SINGAPURA terus mencatat pertumbuhan sihat dalam suku pertama tahun ini di tengah-tengah kerancakan kegiatan pemulihan ekonomi negara Singapura. Kementerian Tenaga Manusia (MOM) negara mereka mengatakan jumlah kewujudan peluang kerja kosong Singapura secara keseluruhan meningkat sekitar 34,000 dalam suku pertama tahun 2010.
Antara penyumbang terbesar kerja kosong Singapura adalah The Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands. Ini sekali gus akan mendorong pertumbuhan pendapatan lebih kukuh manakala persaingan untuk pekerja semakin meningkat merujuk kepada laporan semakan makro ekonomi.
Jika ekonomi Singapura tumbuh antara 7 hingga 9 peratus tahun 2010 ini, dijangkakan lebih 100,000 peluang kerja kosong Singapura dapat disediakan. Pemulihan negara Singapura daripada krisis kegawatan ekonomi dunia adalah terpantas berbanding dengan pemulihan-pemulihan daripada krisis ekonomi yang sebelum ini.
Yang menarik perhatian kali ini adalah industri teknologi maklumat global (IT) yang bertambah pulih telah menjadi salah satu faktor penentu bagi keseluruhan prestasi ekonomi. Satu lagi bidang yang akan menyaksikan permintaan kukuh dari Asia adalah industri pelancongan.
‘Sejajar dengan prospek ekonomi Asia lebih baik serta minat melancong yang semakin meningkat, beberapa faktor lain akan mendorong pelawat serantau ke Singapura, ini termasuk lebih banyak laluan penerbangan oleh syarikat tambang murah Asia ke Singapura dan pembinaan dua pusat peranginan bersepadu (IR),’ ujar MAS.
P/S : Ini semua membantu rakyat Singapura khusus untuk mendapatkan kerja kosong Singapura bagi tahun 2010 sekaligus mengurangkan krisis penganguran di sana



{ 2 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
waooo..bagus nye Kerajaan singapura ni…nak bagi status warganegara lagi….satu tindakan yang bijak….bg membendung segala gejala tidak sihat sekiranye pemastautin tetap ni yg banyak macam lalang…..cucuk sana dan cucuk sini…tapi di malaysia tak bolih…aku tak setuju..100%…good luck Singapore….