali pun lepas guna terus bayar…atleast dia tak kenakan interest dlm masa 20hari…saya ada 3 kad bank islam,citibank dan mbf ..semua limit dicampur 50k…tapi kwn saya punya kes..semua bank dia apply kad kredit semua dapat…hampir 170k limit dan semua dia pakai so skrg bank kena dok kejar last masuk akpk la gamak nya
aku pakai gak tapi dgn kiraan, sasaran, tujuan yg betul iaitu:
1-sbg advance payment supaya x perlu bawak cash byk2 utk shopping. x yah pk nak g ATM cucuk duit dulu ke, tebalkan dompet ke, duit cicir ke apa ke. guna je dulu kad kredit, tggu sehari dua trus view online statement..transfer duit trus le. jgn impun sampai menggunung hutang 2.
2-sbg advance payment sementara dapat gaji (emergency-maklumlah nak shopping brg keperluan time tgh bulan paham3 je la. xkan brg dapur & brg keperluan baby abis stok tgh bulan pun nak tggu gaji gak. masuk gaji byr trus le)
3-EMERGENCY (minyak kete nak abis ke, kat petrol pump lak xde ATM…cucuk le kredit kad 2 dulu..balik umah kang bayor le guna internet
4-sebagai penyata bertulis, baru kita nampak kemana perginya duit gaji kita…harap nak rekod sendiri..mmg malas. bank tplong rakodkan utk kita…FOC.
*apepun aku mmg amalkan bayor trus (esok/lusa lps guna kad) via internet. tiap bulan bil sampai slalunya RM 0.00 je sbb aku dah byr siap2 sblm cukup bulan sblm bank print statement. kalau ade pun x banyak le dlm ratus2 je.tetap bayor.
PERHATIAN!!!!!!!!!! MUFLIS,BLACKLISTED,CTOS & CCRIS BOLEH APPLY
PROGRAM e-SAVING: Gunakan KAD KREDIT untuk buat SAVING HARI-HARI. Jadikan saving anda RM30,000 sebulan bermula MEI ini. Saya sendiri akan membimbing anda jika anda serius. Cepat inbox saya [NAMA & NO.HP] sms kan ke 017-2595783
PERHATIAN!!!!!!!!!! MUFLIS,BLACKLISTED,CTOS & CCRIS BOLEH APPLY
PROGRAM e-SAVING: Gunakan KAD KREDIT untuk buat SAVING HARI-HARI. Jadikan saving anda RM30,000 sebulan bermula MEI ini. Saya sendiri akan membimbing anda jika anda serius. Cepat inbox saya [NAMA & NO.HP]
Saya menpunyai 7 kad kredit,semuanya dah disekat kerana tak mampu bayar , contohnya AMbank , had maximum ialah Rm3,000,oleh kerana dah 5 tahun tak bayar , maka jumlah dengan bunga sekali dah jadi Rm30,000. Jadi kalau ikut undang-undang Bank Negara , boleh tak i hanya bayar pokok iaitu Rm3.000?
anda boleh pergi ke page ikhlas concept di fb.. mereka akan ajar anda cara untuk menyelesaikannya..