2 Harga Petrol Malaysia Pada 1 Mei 2010. Nantikan!!

by Staff Berita Semasa on January 8, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Sabri 2 Harga Petrol Malaysia Pada 1 Mei 2010. Nantikan!!

Harga gula yang baru sahaja naik sebanyak 20 sen tempoh hari, sudah ada kedai yang menaikkan harga minimum 20 sen jugak walupun mereka bukan guna pun sekilo  gula untuk setiap minuman yang mereka  bancuh. Point pentingnya di sini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga apa pun, memang akan ada chain effectnya. Belum termasuk lagi peniaga yang mengambil kesempatan.  Buktinya cukup jelas, yang mana hampir 100%  peniaga di Malaysia hanya tahu menaikkan harga barang, tetapi apabila minyak/tepung/gula turun, tidak sampai 1% pun syarikat yang akan turunkan harga barang-barang keperluan. Kini kerajaan akan mula perkenalkan 2 harga petrol Malaysia pada 1 Mei 2010 ini.

2 harga petrol Malaysia mulai 1 Mei 2010

PETALING JAYA: Dua harga petrol Malaysia berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol Malaysia pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

“Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol. Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10. Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih,” katanya. Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei. “Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya. Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen. “Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga,” katanya. Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. Bernama

Dulu pun semasa minyak naik ke paras RM2.70, tengok harga makanan, harga barang naik. Kalau di kedai-kedai makan, mereka peduli apa kalau minyak naik, harga tetap naik punya. Rakyat Malaysia tetap kena menghadapi juga, sebab memang keperluan harian.

Okey…cuba kita buka mata lihat negara jiran kita. Ya……memang diakui yang mana harga minyak Thailand lebih mahal daripada harga petrol Malaysia. Harga minyak  Thailand mengikut harga semasa minyak dunia. That’s the fact. Tetapi…….

  1. Adakah Thailand ada naikkan cukai kereta import ber cc tinggi sehingga 300 % ?
  2. Adakah Thailand mengenakan cukai jalan ke atas mana-mana kenderaan di sana?
  3. Adakah Thailand mengenakan tol di hampir setiap jalan?

Rakyat Thailand boleh pakai kereta mewah ke mana-mana tanpa perlu risau pun cukai yang tinggi.  Pilihan dan contoh sudah ada dan  jika kerajaan kasihkan dan prihatin dengan nasib rakyat, mungkin boleh dipertimbangkan. Akhirnya keputusan terletak di tangan pihak kerajaan.

Di  Thailand tiada cukai kereta sampai 300%. Kalau di Malaysia terbalik pula. Cukai kereta mencecah sehingga 300% bukan suatu yang mustahil. Bayangkan kereta yang pada asalnya tidak sampai RM100,000 boleh menjangkau ke harga setinggi RM200,000. Kalau miskin atau berpendapatan sederhana mampu membelinya? Geleng kepala dan telan air liur sahajala. Beli Porshe, Ferrari, Lamborghini dan pelbagai lagi kereta mewah. Sebab apa? Mereka ada AP. Yang golongan yang kaya-raya tentu sahaja mampu beli.

Di Malaysia penuh dengan CUKAI…contohnya LHDN, PCB, KERETA, ROADTAX, KEDAI MAKANAN(FAST FOOD), CUSTOM DLL…….masih tidak cukup lagi tampung dana kerajaan?

Apa yang dilihat di sini, ada beberapa kemungkinan jika kerajaan melaksanakan peraturan 2 harga petrol Malaysia 1 Mei 2010 ini. Bukannya saya katakan begini kita hendak berniat tidak baik, tetapi…kemungkinannya tetap ada. Jangan pandang remeh.

  1. Attenden pam minyak tu mintak tengok IC dari pelanggan?  Sogok RM10, sure lepas punya. Yang jaga pula sekarang ini rata-rata pekerja asing pulak tu.
  2. Kereta CC besar tidak boleh dapat subsidi, kereta kecil boleh dapat subsidi? Kalau macam itu, paling untung pemilik kereta seperti RX7, RX8, Mercedes Kompressor (Mazda RX8 memang CCnya rendah tetapi revolutionnya tinggi menyebabkan dia makan banyak minyak. Actually kereta ber CC tinggi lebih save minyak sebab power lebih, jadi kurang drag. BMW 2.5 lebih save minyak jika hendak dibandingkan dengan yang 1.8, kerana kereta BMW berat jadi drag lebih, so enjinnya yang ber CC rendah akan terpaksa guna minyak lebih, bagi mendapatkan lebih kuasa )
  3. Bagi individu  yang ada dua kereta, misalkan 1 kereta Savvy dan satu lagi Toyota wish. Maka cuma perlu isi minyak pakai kereta Savvy lepas tu bila sampai di rumah, tinggal sedut dan pindahkan ke kereta Toyota Wish.  Dapat jimat sekitar 30sen seliter dan jimat RM12 setangki penuh kereta Wish.
  4. Kalau ikut attendant pam minyak….park kereta Viva….bayar full tank(letak deposit RM100), kemudian alihkan kereta Viva… park pula Evo10, isi minyak sampai penuh.

Ada baiknya kerajaan Malaysia contohi apa yang telah dilakukan dan dilaksanakan di Brunei yang mana masuk sahaja kereta  plat luar negara ke negara kita, auto charge kepada mereka harga petrol tanpa subsidi. Rakyat Malaysia dapat harga petrol bersubsidi. Kalau CC kereta 2.0 pun dikira berkehidupan mewah saya sendiri musykil, sebab sekarang ini banyak kereta-kereta lama yang CC lebih daripada 2.0 di jalan jalan sekarang ini dan kereta-kereta seperti ini pun sebenarnya bukan boleh dikategorikan sebagai kereta mewah. Contohnya :

  1. Si kaya pakai kete bawah 2.0cc, tetapi harga kereta mewahnya sangat mahal. (Dapat subsidi???)
  2. Si miskin menggunakan kereta yang lebih murah, dah berkarat cabuk contohnya Ford Cortina 2.0 atau Mistsubishi Galant 2.0 GLX yang keluaran tahun 1982. Lepas itu, adalah kereta-kereta buruk dan tidak semewah kereta-kereta lain, tetapi mempunyai CC besar. Nayalah orang yang memilikinya. Sekarang ini kereta second hand Perdana SE keluaran tahun 1996 boleh dapat sekitar RM14K-RM15K. Nasibla…..sebab dikategorikan sebagai kereta mewah.  (Tidak dapat subsidi???)

Kemudian kenapa individu yang berkereta mewah tidak boleh mengambil  dan mendapat subsidi? Walhal orang kaya seperti inilah yang menyumbang dan membayar banyak cukai. Kaya ke miskin ke, tetap menyumbang kepada ekonomi negara. Kalau nak teruskan jugak dasar ini, mungkin boleh dikenakan kepada individu yang memiliki kereta cc 2.5@3.0 ke atas.

Satu lagi jikalau kerajaan hendak menarik balik subsidi minyak untuk kereta yang ber CC tinggi, maka silalah hapuskan road tax yang  tinggi dikenakan terhadap kereta ber CC tinggi. Mungkin kerajaan sudah lupa kot. Tidak mengapa. Saya suka mengimbau balik dasar yang cuba dilaksanakan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2007, artikel atau berita kerajaan mengenakan road tax yang tinggi kepada kereta ber cc tinggi agar yang kaya pun akan boleh diberi subsidi minyak. Renung-renungkanlah……

Setujukan anda dengan dasar 2 Harga Petrol ini?

View Results

Loading ... Loading ...

P/S : Walauapapun pilihan pada poll yang telah disediakan ini, apakah cadangan dan pandangan dengan dasar pelaksanaan 2 harga Petrol Malaysia ini?

UPDATE pada 4 Mac 2010 !!!

Cadangan sistem baru subsidi minyak dibatalkan

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik untuk penyaluran subsidi termasuk bahan petroleum, makanan dan infrastruktur.

Cadangan sistem subsidi baru minyak itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu bagi memastikan manfaatnya dinikmati kumpulan sasaran. Harga semasa petrol RON95 sekarang ialah RM1.80 seliter, manakala RON97 dan diesel masing-masing dijual RM2.05 serta RM1.70 seliter.

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 31 comments… read them below or add one }

1 jacks January 8, 2010 at 1:26 pm

biarla mereka naikkan harga minyak tu!!
nanti pilihan raya umum tunggu la!!!
hahaha :gelak :gelak :senyumkambing   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 siswaniaga January 8, 2010 at 1:58 pm

salam. Betul tu. Pilihan raya adalah hari pembalasan untuk membuktikan kuasa rakyat di Malaysia… Bersedialah ….hahahha…Ayuh rakyat tunjukkan kuasa kita  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 usahawanmuda January 9, 2010 at 4:40 am

:kejut
cukup la tu.sampai bila nak membebankan rakyat.camne la kita kawal keadaan ekonomi dalam keadaan macam ni.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 LA January 9, 2010 at 9:09 am

kebanyakan org fikir dual sided je…diorng xpikir student uni…
harga minyak naik konpem harga len naik…

klau ptptn tu naik skali ok gax….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 siswaniaga January 9, 2010 at 1:27 pm

salam .kalau duit ptptn naik, bayarannya pun naik … :senyumkambing   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 Pak Awang January 10, 2010 at 12:17 pm

Sekarang ini aku tengok banyak Ipta dah mula berniaga dengan student sendiri…cajnya tak hingat.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

7 fahmi ibrahim January 10, 2010 at 5:46 pm

saya frust bang…. menghimpit… memeras… uh… kita yg dibawah ni.. melopong sje….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

8 Pak Awang January 11, 2010 at 11:08 am

Hairan aku, rupayanya bijan ni lagi teruk daripada pak lah
kalau jadi PM menyusahkan rakyat baik turun je bagi orang lain perintah. Ramai lagi yang berkemampuan.
Naik = Najib :gelak :ketawa   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

9 Azrai January 12, 2010 at 1:46 am

Sekarang ini kerajaan dah tiada dana. Habis dekat F1 1 Malaysia!!!!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

10 siswaniaga January 12, 2010 at 10:56 am

salam. Mana tajnya duit ptptn pun tak cukup, harga makan pun mahal. Habis tu buka bisnes untuk menanpung kos hidup kat universiti.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

11 siswaniaga January 12, 2010 at 11:13 am

salam. Kita boleh marah.. kecewa… tapi semua nya memerlukan penyelesaian… jangan aysik fikir masalah tu jer… nanti sampai ke tua selesai
:gelak :ketawa   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

12 kelana January 19, 2010 at 11:00 am

salam…Saya baru menetap di australia. saya lihat kerajaan di sini lebih banyak beri subsidi berbanding dengan malaysia, saya rasa tertipu dengan kenyataan kerajaan malaysia yang ai lebih banyak beri sabsidi. australia melindungi perusahaan outo mereka dengan memberi subsidi potongan harga pada pelanggan yang berkerja dengan kerajan. dan banyak lagi subsidi yang tidak terdapat di malaysia antaranya tiada bayaran pada orang susah menghantar anak pada pusat asuhan kanak2 n kerajan bayar semua, sewa hotel untuk org tiada rumah.n banyak lagi.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

13 mesticun January 19, 2010 at 3:34 pm

Nak marah apa.kita pilih siapa sebagai pemimpin.itupun nak marah. :marah :marah :marah   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

14 wok long wok dogol January 19, 2010 at 5:23 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

15 Pak Awang January 19, 2010 at 6:21 pm

kelana, terima kasih dengan info ko ni
Biasala…kerajaan dia ingat rakyat bodoh
dan nak terus memperbodohkan rakyat
sekali rakyat terna takkan kena untuk kali yang kedua  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

16 mesticun January 19, 2010 at 10:22 pm

Warga asing tetap juga boleh kelentong orang Malaysia.gunakan orang tempatan untuk dapat minyak murah.jual pada kawan2 senegara.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

17 Bakri January 29, 2010 at 8:15 am

Inilah pemikiran UMNO / Be End.

IPTA skrg bukan tempat menuntut ilmu, tp tempat buat duit!…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

18 akuadaotak February 9, 2010 at 11:48 am

salam

Ramai rakyat Malaysia yang IQ&EQnya tinggi tapi telah di”perlekeh” diorang punya intelligence dgn isu/perkara2 yang kelakar seperti enjin jet ilang dan regenya rm100K (petikan dr Ali rustam semasa berucap di Dewan wawasan,Jitra last week dan pelbagai lagi isu. Anyway, Malaysia punya politic SUCKS!(but we live in it!)  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

19 akuadaotak February 9, 2010 at 11:55 am

I’m not sure how the gov manage the bugdet as bajet dah pun dikeluarkan.
Important —-urgent i.e dulukan
Important —not urgent i.e K.I.V
Not important —-urgent i.e K.I.V
Not important —-not urgent i.e K.I.v

yang aku nampak banyak yang not important—not urgent yang diDULUKAN.
heran macamana diorang boleh jadi Menteri. Suggestion diorang kena ada MASTER baru boleh pegang jawatan tu termasuk experience paling kurang 5 tahun(keh!keh!) dan sekolah pondok (untuk tujuan penyucian perkara yg salah seperti rasuah@politik wang)  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

20 idzmieyz February 18, 2010 at 12:55 am

Minyak Naik Lagi…..Jana Kenderaan Anda Dengan Hybrid Engine yang mampu dimiliki di:
  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

21 rakyat frust March 3, 2010 at 8:48 pm

dulu…harga minyak naik……semua barang naik melampau……harga minyak turun harga barang tak turun……

kalau mei ni minyak naik……..tentu barang naik lagi…..maksudnya kerajaan memang tidak prihatin kalu ini berlaku. cukupla harga gula dah naik…..tepung dah naik……minyak masak naik…..brg basah dipsr seperti ikan pun naik………

hi kerajaan apa lagi nak dinaik……..gaji tidak naik2…..bonus pun rendah……tak kesiankan kami kami rakyat………gaji kecik………nak dpr rumah kos rendah punya la payah…….rumah teres tidak mampu langsung,……..kami golongan pendapatan sederhana………tak ke kerajaan prihatin……  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

22 awang March 24, 2010 at 10:01 pm

kerajaan malaysia memang macam sial!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :marah   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

23 mee bandong March 29, 2010 at 7:36 pm

sememang nye peminpin2 1malaysia nie dh semakin BEBAL, BINGAI, BANGANG, BODOH SOKMO dan yg sama istilah dengan nye…
Tu sebab dia org dah lupa apa2 tindakan bodoh mereka akan menghancurkan mereka semua…kite tengok nanti TSUNAMI di malaysia pulak…bagaimana Allah menghancurkan mereka2 tu semua mungkin lebih dahsyat dari Tsunami di Acheh  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

24 pahlawan April 4, 2010 at 1:07 am

rakyat malaysia berpendapatan rendah, gaji malaysia kecik sangat..TAPI MALAYSIA NAK BERLAGAK MCM NEGARA KAYA wlupun mereka tau gaji rakyat kecik yg penting mereka kaya dan mampu..
bila rakyat mintak gaji naik kerajaan buat tak tau je, tapi klu bab naikkan harga dan cukai kerajaan terus buat tak tanya rakyat pun..wahai menteri malaysia ni bukan korg punyalah..
rakyat harapkan harga turun dan cukai dikurangkan,
tp kerajaan naikkan harga dan subsidi di hapuskan..
susahlah klu menteri gaji dia 1000% lebih besar dari gaji rakyat..tu yg buat mereka lupa daratan dan tak rasa susah..gaji bualan2 rakyat malaysia jauh lebih kecik dari elaun parking menteri, padahal mereka semua free pun ada elaun besar2.
Dahlah cukai kereta sampai 300%, tu takkan tak untung lagi..
sedangkan afta pun kerajaan tak berani laksanakan utk kesenagan rakyat lepas tu ckp kerajaan tanggung beban bayar ganti rugi kat negara luar sbb tu, tp hakikatnya bukan kerajaan yg bayar tp duit rakyat yg bayar kereta sampai 300% tulah dan cukai2 giler mcm2 tu, jadi rakyat yg tanggung beban, takkan duit tu tak cukup lg nak masuk poket, nak tambah beban rakyat dengan harga minyak plak, brg mesti naik punya, sedangkan harga brg selepas naik beberapa tahun lepas pun ada yg masih naik wlupun minyak dah turun harga, kalu minyak naik lagi makin mhal lagi lah barang..lepas tu rakyat mintak gaji naik, tp kerajaan dia buat kemudahan pinjaman bank dan galakkan rakyat pinjam bank, tu kan tak sepatutnya sbb beban akan bertambah dan kerajaan sure untung kat situ..kerajaan ni terlalu menekan untuk bergelar negara maju padahal rakyat semakin tertekan dgn dasar tersebut..usahlah dikejar nama klu tak mampu, usahalah setakat mampu..dengan ada perkara begini aku rasa lama kelamaan kita akan semakin jauh dari cita2 bergelar negara maju dan berpendapatan tinggi. yg berpendapatan tinggi cuma menteri2 dan kroni2nya.. Wahai menteri, kalu korg berbakti kpd rakyat dgn sebenar2 bakti, barulah mudah malaysia ni bergelar negara maju dan berpendapatan tinggi..
jg gila nama untuk tarik pelabur asing, tp biarlah pelabur asing tu datang melabur dengan apa yg sebenarnya kita ada, baru lah pelabur kekal melabur di sini.
klu kerajaan naikkan harga minyak, KITA UNDI PKR, klu kerajaan laksankan lepas pilihanraya, KITA UNDI PKR akan datang..
jgn terpedaya dengan janji kosong menteri, dah biasa berlaku..bila rakyat protes mcm2 kat MEDIA, mula lah menteri beri alasan, dlm perancanganlah, dah ada peruntukanlah, akan dilaksanakan bulan hadapanlah, padahan janji dah bertahun2, tulah antara alasan biasa menteri yg buat janji kosong.
Rakyat tau janji mcm tu, tp rakyat masih harapkan kerajaan, tp kerajaan yg buta tuli tak kau menghargai..jadilah BARISAN NASIONAL yg sebenar, dan jgn jadi BARISAN NERAKA (BN) yg berbaris masuk neraka.. wahai menteri dan semua ahli politik dalam kerajaan, sesungguhnya siksa neraka itu amat dahsyat labih dahsyat dari apa yg kau sangkakan..polis yg kau bg gaji naik tiap tahun pun tak dapat tolong kau kat neraka.. :tembak :jangan :hormat :curiga   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

25 pahlawan April 4, 2010 at 1:29 am

BARISAN NERAKA
menteri rendah menteliti,
cukai semua tinggi,
subsidi dicantas lagi,
rakyat jadi benci,
menteri lupa diri,
barang mesti menggila lagi,
senyumpun dah tak nampak gigi,
minyak tak mampu nak beli,
harga makin tinggi,
kereta buruk pun taraf VIP,
Barisan Nasional aku benci,
Barisan Neraka je untuk mereka ni,
kat sana kau tak kaya lagi,
kat dunia buat rakyat sakit hati,
kat kubur ko jawab sendiri,
tak ada lagi undi,
SPR pun tak ada lagi,
yang ada cuma Allah yg adili,
Barisan Neraka kau pergi mati,
Neraka tempat kau bersemadi,
akibat dosa kau di dunia ini.
ini semua untuk menteri,
ingat-ingatlah sebelum mati,
ingatlah jasa mu didunia ini,
jgn sampai anak dan bini ikut sekali,
akibat rezeki tak diberkati.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

26 pahlawan April 4, 2010 at 1:52 am

lagak macam menteri,
macam menteri berilmu tinggi,
kira matematik pun tak lepas lagi,
buat silap kerap kali,
putar belit memang mainan menteri,
pegang jawatan profile tinggi,
duk cakap tak sedar diri,
macamlah bangus sangat dia ni,
nak kata malaikat sama juga makan nasi,
dikutuk dikatanya rakyat lupa diri,
katanya kerajaan bagi pelbagai subsidi,
untung pula tinggal di malaysia ni,
dapat kerajaan berkebajikan tinggi,
padahal cakap dia tak berisi,
rakyat pula menyedari,
alasan dan ucapan menteri semua basi,
bagi ayam pun tak sudi,
nikan pula rakyat sendiri,
minyak naik barang pun naik sekali,
silap hari bulan naik berkali-kali,
semua ni kerja kerajaanlah ni,
semua tamak nak naikkan pendapatan sendiri,
padahal rakyat ternanti-nanti,
gaji ditunggu tak naik lagi,
minyak diturun dinaikkan kembali,
harga barang melambung tinggi,
apa semua ni?
nilah sumbangan perdana menteri,
untuk rakyat yang dikasihi,
terima kasih ucapnya kerana mengundi,
laknat kau doa rakyat sekarang ni..  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

27 pahlawan April 4, 2010 at 2:20 am

dari dulu aku tak mempercayai,
najib layak jadi perdana menteri,
jadi menteri pun suam-suam kuku je dia ni,
baik paklah dari dari dia ni,
tp pak lah pun aku benci,
dah nama menteri,
sukar mencari yang sebenar menteri,
yang ada semuanya untuk kepentingan diri,
dah tau tak layak baik berenti,
macam paklah tu aku puji, :tembak :jangan :hilangsabar :marah
bagi pada mereka yang tahu dunia realiti,
ni nak capai negara berpendapatan tinggi,
padahal untuk dirinya dipuji,
kononnya dialah menteri,
menteri yang berkualiti,
tapi rakyat terus dibebani,
tapi jangan lupa kali ni,
rakyat punya kuasa tertinggi,
kuasa mengundi,
menteri yang gila kita buang dari kerusi,
biar perlimen sunyi sepi,
dari Barisan Neraka ni,
tak guna kita undi,
tiap kali tabur janji basi,
dah menang kita yang rugi,
bila kalah rakyat dikatanya tak tau meneliti,
kononnya besar sumbangan mereka ni,
tapi rakyat bukan bodoh macam menteri,
rakyat kotakan janji,
kau tipu kami tak undi kau lagi,
ingatlah menteri,
jangan kau naikkan harga minyak lagi,
subsidi pun jangan kau nafikan hak kami,
kami bukan berpendapatan tinggi,
kalau naik harga kali ni,
kami janji kau takkan naik lagi kerusi,
duduklah kau sebagai pemerhati,
baru kau tahu jadi rakyat seperti kami,
duduklah kau bawah ketiak isteri.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

28 Penganggur Tegar April 15, 2010 at 12:08 pm

nice!

jgn lupa bela nasib graduan sekali.. aku dah 8bln menganggur ni.. belajar mcm nak mati.. ada dip n degree engineering IPTA pun hidup melarat.. dah la nak kena bayar PTPTN lagi..

sebenarnya diorg (menteri) tak rasa susah mcm rakyat.. diorg takkan memahami rakyat.. mengadu kat internet apa diorg kesah? hak kita sbg rakyat gunakan la.. cuba undi PKR, kalau lagi teruk next time Undi balik BN.. Sekurang2 kita cuba untuk cari terbaik..jgn di satu landasan kita dah rasa ini yang terbaik.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

29 MANMA April 28, 2010 at 10:01 am

Hahaha…
Kata rakyat didahulukan…
Ada masalah guna rakyat la untuk selesaikan…
Pencapaian diutamakan…
Apa yang diutamakan??
Melesapkan duit rakyat…
Hahaha…
:gila :gila :gila   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

30 adi aiman April 30, 2010 at 9:11 pm

:ketawa tu laa…dok pilih sgt kerajaan laa ni..apa salah jika kita bg pimpinan lain plak memerintah negara…bkn nk rugi pon…selama ni ni depa jaa dok kaya raya….rakyat dok bertambah miskin…jgn pikir org yg masuk U semua pandai…pandai apa yg dia blajar jaaa….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

31 Alex May 17, 2010 at 3:29 am

Ni kerajaan kita ni dah tahu rakyat kita dah semakin banyak dan pendapatanya pun semakin banyak tapi masih lg wewenang nak buat keputusan yang tak tentu2 hinggakan menyusahkan rakyat je. Kalu nak panjing undi nak undinya bukannya main bedesing telinga kita mendengar ceramahnya yang panjang lebar, itu ini begini mcm ni dan sebagainya Ohhh… Pas tu bukanyanya bagi senang dan berterima kasih ngan rakyat pun. Buat pa susah-susah senang je rakyat kempen rakyat memulaukan atau menjatuhkan kerajaan tengo takat mana mereka boleh bertahan memerintah…..

Seharusnyalah mereka(kerajaan) menyenangkan dan memudahcarakan hidup rakyatnya bukan nak menyusahkan plak. Dari dulu arah rakyat begini begitu macam ni seolah-olah rakyat bukan pengundinya.

Pas dia(kerajaan) buat sesuatu sperti beri kemudahan dan sebagainya dia tagih plak bukannya berterima kasih ngan rakyat sbb mengekalkan kesejahteraan Malaysia.. Ehh. kerajaan kita ni susah-susah ja mereka bagi kita kemudahan sekolah pas tu abaikan plak pengetahuan kita dpt ehm ntah. menyusahkan je pikir2 mereka ini. peduli tak payah undi…. buang karan ja… pulaukan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: