Akhirnya, teka-teki apabila 2 minggu lepas rakan saya yang bekerja dengan Petronas memberitahu kemungkinan besar harga minyak naik tahun hadapan(2010), rupanya ada asasnya. Cumanya dia tidak tahu tarikh muktamad. Yang pentingnya tahun depan. Ya…itulah berita “gembira” yang bakal kita dengar nanti.
Harga minyak di pam kemungkinan akan berasaskan harga pasaran atau tanpa subsidi apabila sistem pengurusan subsidi dilaksanakan pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
“Harga minyak mungkin akan ditetapkan pada kadar pasaran tetapi individu yang disasarkan akan dapat subsidi. Harga minyaktidak ada subsidi, kecuali kepada golongan sasaran.”
- Adakah kerajaan Malaysia dah kekurangan dana. Sehinggakan kita lihat bajet 2010 untuk pembangunan, menyusut berbanding tahun-tahun sebelum ini sehingga mengambil langkah drastik seperti ini?
- Adakah kerajaan Malaysia sudah bersedia apabila harga minyak dunia sudah jatuh sehingga ke paras USD40 @ USD50 setong, kerajaan akan menurunkan harga minyak negara kita?
- Adakah kerajaan Malaysia sudah bersedia realitinya apabila harga minyak naik, harga barang kemungkinan besar akan naik? Jika tidak jawab menteri, apa yang boleh kami katakan gud luck dengan “cadangan bernas ini” Banyak pengedar yang mengambil kesempatan. Tetapi apabila harga minyak turun, harga barang boleh turun ker? Bagaimana dengan pemantauan yang dilihat sekarang ini seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.
- Adakah kerajaan Malaysia sudah bersedia untuk mendengar desakan, dinaikkan tambang pengangkutan awam selepas ini?
- Adakah kerajaan Malaysia sudah bersedia dengan kes-kes penyeludupan minyak. (Jangan tidak tahu, nelayan pun sekarang banyak menjual minyak kepada lori)
Bagi saya apabila harga minyak naik ia terlalu sensitif jika tindakan yang dilakukan tidak kena caranya sebab ia akan melarat kepada perkara lain. Pendapat saya, harga minyak patut dinikmati oleh setiap warga malaysia aka rakyat. Tidak kiralah yang pakai kereta mewah aka merc atau bmw ataupun yang pakai kereta kebanggaan negara iaitu kereta nasional.
Sebabnya, semua mereka ini tidak kira kaya atau misin even kroni-kroni semua adalah rakyat, yang bayar cukai dan kepada mereka yang kaya-raya, mereka jugalah yang membantu daripada segi memberikan peluang pekerjaan kepada sebahagian rakyat Malaysia dan mereka juga membantu sedikit sebanyak dalam pembangunan negara. Mereka berhak mendapat atau menikmati harga minyak yang setimpal dengan rakyat lain.
Yang Menteri ke hulu ke hilir bercakap mengenai kemungkinan harga minyak naik, tetapi pada masa yang sama mereka tidak terkesan langsung dengan masalah ini. Minyak mereka yang boleh diisi selang seminit itulah yang yang dibayar oleh kita semua, rakyat Malaysia. Tetapi bagimana pula yang lain? Mereka terpaksa mengeluarkan duit dari kocek sendiri. Apa guna kita ada minyak, tetapi tidak dapat merasai nikmat sebenar dengan kekayaan minyak yang kita ada. Tidak bolehkah menteri-menteri yang bijak pandai lagi adil ini, fikirkanlah jalan penyelesaian yang lebih bernas?
P/S : Satu sahaja yang kami minta setakat hari ini, cuba kurangkan kes rasuah yang semakin berlelusa sehingga telinga kami bernanah dan bengkak mendengarnya.
![[HOT] Harga Minyak Naik Ikut Harga Pasaran Dunia!! naik3](http://farm5.static.flickr.com/4136/4799278938_e1010d9dcc.jpg)
![[HOT] Harga Minyak Naik Ikut Harga Pasaran Dunia!! naik](http://farm5.static.flickr.com/4098/4798646101_4063064867.jpg)
![[HOT] Harga Minyak Naik Ikut Harga Pasaran Dunia!! naik2](http://farm5.static.flickr.com/4081/4799279034_4703aeae7f.jpg)




{ 5 comments… read them below or add one }
aku pun xtau lg dh nk ckp pe lg psl ni…isu minyak isu sensitif..lbh kurang sama dgn isu hilang dara..hoho
x-po(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Haha….sampai macam itu sekali ye. Kita tunggu pengumuman kerajaan golongan mana dapat manfaat subsidi ini….. Admin [ Master G ](Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
hai..letih aku ikut berita pasal minyak ni..harga minyak naik, harga barang & makanan pakat nak naik gak..bila harga minyak turun, harga barang & makanan x reti2 nak turun..
menteri boleh la cakap macam2, rakyat bawah yang bayar & tanggung..hampeh punya kerajaan!
minyak ni memang sensitif pun..
ye la, duit kan? zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aik ade jugak golongan sasaran yg dpt subsidi yer.. apesal xbuat menyeluruh je.. F1 boleh buat xkn la mende ni xleh kan huhu JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
mungkin salah satu usaha kerajaan untuk menolong rakyatnya kena penyakit kencing manis kot?…huhuhu..(teka je) fadli(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0