BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


20 Anak Yatim Tertimbus Runtuhan Tanah Di Hulu Langat

by Staff Berita Semasa on May 22, 2011

in Tragedi & Bencana

Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat semalam.

Lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).3 orang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Menurut sumber, kesemua kanak-kanak tersebut berada di Dewan Makan Sewaktu kejadian tanah runtuh berlaku.Setakat semalam, 7 orang berjaya diselamatkan, 3 terbunuh, 3 lagi sudah dibawa keluar oleh pasukan penyelamat. Nasib sebelas (11) lagi belum diketahui dan dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Takziah kami ucapkan atas kejadian tanah runtuh yang menimpa kanak-kanak anak yatim ini.Kami bagi pihak beritasemasa, berdoa yang terbaik bagi  nasib 11 lagi anak yatim yang tertimbus dipelihara keselamatannya oleh Allah S.W.T.


{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 anak tuah May 22, 2011 at 8:10 am

dlm kosmo ckp, sekurang2nya 13 org terbunuh…hmmm…al-fatihah buat mereka…sesungguhnya tuhan lebih syg kan mereka…. =’(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 naimulfirdaus May 22, 2011 at 1:30 pm

takziah diucapkan kepada keluarga mangsayang terlibat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 lica May 26, 2011 at 7:27 pm

kasihan budak2 tersebut…semoga roh mereka baik2..alfatihah buat mereka…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Azim May 22, 2011 at 8:34 am

Salam takziah utk keluarga Allahyarham……..semoga Allah merahmati dan mereka diletakkan bersama para2 syuhada…..AL Fatihah……Amin..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Azim May 22, 2011 at 8:42 am

Kerajaan perlu ambil iktibar dan buat pemantauan seluruh malaysia terhadap banggunan kerajaan dan sekolah yg didirikan agar perkara spt ini tidak berulang dimasa hadapan…..tidak terkecuali pihak2 swasta….kita hilang jenerasi muda kita yg berilmu…..tapi sebagai org Islam…. kita perlu terima Qada & Qadar dari Allah SWT.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Gurkha Pencen May 22, 2011 at 9:15 am

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat. Innalilahhiwainnalillahhirojiuun. Semoga Allah menempatkan mereka bersama dengan para syuhada dan solihin. Amin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 zack May 22, 2011 at 10:55 am

salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 am May 22, 2011 at 11:09 am

peringatan kepada yang masih hidup…. takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 jeling-jeling May 22, 2011 at 12:49 pm

Allah lebih myayangi mereka….Al-Fatihah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 naimulfirdaus May 22, 2011 at 1:27 pm

takziah diucapkan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Blog Berita Online May 22, 2011 at 2:09 pm

Takziah & Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat… Subhanallah… Sessungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 mama80 May 23, 2011 at 9:44 am

salam takziah kepada semua yang terlibat..sedih melihatkan anak2 yang masih mentah ini..tp tuhan lebih sayangkan mereka..semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..insyaallah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 KUDIN May 23, 2011 at 11:23 am

Takziah & Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Misah86 May 23, 2011 at 12:47 pm

kami amat b’simpati dgn mangsa korban runtuhan tanah..moga kejadian ini menjadi iktibar pd kt semua..terutama bg pembina2 projek yg melibatkn tanah2 d cerun or lereng2 bukit.tlg lah,sebelum bina sesuatu projek 2,pk..jgn trus pacak kn projek anda.yg menjadi mangsa kami n insan2 yg x b’dosa.tlg take note k..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Rakyat Malaysia Biasa May 23, 2011 at 2:32 pm

Kepada kaum keluarga dimana anak-anak mereka terkorban dalam tragedi tanah runtuh,diharapkan bersabar & redha dengan ketentuan Allah S.W.T..,sesungguhnya Tuhan lebih menyanyangi meraka….sesungguhnya ajal tidak mengira tempat,usia,pangkat & darjat…kepada para pembaca beritasemasa.com,marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada adik-adik kita yang terkorban…semoga roh mereka ditempatkan disisi orang-orang yang beriman & bertaqwa…..AL-FATIHAH….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 pantaidalam May 24, 2011 at 8:21 am

insyaallah ke syurga la hendaknya mereka semua .. amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 kma May 24, 2011 at 9:19 am

takziah untuk smua mangsa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Wap dingin May 25, 2011 at 12:15 am

Terlebih dahulu diucapkan takziah kepada keluarga mangsa.malaysia bukan pertama kali ditimpa musibah seperti ini.apabila saja berlaku musibah, Ada suruh buat siasatan,buat kajian,buat cadangan,Ada berkata ini pengajaran, peringatan Dan sebagainya.persoalannya di sini Bagaimana dengan musibah yang terdahulu sebelum yang ini ,mana hasil siasatan ,kajian,cadangan,pengajaran,peringatan Dan sebagainya tak digunakan untuk mengelak musibah seperti yang baru terjadi itu.Hal yang sama juga berlaku seperti kemalangan maut bas penumpang.siasat,cadangan tapi tetap terus berlaku .mengapa……mengapa..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 seapro May 26, 2011 at 1:57 pm

SALAM…AL-FATIHAH…AMIN..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 minho nies May 26, 2011 at 3:01 pm

salam, ,
takziah kpd semua keluarga mangsa.
mungkin ada hikmah d sblik kjdian ini.
harap u all bsabar ya.
doakan mereka yg sdh tiada.
al-fatihah. .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: