2 Harga Petrol Malaysia Pada 1 Mei 2010. Nantikan!!

by Admin [ Master G ] on January 8, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Harga gula yang baru sahaja naik sebanyak 20 sen tempoh hari, sudah ada kedai yang menaikkan harga minimum 20 sen jugak walupun mereka bukan guna pun sekilo  gula untuk setiap minuman yang mereka  bancuh. Point pentingnya di sini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga apa pun, memang akan ada chain effectnya. Belum termasuk lagi peniaga yang mengambil kesempatan.  Buktinya cukup jelas, yang mana hampir 100%  peniaga di Malaysia hanya tahu menaikkan harga barang, tetapi apabila minyak/tepung/gula turun, tidak sampai 1% pun syarikat yang akan turunkan harga barang-barang keperluan. Kini kerajaan akan mula perkenalkan 2 harga petrol pada 1 Mei 2010 ini.

Dua harga petrol mulai 1 Mei 2010
PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol. Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya. Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei. “Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya. Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen. “Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya. Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. Bernama

Dulu pun semasa minyak naik ke paras RM2.70, tengok harga makanan, harga barang naik. Kalau di kedai-kedai makan, mereka peduli apa kalau minyak naik, harga tetap naik punya. Rakyat Malaysia tetap kena menghadapi juga, sebab memang keperluan harian.

Okey…cuba kita buka mata lihat negara jiran kita. Ya……memang diakui yang mana harga minyak Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia. Harga minyak di Thailand mengikut harga semasa minyak dunia. That’s the fact. Tetapi…….

  1. Adakah Thailand ada naikkan cukai kereta import ber cc tinggi sehingga 300 % ?
  2. Adakah Thailand mengenakan cukai jalan ke atas mana-mana kenderaan di sana?
  3. Adakah Thailand mengenakan tol di hampir setiap jalan?

Rakyat Thailand boleh pakai kereta mewah ke mana-mana tanpa perlu risau pun cukai yang tinggi.  Pilihan dan contoh sudah ada dan  jika kerajaan kasihkan dan prihatin dengan nasib rakyat, mungkin boleh dipertimbangkan. Akhirnya keputusan terletak di tangan pihak kerajaan.

Di  Thailand tiada cukai kereta sampai 300%. Kalau di Malaysia terbalik pula. Cukai kereta mencecah sehingga 300% bukan suatu yang mustahil. Bayangkan kereta yang pada asalnya tidak sampai RM100,000 boleh menjangkau ke harga setinggi RM200,000. Kalau miskin atau berpendapatan sederhana mampu membelinya? Geleng kepala dan telan air liur sahajala. Beli Porshe, Ferrari, Lamborghini dan pelbagai lagi kereta mewah. Sebab apa? Mereka ada AP. Yang golongan yang kaya-raya tentu sahaja mampu beli.

Di Malaysia penuh dengan CUKAI…contohnya LHDN, PCB, KERETA, ROADTAX, KEDAI MAKANAN(FAST FOOD), CUSTOM DLL…….masih tidak cukup lagi tampung dana kerajaan?

Apa yang dilihat di sini, ada beberapa kemungkinan jika kerajaan melaksanakan peraturan 2 harga petrol ini. Bukannya saya katakan begini kita hendak berniat tidak baik, tetapi…kemungkinannya tetap ada. Jangan pandang remeh.

  1. Attenden pam minyak tu mintak tengok IC dari pelanggan?  Sogok RM10, sure lepas punya. Yang jaga pula sekarang ini rata-rata pekerja asing pulak tu.
  2. Kereta CC besar tidak boleh dapat subsidi, kereta kecil boleh dapat subsidi? Kalau macam itu, paling untung pemilik kereta seperti RX7, RX8, Mercedes Kompressor (Mazda RX8 memang CCnya rendah tetapi revolutionnya tinggi menyebabkan dia makan banyak minyak. Actually kereta ber CC tinggi lebih save minyak sebab power lebih, jadi kurang drag. BMW 2.5 lebih save minyak jika hendak dibandingkan dengan yang 1.8, kerana kereta BMW berat jadi drag lebih, so enjinnya yang ber CC rendah akan terpaksa guna minyak lebih, bagi mendapatkan lebih kuasa )
  3. Bagi individu  yang ada dua kereta, misalkan 1 kereta Savvy dan satu lagi Toyota wish. Maka cuma perlu isi minyak pakai kereta Savvy lepas tu bila sampai di rumah, tinggal sedut dan pindahkan ke kereta Toyota Wish.  Dapat jimat sekitar 30sen seliter dan jimat RM12 setangki penuh kereta Wish.
  4. Kalau ikut attendant pam minyak….park kereta Viva….bayar full tank(letak deposit RM100), kemudian alihkan kereta Viva… park pula Evo10, isi minyak sampai penuh.

Ada baiknya kerajaan Malaysia contohi apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan di Brunei yang mana masuk sahaja kereta  plat luar negara ke negara kita, auto charge kepada mereka harga petrol tanpa subsidi. Rakyat Malaysia dapat harga petrol bersubsidi. Kalau CC kereta 2.0 pun dikira berkehidupan mewah saya sendiri musykil, sebab sekarang ini banyak kereta-kereta lama yang CC lebih daripada 2.0 di jalan jalan sekarang ini dan kereta-kereta seperti ini pun sebenarnya bukan boleh dikategorikan sebagai kereta mewah. Contohnya :

  1. Si kaya pakai kete bawah 2.0cc, tetapi harga kereta mewahnya sangat mahal. (Dapat subsidi???)
  2. Si miskin menggunakan kereta yang lebih murah, dah berkarat cabuk contohnya Ford Cortina 2.0 atau Mistsubishi Galant 2.0 GLX yang keluaran tahun 1982. Lepas itu, adalah kereta-kereta buruk dan tidak semewah kereta-kereta lain, tetapi mempunyai CC besar. Nayalah orang yang memilikinya. Sekarang ini kereta second hand Perdana SE keluaran tahun 1996 boleh dapat sekitar RM14K-RM15K. Nasibla…..sebab dikategorikan sebagai kereta mewah.  (Tidak dapat subsidi???)

Kemudian kenapa individu yang berkereta mewah tidak boleh mengambil  dan mendapat subsidi? Walhal orang kaya seperti inilah yang menyumbang dan membayar banyak cukai. Kaya ke miskin ke, tetap menyumbang kepada ekonomi negara. Kalau nak teruskan jugak dasar ini, mungkin boleh dikenakan kepada individu yang memiliki kereta cc 2.5@3.0 ke atas.

Satu lagi jikalau kerajaan hendak menarik balik subsidi minyak untuk kereta yang ber CC tinggi, maka silalah hapuskan road tax yang  tinggi dikenakan terhadap kereta ber CC tinggi. Mungkin kerajaan sudah lupa kot. Tidak mengapa. Saya suka mengimbau balik dasar yang cuba dilaksanakan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2007, artikel atau berita kerajaan mengenakan road tax yang tinggi kepada kereta ber cc tinggi agar yang kaya pun akan boleh diberi subsidi minyak. Renung-renungkanlah……

Setujukan anda dengan dasar 2 Harga Petrol ini?

View Results

Loading ... Loading ...

P/S : Walauapapun pilihan pada poll yang telah disediakan ini, apakah cadangan dan pandangan dengan dasar pelaksanaan 2 harga Petrol ini?

UPDATE pada 4 Mac 2010 !!!

Cadangan sistem baru subsidi minyak dibatalkan

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik untuk penyaluran subsidi termasuk bahan petroleum, makanan dan infrastruktur.

Cadangan sistem subsidi baru minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu bagi memastikan manfaatnya dinikmati kumpulan sasaran.

Harga semasa petrol RON95 sekarang ialah RM1.80 seliter, manakala RON97 dan diesel masing-masing dijual RM2.05 serta RM1.70 seliter.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [HOT] Harga Minyak Naik Tahun Depan Ikut Harga Pasaran Dunia!!
  2. Harga Minyak di Malaysia Naik Lagi Mac 2010 ini !!!
  3. Malaysia Bakal Naik Harga Minyak RON 97
  4. Harga Kereta Turun, AFTA Malaysia Dilaksanakan Mac 2010?
  5. Minimum Harga Rokok Pada RM6.20 Sekotak Tahun Hadapan
  6. Inikah Harga Kereta dan Minyak Malaysia Selepas Mei 2010?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 21 comments… read them below or add one }

1 jacks January 8, 2010 at 1:26 pm

biarla mereka naikkan harga minyak tu!!
nanti pilihan raya umum tunggu la!!!
hahaha :gelak :gelak :senyumkambing

2 siswaniaga January 8, 2010 at 1:58 pm

salam. Betul tu. Pilihan raya adalah hari pembalasan untuk membuktikan kuasa rakyat di Malaysia… Bersedialah ….hahahha…Ayuh rakyat tunjukkan kuasa kita

3 usahawanmuda January 9, 2010 at 4:40 am

:kejut
cukup la tu.sampai bila nak membebankan rakyat.camne la kita kawal keadaan ekonomi dalam keadaan macam ni.

4 LA January 9, 2010 at 9:09 am

kebanyakan org fikir dual sided je…diorng xpikir student uni…
harga minyak naik konpem harga len naik…

klau ptptn tu naik skali ok gax….

5 siswaniaga January 9, 2010 at 1:27 pm

salam .kalau duit ptptn naik, bayarannya pun naik … :senyumkambing

6 Pak Awang January 10, 2010 at 12:17 pm

Sekarang ini aku tengok banyak Ipta dah mula berniaga dengan student sendiri…cajnya tak hingat.

7 fahmi ibrahim January 10, 2010 at 5:46 pm

saya frust bang…. menghimpit… memeras… uh… kita yg dibawah ni.. melopong sje….

8 Pak Awang January 11, 2010 at 11:08 am

Hairan aku, rupayanya bijan ni lagi teruk daripada pak lah
kalau jadi PM menyusahkan rakyat baik turun je bagi orang lain perintah. Ramai lagi yang berkemampuan.
Naik = Najib :gelak :ketawa

9 Azrai January 12, 2010 at 1:46 am

Sekarang ini kerajaan dah tiada dana. Habis dekat F1 1 Malaysia!!!!

10 siswaniaga January 12, 2010 at 10:56 am

salam. Mana tajnya duit ptptn pun tak cukup, harga makan pun mahal. Habis tu buka bisnes untuk menanpung kos hidup kat universiti.

11 siswaniaga January 12, 2010 at 11:13 am

salam. Kita boleh marah.. kecewa… tapi semua nya memerlukan penyelesaian… jangan aysik fikir masalah tu jer… nanti sampai ke tua selesai
:gelak :ketawa

12 kelana January 19, 2010 at 11:00 am

salam…Saya baru menetap di australia. saya lihat kerajaan di sini lebih banyak beri subsidi berbanding dengan malaysia, saya rasa tertipu dengan kenyataan kerajaan malaysia yang ai lebih banyak beri sabsidi. australia melindungi perusahaan outo mereka dengan memberi subsidi potongan harga pada pelanggan yang berkerja dengan kerajan. dan banyak lagi subsidi yang tidak terdapat di malaysia antaranya tiada bayaran pada orang susah menghantar anak pada pusat asuhan kanak2 n kerajan bayar semua, sewa hotel untuk org tiada rumah.n banyak lagi.

13 mesticun January 19, 2010 at 3:34 pm

Nak marah apa.kita pilih siapa sebagai pemimpin.itupun nak marah. :marah :marah :marah

14 wok long wok dogol January 19, 2010 at 5:23 pm

syabas…………… :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk :tepuk

15 Pak Awang January 19, 2010 at 6:21 pm

kelana, terima kasih dengan info ko ni
Biasala…kerajaan dia ingat rakyat bodoh
dan nak terus memperbodohkan rakyat
sekali rakyat terna takkan kena untuk kali yang kedua

16 mesticun January 19, 2010 at 10:22 pm

Warga asing tetap juga boleh kelentong orang Malaysia.gunakan orang tempatan untuk dapat minyak murah.jual pada kawan2 senegara.

17 Bakri January 29, 2010 at 8:15 am

Inilah pemikiran UMNO / Be End.

IPTA skrg bukan tempat menuntut ilmu, tp tempat buat duit!…

18 akuadaotak February 9, 2010 at 11:48 am

salam

Ramai rakyat Malaysia yang IQ&EQnya tinggi tapi telah di”perlekeh” diorang punya intelligence dgn isu/perkara2 yang kelakar seperti enjin jet ilang dan regenya rm100K (petikan dr Ali rustam semasa berucap di Dewan wawasan,Jitra last week dan pelbagai lagi isu. Anyway, Malaysia punya politic SUCKS!(but we live in it!)

19 akuadaotak February 9, 2010 at 11:55 am

I’m not sure how the gov manage the bugdet as bajet dah pun dikeluarkan.
Important —-urgent i.e dulukan
Important —not urgent i.e K.I.V
Not important —-urgent i.e K.I.V
Not important —-not urgent i.e K.I.v

yang aku nampak banyak yang not important—not urgent yang diDULUKAN.
heran macamana diorang boleh jadi Menteri. Suggestion diorang kena ada MASTER baru boleh pegang jawatan tu termasuk experience paling kurang 5 tahun(keh!keh!) dan sekolah pondok (untuk tujuan penyucian perkara yg salah seperti rasuah@politik wang)

20 idzmieyz February 18, 2010 at 12:55 am

Minyak Naik Lagi…..Jana Kenderaan Anda Dengan Hybrid Engine yang mampu dimiliki di:

21 rakyat frust March 3, 2010 at 8:48 pm

dulu…harga minyak naik……semua barang naik melampau……harga minyak turun harga barang tak turun……

kalau mei ni minyak naik……..tentu barang naik lagi…..maksudnya kerajaan memang tidak prihatin kalu ini berlaku. cukupla harga gula dah naik…..tepung dah naik……minyak masak naik…..brg basah dipsr seperti ikan pun naik………

hi kerajaan apa lagi nak dinaik……..gaji tidak naik2…..bonus pun rendah……tak kesiankan kami kami rakyat………gaji kecik………nak dpr rumah kos rendah punya la payah…….rumah teres tidak mampu langsung,……..kami golongan pendapatan sederhana………tak ke kerajaan prihatin……

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: